Cadbury DNA Babi : Jakim Vs Kementerian Kesihatan

CADBURY KEMENTERIAN KESIHATAN

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Kononnya ia bermula setelah borang ujikaji telah bocor. Hakikatnya Kementerian Kesihatan bukan lah pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan halal dan haram industri makanan kita. Tindakan mereka mengkaji coklat CADBURY ini seperti ada udang disebalik batu.

Umat Islam perlu ambil kira akan kemungkinan besar seseorang yang berada dalam Kementerian Kesihatan mensabotaj Cadbury memandangkan dua syarikat kepunyaan orang Melayu mempunyai saham dalam Cadbury iaitu Felda Holdings Sdn Bhd dan Boustead Holdings Bhd. Kebangkitan orang Melayu dalam bidang ekonomi amat tidak dapat diterima oleh segelintir kaum yang mahu membolot segala kekayaan dan sumber ekonomi negara.

Oleh itu JAKIM yang sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam memberi sijil halal kepada industri makanan dalam negara telah bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan sampel terus dari kilang demi memastikan ianya tidak tercemar dan tidak mempunyai unsur sabotaj.

Dari dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, telah disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine). Maka dengan itu kemungkinan besar keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar ataupun telah disabotaj. Siasatan yang terperinci perlu dijalankan.

Dalam situasi yang membabitkan JAKIM dan Kementerian Kesihatan, kita sebagai umat Islam perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya. Kita tahu bahawa JAKIM merupakan badan yang memberi sijil halal kepada industri makanan negara.

Baru-baru ini JAKIM telah bertindak tegas dalam mengawal dan memantau beberapa restoran yang telah meletakkan logo halal tanpa kebenaran JAKIM. Kemungkinan atas dasar dendam maka pihak-pihak tersebut mula menyusun plot untuk memusnahkan kredibiliti JAKIM dan pada masa yang sama dapat memusnahkan perniagaan dimana orang Melayu mempunyai saham didalamnya.

Sekiranya umat Islam mula memberi reaksi tidak matang dan terpedaya dengan plot mereka yang cuba menghancurkan industri makanan halal negara yang didominasikan oleh orang Melayu maka secara langsung kita membantu segelintir kaum yang cukup rasis untuk menghancurkan ekonomi orang Melayu.

Mereka ini bukan sahaja cuba menghancurkan ekonomi orang Melayu malahan mereka juga cuba menimbulkan unsur was-was yang melampau sehingga kita tidak lagi mempeduikan halal haram makanan. Dengan itu mereka akan dapat mengembangkan industri makanan mereka yang tidakberapa halal dengan mengenepikan kredibiliti JAKIM. Oleh itu kita perlu berfikir sebelum bertindak. Kebenaran itu perlu. Jangan kita biarkan diri tertipu dengan propaganda jahat segelintir kaum yang ultra kiasu dan chauvanist

3 thoughts on “Cadbury DNA Babi : Jakim Vs Kementerian Kesihatan

  • June 6, 2014 at 11:00 am
    Permalink

    aku harap siasat dulu faizah binti binpuad kemudian siasat siapa dedah rahsia ujian tahap awal itu, aku takut ia ada berpakat jatuh jakim kemudian nak jatuh kerajaan

    Reply
  • June 6, 2014 at 11:48 am
    Permalink

    Jangan kita terpedaya dgn agenda jahat puak2 lahabau tu

    Reply
  • June 6, 2014 at 1:14 pm
    Permalink

    banyak sebenarnya persoalan harus dijawab KKM, antaranya kenapa laporan ujian dari makmal yang diragui akreditasinya itu ‘diperap’ sehingga 3 bulan dan selepas itu baru nak dedahkan? siapa lagi yang dedahkan jika bukan orang/pegawai KKM kan? mengikut apa yang aku tahu ianya(laporan ujian) didedahkan dalam FB kemudian menjadi viral sehingga meresahkan umat Islam dan baru menjadi pengetahuan KKM sebelum menjadi pengetahuan JAKIM

    aku pun syak mesti ada niat tidak baik bila orang/pegawai KKM yang memerap laporan ujian itu sehingga 3 bulan lamanya…jika 3 bulan yang lepas selepas ujian itu diperoleh lalu ianya terus dimaklumkan kepada JAKIM, pasti sukar aku nak syak mempunyai niat tidak baik…sekarang ini kita sedang menunggu penjelasan seterusnya dari KKM sama ada orang/pegawai yang mendedahkan laporan ujian itu ada melakukan apa-apa kesalahan, jika ada diharap KKM tahu nak kenakan tindakan paling tegas

    baguslah KKM sudah sedar perkara dan penentuan tentang halal haram ini mereka tidak boleh lagi sesuka hati membuat ujian secara persendirian tanpa merujuk pada JAKIM terlebih dahulu…apa pun cakap-cakap mulut ini tidak boleh pakai, harus dibuat satu MOU antara KKM dan JAKIM tentang penyelarasan peranan/tanggung-jawab/tugas berhubung perkara dan penentuan tentang halal haram ini…kita tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi kerana apa yang jelas sekarang 2 entiti Islam yang mempunyai saham dan pelaburan dalam cadbury telah mengalami kerugian disebabkan ‘tangan-tangan yang tidak bertanggung-jawab dan memandai-manda sendiri’

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *