Perlantikan MB Terengganu Bukan Tergesa-gesa – Razif

PUTRAJAYA, 14 Mei — Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pelantikannya tidak dibuat tergesa-gesa sebaliknya mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Rabu.

Turut menyertai beliau dalam pertemuan kira-kira sejam itu berkaitan perkembangan di Terengganu ialah 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu dan Speaker DUN Terengganu Mohd Zubir Embong.



Ahmad Razif, 49, Adun Seberang Takir, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.

Susulan itu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal dilaporkan bertindak keluar Umno, diikuti Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud untuk menjadi wakil Bebas.

Roslee bagaimanapun dilaporkan kembali kepada Umno dalam tempoh kurang 24 jam dari laporan itu dan beliau adalah antara Adun yang menyertai pertemuan bersama perdana menteri hari ini.

Ahmad Razif berkata tiada rombakan exco atau speaker akan dilakukan.

Ditanya mengenai pertemuan dengan perdana menteri, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

— BERNAMA

11 thoughts on “Perlantikan MB Terengganu Bukan Tergesa-gesa – Razif

  • May 14, 2014 at 8:57 PM
    Permalink

    pas kempunan berganda ganda hahaha

    Reply
  • May 14, 2014 at 9:22 PM
    Permalink

    tahniah kpd pihak yang berjaya mendamikan 2 pihak

    Reply
  • May 14, 2014 at 9:43 PM
    Permalink

    Mohd
    MAY 14TH, 2014 AT 8:44 PM
    Ini semua gara2 malaon2 dari UMNO yg nak gasak duit royalti yg akan turun ke T’ganu tak lama lagi. Sebelum Ahmad Said balas melalui kroni2nya, lanun2 UMNO telah mencantas utk mereka berleluasa menyapu bersih fulus.
    Tetapi Ahmad Said pun boleh tahan juga strategi dia. Dgn berapa juta agaknya dia dipujuk utk menyertai UMNO kembali?
    Rakyat marhaen taklah bodoh sangat utk tidak dapat melihat mainan politik lanun2 UMNO ini.
    Kan Melayu mudah lupa?
    Di PRU14 nanti, kita lihatlah bagaimana nasib BN.
    Tunggu dan lihat ………umno tak makan duit royalti,, mohd cerita pada aku macam mana hadi anwar balas dendam dengan menutup sekolah taskah dan tak menbenarkan budak2 kecil masuk di balai raya untuk bersekolah semata-mata mahu kan duit royalti, perkara ini menyebab pas t’ganu kalah

    Reply
  • May 14, 2014 at 10:04 PM
    Permalink

    Pemimpin umno neg makan duit royalti? Ada siasatan??

    Reply
  • May 14, 2014 at 10:36 PM
    Permalink

    Hah. Kesian aku tengok..tak reti nak jawab dah.

    Reply
  • May 14, 2014 at 11:32 PM
    Permalink

    moo cakap
    Pemimpin umno neg makan duit royalti? Ada siasatan??

    apakah moo bodoh tak tahu ke ? undang2 tahu undang malaysia ini, palantar lebih 12 batu tak layak di terima duit royalti , mana2 negeri pun tak dapat duit royalti? tapi dapat perutukan pusat lebih besar jika negeri menghasil pedapat besar alasan berikan oleh pas Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 tapi pas lupa pada AKTA 750
    moo baca akta 750
    http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputaktap/20120622_750_BM_Akta%20750%20BM.pdf

    Reply
  • May 15, 2014 at 1:38 AM
    Permalink

    Fuh ! sana sini aku tengok si moo dan bujuk pusing keliling cuba nak melaga-lagakan orang. Alhamdulillah UMNO begitu bijak.

    Reply
  • May 15, 2014 at 1:08 PM
    Permalink

    Royalti apa moooo ??? royalti video porno anwar ke ?? tak tau pulak aku industri porno di Jepun hantar royalti video porno anwar pada kerajaan Malaysia !! laaaaa…duit royati video seks anwar pun Najib sapu ?? tunggu apa lagi mooo…meh kita sama-sama buat report kat SPRM, hang bawa bukti sekali mooo.

    huh ! Kejam sungguh kerajaan UMNO ni !

    Reply
  • May 15, 2014 at 1:46 PM
    Permalink

    Nak SPRM buat siatan, pergilah report kat SPRM Mooh!!!

    Cerita kat sini buat apa??? MEROYAN YA MOOH PAS TAK DAPAT PERINTAH TERENGGANU!!!

    MUEH44444444444444444444444444444444444444444444444444444!!!!

    Reply
  • May 15, 2014 at 4:17 PM
    Permalink

    Royalti minyak tu kecik je moo. Kenapa tak buat laporan SPRM duit pampasan RM207 billion yang Jepun bayar pada mangsa Perang Dunia ke 2? Lagi banyak, boleh beli semua MP Barisan tuhhh…

    Reply
  • May 15, 2014 at 4:56 PM
    Permalink

    MYR 207 Billion tu sangat BANYAK Mooh!!!

    Dan rasanya Nuar Berahi dah SAPU HABIS, tu pasal Jepun tak bagi Nuar Berahi masuk Jepun dulu!!!

    Betul tak Mooh??? TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER MOOH!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.