Nurul Izzah Dah Ada Pengganti Raja Ahmad Shahrir?

nurul anas1

Kisah tuntutan cerai Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim hangat diperkatakan beberapa bulan yang lepas. Selepas senyap seketika kini ianya hangat semula. Ini berikutan keengganan Nurul Izzah untuk untuk kembali semula kepada suaminya.

Sebelum kisah tuntutan cerai ini bermula, Nurul Izzah telah hangat digosipkan dengan seorang warga Indonesia kelahiran Malaysia bernama Anas Alam Faizli yang berusia awal 30-an. Kita tertanya-tanya adakah beliau yang telah menyebabkan keengganan Nurul Izzah untuk kembali semula kepada suaminya. Walauapapun hanya Nurul Izzah yang mampu menjawab soalan tersebut.

Anas Alam Faizli ini merupakan orang yang mengetuai beberapa NGO anti kerajaan di luar negara. Dan beliau dilihat agak akrab dengan Nurul Izzah. Beberapa pihak telah menuduh kem Azmin Ali telah mendedahkan rahsia peribadi Nurul Izzah Anwar dan Anas Alam Faizli.

Walaubagaimanapun persengketaan Azmin dan Nurul Izzah bukan lagi rahsia. Nurul Izzah kononnya secara lantang menyelar Azmin Ali dan menyatakan sokongan kepada sesiapa sahaja yang menentang Azmin Ali. Ini antara sebab utama Azmin Ali menyimpan dendam terhadap Nurul Izzah.

Berbalik kepada perkahwinan Nurul Izzah pula, Jawatankuasa pendamai pula menemui jalan buntu untuk menyelamatkan perkahwinan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim. Tidak ada sebarang penyelesaian dapat diputuskan. Sebelum ini Hakim Ab Malek Awang mengarahkan jawatankuasa dibentuk bawah Seksyen 47(5) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 untuk menyelamatkan rumahtangga Nurul Izzah.

Teka teki terus bermain dalam fikiran rakyat dengan bermacam-macam spekulasi yang berlegar-legar di media sosial. Nurul Izzah dilaporkan tetap mahu meneruskan permohonan cerainya sementara Raja Shahrir pula enggan melafazkan cerai terhadap beliau. Nurul Izzah dan suaminya sudah tidak tinggal bersama bermula 17 April 2014.

Walaubagaimanapun tarikh 7 Ogos 2014 telah ditetapkan oleh hakim untuk memberi peluang kepada peguam suaminya, Zulkifli Che Yong untuk meneliti laporan itu. Raja Shahrir juga diarahkan agar hadir pada tarikh tersebut. Mereka mempersoalkan kredibiliti jawatankuasa penyelamat.  Adakah Nurul Izzah telah mempengaruhi jawatankuasa penyelamat sehingga menyebabkan mereka mengabaikan Seksyen 47(9) yang memperuntukkan tempoh selama enam bulan atau lebih lama lagi untuk jawatankuasa itu mencapai perdamaian di antara kedua-dua pihak.

Nurul Izzah tetap mahu meneruskan penceraian tersebut. Oleh itu melalui peguam beliau mahu mahkamah meneruskan dengan “menasihatkan suami berkenaan agar melafazkan talak di hadapan mahkamah”. Kesungguhan Nurul Izzah untuk bercerai seolah-olah mengiakan segala khabar angin yang hangat diperkatakan di media sosial. Walaupun begitu demi kepentingan anak-anak, beliau sepatutnya mempertimbangkan segala keputusan dengan lebih waras. Sempena bulan puasa yang mulia ini kita tetap berharap saudara Islam kita ini dapat menemui kebahagiaan yang beliau cari-cari selama ini.

7 thoughts on “Nurul Izzah Dah Ada Pengganti Raja Ahmad Shahrir?

  • June 28, 2014 at 2:56 pm
    Permalink

    Fikirlah anak2 izzah. Seperti ibu mu buat pada kamu adik beradik

    Reply
  • June 28, 2014 at 9:37 pm
    Permalink

    mooo telepas lagi peluang ha…ha…

    Reply
  • June 28, 2014 at 9:57 pm
    Permalink

    hehehehehe…..moooo selamat telur rebus 3000 biji yang aku janji kat hang !! bunga yang hang idamkan dah berpunya rupanya….aduh !! sabar mooo.

    Reply
  • June 29, 2014 at 3:07 pm
    Permalink

    yalar..spt ibumu mempertahankan bapamu walaupun tahu bapamu jenis sapu dpn belakang..huhuhuhuhu

    Reply
  • June 30, 2014 at 2:21 pm
    Permalink

    Melepas si Mooh kali ni!!!

    Apa nak buat Mooh, jodoh hang dgn Nurul Izzah takder!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

    Reply
  • July 1, 2014 at 8:16 am
    Permalink

    I’m speechless mooo, samada aku patut bersedih atau bersorak dengan berita ini. Rilek mooo, bukan kau sorang yang melepas. Sultan Melaka pun gigit jari. Negeri Melaka tetap tidak berpermaisuri.

    Reply
  • July 1, 2014 at 11:13 am
    Permalink

    Takper Mooh, bunga bukan sekuntum!!!

    Cuba Mooh adjust Dyana Sofea tu, mana tahu Mooh ada luck kali ni!!!

    Tapi jangan Mooh sembang pasal hudud dan perihal tudung dgn Dyana Sofea, tak pasal2 Mooh kena REJECT lagi!!!

    MUEH4444

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *