Modus Operandi DAP: Bertemu Nik Aziz Untuk “Mencuci Dosa”?

Share


nik aziz dyana

“Proses penyucian diri dari dosa”, itulah istilah politik yang sering kedengaran apabila bercerita tentang PAS, yang sebenarnya wujud dek kerana ketaksuban para ahlul mereka kepada pimpinan parti, terutamanya Nik Aziz.

Bijak menghidu kelemahan para pentaksub, DAP tampil menggunakan taktik ampuh ini demi untuk mengekalkan “status quo” penguasaan mereka ke atas PAS. Elemen ini digunakan sebagai “core-tactic” atau “foundation” kepada pelan besarnya iaitu “pecah dan perintah”. Tentunya pendekatan “penyucian dosa” sangat menguntungkan, kerana apa-pun penghinaan terhadap Islam akan dianggap selesai oleh ahlul PAS hanya dengan mendengar kenyataan-kenyataan kononnnya selesai beserta gambar si pesalah bersama Nik Aziz.

Maka dengan itu, akan bertautlah kembali “tahaluf siyasi” ahlul-ahlul PAS sambil mengembangkan hidung berbangga-bangga kononnya DAP berjaya ditarbiyah, dan tidak dilupakan bahawa ini hanyalah gembar-gembur dan fitnah dari UMNO semata.

Beberapa tahun sudah, Nik Aziz dikunjungi oleh Elizabeth Wong dengan skandal kangkangnya, maka lahirnya kenyataan yang melucukan hati dari Nik Aziz demi memisahkan isu sebenar berkenaan akhlak seorang pemimpin dengan hak peribadi.

Taktik yang sama juga digunapakai oleh Teo Ni Ching yang terkinja-kinja sambil berpakaian ketat di dalam kawasan masjid. Tidak cukup dengan itu, Teo juga memberi “tazkirah” di syaf hadapan dalam sebuah surau di Kajang dengan kebaya yang memperlihatkan susuk tubuhnya telah membangkitkan kemarahan umat Islam waima dari kalangan ahlul PAS sendiri. Namun, segalanya terlerai apabila bertemu dengan Nik Aziz. Kembang kempis hidung ahlul PAS mengatakan bahawa ianya selesai.

Terbaru, Dyana Sofya, yang secara terangan menolak usul perlaksanaan Hudud di Parlimen sekiranya menang PRK Teluk Intan pula dimajukan untuk menjalani “proses penyucian” yang sama. Dyana Sofya menjelaskan, sebagai orang Islam beliau tidak menolak hukum Allah itu namun sebagai ahli parti, beliau perlu menyokong pendirian parti dalam isu ini. “Seperti yang saya katakan saya tidak pernah menolak hudud. Sebagai orang Islam saya tidak boleh menolak hudud. Tetapi saya sama dengan parti DAP,”

Jawapan Dyana ini sama tarafnya seperti jawapan popular politik tanah air, iaitu “nampak macam saya, tapi bukan saya”! Sekadar memperbodohnya pengikut semata!

Mungkin kenyataan terbaru Ngeh Koo Ham boleh menjadi tamsilan kepada ahlul PAS, dan mula mencongak sudah berapa kali kah DAP mencabar Islam; simbolik kepada perjuangan PAS, kononnya!

Jangan terkejut jika selepas ini, Ngeh bakal mengunjungi Nik Aziz untuk “kowtim”!

Apa kata pentaksub?



8 thoughts on “Modus Operandi DAP: Bertemu Nik Aziz Untuk “Mencuci Dosa”?

  • June 13, 2014 at 3:55 pm
    Permalink

    Kalau si Ngeh Koo Ham jumpa Nik Aziz , maka ada kemungkinan tergadai lagi sekali la tanah di negeri Kelantan!!!

    MUEH4444

    Reply
  • June 13, 2014 at 4:10 pm
    Permalink

    orang yang suka melacurkan agama , mempermainkan hukum Allah macam nik ajis ni memang jenis takde maruah pun

    Reply
  • June 13, 2014 at 4:34 pm
    Permalink

    agaknya nik ajis bg tiket syorga kat dyana kot

    Reply
  • June 13, 2014 at 5:11 pm
    Permalink

    Minta maf nak cakap…..Nik ajis amat memalukan Islam !!

    Reply
  • June 13, 2014 at 7:15 pm
    Permalink

    Patutlh Zain kilauan Emas malu nak mengaku yg dia ahli pas, Dh murshidul pas ( bukan “mu shit fool” ) senang² kena kencing dgn dapigs.

    Reply
  • June 14, 2014 at 2:44 pm
    Permalink

    TAK UBAH MACAM RUTIN DALAM AGAMA KRISTIAN.PENYUCIAN DOSA OLEH PARA PADERI TERHADAP PENGANUT KRISTIAN

    Reply
  • June 15, 2014 at 9:22 am
    Permalink

    Janganlah kita berkata bohong dengan ilmu yg. Allah kurniakan pada kita. Dalam Islam takda konsep menyuci dosa dengan jumpa siapa2. Orang yg. berdosa perlu bertaubat dengan berdoa dan solat. Jumpa untuk tujuan politik, nak mintak nasihat dan sebagainya… takda salah. Apa pulak gelaran yg. umno nak bagi bila orang politik p jumpa TunM? Bukankah apasaja cakap TunM akan d terima dan canang oleh UMNO. Jadi apa bezanya…

    Reply
  • June 16, 2014 at 1:09 pm
    Permalink

    Benar kata bujuk

    Dalam Islam memang takder konsep cuci dosa dengan berjumpa dengan siapa2.

    Akan tetapi, amalan cuci dosa ini diamalkan dalam PAS!!!

    Bak kata seorang forumer di MYKMU seperti berikut:

    “bujuk (February 8th, 2014 at 9:37 PM)

    Nak cuci dosa masuk parti ISLAM, insyaAllah. Tapi kena taubat dulu…”

    http://www.mykmu.net/?p=39899

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER !!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *