Saya Minta Maaf, Saya dan PM Sama-sama Salah Faham – Ahmad Said

Laporan MYKMU pagi tadi mengenai kemungkinan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kembali kepada UMNO setelah merajuk dua hari akhirnya menjadi kenyataan petang ini.

Menurut Suara.tv, bekas Menteri Besar Terenggganu itu membuat sidang akhbar menjelaskan bahawa semua kemelut politik yang melanda sebelum ini adalah disebabkan salah faham antaranya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurutnya perkahwinan anaknya itu merupakan isu yang melibatkan maruahnya dan keluarga.

“Berlaku salah faham, dua-dua (saya dan Perdana Menteri) dah minta maaf kerana salah faham itu dan saya juga mintaa maaf.

“Sebagai orang UMNO, kami saling minta maaf maka saya tarik balik perletakanan jawatan sebagai ahli umno dan ADUN Kijal” katanya pada sidang media yang diadakan di rumahnya petang tadi.

Ahmad Said turut mengatakan akan terus memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan baru yang dilantik.

“Saya tidak pernah berdendam dengan sesiapa dan ini bukan soal pengkhianatan.

“Saya dah bercakap dengan PM, saya ucapkan terima kasih dan akan terus berikan sokongan pada Barisan Nasional” ujarnya lagi.

32 thoughts on “Saya Minta Maaf, Saya dan PM Sama-sama Salah Faham – Ahmad Said

  • May 14, 2014 at 5:53 PM
    Permalink

    Alhamdulillah….kempunan lg puak2 tu…

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:04 PM
    Permalink

    Hehehe ternyata Pas sgt ingin mengambil kesempatan dlm hal ni.. Senang je nk game mrk lepas ni..

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:14 PM
    Permalink

    Alhamdulillah.
    Lihatlah apa yg kita ada, kita wajib bersyukur.
    Jangan di kenang apa yg kita tiada,
    Ditakuti nanti kita kufur…

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:25 PM
    Permalink

    Baguslah drama 3 hari ini sudah berakhir di negeri Terengganu.

    Saya ucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada MB Terenganu yg baru, dan kepada bekas MB Terenganu yg lama, DS Ahmad Said, saya yakin jasamu tetap dikenang terutamanya dari org Terengganu.

    Selamat berkhidmat kepada semua wakil UMNO dan BN di negeri Terengganu.

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:29 PM
    Permalink

    TERbaik dari Ahmad Said. Untuk seketika kita lihat Ahmad said sebagai pengkhianat. Tetapi ternyata itu adalah luahan hatinya yang hampa dan kecewa buat masa itu.

    Mengadakan majlis kecik atau besar adalah perkara rumit bagi sesiapa yang normal pentingkan kesempurnaan. Dari sekecil2 kenduri tahlil arwah ke majlis perkahwinan sesiapa saja akan rasa nervous selagi majlis belum berakhir. Kita bimbang jemputan datang tak ramai. Kita bimbang makanan kita slack, tak sedap. Kita bimbang itu bimbang ini.

    Ahmad Said tahu dia harus letak jawatan bukan pada April 14 atau May 14. Dia tahu sejak setahun lepas. Mungkin ditengah2nya perancanagn kahwin anaknya mengambil tempat dan dia berharap dapat sambut tetamu hadir kerumah rasmi MB, walau pun dia faham yang dia akan berundur selepas itu. Tup, tup tarikh diberi, dia pun rasa saperti dihimpit . Maka melatah dan merajuklah dia. Tapi kita percaya seorang bekas MB susah untuk buat kerja ini.

    Beberapa individu yang sudah songsang dan memilih untuk jadi penderhaka saperti Mohaamad Taib, Jue Ming dan Sipeliwat waris Imam Mxxxx, itu kes lain kerana mereka dari specis yang berbeza. Pun begitu semua mereka tak pergi kemana pun, hanya hebat menyalak bukit. Bukit tak runtuh, suara yang hilang.

    rgat

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:34 PM
    Permalink

    Aduh !! malam ni sunyi sepi lah markas PAS di Terengganu, tak dak apa yang depa nak cerita !!

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:38 PM
    Permalink

    Sat lagi depa spin cerita Hudud lagi la saudara raplahjingaa!!!

    Tak pun depa akan kata Ahmad Said dan rakan2 dibayar untuk masuk semula UMNO!!!

    Standard la depa dalam PAS ni, segala musibah dalam dunia ini adalah angkara UMNO!!!

    Hehehehe

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:44 PM
    Permalink

    Berderai sudah segala impian…..hu hu hu..

    Reply
  • May 14, 2014 at 6:54 PM
    Permalink

    alhamdulillah sudah selesai

    melopong terus PAS macam terbolos sekor babi menyondol spender stopa ali yang besar tu, hehehe

    Reply
  • May 14, 2014 at 7:51 PM
    Permalink

    ini la keputusan terbaik dan bijak

    Reply
  • May 14, 2014 at 8:11 PM
    Permalink

    Kena ugut dgn najib kecut telo mat said… “mung dok tau ambe sape natang..nok ambe dajal mung.. bukti ambe ada… tak patoh mimpi mung dok starang ngan ambe natangg bewok..” kabo najib ke mat said…. make mat said buat press konpreng.. masuk balik UMNO…

    Reply
  • May 14, 2014 at 8:17 PM
    Permalink

    Memang sah lah puak ni suka buat fitnah..

    Reply
  • May 14, 2014 at 8:28 PM
    Permalink

    Amboi Najibulghunnah…haritu mengata budak2 blogger Umno buat citer/skrip Stopa Ali….ni hang pun pandai juga reka citer ngan skrip ni pehal?? cakap tak serupa bikin betullah puak2 pembangkang ni…paku dulang paku serpih sungguh…..

    Reply
  • May 14, 2014 at 8:44 PM
    Permalink

    Ini semua gara2 malaon2 dari UMNO yg nak gasak duit royalti yg akan turun ke T’ganu tak lama lagi. Sebelum Ahmad Said balas melalui kroni2nya, lanun2 UMNO telah mencantas utk mereka berleluasa menyapu bersih fulus.
    Tetapi Ahmad Said pun boleh tahan juga strategi dia. Dgn berapa juta agaknya dia dipujuk utk menyertai UMNO kembali?
    Rakyat marhaen taklah bodoh sangat utk tidak dapat melihat mainan politik lanun2 UMNO ini.
    Kan Melayu mudah lupa?
    Di PRU14 nanti, kita lihatlah bagaimana nasib BN.
    Tunggu dan lihat ………

    Reply
  • May 14, 2014 at 8:54 PM
    Permalink

    semalam bertebaran sms, whatsapp & fb kalangan penyokong pas bergembira mendakwa yb dun manir hilmi harun telah di bawa hadi untuk mengadap sultan mizan bagi membolehkan hilmi harun menjadi mb baru Terengganu habis macai berkumpul umah hadi siap dengan ucapan tahniah lagi hahahaha berita ini akan buat pas meroyan panjang lah hahahahaha

    Reply
  • May 14, 2014 at 8:57 PM
    Permalink

    Hahahaha memang fitnah dah jadi darah daging puak ni gamaknya..

    Reply
  • May 14, 2014 at 9:07 PM
    Permalink

    Heran puak yg berdegar-degar bercerita pasal tuntutan agama, amalan agama, soal hukum hakam dan akidah yg begitu hebat rupanya menjadikan fitnah sesama Islam sebagai amalan harian ?

    Reply
  • May 14, 2014 at 9:14 PM
    Permalink

    Wahai mohd! prk 14 jauh lagi tapi kamu takbur. Tak ada sapa pun manusia yang tau sapa akan menang atau kalah. Tapi kamu yakin kelompok kamu akan menang. Kelompok kamu ni sentiasa hidup dalam perasan. Pasal tu ketinggalan dalam serba serbi.

    Reply
  • May 14, 2014 at 9:54 PM
    Permalink

    Kesimpulan….pemimpin umno semua haprak..semua RM RM RM….he…

    Reply
  • May 14, 2014 at 9:59 PM
    Permalink

    Ahli2 umno kata kat sini, byk pemimpin2 umno negeri makan duit royalti.
    Eh…ahli Mykemut.net ni dok sokong lagi?? Ada Macc berani siasat??

    Selagi dok dalam umno, kebejatan mereka masih dilindungi. Cuba tentang parti, ada berani..??

    Umno = Parti Rasuah 1 Malaysia.

    Reply
  • May 14, 2014 at 10:14 PM
    Permalink

    Mengapa Mat Said balik kembali ke pangkuan UMNO setelah meletak jawatan sebagai MB t’ganu dan keluar parti selama 2hari dengan alasan anak nak kawin? Pilih jawapan yang betul.

    A) Najib ugut sesuatu (0o)’
    B) Najib janjikan sesuatu… RM RM RM …. ‘(00)
    C) Sebab dia Bodoh natang macam puak2 UMNO yg lain

    Reply
  • May 14, 2014 at 10:21 PM
    Permalink

    Hahahaha. Dah mula meroyan dah..kecewa sungguh nampak ? Allah akan tetap bersama orang yg di fitnah.. tu pasal lah nampak serba tak menjadi dah. Hahahahaha. Cuba lagi …

    Reply
  • May 14, 2014 at 11:17 PM
    Permalink

    Aku sebenarnya gembira dengan situasi terkini krisis t’ganu. Banyak selesai masalah. Tapi dari segi maruah.. memang tercalar Dan hancur. Keluar parti demi kepentingan peribadi, tapi tak ngaku pengkianat. Kemudian u-turn macam bawak keta pulak. Kalau orang bias a, boleh terima…. tapi YB @MB camtu memang teruk, patut suruh kosongkan kerusi pilih YB lain. Malu rakyat ganu….

    Reply
  • May 14, 2014 at 11:37 PM
    Permalink

    ha ha ha…apa hal….sesungguhnya air dicincang takkan putus…

    Reply
  • May 15, 2014 at 1:28 AM
    Permalink

    Emm…..kau pun tak payah menyibuk lah bujuk. Sibuk sangat korang aku tengok nak bercakap pasal parti orang ? Kalau tujuan nak melaga-lagakan, takyah buang masa lah.

    Reply
  • May 15, 2014 at 4:05 AM
    Permalink

    Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu
    jiwa kita berpadu ..kita rumpun melayu ..

    tahniah dato seri ahmad said & dato seri najib.

    *tiada yg lebih menggembirakan anak-anak melayu selain perkhabaran ini. . Alhamdulillah !

    Reply
  • May 15, 2014 at 7:59 AM
    Permalink

    Kebenaran akan terserlah, kepalsuan dan pura-pura hanya sementara. Lihat apa berlaku d Perak, beberapa ahli PKR yg. keluar parti… nyawa politik mereka singkat. A.Said dan 2 ADUN t’ganu boleh senyum sekarang, tapi bukan bila DUN d bubar. Semua ahli PKR yg. belot tidak dipilih semula dan hanya Zul Kulim yg. tercalon semula dan tidak mendapat kepercayaan rakyat. Lagi teruk Ibrahim Ali.. walaupun d beri laluan oleh umno untuk berdepan dengan PAS tetap kalah sedangkan sebelum ini dia menang bila PAS memberi laluan kepadanya untuk berdepan dengan umno. Pengkhianat tidak akan mendapat mandat.
    Hari ni korang memuji2 A.said dengan berbagai gelaran tapi tak lama… pemimpin & ahli umno akan hukum dia. Akan ada sinis2 tajam dan pembongkaran sikap dan kesalahan dia. Ada ADUN yg. bagi alasan keluar parti sebab terkejut MB d tukar… sedangkan sejak bulan lepas semua orang dah tahu. Ini semua alasan tak masuk akal.. sebenarnya nak asak pemimpin atas ikut kehendak mereka. Semua pentingkan diri… nak kuasa, nak harta, nak kedudukan. Jangan salahkan orang lain atas tindakan sendiri…
    Ya.. orang luar tak perlu masuk campur keluarga umno, tapi bila melibatkan kepentingan rakyat… semua orang ada hak. UMNO nak bersatu, berjaya atau hancur orang tak peduli, tapi jika nak hancurkan negeri dan negara rakyat berhak besuara. Apakah pemimpin UMNO tak sekolah? atau tak mampu kawal amarah?

    Reply
  • May 15, 2014 at 8:40 AM
    Permalink

    Ah bujuk ! Kau ingat kau tu siapa nak nasihat orang ? Takyah berlakon macam baik lah . Kau bukan je menyibuk hal orang tapi lebik busuk lagi dengan cuba melaga2 kan orang. Perbuatan kau je dah cukup memperlihatkan bahawa kau ni berpenyakit…penyakit hati. Susah melihat sesama Islam berbaik tapi lebih suka melihat sesama Islam bergaduh ! Apa punya manusia kau ni ?

    Reply
  • May 15, 2014 at 8:51 AM
    Permalink

    dah la bujuk….x payah komen lebih2 la…lu pun jenis macai bangsat je,,pejilat jubur berak x basuh,,,

    Reply
  • May 15, 2014 at 9:58 AM
    Permalink

    Keluar surat keluar parti biasanya ada cooling off period, biasalah kalau dalam masa 2 hari tarik balik. Kalau dah lepas 2 tahun baru tarik balik barulah haru biru.

    Sebenarnya orang PAS kempunan nak tengok Hj Hadi jadi MB. Hahaha… ada la yang meroyan dah tempah kot baru tapi terpaksa simpan dalam almari balik.

    Reply
  • May 15, 2014 at 1:36 PM
    Permalink

    Di Perak 2 ahli PKR dan 1 ahli DAP keluar parti dan menyokong BN lalu melongkangkan kerajaan DAP Perak yang mematungkan PAS, dan BN kembali berkuasa. Bila Ianya berlaku di Terengganu, tak ada sorang pun adun UMNO yang keluar menyokong PAS.

    Adun pembangkang tak di pilih semua di Perak, simply kerana mereka tak layak ! Kekecewaan hang bujuk, kami paham sangat, hang membebel sampai subuh pun, tak kan boleh bagi ketenangan kat hang. Mana mungkin orang yang salah di beri ketenangan oleh Allah.

    Reply
  • May 15, 2014 at 1:48 PM
    Permalink

    Apa yang BENAR dan PASTI, PAS TAK DAPAT PERINTAH TERENGGANU!!!

    Itu REALITINYA Bujuk!!!!

    MUEH4444 TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.