Reputasi Amelia Henderson tercalar

Reputasi Amelia Henderson tercalar

Reputasi Amelia Henderson tercalar
Reputasi Amelia Henderson tercalar

Belum pernah model dan pelakon kacukan India-Scotland, Amelia Henderson buat ‘onar’ selama bergelar anak seni.

Amelia, 28, boleh dianggap antara selebriti bersih daripada dipalit kontroversi, selama ini.

Jauh di sudut hati, Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson tidak terlintas terpalit dengan kontroversi yang mengheretnya ke muka pengadilan.

Sudah tentu reputasi bersih selama ini tercalar bila dilabelkan degil dan sombong hanya kerana ingin mempertahankan hak.

Tak pernah terdetik mencetuskan perbalahan, namun anak kelahiran Klang, Selangor itu hanya ingin semua pihak mendapat keadilan saksama.


Baca Artikel Menarik:

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin


“Bohonglah jika tak terkesan bila dilabelkan degil dan sombong. Tiada manusia dalam dunia ini rela bila dicemuh melulu, tetapi saya bersyukur keluarga dan rakan baik lebih mengenali saya.

“Jika bercakap dari sudut profesional, saya tak terkesan bila dianggap degil dan sombong. Ini kerana orang sekeliling kenal saya.

Reputasi Amelia Henderson tercalar
Biarpun berdepan dugaan hebat, Amelia yang mula dikenali menerusi drama Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi dan Keluarga Pontimau itu bersyukur rezeki tidak terjejas disebabkan kontroversi berlaku. Foto IG Amelia Henderson

“Namun, saya terasa bila membaca komen netizen. Rasa sakit pasti ada, saya juga bimbang persepsi ini melambangkan ‘refleksi’ diri saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang melangkah ke dunia seni sebagai model jenama barangan kanak-kanak terkemuka seawal usia 10 bulan itu berkata, andai benar dirinya bermasalah, sombong, pentingkan diri dan tidak kisah perasaan orang, mungkin kelibatnya sudah tidak kelihatan dalam dunia lakonan.

“Mana mungkin saya bertahan selama 27 tahun jika tidak memiliki reputasi baik. Saya masih lagi bertahan hingga hari ini.


Baca Artikel Menarik:

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang


“Saya yakin ini disebabkan saya bina reputasi baik dengan penggiat seni. Saya berterima kasih kepada produksi yang sudi dan masih beri kepercayaan walaupun saya berperang dalam keadaan ini,” katanya.

Ujar Amelia, tindakan diambil juga bukan dilakukan mengikut perasaan, namun mendapat nasihat daripada mereka yang pakar.

“Langkah saya mempertahankan nama dan kerjaya tidak dilakukan ikut kehendak hati. Tiba-tiba bangun tidur rasa nak ambil tindakan, bukan begitu.

“Semuanya dibuat atas pertimbangan. Saya tak pernah turun naik mahkamah dan saya juga tidak faham mengenai prosedur mahkamah.

“Jadi, saya mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang perundangan untuk dapatkan keputusan betul.


Baca Artikel Menarik:

Tular Fyna Jebat keluar makan dengan Zainal Abidin Hassan


“Sepanjang bergelar pelakon, saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa. Jika saya rasa tidak boleh melakonkan watak dengan baik, buat apa saya hendak sabotaj diri sendiri.

“Bukan sahaja reputasi tercalar, malah menimbulkan masalah kepada orang lain dan produksi. Jadi, itu adalah proses yang saya utamakan dalam setiap tawaran diterima, adakah mampu atau tidak bawa watak diberikan,” katanya.

Amelia sedar, ramai yang tidak berani membuat tindakan seperti diambil. Bukan ingin ‘membunuh’ kerjaya sendiri, apatah lagi, seluruh kehidupannya sejak berusia 10 bulan didedikasikan kepada kerja.

Justeru, katanya, takkan semudah itu dirinya mahu memusnahkan kerjanya selama 27 tahun.

“Saya tentunya ambil berat soal kerjaya. Saya tak mungkin lakukan sesuatu yang boleh memakan diri sendiri. Ini kerana seluruh kehidupan saya memang untuk kerja.


Baca Artikel Menarik:

Nabila Huda & Shila Amzah Belasah Abang Tesla


“Keluarga terutama ibu banyak berkorban untuk saya menjadi pelakon sejak kecil, jadi takkan saya ingin sia-siakan begitu sahaja.

“Apa yang berlaku memberikan pengajaran dan peringatan. Banyak yang saya hadapi dan tak pernah terfikir satu saat pun akan memanggil media untuk tujuan ini.

“Ada masanya saya rasa kelakar mengenangkan apa yang berlaku, tetapi ada masanya terbit rasa trauma hingga tak mahu keluar rumah.

“Mungkin juga ini takdir hidup saya. Dengan apa yang berlaku, saya mungkin akan menjadi pelakon dan usahawan yang lebih bijak.

“Ini saya kerana pernah melalui satu situasi yang tiada siapa pun lalui. Sekurang-kurangnya, saya faham apa sebenarnya semua ini,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Ira Kazar takut Sol dirampas, rahsia surah amalan (Video)


Biarpun berdepan dugaan hebat, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Keluarga Adam, Kasut Tumit Tinggi dan Keluarga Pontimau itu bersyukur rezeki tidak terjejas disebabkan kontroversi berlaku.

“Saya percaya rezeki datang dari Tuhan, bukannya tangan manusia. Selagi menjadi manusia baik dan ikhlas, saya yakin pengakhiran juga baik,” katanya.

April lalu, Amelia diperintahkan membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada penerbit, Datuk A Aida apabila didakwa melanggar kontrak penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia pernah dipilih menjayakan filem animasi popular Amerika, Barbie In A Christmas Carol pada 2008 kerana kefasihan dirinya berbahasa Inggeris slanga British dan Amerika.

Pelakon filem Talentime dan Pisau Cukur itu pernah terbabit dengan hampir 1,000 suara latar untuk pelbagai iklan di stesen radio dan televisyen (TV).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Diana Danielle dapat hak penjagaan penuh anak-anak

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker