Ceupacs Kecewa Dengan LHDN

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) bermula 16 Jun ini sebagai tidak kena pada masanya dan hanya menambah beban kepada penjawat awam.

cuepacsPresiden Cuepacs Azih Muda berkata kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada sudah cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja ini yang menjangkau 1.4 juta orang.

“Cuepacs merasakan (PCB) yang sedia ada kepada penjawat awam masih belum selesai. Mereka dipaksa bayar awal kepada LHDN dan selaraskan kemudian. Kalau terlebih bayar, lambat pula dipulangkan.

“Kami merasakan dengan kekangan kos yang semakin meningkat dan pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Jualan) tak lama lagi, kerajaan (seharusnya) mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan sehingga gaji RM8,000 dalam bajet 2015,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam LHDN mengeluarkan kenyataan berhubung Arahan CP38 kepada majikan bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada.

Dalam kenyataan itu, LHDN berkata arahan itu akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.

Mengulas lanjut, Azih berkata lebih wajar jika tindakan itu ditangguh dan diperhalusi dahulu serta difikirkan semula sama ada ia benar-benar sesuai untuk dilaksanakan.

“Kerajaan minta tingkatkan produktiviti, prestasi, tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada mereka.

“Sedangkan golongan penjawat awam terpaksa memikirkan pasal harga rumah yang mahal, pendidikan anak-anak, kos sara hidup meningkat dan sebagainya,” katanya.

– Bernama

8 thoughts on “Ceupacs Kecewa Dengan LHDN

  • June 4, 2014 at 4:17 pm
    Permalink

    Itu lah satu pandangan pemimpin Cuepecs paling bodoh yang sya dengar,
    Masaalah cukai buat masaalah Cuepecs , siapa saja yang tidak bayar atau kurang bayar memang kena bayar tanpa sebarang alasan , jika lah pandangan bodoh pemimpin ini diterima , apa pula kata kerajaan terhadap pekerja swasta , awam dan swasta merupakan ‘orang makan gaji’ jadi adil kah arahan LHDN diberikan kpd swasta jika terkurang bayar dan penjawat awam pula boleh dilonggarkan atas alsan terpaksa memikirkan banyak perkara. Asalkan nama nya manusia , masalaah tetap sama cuma sidikit berbeda jika seorang itu pandaia berjimat dan seorang lagi pandai berhutang.

    Untuk Cupepecs tak payah lah melalak lebih baik tumpukan cara melaksanakan tugas sehingga tiada lagi aduan terhadap penjawat awam dibanwah naungan ceupecs.

    Malu ada pemimpin bebal

    Reply
  • June 4, 2014 at 6:49 pm
    Permalink

    Ceupacs ni pun satu…..kalau ya pun marah, jangan la buat cerita sedih macam la penjawat awam saja yang pikirkan pasal hal rumahtangga, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Ni pekerja swasta yang bekerja pagi petang siang malam hujan panas and at the sama time membayar cukai dalam purata yang jauh lebih banyak dari penjawat awam pada LHDN. Suka tak suka hidup terpaksa diteruskan.

    Kerajaan pulak jangan la dok strict sangat pada golongan pembayar cukai yang makan gaji…nuuuu pi cari ahli-ahli perniagaan yang spin sana sini nak lari dari bayar cukai yang sepatutnya…

    Reply
  • June 4, 2014 at 6:52 pm
    Permalink

    Harap LHDN prihatin dan mendengar keluhan pembayar cukai yg terdiri dari kumpulan pekerja dalam perkara ini, sebelum sebarang arahan di keluarkan.

    Reply
  • June 4, 2014 at 9:18 pm
    Permalink

    Aku sedari dulu terlebih bayar cukai tak ada masalahpun walaupun tanggungan aku ramai…anggaplah itu sebagai tabungan.

    Reply
  • June 5, 2014 at 7:53 am
    Permalink

    aku setuju LHDN ajar sama ini penjawat awam . kita tahu skrg , majoriti penjawat awam itu , bukan semua bekerja untuk kerajaan dan rakyat . kebayakan , kerja untuk membiakkan kekayaan sendiri dan kroni. dan lebih parah , kebayakan mereka juga adalah penyokong pakatan haram ! .itu realiti pahit kerajaan kena hadap skrg . penyusupan anasir dan org2 pembangkang dalam sektor awam , kita tengok , langsung tiada tindakan drastik dari CUEPACS . CUEPACS hanya tahu melolong dan meroyan ketika menagih bonus dan gaji baru dari kerajaan . apa daya dan usaha CUEPACS yang kita boleh lihat selama ini dalam membela kerajaan dari serangan pembangkang ? ZERO AND NOTHING !

    Reply
  • June 5, 2014 at 12:44 pm
    Permalink

    Lebihan bayaran cukai dalam tahun taksiran LHDN leh di tuntut balik…kaki tangan awam tak perlu gusaq tang pasai ni. Aku pun pernah jugak memohon potongan gaji setiap bulan sebagai bayaran pendahuluan cukai pendapatan…tak dak masalah pun. Jika taksiran tahunan cukai kurang dari jumlah potongan bulanan gaji kita perlu tokok jerr…jika terlebih bayaq ikut potongan taksiran tu… kita perlu tuntut balik ato simpan dalam akaun sebagai kredit dan di bawa ke tahun berikut nya. Tak susah pun lagi mudah maaa…..kita tak rugi pun….!!!

    Reply
  • June 5, 2014 at 3:30 pm
    Permalink

    Tak pernah pulak aku rasa tertekan berkenaan pemotingan gaji melalui PCB!!!

    For me, it is better to have pemotongan PCB rather than bila declare cukai, baru terhengeh-hengeh nak fikir mana nak cekau duit nak bayar cukai persendirian!!!

    Dan pembayaran balik akan tuntutan sekiranya berlaku lebihan bayaran dalam PCB oleh pihak LHDN adalah cepat, tak seperti mana diceritakan oleh CUEPECS yg menjaja bahawa lebihan PCB lambat pula dipulangkan!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *