TERKINI: Ahmad Said dan Ghazali Kembali Kepada UMNO?

Bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib yang mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas pada hari Isnin lalu dijangka akan mengumumkan kembali kepangkuan UMNO hari ini.

Pihak kami masih menunggu pengesahan maklumat ini dan sidang akhbar yang dijangka akan diadakan petang ini. Jika maklumat ini menjadi kenyataan ia akan menstabilkan kembali politik Terengganu yang bergolak sejak isnin lalu berikutan kedudukan kerusi yang tipis antara Barisan Nasional dan Pakatan (17-15).

Sementara itu Menteri Besar Terengganu mengumumkan mengekalkan barisan EXCO sedia ada.

11 thoughts on “TERKINI: Ahmad Said dan Ghazali Kembali Kepada UMNO?

  • May 14, 2014 at 1:53 PM
    Permalink

    Tahniah pada mereka semua. Anda sudah lakukan yang terbaik. Masih ada banyak perkara dalam hidup yang boleh diperjuang bersama bukan hanya jawatan dan kuasa. Kuasa yang ada pada manusia melalui jawatan yang diberi juga sementara sifatnya.

    Lupakan sengketa. Tarik balih rasa merajuk walaupun ada orang yang akan tertawa. Biarkan, mereka akan berhenti slepas 2 minit ketawa.

    Reply
  • May 14, 2014 at 2:05 PM
    Permalink

    Dah jangka dah… tapi bagus untuk kestabilan politik t’ganu. Tapi kalau UMNO nak orang yg. berjiwa UMNO dalam DUN baik bubar dan boleh buang terus bereka yg. belot dan menyusahkan…

    Reply
  • May 14, 2014 at 2:17 PM
    Permalink

    Dah buang ramai dah bujuk…..anwar Ibrahim, Assmin, Khalid, Saifuddin ada ramai lagi yang telah dibuang…..la ni depa jadi pemimpin hangpa !! hehehe..

    Reply
  • May 14, 2014 at 3:27 PM
    Permalink

    ‘orang UMNO yang menyusahkan’ ini juga begitu gelojoh cuba dipancing oleh stopa ali, PAS dan pakatan haram…tak gitu bujuk?

    Reply
  • May 14, 2014 at 5:33 PM
    Permalink

    Bujuk…yg buat fitnah sampai kena saman juta2..yg jadi model sambilan jual spanda putih…bila nk buang….bkn saja malukan parti, 1 dunia org islam malu…hang malu tak??….

    Reply
  • May 14, 2014 at 8:30 PM
    Permalink

    Apa yang nak diheran…orang cerai talak 3 pun ada yang dapat rujuk balik…..(tu pun lepas bini tu kawin lain dan cerai ngan laki baru dia laa)….ini lak baru berpisah rajuk2 jer….tak lama mana pun…tak sampai 3 hari….

    Reply
  • May 14, 2014 at 11:32 PM
    Permalink

    Takpalah kalau Korang rasa itu baik untuk umno. Lepas ni ramai yg akan ikut jejak m.said untuk capai hajat, terutama ganu, Perak.

    Reply
  • May 15, 2014 at 1:53 AM
    Permalink

    Takpa lah bujuk, aku rasa kau tak perlu buang masa kat sini sibuk nak melaga-lagakan orang. Pi cari keje lain lah yg ada pekdah !

    Reply
  • May 15, 2014 at 8:27 PM
    Permalink

    Kau pi perbetul diri kau dulu….buang perangai hasad tu dulu…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.