Usaha Mengeluarkan Sabah Dan Sarawak Dari Malaysia Perlu Ditangani Secara Serius

images (70)Sebelum Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan, suara-suara sumbang yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia, agak kurang kedengaran. Sebabnya ialah beberapa orang pemimpin dari Sabah dan Sarawak yang kecewa kerana gagal mendapat sokongan rakyat menerusi sistem Pilihanraya Parlimen Berperlembagaan Malaysia yang kemudian melancarkan usaha secara senyap-senyap mempengaruhi dan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk memberontak, dimasukkan ke dalam tahanan ISA.

Malah sebelum ISA dihapuskan, hampir kesemua mereka yang cuba mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia merupakan pemimpin-pemimpin serpihan kedua-dua negeri tersebut. Namun selepas ISA dimansuhkan, semakin ramai pemimpin dari Semenanjung yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia semata-mata untuk memastikan Pakatan Rakyat menang pada PRU dan merampas pentadbiran negara ini dari Barisan Nasional yang mendapat sokongan meluas di Sabah dan Sarawak.

Bagi yang kurang faham, Sabah dan Sarawak tidak seperti negeri-negeri lain di Semenanjung. Sebaliknya Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tersendiri selaku gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk dari 9 buah negeri untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Sebuah lagi negeri yang membentuk Malaysia iaitu Singapura telah dikeluarkan dari gabungan Persekutuan itu pada tahun 1965 kerana masalah perkauman.

Secara tidak langsung, Sabah dan Sarawak mempunyai pentadbiran dan keistimewaannya yang tersendiri, berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Kuasa-kuasa pada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan termaktub menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

Selepas PRU-13, hasutan-hasutan agar rakyat Sabah dan Sarawak memilih untuk keluar dari Malaysia, telah dibuat secara giat. PKR menjadi perintis menerusi hasutan Perjanjian Malaysia yang kononnya telah dicabuli oleh Putrajaya. Beberapa isu turut dibangkitkan agar rakyat Sabah dan Sarawak mendesak kerajaan negeri masing-masing keluar dari gabungan Malaysia, terutama sekali membabitkan isu-isu royalti minyak serta tanah.

IMG-20140606-WA011.jpg-786662Mutakhir, sebuah NGO atas nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Antara yang paling lantang bersuara adalah Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee, Lina So, Robert Pie dan Waytha Moorty Ponnusamy. (RUJUK SINI) dan SINI

Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil tindakan keras terhadap golongan terbabit dan tidak bersikap sambil lewa dengan beranggapan, usaha-usaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia hanyalah perbuatan budak-budak nakal yang kecewa kerana tidak dipilih oleh rakyat.

Memang benar, dari satu segi, memang kelihatan usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kecewa tersebut sebagai satu perbuatan terpisah dan terpinggir. Malahan mereka sendiri tidak mendapat sokongan daripada rakyat Sabah dan Sarawak. Namun umpama api yang marak membakar, bermula daripada percikan kecil api sahaja. Ditambah pula dengan campurtangan asing yang diketahui kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, semakin dibiarkan, perkara ini akan mendatangkan masalah yang lebih besar pada suatu hari nanti.

Kerajaan Malaysia perlu melayan golongan ini dengan sepantas serta dengan ketegasan. Mereka memang bijak memberikan seribu satu macam alasan sekaligus mengesahkan bahawa mereka akan sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuklah menjemput kuasa asing untuk memerangi Malaysia sepertimana yang dilakukan di Sabah pada Mac 2013 apabila lanun-lanun Sulu dijemput oleh pihak-pihak tertentu memerangi Malaysia, dengan objektif mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Ditambah dengan kewujudan kapal-kapal perang asing di perairan Laut China Selatan, sekaligus memberikan gambaran bahawa golongan kecil dan dilihat terpinggir itu sebenarnya mampu menyusun strategi yang lebih besar untuk meranapkan Malaysia.

Semoga Kerajaan Malaysia lebih peka dan lebih cepat bertindak. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru hendak bertindak!

8 thoughts on “Usaha Mengeluarkan Sabah Dan Sarawak Dari Malaysia Perlu Ditangani Secara Serius

  • June 8, 2014 at 4:02 pm
    Permalink

    CERITA YG ORG MALAYA TAK TAHU..
    WALAUPUN BUKAN SEMUA PENDUDUK BORNEO MENYOKONG USAHA INI TAPI GERAKAN PEMISAH INI MASIH BOLEH MEMBAWA SEJUMLAH BESAR RAKYAT BORNEO UNTUK BERSATU DALAM HAL INI.
    ANTARA SENTIMEN YANG BOLEH MEMBANGKITKAN GERAKAN
    1. PENGAGIHAN PERCENT ROYALTI MINYAK YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN BORNEO. DLM HAL INI KEDUDUKAN NEGERI BORNEO TIDAK BOLEH DILETAKKAN SELARI DENGAN NEGERI2 SEMENANJUNG KERAJAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA TIDAK MELETAKAN STATUS DUA WILAYAH MENJADI NEGERI SEBALIKNYA KEKAL SEBAGAI WILAYAH.(SEPATUTNYA)

    2. KEBANJIRAN PATI YANG TIDAK DIPANDANG SERIUS OLEH KERAJAAN PUSAT. STATISTIK PATI DI SABAH DALAM 800K TETAPI PENGUATKUASAN SANGAT LEMAH.

    3. EKSTREMISM DALAM PAS DAN UMNO TIDAK SESUA DIBAWA DALAM POLITIK BORNEO YANG TERKENAL SEBAGAI PELOPOR 1MALAYSIA YG SEBENAR. BUKAN MALAYA YG TALAM 2 MUKA.

    4.PENGISIAN JAWATAN2 PROFESSIONAL DISABAH BANYAK DISALURKAN DARI MALAYA SEDANGKAN KADAR PENGANGGURAN DIKALANGAN GRADUAN IPTA SEMAKIN MEMBIMBANGKAN. BAYANGKAN SAJA PUTRAJAYA TELAH MENGHANTAR HAMPIR HAMPIR 1K TENAGA PENGAJAR DARI MALAYA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN GURU TETAPI MASIH RAMAI GRADUAN IPTA SABAH YNG TERSISIH.

    Reply
  • June 8, 2014 at 4:14 pm
    Permalink

    Gerakan untuk memastikan kewujudan negara Malaysia sebagai tidak sah sedang giat digerakkan beberapa pihak yang berkepentingan dari dalam mahupun luar negara.
    laporan polis rasanya ada dibuat mengenai perkara ini, apa tindakannya?

    Reply
  • June 10, 2014 at 9:26 am
    Permalink

    kalau Sabah Sarawak keluar Malaysia, yg akan suffer adalah mereka sendiri. kalau aku PM aku akan panggil berok2 yg dinyatakan di atas tu dan aku akan jelaskan tindakan2 yg akan aku ambil sekiranya aku setuju dgn referendum yg mereka nak keluarkan iaitu Sabah dan Sarawak mentadbir sebagai sebuah Negara.

    1. semua kakitangan kerajaan anak Sabah dan Sarawak akan diberhentikan dgn notis 1 bulan spt termaktub dlm general order. jawatan2 yang dikosongkan tu akan diisi oleh rakyat2 di semenanjung Malaysia. bg menampung lebihan jawatan yg wujud sbb terpisahnya Negara, lantikan baru akan dibekukan dalam tempoh 5 – 10 tahun. xde masalah.

    2. bagi yang bekerja swasta, mereka dengan serta-merta tertakluk pada perundangan expatriate mcm orang lain termasuk kekangan beli hartanah, cukai tinggi dll. begitu juga dengan syarikat2 mereka yg bertapak di sini.

    3. Kerajaan Pusat akan buat penilaian harta terhadap semua infrastruktur jenis aset tak alih yg dibina di Sabah dan Sarawak sejak tertubuhnya Malaysia termasuk sekolah, jalan, hospital, balai polis, balai bomba, klinik dsbnya. Nilai semasa semua infrastruktur aset tak alih ini adalah non-negotiable dan perlu dibayar dalam tempoh yang singkat cthnya 20 tahun. sudah tentu nilainya mencecah beribu billion untuk setahun sahaja! bagi aset2 boleh alih pula mcm katil, tilam di hospital atau peralatan sukan dan alat bantu mengajar di sekolah dibawa balik dan diagihkan kepada pejabat2 kerajaan yg hadapi kekurangan aset.

    kita nak tengok hebat sangat ke Sabah dan Sarawak sampai boleh mentadbir sendiri dan dalam masa yg sama perlu juga membayar untuk infra2 sedia ada.

    Reply
  • June 10, 2014 at 11:05 am
    Permalink

    Sejak bila si Waytha Moorty (HINDRAF) kisah pasal Sabah dan Sarawak???

    Wah…melangkah jauh nampak bebudak HINDRAF ni!!!

    Reply
  • June 10, 2014 at 11:59 am
    Permalink

    Cerita orang Malaya tak tahu???

    Hehehehe…meh sini aku kupas satu persatu dakyah Rosmah87

    1) Pengagihan “Royalti” yang tidak menguntungkan:

    Hang nak untung macam mana tu Rosmah87, kesemua negeri2 di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak menikmati bayaran “wang tunai” sebanyak 5% drpd nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.seperti termaktub dalam perjanjian antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri.

    Malah, kalau ikutkan kelebihanberpihak kepada Sabah dan Sarawak. Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963. (tak seperti yang didakwa oleh Rosmah87, di mana istilah “WILAYAH” masih lagi digunapakai dalam hal ini)

    Mengenai tuntutan 20% oleh kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan UMNO, aku menyarankan bahawa sekiranya tuntutan ini diterima oleh kerajaan Malaysia, maka tuntutan tersebut perlu diperluaskan juga kepada negeri2 lain demi keadilan dan kesejahteraan untuk kesemua negeri.

    Tapi jikalau pemberian subsidi akan berkurangan/ditarik balik akibat kurangnya pendapatan negara Malaysia melalui industri petroleum, jangan ada yang MEROYAN ya!!!

    2) Kebanjiran PATI yang tidak dipandang serious oleh kerajaan Pusat:

    I find this argument very strange.

    Kalau pihak imigresen Sabah boleh menghalang kemasukan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan Tian Chua dari memasuki negeri Sabah, kenapa pulak bila isu PATI ditimbulkan oleh Rosmah87, maka dgn mudah sekali meminta kerajaan Pusat campur tangan dalam masalah kedatangan PATI di negeri Sabah???

    Ini satu lagi dakyah dr Rosmah87 yang sengaja nak shift blame kepada kerajaan persekutuan Malaysia. Please think before you TROLL, okay Rosmah87!!!

    3) Ektermism dalam PAS dan UMNO tidak sesuai dibawa dalam politik Borneo:

    Ini satu lagi dakyah Rosmah87, jika benar UMNO ni parti ekstremist, mengapa rakyat Sabah yang Rosmah87 dakwa bersifat tidak ekstemist mengundi wakil2 UMNO dalam PRU13 yang lepas, sehingga Barisan Nasional menang besar dalam pemilihan Dewan Undangan Negeri dan melantik wakil UMNO sebagai Ketua Menteri Sabah!!

    Hakikatnya, UMNO tidak ekstermist, yang ekstremist adalah PAS, yang tidak mendapat hati pada rakyat Sabah!!!

    Kepada Rosmah87, janganlah sebab DAP KALAH dan tak dapat perintah negeri Sabah, PAS jugak yang Rosmah87 hantam sampai cedera!! Ektremist sungguh DAP ni…HEHEHEHE

    4) Pengisian jawatan2 Professional di Sabah banyak disalurkan dari Malaya:

    Jawatan professional apa yang hang cerita ni Rosmah87???

    Cuba ulas dgn lebih lanjut, my understanding of the word “professional” may differ from Rosmah87 understanding, because I never consider the profession of teacher (guru) as professional!!!

    However, if it is true ada 1,000 org tenaga pengajar diimport dari Tanah Melayu ke Sabah 9as claimed by Rosmah87), then I would like this trend to change and let Sabahan teach their younglings di sekolah2 di Sabah.

    Reply
  • June 10, 2014 at 11:32 pm
    Permalink

    1963 singapura kan masih jajahan johor cam mana pulak singapura boleh termeterai dalam perjanjian MA63 sedangkan singapura hanya merdeka pada tahun 1965.

    Reply
  • September 23, 2014 at 6:59 am
    Permalink

    Kelakar saya baca komen korang ni, seolah solah korang tahu segalanya pasal kesusahan di sabah selepas bn menerajui negara tersebut, huhu masing-masing nak menang tapi tak pernah pandang serius pasal masalah yg menimpa rakyat sabah, setakat talk only but no action korang ingat akan membawa perubahan ker? Kalau para pemimpin yg dipilih menjalankan tugas mereka dgn betul semua ni takkan terjadi ni sebok nak kumpul kekayaan hasil daripada duit rakyat. Pernah korang siasat kenapa mentri mentri kat malaysia ni tiba tiba jadi bertambah kaya selepas jadi mentri yg sah? Walau pun bukan semua tapi paling banyak mentri BN yg korang begitu sanjungkan sampai buta.banyak lagi aku nak cakap tapi biarlah korangbdgn kegoan korang yg hanya berada disebelah pihak, padahal rakyat yg tanggung semua, bukankah setatutnya kita berpihak kepada keluhan rakyat?

    Reply
  • November 10, 2018 at 1:06 am
    Permalink

    APAKAH CABARAN DAN IMPAK KEPADA ASPEK KESELAMATAN NEGARA SETELAH STATUS SABAH DAN SARAWAK DIKEMBALIKAN SEPERTI DI PERJANJIAN MALAYSIA 1963?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *