Saya Menawarkan Khidmat Bukan Usia – Mah

Oleh Shaz

Calon BN bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong, petang tadi mengadakan lawatan mesra di sekitar Sungai Nibong dan Peti Daerah Mengundi Sungai Nibong. Dalam lawatan sepetang tersebut beliau sempat mendengar masalah penduduk setempat dan beramah mesra dengan pengundi yang menunggu untuk berjumpa beliau secara bersemuka.

Antara yang turut hadir ialah seorang ibu muda bersama bayi yang baru dilahirkan. Beliau merasa teruja untuk membawa bayinya berjumpa Mah, yang suatu ketika dulu pernah menyumbang bakti sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.



Mah juga mendengar beberapa masalah setempat membabitkan masalah banjir setiap kali air pasang dan keadaan jalan yang teruk.

Selain berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut sekiranya terpilih, Mah turut menyatakan bahawa beliau hanya boleh menawarkan khidmat bakti dan berharap pengundi membuat keputusan atas faktor tersebut bukannya faktor usia.

Mah percaya sebahagian besar penduduk di Teluk Intan telah mengetahui rekod perkhidmatan beliau sebelum ini dan boleh menilai sama ada beliau seorang yang bercakap kosong atau menunaikan janji.

6 thoughts on “Saya Menawarkan Khidmat Bukan Usia – Mah

  • May 23, 2014 at 9:54 PM
    Permalink

    rugi kalau pengundi teluk intan tak pilih mah siew keong. byk benda yg dia boleh bawa ke teluk intan jika nak dibandingkan dgn dyana.fikirkanlah.

    Reply
  • May 24, 2014 at 1:00 AM
    Permalink

    Pada orang melayu pilih la gadis melayu anak orang umno. Walaupun dia DAP tentu dia tak derhaka ibunya seorang umno. Mah ni dah banyak berjasa pada orang T.Intan, sekarang bagi peluang orang lain pulak. Selama 2 penggal Mah tak jadi YB, T.Intan bukannya jadi pekan mati dan tak d peduli, tapi semakin maju dan sebok. Jadi.. kemajuan T.Intan bukan sebab Mah ni…
    Bagilah peluang anak melayu tabur bakti pada orang T.Intan pulak…

    Reply
  • May 24, 2014 at 4:02 AM
    Permalink

    ‘Anak melayu’ yg bekerja dgn ideology komunis? Hrmm…bujuk… typical macai PR sungguh hang ni..

    Time ni baru hang nk ingat ‘ANAK MELAYU’? Mana pergi konsep anak islam hang??? Baru sedar kepentingan melayu ka bujuk oi??

    Sblm ni hang beria2 ketepikan ketuanan melayu dgn gantikan sebagai islam ala pas hang tp la ni hang buat U-turn plak??

    Apa punya tur hang ni… pembelit no1

    Reply
  • May 24, 2014 at 4:12 AM
    Permalink

    Proksi kpd org cina boleh buat apa bujuk? Nk buat pocket money boleh la… hehe
    Tak lama lagi makin ramai YB Cinabeng nk bypass kat klantan tu.. cina punya wayang nk bodohkan melayu pas.. x dpt makan umno mkn pas pon jd..

    Reply
  • May 24, 2014 at 10:12 AM
    Permalink

    Tu la hang bujuk….hang terlalu lemah daya pemikiran untuk berfikir lebih jauh daripada itu !! dan dengan fikiran yang lemah paling baik pun orang macam hang hanya boleh menjadi tukang sahut teriakkan DAP.

    Nothing else.

    Reply
  • May 24, 2014 at 5:09 PM
    Permalink

    Wah bujuk jadi tukang kempen DAP pulak… hehehe…lalang…lalang…takat tu lah daya ikhtiar..kesian..sampai macam pengemis..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.