Perlembagaan Persekutuan Tidak Benarkan Murtad?

KOO HAM1

Kita sebenarnya tertanya-tanya mengapa perlembagaan persekutuan dipermainkan oleh segelintir pihak apabila ianya membicarakan soal Islam dan murtad? Mengapa pihak yang bertanggungjawab tidak memperjuangkan menentang murtad yang termaktub di dalam perlembagaan?

Adakah mereka ini turut bersekongkol dengan pihak yang cuba mencemarkan perlembagaan dan maruah Islam? Beberapa kes yang lepas yang melibatkan Islam dan murtad telah menyebelahi bukan Islam sehinggakan ianya menimbulkan satu persoalan tidak puas hati yang cukup besar dalam fikiran rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menurut “Perkara 3 (1) – Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lainboleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.(Perlembagaan Persekutuan). Ini jelas meletakkan Islam jauh lebih tinggi dari agama lain seperti kristian, budha, hindu dan lain-lain lagi.

Manakala peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agama nya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).

Ini jelas menyatakan bahawa agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada umat Islam tetapi umat Islam boleh menyebarkan Islam kepada bukan Islam. Ini merupakan fakta penting yang selari dengan hakikat bahawa murtad tidak dibolehkan kerana agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Islam adalah agama persekutuan. Itulah hakikatnya. Namun ianya cuba dimanipulasikan dengan bermacam-macam fakta yang cukup tidak adil seperti kononnya kesamarataan yang jelas menganiaya orang Melayu. Mereka mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara begini tidaksepatutnya berlaku memandangkan telah lama kita mengecapi kemerdekaan dan kontrak sosial yang dibina sebagai penguku yang menyokong kestabilan negara selama ini semenjak lebih dari 50 tahun dahulu. Mereka tidak ada hak dan tidak patut mempersoalkan fakta ini.

Perkara ini telah dipersetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Dengan ertikata lain adalah sesiapa yang berbuat mempersoalkan Islam sebagai agama Persekutuan maka mereka tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri mereka adalah rakyat Malaysia.

Walaupun perlembagaan telah jelas menjaga kepentingan agama Islam dan orang Melayu namun pihak pembangkang yang menguasai sebahagian besar pengamal perundangan dalam negara mampu memanipulasi perlembagaan sesuka hati mereka. Sebenarnya pihak kerajaan dan umat Islam bertanggungjawab sepenuhnya dalam mempertahankan maruah Islam dengan bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Perlaksanaan dan perjuangan yang agak tidak mencukupi menyebabkan musuh berjaya memperkotak-katikkan kita. Jika kita benar-benar sayangkan agama Islam dan bangsa Melayu maka kita bersama-sama kerajaan Barisan Nasional perlu tegas berjuang mempertahankan kedaulatan agama Islam dan bangsa Melayu.

6 thoughts on “Perlembagaan Persekutuan Tidak Benarkan Murtad?

  • June 13, 2014 at 7:53 pm
    Permalink

    Jika di kaji ngan teliti & fikiran terbuka…premis dalam dalam artikel 11(1) tidak menyata kan secagha jelas tang perihalan murtad. Ia cuma menerang kan setiap warga negara berhak menganuti agama & keyakinan yang di percayai nya. Bermakna keanutan agama di amal kan secagha sukarela tanpa paksaan,pujukan & aruhan penganut agama lain. Tapi tak plak menyata kan larangan jika penganut agama tertentu keluar memeluk agama lain ato murtad. Ni ada la hak kebebasan beragama tanpa paksaan sebagai mana di sebut dalam alQuran. Kecuali pemurtadan berlaku di sebab kan ada paksaan fizikal & mental oleh pihak ekstrim tertentu bermotif jahat. Tindakan melampau ni patut di tentang kerana menafi kan hak kebebesan peribadi individu.

    Atas premis ni la maka pihak perhakiman sivil sering memihak pada pihak yang tak lagi meyakini ajaran islam lantas keluar menganut agama lain ato jadi sorang aties. Hakim tersebut bertindak secara arif dan bijaksana…..!!!

    Reply
  • June 13, 2014 at 8:49 pm
    Permalink

    perlembagan sudah jelas namun perlaksanaan dan penguatkuasaan gagal di laksanakan akibat penghapusan akta ISA kerana itulah lahanat lahanat berani mencabar perundangan kerana mereka merasakan lebih kebal dari perlembagaan.

    Reply
  • June 13, 2014 at 9:10 pm
    Permalink

    Premis premis dalam setiap artikel dalam Perlembagaan Persekutuan memang dah jelas….cuma kelemahan penafsiran jerr yang jadi punca permasaalahan di sebab kan tahap intelektual individu tertentu. Kelemahan penafsiran bukan takat Perlembaagan jerrr…malah kat kandunagn teks alQuran & hadis hadis jugak berlaku kekakuan dalam menafsir.

    Reply
  • June 15, 2014 at 8:55 am
    Permalink

    Kalau k’jaan benar2 sayangkan Islam dan nak halang murtad.. laksanakan HUDUD, selesai masalah.

    Reply
  • June 15, 2014 at 5:59 pm
    Permalink

    Apa bujuk….nak selesai kan masaalah murtad mesti laksana kan HUDUD…? Lagi bertambah kalut nanti…sebab la ni negaga kita mengamal kan dua sistem perundangan…satu sivil untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira agama..satu lagi undang undang syariah khusus untuk para muslim. La ni dah kecoh satu Malaysia pasai kes penjagaan anak oleh suami isteri muslim yang dah bercerai. Masing masing suami & isteri mengemuka kan fail hak penjagaan anak anak ke pengadilan melalui sistem perundangan yang berbeza…suami bawa kes ni ke mahkamah syariah dan ia dapat hak penjagaan anak anak sementara isteri nya setelah bercerai kembali ka agama asai nya hinduisme…. bawa kes ni ke mahkamah sivil plak. Hakim telah memerentah kan hak jagaan pada isteri M Indira Ghandi. Ni dah berlaku satu konflik yang amat kompleksiti akibat wujud nya dua sistem perundangan…..dah kalut melalut lalut lagi samapi NGO dah masuk campoq sanggup cabar verdiksi penghakiman mahkamah syariah.

    Seandai nya HUDUD di laksana kan dan penguat kuasaan cuma kat muslim jerr….lagi kecoh nanti. contoh sepasang kekasih berlainan agama sorang muslim kata la pompuan dan pasangan nya laki laki bukan islam melaku kan seks di luar nikah…zina la tu…. dan di tangkap oleh birokrat agama islam negeghi dan di dakwa ke mahkamah syariah. Pompuan dah tentu kena 100 sebatan bila sabit salah tapi pasangan laki laki tersebut lepaih gitu jerr…adil ka bujuk…? Buat sama syok pun sama tapi hukuman berbeza plak. Pompuan menderita kena sebat kat belakang pungkoq tapi pasangan kekasih nya bebas tak dak apa apa hukuman dan masih terus kan zina lagi ngan pompuan muslim yang lain lagi…apa ra la bodoh nya kita ni sebagai muslim.

    Kalo kes murtad ikut hudud..apa bentuk hukuman bujuk…? Tolong kasi jawab….!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *