Gobind Hina Perjuangan PAS? Dah Lama Daaahhhh…

Share


PAS VS DAP

Apabila Gobind Singh Deo, ahli Parlimen Puchong meletakkan kesalahan ke atas PAS atas kekalahan parti DAP di Teluk Intan, sekali lagi kita dihidangkan dengan pencak politik dari pemimpin-pemimpin PAS. Mengikut Gobind, dek kerana berkeras terhadap idea perlaksanaan hudud di Kelantan lah punca kekalahan DAP.

Dewan Ulama menyifatkan kenyataan ini adalah satu penghinaan ke atas perjuangan PAS.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, senyuman terukir di wajah penulis, kerana sejak kecil, tidak pernah waima sekali penulis terdengar kenyataan dari DAP bahawa mereka tidak menentang hudud.

Untuk makluman ahlul PAS sekelian, Gobind adalah anak kepada mendiang Karpal Singh, yang terkenal dengan kenyataan “langkah mayat saya dahulu sekiranya ingin laksana hudud”. Itu hakikat, fakta bukan auta, yang tidak perlu disangkal lagi kesahihannya. Tidak hairanlah jika Gobind mewarisi gen tersebut, kerana ke mana tumpahnya susu lembu kalau tidak ke bekas khasnya. Lebih-lebih lagi dibesarkan dalam lingkungan rejim DAP, anti-hudud.

Perlu untuk kita lihat sifat asal muasal DAP yang tidak pernah padam, termasuk sewaktu menjalin hubungan atas nama Barisan Alternatif.  Perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak dipersetujui DAP, yang akhirnya termeterai jua atas dasar komproni dan “it’s ok if we agree to disagree”.

Hakikatnya selepas pilihan raya 1999, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini memuncak menjadi gulungan api-api kebencian DAP terhadap PAS. Mana mungkin DAP sekadar status “peliharaan” PAS. Apatah lagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh tersungkur pada pentas PRU 1999 tersebut. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.

Yang menghairankan, PAS masih lagi tidak sedar, bahawa mereka hanyalah bertaraf “pariah” di dalam pakatan. Lucu bila Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berpendapat tidak mengapa sekiranya Gobind “setuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dalam isu hudud. Sejauh mana kefahaman Dr. Mahfodz dalam maksud “setuju untuk tidak bersetuju” ini?

Untuk makluman ahlul PAS, ungkapan berkenaan adalah sekadar penyedap hati, yang menghalalkan tahaluf siyasi ala PAS. Frasa “setuju” berkenaan hanyalah satu alasan untuk terus bekerjasama. Hakikatnya, tidak ruang untuk hudud di hati DAP, dan mereka adalah keturunan yang mewarisi semangat menentang hudud dari dahulu. “Tidak bersetuju” itulah yang membawa kepada penegasan “langkah mayat saya dahulu”.

Selepas PRU 1999, DAP khuatir mereka bukan dominan di dalam Barisan Alternatif sekaligus merugikan politik mereka. Keputusannya ialah keluar dari perikatan tersebut. Masakini, anda lebih tahu siapa dominan di dalam Pakatan Rakyat, dan PAS persis seperti watak Hang Kebun dalam filem hitam putih, setelah gagal memegang watak Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu mahupun Hang Kasturi.

Sejauh mana pengaruh Dewan Ulama PAS di kalangan ahlinya? Jawapan itu lebih baik sekiranya hadir dari mulut Mat Sabu atau Khalid Samad.



19 thoughts on “Gobind Hina Perjuangan PAS? Dah Lama Daaahhhh…

  • June 6, 2014 at 12:00 pm
    Permalink

    sket lebih kurang cam biawak hidup la PAS ni dihati dan mata DAP.. Apapun hj hadi lbh tahu apa maksud hudud dlm konteks PAS, krn dia dan Nik Aziz shj selalu duduk dgn karpak dan anwar. agenda PR hanya mrk yg lbh arif jd kpd penyokong PAS sudah lbh 20 tahun jd jgnlah anda semua kena kencing dr kaki sampai kepala.. cukup2 lah dgn apa yg ada skrg jgn sampai basah lencun.

    Reply
  • June 6, 2014 at 12:01 pm
    Permalink

    Jangan bimbang, pas tetap setia jadi barua kpd dap. Mereka tak kan sedar selagi ada kuncu2 anwar menjadi pemimpin tertinggi pas.

    Reply
  • June 6, 2014 at 12:17 pm
    Permalink

    PAS memang bodoh. Tak tau malu. DAP dah menghina Islam, PAS tetap bersama dengan DAP kerana ingin mandapat sokongan kaum Cina.

    Reply
  • June 6, 2014 at 12:22 pm
    Permalink

    Pas tu parti islam semelaya krnapa pula tunduk dengar parti yang dalam pilihanraya tak menang seberapa.keluar aja dari pakatan.bukan pas tak boleh berdiri sendiri.

    Reply
  • June 6, 2014 at 12:49 pm
    Permalink

    Telah diakui kebodohan peringkat maksima pemimpin2 melayu . Mana parti pun sama

    Reply
  • June 6, 2014 at 3:57 pm
    Permalink

    Pas brtindak betul brkawan dgn dap kiranya niat kerana Allah. Prk teluk intan dilihat pas tk le bodoh sgt. Sejahat2 yahudi pun nabi boleh brurusniaga dgnnya , inikan pula cina bukit, berak pun tk reti nak basuh…..dah tu kita kena belajar pulak dgn dia/cina…..belajarlah kamu hingga ke negeri cina…..semoga Allah pnjgkn umur tn guru hj hadi….

    Reply
  • June 6, 2014 at 4:20 pm
    Permalink

    selain hudud yang suka dikompang(seperti lagu hari raya bila datang musim) oleh PAS aku tak percaya DAP kalah sebab pengundi terutama kaum cina yang pro DAP di Teluk Intan menyampah dan menolak dyana sofya sebab dia bercakap bohong(flip-flop sekejap bukan sekejap iya tentang isu ibunya ahli PERKASA)…tak mungkin dyana sofya kalah disebabkab kompangan PAS tentang nak laksana hudud kerana dyana sofya sejak dari hari pertama berkempen sudah berkata dia menolak pelaksanaan hudud, jadinya tidak ada kena-mengena anak lelaki kepada mendiang bai cacat itu kata hudud yang dikompangkan PAS telah menyebabkan dyana sofya kalah

    pemimpin DAP mana tak suka bercakap bohong? pembohong besar DAP seperti lim guan eng pun masih berkuasa dapat mempertahankan Pulau Pinang, jadinya bukan sebab dyana sofya bercakap bohong tapi sebab sikap rasis yang didoktrin/ditanam oleh DAP kepada pengundi kaum cina(khususnya pro DAP) telah menyebabkan calon DAP dari orang melayu bernama dyana sofya ditolak dan kalah di Teluk Intan…mereka mahukan calon dari bangsa cina tapi lim kit siang dan DAP memandai-mandai meletakkan calon melayu, ini telah menyebabkan protes dikalangan pengundi cina yang pro DAP di Teluk Intan…sikap rasis bercampur dengan protes menjadikan kepastian itu 101% akan kekalahan DAP

    apa pun paling lawak tentang pengakuan dan pengesahan yang dibuat oleh pengdoktrin/penanam sikap rasis itu sendiri iaitu lim guan eng bahawa dyan sofya kalah disebabkan dia seorang melayu…pasti ada pengundi cina yang pro DAP marah dengan pengakuan dan pengesahan yang dibuat lim guan eng itu kerana celupar mulut

    aku perhatikan dalam banyak-banyak pemimpin PAS hanya mat sabu saja berdiam diri buat tak reti nak serang balas apa telah diperkatakan anak lelaki kepada bai cacat yang sudah mampos itu yang pernah berkata pada PAS ‘langkah mayat aku dulu’ jika PAS nak buat negara Islam…entah-entah sedang makan babi mat sabu kata pada lim guan eng ‘betul dan saya setuju sangat apa si gobind kata’…hehehehe

    Reply
  • June 6, 2014 at 4:38 pm
    Permalink

    teloq pemimpin Pas dah kena sedut dengan anjing belaan DAP yang ada didalam Pas…..

    Reply
  • June 6, 2014 at 4:40 pm
    Permalink

    PAS memang selalu kena hina dan kena maki dengan DAPigs , anak karpal bkt gelugor yang bertanding hartu tu pun dengan terang menghina perjuangan PAS .. malah calon DAPigs Islam Teluk Intan oun dengan terang menghina perjuangan PAS …

    TAPI orang yang menghina dan memaki perjuangan PAS inilaahhh yang PAS sibuk nak berkawan hinggakan sanggup berkempen … inila PAS sebenarnya ! pelacur agama !

    Reply
  • June 6, 2014 at 5:00 pm
    Permalink

    Nak balas komen bujuk je

    Reply
  • June 6, 2014 at 5:35 pm
    Permalink

    Hal agama tak bole campur dengan politik.inilah padah bila orang yang konon pandai dok campur hal agama dan politik.bila dah kalah tu tenguk sbb apa kalah.tak payah nak salah 9rang lain.

    Reply
  • June 6, 2014 at 6:56 pm
    Permalink

    Pas haruslah bersama dan setia kepada dap walaupun, dilihat seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Pas

    Reply
  • June 6, 2014 at 8:29 pm
    Permalink

    Kalo pi tanya kat Mat Kaki Sapu kita dah tau jawapan nya….mesti dia sokong habih cina DAP tuu. Dah terbukti semasa kempen PRK P76 Teluk Intan yang lalu di mana Mat Sabu dok sakan memuji melambung lambung Lim Guan Eng sampai nak termuntah mendengaq nya. Sementelah lagi dia akan di pilih semula jawatan Ahli Lembaga Pengarah PBA ( Perbadanan Bekalan Air ) Holding Berhad Pulau Pinang mengikut Resolusi 7 bagi AGM ke-14 akan berlangsung pada 26 jun 2014 nanti. Dah tentu dia akan berusaha bermatian matian nak mengekal kan jawatan tersebut…maklum la elaun & emolumen lain amat lumayan…banyak tuuuu. Sapa tak telioq kan dapat setiap bulan berpuluh ribu ringgit cuma goyang teloq cuma puji & bodek habih pemimpin DAP kalo nak hidup mewah…..

    Reply
  • June 7, 2014 at 1:01 am
    Permalink

    di mata dap….pas memang parti yang hina….???tapi dok jilat telor dap jugak…. heran…. habis malaysia nih kalo puak camni memerintah….

    Reply
  • June 7, 2014 at 2:25 pm
    Permalink

    kah kah kah kat bukit gelugor menang- dap kuat. langkah kajang menang- pkr kuat.teluk intan dap kalah-pas punye hudud yg salah.nasib badan org pas la kerana jd zombie.suruh guling diorang guling ,suruh demo dieorang demo.akal x pakai.lepas langkah kajang pr nak wat langkah ape plak?harap2 lepas ni wat langkah ke longkang plak

    Reply
  • June 7, 2014 at 3:01 pm
    Permalink

    Erm..ini yg aku tak faham ni. pasal apa dia hina pulak ? Kan kawan ?

    Reply
  • June 7, 2014 at 8:38 pm
    Permalink

    DAP anti hudud? Mana ada… dia anti Islam dan anti Melayu, baru lah tepat.

    Reply
  • June 7, 2014 at 9:57 pm
    Permalink

    hudud tu utk orang kaper ke islam?
    kenape orang islam x suka hudud?
    kenape memperlekehkan hudud?
    kenape takut hudud?
    sebab byk buat dosa
    sebab kuat mencuri
    sebab pecah amanah
    sebab suka berzina
    sebab suka amik persen
    sebab suka minum arak
    sebab suka masuk neraka
    kan cai?

    Reply
  • June 8, 2014 at 11:26 am
    Permalink

    komen ‘gapger’ banyak menyindir orang PAS lah, hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *