Cadbury: Syarikat Rugi, Kredebiliti Halal Jakim Tercemar, Kementerian Kesihatan Buat Bodoh!

Share


Isu penemuan DNA Procine (Khinzir/babi) dalam coklat Cadbury timbul apabila satu keputusan ujian Makmal Kementerian Kesihatan Malaysia bocor kepada umum hampir tiga bulan selepas keputusan dibuat.

Dokumen yang dibocorkan sungguh meragukan bukan sahaja kerana ejaannya jenamanya salah malah nama pengambil sampel juga dihilangkan (lihat dokumen di bawah). Ketiadaan nombor kad kuasa dalam dokumen tersebut menunjukkan bahawa pengambil atau pemberi sampel tersebut bukan penguatkuasa atau pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

DNAProcineKhinzir

Justeru kita langsung tidak pasti apakah sampel coklat tersebut diambil dengan cara yang mengikut keperluan dan piawaian sepatutnya atau datang dari mana-mana individu yang mungkin telah mencemarkan sampel tersebut.

Menurut dokumen tersebut dan juga kenyataan akhbar Kementerian kemudiannya, sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Sehingga kini Kementerian Kesihatan langsung tidak mengemukakan perincian rantaian analisis tersebut seperti siapa pengambilnya dan gambar sampel yang diambil. Kesalahan ejaan Cadbury kepada Cabbury menimbulkan tanda tanya sama ada ia salah ejaan atau pembalut misteri lain.

Mustahil untuk seorang penganalisis makmal membuat kesilapan seperti kecuali beliau menerima sampel yang telah dibuka pembalutnya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan. Jika benar demikian mengapa nama pengambil sampel tidak didedahkan dan pengambil sampel tidak pula mempunyai nombor kad kuasa. Di manakah sampel tersebut diambil?

Kita juga mahu tahu mengapa kementeria tidak segera mengambil sampel kedua, membuat analisis di makmal berkecuali dan memaklumkan ke Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia?

Pengumuman Kementerian untuk menyiasat siapa yang membocorkan maklumat bukan kaedah yang betul. Bukan isu maklumat sulit atau tidak.

Isunya mengapa KKM memendamkan perkara ini begitu lama tanpa memaklumkan kepada Jakim dan juga mengapa tiada analisis kedua dilakukan?

Kementerian harus memberi penjelasan rantaian pengambilan sampel dan kaedah ujikaji kerana jelas keputusan mereka berbeza dengan keputusan Jabatan Kimia Malaysia dan Jakim.

Setelah diuji positif DNA babi, apakah KKM membuat ujian kedua di makmal bebas lain atau buat bodoh sahaja? Nyata mereka buat bodoh sahaja.

Kita bukan mahu membela Cadbury mahu pun Jakim. Jika benar ada DNA Babi yang digunakan sebagai bahan pembuatan coklat tersebut maka tindakan tegas perlu diambil.

jamil-cadbury

Jakim mengambil 11 sampel daripada kilang Cadbury Dairy Milk Hazelnut and the Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan juga dihantar ke makmal yang mempunyai akredetasi untuk ujian termasuk Jabatan Kimia Malaysia.

Didapati tiada DNA Babi ditemui. Jika ia merupakan sebahagian resipi atau bahan yang digunakan untuk membuat kedua-dua coklat tersebut, sudah tentu hasil yang sama akan didapati seperti mana yang diperolehi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun jika hanya dalam “batch” tersebut sahaja ada pencemaran DNA Procine babi, tentu ia bukan isu resipi yang digunakan tetapi lebih kepada “pencemaran”. Pencemaran tersebut berlaku di mana? di Kilang? Di kedai atau di makmal KMM?

Seperti pandangan seorang profesional dalam bidang ini

Ujian pengesanan DNA porcine adalah berdasarkan kaedah polymerase chain reaction (PCR). Kaedah ini sangat sensitif dan mampu mengesan DNA pada kuantiti yg sangat rendah. Walau bagaimanapun, kaedah ini juga sangat terdedah kepada kontaminasi jika dilakukan dalam persekitaran yang tidak dikawal.”

“Working area untuk pre-PCR mesti dipisahkan secara fizikal dari post-PCR. Sedikit sahaja pencemaran dari post-PCR product yang mengandungi berbillion ‘copy’ of the amplified DNA fragments boleh menghasilkan keputusan false-positive. Makmal yang berakreditasi untuk ujian-ujian seperti ini sangat mengambil berat akan isu cross-contamination kerana kesan seperti yang disebut di atas.”

“Melihat kepada ujian yang dilakukan di makmal KKM untuk pengesahan DNA porcine bagi 2 jenis coklat Cadbury (ejaan pun boleh salah dalam report??), jelas tertera di nota kaki keputusan makmal tersebut bahawa ianya dilakukan di makmal yang tidak mempunyai akreditasi bagi tujuan ini.”

Kita mahukan kepastian, dan kepastian ini hanya boleh diberi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maruah sijil halal Jakim terjejas teruk kerana KMM tidak memainkan peranan mereka seperti sepatutnya dalam sesuatu ujian makmal dan penemuan besar seperti ini.

Sampai bila Kementerian Kesihatan hendak buat-buat bodoh sedangkan masyarakat di bawah sudah berantakan, syarikat sudah rugi dan industri halal negara tercemar teruk?

Industri Halal Malaysia yang bernilai berbilion ringgit terjejas teruk dengan sikap tidak profesional Kementerian Kesihatan yang tidak melakukan ujian kedua dari sampel tempat lain, dan memaklumkan kepada JAKIM sebaik makmal menemui DNA tersebut pada Februari lalu. Jangan salahkan pembocor ujian tersebut. Kerana ujian tersebut telah dibuat lebih tiga bulan lalu tanpa tindakan susulan Kementerian kesihatan.

Justeru seseorang di Kementerian Kesihatan perlu bertanggungjawab atas kecuaian ini.



16 thoughts on “Cadbury: Syarikat Rugi, Kredebiliti Halal Jakim Tercemar, Kementerian Kesihatan Buat Bodoh!

  • June 5, 2014 at 4:38 pm
    Permalink

    sehingga kini ujian balas tidak dijalankan pada batch yang dituduh. setiap batch kelompok itu ada ribuan yang boleh dijadikan sample. ujian yang dijalankan pada sample yang bukan dari batch yang sama tidak boleh diterima untuk menyokong pembuktian batch sebelum. ini teori asas dalam mana2 pengujian pun, applicable untuk sama ada produk electronik, mechanical mahupun makanan

    Reply
  • June 5, 2014 at 4:49 pm
    Permalink

    ramai yang salahkan jakim padahal yang buat blunder kat sini ialah kementerian kesihatan. KKM harus bertanggungjawab memberi jawapan kpd soalan2 yang diajukan diatas.

    Reply
  • June 5, 2014 at 5:42 pm
    Permalink

    Nampaknya KKM melakukan kesilapan besar dan tidak profesional.Perkara tersebut didiamlakan utk selama 3 bulan merupakan satu perbuatan yg tidak bertanggung jawab.

    Reply
  • June 5, 2014 at 5:57 pm
    Permalink

    saya sarankan orang yg buat benda ini di cari sampai dapat dan dihukum gantung sampai mati.

    Reply
  • June 5, 2014 at 5:58 pm
    Permalink

    tolong tangkap dan soal siasat nama FAIZAH BINTI PUAD

    Reply
  • June 5, 2014 at 6:46 pm
    Permalink

    ….dulu aku ingat kerajaan tipu mendakwa diserang pihak2 trtentu……mula2 institusi islam diserang…mas dijunam kelaut….kini industri halal pula……adakah kita diserang yahudi….tk mungkin….

    Reply
  • June 5, 2014 at 7:36 pm
    Permalink

    Menurut kenyataan jakim produk coklat yang dikatakan mengandungi DNA babi tersebut halal dimakan oleh orang islam ….kenyataan jakim tersebut berpandukan dalil.Disini nak bagi tahu orang jakim …yang haram tetap haram walau dalam apa kedaan sekalipun….itu yang aku berlajar kat sekolah Ugama dijohor.kalau tak caya gi tanya NOH gadut Kalau inilah pendirian jakim yang mengatakan colkat tersebut halal…..lepas ni maka ramailah orang islam makan makanan yang ada DNA babi……..Aku cadangkan kepada orang jakim yang keluarkan kenyataan tersebut kena pergi pusat pemulihan Akidah…….orang ini dah songsang dan menyonsangkan .

    Reply
  • June 5, 2014 at 8:46 pm
    Permalink

    Ambillah sampel yg. sama baru boleh buktikan. Kalau ahli sebuah rumah kena denggi.. kementerian bagitau nak buat siasatan ke rumah tersebut tentulah penghuni rumah dah bersihkan semua tempat pembiakan nyamuk. Jadi ambil sampel d kilang tak tepat sebab syarikat akan tukar resepi dan sebagainya supaya lulus ujian. Aku cadangkan ambil sampel yg. sama yg. telah d keluarkan dari kedai@hypermarket.
    Aku dengar cadbury ni sykt. melayu.. tapi isu halal/haram ni tak kira melayu ke cina. Jangan kita halalkan dna babi sebab sykt. melayu yg. buat sudah…. sebab pengusaha bila dah nampak RM dia lupa halal/haram.

    Reply
  • June 5, 2014 at 10:23 pm
    Permalink

    bujuk says “Ambillah sampel yg. sama baru boleh buktikan. Kalau ahli sebuah rumah kena denggi.. kementerian bagitau nak buat siasatan ke rumah tersebut tentulah penghuni rumah dah bersihkan semua tempat pembiakan nyamuk. Jadi ambil sampel d kilang tak tepat sebab syarikat akan tukar resepi dan sebagainya supaya lulus ujian. ”

    – aku taktahu laa apa yang puak munafik PAS macam kau ni membaca guna otak kee guna kepala lutut !!! kau pergi baca lagi sekali artikel tu betul-betul …

    Reply
  • June 6, 2014 at 12:55 am
    Permalink

    Bujuk, kau kalau nak ulas pun, tolonglah pakai otak. Tuduhan demi tuduhan… Siapa yg kau kata ” kita halal kan dna babi tu” ? Siapa ” kita” tu ? Mana kau tahu pengusaha tu bila nampak RM lupa halal/haram, ? Ceh, busuk betul pemikiran kau.

    Reply
  • June 6, 2014 at 8:29 am
    Permalink

    Rasanya jika dibuat test pada semua barang yang kita selalu guna pasti dna babi ni akan ada. Especially duit yang sentiasa bertukar tangan dari peniaga babi ke pembeli ke tok imam masjid sebagai contohnya. Tu nak kira macam mana tu?

    Islam itu agama yang mudah. Belajar bagi habis bukan belajar sekerat2. Sebab ni lah banyak umat Islam sekarang berfikiran dangkal betul.

    Reply
  • June 6, 2014 at 8:38 am
    Permalink

    Untuk bujuk, kalau komen kau hasil dari sembang di kedai kopi, tak tahu fakta, hanya andaian demi andaian, hentikan. Langsung takde nilai.

    Reply
  • June 6, 2014 at 9:58 am
    Permalink

    Lihatlah bagaimana bahalul dan bodohnya timbalan menteri dan menteri yang terlibat mengendalikan kes ini.

    Rakyat berdiri teguh dan menyokong ujian yang dilakukan oleh kementerian kesihatan kerana kecanggihan peralatan yang digunakan memungkinkan hasil yang lebih tepat. Seharusnya menteri-menteri berkenaan tidak mempersalahkan siapa yang membocorkan hasil ujian awal ini, tetapi perlu menumpukan persoalan kepada punca pencemaran. Pihak pengeluar bertangguna-jawab memastikan tiada pencemaran dalam pengeluaran dan pengedaran barangan mereka.

    Orang yang membocorkan rahsia ini telah melepaskan dirinya daripada menanggung dosa masyarakat Muslim seluruh negara !

    Menteri-menteri perlu gunakan otak sedikit sebelum membuat apa-apa tindakan. Talking about the “quality” of our ministers ! Stupid.

    Reply
  • June 6, 2014 at 10:44 am
    Permalink

    Tak perlu kita bertelagah tentang isu ini. Mari kita lihat secara rational. Mungkin Allah nak tunjukkan pada kita agar peka dengan hukum syariah. Tak semestinya sesuatu yg telah diberi cap halal akan sentiasa halal. Cadangan dan harapan saya supaya JAKIM diberi kuasa penuh oleh kerajaan untuk kerap melakukan spot check dan mengambil produk yg telah berada di mana-mana pasaraya untuk dibuat ujian bagi mempastikan kesahihan kehalalan produk tersebut tanpa perlu merujuk pada pengilang atau pengeluar. Jadi dengan cara ini kewibawaan JAKIM tidak akan mudah diperlekehkan oleh mereka yg tidak bertanggung jawab.
    Bagi mereka yang menerajui JAKIM harus ingat bahawa tanggung jawab dan amanah yg dipikul bukan ringan. Anda akan disoal di hari kemudian sekiranya gagal melaksanakan mengikut syariat.

    Reply
  • June 6, 2014 at 3:17 pm
    Permalink

    macam Tun M cakap Melayu mudah di tipu… juga cepat melenting… Melayu suka bergaduh sesama sendiri… kena siasat dengan lebih rapi sebelum bercakar… saya setuju dengan Hamzah… tangkap saman Faizah dan Dr.Noor sekali dan dapatkan butir yang lanjut… jangan terperangkap dengan agenda seseorang atau sesebuah syarikat… setelah siasat baru kita akan tahu sekiranya syarikat Cadbury Melayu rugi dari isu ini, brand maner dan bangsa maner yang akan dapat keuntungan…

    Reply
  • June 7, 2014 at 9:44 pm
    Permalink

    ape bende yg korang bising2 ni….mati ke kau kalao x makan coklat cadbabi tu?
    dh kk check ade babi….dh tu ko nk cakap ape lg?
    nk auta, nk pusing2 sampai babi tu xde…camtu?
    yg check tu bukan budak skolah, dh gred 44 kot…
    x tau la nk kene pakai gred 48 ke atas punye pengesahan pulak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *