Mekanisme Baru Subsidi Petrol Cadangan Hilang Akal

Share


Akhbar-akhbar melaporkan kerajaan sedang mengkaji mekanisme baru pengagihan subsidi petrol.

Cadangan ini sebenarnya hanya mahu menjual sistem kepada kerajaan. Pada akhirnya kos sistem, penyelenggaraan sistem dan penguatkuasaan akan lebih tinggi atau mengambil separuh dari penjimatan yang mungkin akan di dapati dari kaedah ini.

Cukuplah sistem sedia ada yang sudah diterima sekarang. Jangan tambah bebanan politik untuk Barisan Nasional.

Kita pernah tolak cadangan ini yang ruwet dan renyah ini.

Menurut cadangan tersebut Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

“Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

“Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

“Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi,” demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.


30 thoughts on “Mekanisme Baru Subsidi Petrol Cadangan Hilang Akal

  • June 3, 2014 at 2:08 pm
    Permalink

    idea bodoh!!! sapa punya idea gila ni???

    Reply
  • June 3, 2014 at 2:28 pm
    Permalink

    walaupun mungkin ada masalah pada cadangan tersebut, tapi aku rasa x boleh tolak mentah2. mungkin perlu tambahbaik mana yg patut. system skrg ni mmg lg untungkan pengguna kaya dan berkenderaan besar. sbb tu ada kritikan pd subsidi minyak sbb dibuat secara pukul rata dan x sampai pada sasaran.

    Reply
  • June 3, 2014 at 2:30 pm
    Permalink

    ni cadngan yang akan membawa kepada kejatuhan BN. kalau ianya digunapakai maka tanggunglah akibatnya pada pru 14 nanti.

    Reply
  • June 3, 2014 at 2:40 pm
    Permalink

    Apa jadi dengan KP bermutu tinggi yang mempunyai chip komputer yang dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi?

    Reply
  • June 3, 2014 at 4:13 pm
    Permalink

    AES yg dahulu pun jadi haramjadah…ini saja nak menambah lagi haramjadah yang mmg membuatkan BN melingkup pada masa hadapan..ada eloknya tutup sahaja sekolah vernakilar….kalau benar-benar mahu kalah

    Reply
  • June 3, 2014 at 4:39 pm
    Permalink

    Kerajaan najib byk belanja..ketirisan..terpaksa kurangkan subsidi dan laksanakan GST.

    Org umno wbpun, tetap sokong! – sebab bodo.

    Reply
  • June 3, 2014 at 5:05 pm
    Permalink

    Banyak ketirisan ? Jangan pandai tuduh aje moo, buktikan lah bodo…

    Reply
  • June 3, 2014 at 5:46 pm
    Permalink

    Penggunaan kad fleet bagi penjualan diesel dan petrol bersubsidi ini adalah cadangan bagi mengawal penyelewengan. belum pun di bentangkan ke kabinet, dan belum ada sebarang keputusan di buat…Memang agak janggal, tapi agak baik utk di pertimbangkan, baru kita dapat pastikan hanya rakyat yg benar2 layak menerimanya. Kalau rakyat yg berpendapatan RM5000-RM10000, dengan kenderaan di bawah 2000 cc di beri sehingga 300 liter, rasanya dah banyak. ini bermakna mengikut harga pasaran sekarang, 300 liter X RM 2.10 = RM 630 sebulan.. Adakah kita menggunakan sebanyak itu sebulan ? Sebenarnya Selama ini kenderaan dari Singapura dan Thailand yg banyak mendapat faedah dengan harga subsidi, jika kad fleet ini tidak di laksanakan perkara ini akan berterusan selamanya. Apa pun fikirkan bersama, beri pandangan dan cadangan…

    Reply
  • June 3, 2014 at 5:51 pm
    Permalink

    Walaupun begitu aku masih belum bersetuju, sehingga dapat melihat butiran cadangan ini secara terperinci.

    Reply
  • June 3, 2014 at 5:53 pm
    Permalink

    Tak pe lah buat sahaja..aku yg undi UMNO dulu akan pangkah DAP! Alang-alang susah..biar susah semua! Orang bukan suka PR tetapi benci orang pengampu UMNO yg menyusahkan orang ramai. Bukan semua yg gaji RM5000 ke atas kaya..ada yg dah commit duit beli rumah etc..sebab minyak mahal nanti ada yg budget lari..rumah kena lelong..bila hidup susah..yg kononnya middle class pun akan sokong PR..lantaklah Anwar main depan belakang..who cares. UMNO sepatutnya ingat bahawa talian hayat mereka tersangat pendek selepas PRU13..PRU14 tak lama beb..pejam celik pejam celik tinggal next year ajer nanti..lepas tu barulah janji sana sini..turun harga kereta etc..

    Yg menjatuhkan orang Melayu sebenarnya adalah orang Melayu bukan bangsa lain..bila dah lemah sesiapa pun boleh ambil kesempatan. Melayu bila dah kaya..makan steak itu dan ini..mana dia ingat yg kat bawah tu makan apa..tetapi bila bab Melayu..dia mengalahkan hero filem Tamil, eksyen ajer lebih tetapi sebenarnya kosong!

    Reply
  • June 3, 2014 at 6:09 pm
    Permalink

    alang2 apa2 sistem pun tak diterima oleh rakyat..krn takut tak dapat undi….baik hapuskan terus je subsidi minyak ni..tak yah pening2kan kepala.

    Penjimatan subsidi minyak itu tambahkan pemberian subsidi pada makanan, pengangkutan awam dan pertanian terutama racun, baja, benih yg semakin mahal…semuanya merasa tak kira miskin sederhana dan kaya.

    Reply
  • June 3, 2014 at 6:50 pm
    Permalink

    Hehehe… akan pangkah DAP….

    Reply
  • June 3, 2014 at 6:59 pm
    Permalink

    patut dihadkan satu kete hanya rm30 shj tak kira kete mewah atau pun murah. (cuma setkan aje meter isi minyak tu) maka jadi bodoh lah dan biarkan dimasukan berkali-kali lambat laun nanti fed-up lah meka tu.

    Reply
  • June 3, 2014 at 7:09 pm
    Permalink

    Ini memang haprak. Pegawai kerajaan yang tembolok penuh dengan rasuah dari atas sampai kebawah sehingga penyelewengan petrol diesel tak dapat di bendung… Sekarang rakyat pulak yang kena menanggung! bala bala bala!

    Reply
  • June 3, 2014 at 7:25 pm
    Permalink

    Malaysia kan ke ada IC..kerajaan boleh menyuruh setiap station minyak mewajibkan semua orang kena swipe IC di pump minyak untuk authorization membeli minyak selepas membayar..data ini boleh disimpan dan dipantau, sistem ini boleh online satu Malaysia. Siapa yg beli minyak terlalu banyak dan kerap..hantarlah risikan..kalau kantoi..penjarakan! Dengan ini tak perlulah menghukum semua orang. Aku rasa kos tak banyak sangat..cuma kena ada addon machine swipe IC di pump minyak ajer dan sistem server.

    Reply
  • June 3, 2014 at 8:23 pm
    Permalink

    Sebelum nak buat itu dan ini, dalang yang dah kenyang membaham minyak subsidi dah di tangkap semuanya? Atau masih dilindungi?
    Apa pun mekanisme yang nak dikuatkuasakan, kalau perompak-perompak masih bebas lagi…pasti akan berulang lagi. Dan rakyat menjadi mangsa lagi.
    Yang jahat terus kenyang, termasuk juga yang yang “di bayar bulan”, kerajaan di tipu, rakyat tercekik.

    Reply
  • June 3, 2014 at 8:41 pm
    Permalink

    ala… tak payah buat peraturan baru, buat macam mana pun penyelewengan tetap berlaku……..senang je , bukannya susah sangat nak tangkap penyeleweng tu….mereka tahu siapa dia sebenarnya , saja buat macam susah…… tangkap , jel , freeze , aset dan buang kerja…kan senang…..aku gerenti lepas tu tak de lagi penyelewengan…….!!!!

    Reply
  • June 3, 2014 at 9:05 pm
    Permalink

    modul memang berupaya mencegah penyeludupan minyak subsidi dan pengedaran subsidi lebih terkawal.

    Dalam pandangan, modul seperti ini memerlukan pelarasan sistem dan perkakasan serta pengurusan bersepadu yang sangat tinggi kos nya

    Adakah kerajaan yang menanggung atau syarikat pengeluar minyak atau pengusaha stesen minyak?

    Akhirnya, harga minyak tetap tidak akan turun.

    Reply
  • June 3, 2014 at 11:44 pm
    Permalink

    Kementerian nafi pengguna gaji kurang RM5,000 nikmati subsidi bahan api

    PUTRAJAYA 3 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini menafikan laporan hanya pengguna berpendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan berkuasa kurang 2,000cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

    Laporan itu hanyalah satu spekulasi, kata Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Alias Ahmad kepada pemberita di sini.

    Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter dan selepas habis kuota itu, pemilik kenderaan itu perlu membeli bahan api mengikut harga pasaran. – BERNAMA

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140603/dn_40/Kementerian-nafi-pengguna-gaji-kurang-RM5000-nikmati-subsidi-bahan-api#ixzz33aiG8Z1Y
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Reply
  • June 4, 2014 at 8:52 am
    Permalink

    Moo, yang aku tahu orang fuckutan yang selalu ketirisan. Ketirisan air mani hingga meleleh di tempat yang tidak sepatutnya e.g Anwar Ibrahim, Pak Setopa, Mat Sabu dan Ostat Badrul.

    Reply
  • June 4, 2014 at 10:16 am
    Permalink

    Ha..ha.. Kat Malaysia ni banyak yang pandai bagi cadangan. Lagi satu pula, yang mendengar pula cepat melatah….Idup cadangan…… Ramai yang tunjuk pandai. lebih pandai daripada JAKIM..kalau kat FB tu..seolah olah semua makanan ada lemak khinzir….Ramai juga yang tak belajar agama, lagak lebih pandai daripada ulama…Sampai satu tahap, ulama dalam parti depa sendiripun kena bedal..kalau tak ikut selera pemikiran mereka……Akhir zaman….

    Reply
  • June 4, 2014 at 12:39 pm
    Permalink

    Anak_Nogori
    alang2 apa2 sistem pun tak diterima oleh rakyat..krn takut tak dapat undi….baik hapuskan terus je subsidi minyak ni..tak yah pening2kan kepala.

    Penjimatan subsidi minyak itu tambahkan pemberian subsidi pada makanan, pengangkutan awam dan pertanian terutama racun, baja, benih yg semakin mahal…semuanya merasa tak kira miskin sederhana dan kaya.

    betul bro’ cadanga kau memang bagus cuba tengok us dia tak subsidi minyak tapi us subsidi makan sampai seluruh dunia termasuk negara miskin dapat makan dari amerika disebab subsidi makanan, sampai anggur dari amerika pun boleh sampai ke negara miskin, bagi jimat pengunaan minyak kerajaan kena cepat keluarkan kereta proton hybrid atau elektrik, lepas itu kerajaan kena kurangkan subsidi minyak sikit demi sikit sampai dia tak ada, itu cadang lebih baik

    Reply
  • June 4, 2014 at 12:52 pm
    Permalink

    apa pun diakhir keputusan nanti, aku percaya yg terbak untuk rakyat. nak kisah apa dgn spesis moo dan bujuk..diSelangor dan Pulau Pinang pun kelamkelibut menyusahkan rakyat dalam banyak hal.

    Reply
  • June 4, 2014 at 1:10 pm
    Permalink

    system baru

    Bukan apa bro…buat lah apa sistem pun tentang pemberian subsidi minyak ni..mesti akan ada yg tak puas hati, mesti ada yg manupulatenya, tiris sana tiris sini…Mykad pun boleh dimanupulate dan dipalsukan.

    Ikut gaji plak…kata yg gaji rm10k kebawah dapat..nanti yg gaji rm10k keatas marah plak..kalau gaji rm11k kebawah plak..yg gaji rm11k keatas marah plak..and so on and so on.

    tak kira lagi kalau mykad tu chipnya rosak..

    Bila kerajaan tak lagi berikan subsidi minyak..semua tu kompom tak ada..sebab harga dah jadi harga semasa..lu pakai kereta besar lu bayarlah minyaknya…lu rasa mahal..lu naik motor atau naik pengangkutan awam..ada altenatifnya.

    Satu lagi..pegawai2 KPNKK tak perlu lagi nak siasat tangkap penyeludup2 minyak tu semua..kos operasi kementerian akan kurang..hanya tumpukan pada pemantauan, siasatan, tangkapan pada pencekik2 darah yg suka suki naikkan harga barang setelah subsidi makanan ditambah lagi.

    Subsidi pertanian plak…akan membuatkan bahan2 tersebut akan jadi lebih murah..nak tanam pun..kos baja, racun dan benih jadi murah…maka ini akan mengalakkan rakyat Malaysia menjadi petani moden…tak mustahil satu hari Malaysia akan jadi spt Thailand..lama2 subsidi pertanian tidak lagi diperlukan dari kerajaan…jimat lagi duit kerajaan.

    Manusia…takbiat semula jadinya…makan murah, kenyang perut..dia tak bising lagi dah..yg bising ni..minyak mahal…makanan pun mahal..marah lah.

    Reply
  • June 4, 2014 at 1:55 pm
    Permalink

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA

    MACAI TENGAH PIKIAQ MACAM MANA CARI ALASAN UNTUK SOKONG KENAIKAN JIKA BERLAKU…

    DENGAR2 UTUSEKS NAFI..
    TAPI SIAPA YANG TAK KENAL UMNO KUAT TIPU..
    DULU SBLM PRU13 KATA TAK NAIK MINYAK..
    LEPAS MENANG 3 BULAN KEMUDIAN NAIK..
    YG TERPINGA2 ADALAH MACAI YG TERPAKSA SENYUM PAHIT..
    PERCAYALAH APA2 KEPUTUSAN UMNO MACAI KENA TELAN

    UMNO =LEMBU=KANGKUNG=PANDA=KAMU=BODOH

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

    Reply
  • June 4, 2014 at 2:43 pm
    Permalink

    bodoh punya cadangan !

    Reply
  • June 4, 2014 at 6:24 pm
    Permalink

    Untuk Rosmah 87 yg jiwa kacau.. Utuseks ? itu pasal lah aku kata jiwa kacau, bila pakai nick pun jantina perempuan… hehehe memang jiwa kacau. Orang cerita pasal pengawalan petrol dan diesel, kau cerita pasal lembu.. Bodoh macam lembu macai sekor ni.

    Reply
  • June 5, 2014 at 3:21 pm
    Permalink

    Ada baiknya kerajaan Malaysia hapuskan sahaja subsidi minyak petrol dan diesel untuk penggunaan kenderaan persendirian dan juga nelayan untuk memastikan tiada lagi kes penyeludupan dan subsidi tak sampai kepada pihak yang benar2 memerlukan.

    Subsidi minyak untuk pengangkutan awam perlu diteruskan (kerana pengguna di kalangan pihak yang benar2 memerlukan) supaya rakyat mempunyai alternatif menggunakan perkhidmatan awam yg lebih murah, juga mengurangkan kesesakan jalan raya.

    Kepada KPDNK, pantaulah harga barangan ketika penghapusan subsidi minyak petrol dan diesel, gunakan hak yang ada seperti termaktub dalam Competition Act dan Anti-Profiteering Act

    Dan sekiranya kerajaan Malaysia masih prihatin/ambik kisah akan rakyat yang akan mengadu harga minyak petrol dan diesel mahal untuk kegunaan pensendirian, introduce rebat setiap tahun dalam penaksiran cukai pendapatan persendirian.

    Sedangkan kerajaan Malaysia boleh introduce rebate untuk pembelian komputer once every three years, pembelian buku2 dan juga rebate tanggungan ahli keluarga tak bekerja (isteri, anak2 dll), takkanlah tak boleh introduce rebate untuk subsidi minyak.

    Untuk kategori rebate, bolehlah pakai mechanism yang diwar2kan (contohnya pendapatan below MYR 5,000 sebulan rebate XXX, 5K to 10K sebulan at rebate YYY and no rebate pada pendapatan MYR 10K ke atas sebulan)

    It’s better not make complicated mechanism to solve the problem, apatah lagi ada lagi org complain yang MYKAD tak boleh dibaca oleh mesin, and to introduce a “NEW CARD” is definitely a waste of time and money to ensure it is implemented smoothly!!!

    Reply
  • October 28, 2014 at 5:42 pm
    Permalink

    pelarasan sistem dan perkakasan serta pengurusan bersepadu yang sangat tinggi kos nya, unt stesyen kecil luar bandar tak mampu menanggung kos ini..kalau boleh pinjam bank pon susah kerana terpaksa bayar jangka panjang.hutan sampai mati la kot.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *