“Islamkah” Presiden ABIM?

Share


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. – AL-HUJURAAT: 6

Malaysiakini.com melaporkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merasa amat kesal dengan respons yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkan kepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer “jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu”.

Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu “tidak mencerminkan ajaran Islam”.

“Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan,” kata Amidi dalam satu kenyataan.

“Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An’am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

“Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin ‘negara Islam’ yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran,” tambanya.

Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu sebagai “harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya’.

Soalnya, adakah Presiden ABIM ini membuat komen yang selari dengan ajaran Islam terlebih dahulu iaitu menyiasat, mengkaji dan barulah membuat kenyataan?

Wajarkah tanpa mendengar kenyataan sebenar Zahid atau mendapat penjelasan Zahid, ABIM terus membuat kenyataan bahawa kenyataan Zahid tidak mencerminkan nilai Islam?

Sebenarnya Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa RSN Rayer, namun Rayer perlu sedar bahawa kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

“Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” Zahid – The Rakyat Post

Zahid juga menyatakan ia menyerahkan kepada pihak Polis agar menyiasat isu ini.

Jadi apa yang salah dan tidak islamiknya kenyataan Zahid ini?

Zahid atau ABIM yang tidak Islamik sebenarnya?

Apabila datang berita



13 thoughts on ““Islamkah” Presiden ABIM?

  • July 1, 2014 at 9:31 pm
    Permalink

    Abim ni dah jadi suara orang kafir pula….cuba bagi satu isu yang melibatkan islam yang mana abim berani kehadapan

    Reply
  • July 1, 2014 at 9:33 pm
    Permalink

    aku heran apa fokus ABIM sekarang? buat Outreach Islamik atau buat kenyataan kepada Malaysiakini saja?

    Reply
  • July 1, 2014 at 10:34 pm
    Permalink

    ABIM ?? abim hanya mencari political mileage untuk tangan yang menyuap depa nasi !! tangan siapa lagi kalau bukan peliwat no 1 negara. Bila anwar tunduk terangguk-angguk depan keranda karpal sink, dan dalam menghalalkan perbuatannya sanggup mencipta hadis palsu, kononnya nabi pun melakukan perkara yang sama pada keranda orang yahudi yang mati .

    ada ABIM pi nasihat anwar ?? depa pun sama naik dengan anwar…munafikun !!

    Reply
  • July 1, 2014 at 10:53 pm
    Permalink

    kong kali kong. ..sama naik ngan bulan. tang geng dia habis semua hadis kuar dok sedap punya pasal kutuk musuh dia.. bangkai gajah depan mata, semua tutup hidung.. puihhhhhh…

    Reply
  • July 1, 2014 at 11:00 pm
    Permalink

    betul tu, islamkah abim ni, pandai2 tuduh org mcm2

    Reply
  • July 1, 2014 at 11:10 pm
    Permalink

    …dah mula tuduh ngo islam pulak…..elok la tu…melayu sini tuduh melayu sana…..esok melayu sana bunuh melayu sini….dap jugak yg cuci tangan….

    Reply
  • July 1, 2014 at 11:20 pm
    Permalink

    Ya betul, banyak ngo Islam di tuduh extremist oleh comango, dan banyak juga ngo ” Islam ” yang bersubahat dengan comango, demi apa ?? demi dendam dan kebodohan .

    Reply
  • July 2, 2014 at 12:38 am
    Permalink

    Zahid berkata perkara yg benar. Rayer ni mesti tahu ungkapan aAkibat mulut badan binasa. Abim dah tak relevan.

    Reply
  • July 2, 2014 at 3:14 am
    Permalink

    sebuat abim sebut anwar dua tu sama saja mereka lebih suka pertahankan kafir dari pertahankan sesama islam.

    Reply
  • July 2, 2014 at 7:56 am
    Permalink

    ABIM tu tak mahu ulas maki hamun UMNO celaka oleh hindu paria tu dalam dewan negeri,macam mabuk dikedai samsu haram ka …!!!..hindu paria ni dahi dia penuh dengan tandey dikepala macam penganut hindu yang alimlah konon..!!..tapi perangai hanya setaraf paria bangsat yang merempat… tak payahlah nakl mengharapkan orang atau bangsa lain menghormati atau menghina agama atau bangsa kita kalau kita tidak menghina mereka pun bangsa dan agama ini tetap akan dihina juga,,. selagi bangsa dan agama ini dilihat lemah dan berpecah belah…,,!!!..

    Reply
  • July 2, 2014 at 1:38 pm
    Permalink

    Ini semua isu yang sengaja di mainkan oleh puak-puak pembangkang ini. ABIM ini hanya “tools”.
    Untuk melalaikan kan UMNO dari buat persediaan awal untuk PRU akan datang. DAP dah mengorak langkah untuk menarik pengundi melayu. Dap berani melakukan ekperimen. Kekurangan yang ada pada Awek yang dulu telah di ganti dengan awek yang baru.
    Apa yang KJ dah buat? Sibuk pasal bola dan pangkat.
    Apa yang Najib buat?
    Kepala lembu ni, kecik punya hal….ada yang lebih besar sedang di rancang oleh penjahat-penjahat.
    Hoi!!!!!! Bangun la…….

    Reply
  • July 2, 2014 at 4:34 pm
    Permalink

    Zahid ni ABIM juga kan… dulu la, sebelum masuk politik.
    Aku berpandangan sebagai antara pemimpin utama negara, beliau sepatutnya lebih cermat. Membenarkan tindakan buruk kepada penjenayah juga salah.. jadi bila menteri SEPERTI membenarkan tindakan salah dilakukan adalah amat mendukacitakan. Contohnya bila polis suruh orang ramai pukul peragut, walaupun peragut patut d ajar tapi polis tak boleh benarkan orang ramai ambil tindakan sendiri.

    Reply
  • July 2, 2014 at 6:00 pm
    Permalink

    Tu la hang bujuk…..main angguk je apa kata DAP, Zahid kata macam tu secara sinis, semua orang tau kes tu adalah kes ” sendiri buat, lepas tu sendiri komplain ” hang dan kuncu-kuncu hamba melayu DAP je yang percaya tu ialah perbuatan khianat, kita tengok rakaman cctv, budak kecil pun tahu itu lakonan.

    Hindu tu buat lagu tu sebab dia tau macai melayu pambangkang akan angguk-angguk macam penguin afrika selatan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *