Pengundi Luar Pendatang, Portal Pro-Pakatan Tukar Kenyataan Saya – Mah Siew Keong

“Portal berita berkenaan melaporkan kononnya saya berkata pengundi luar yang balik mengundi sebagai pendatang. Isu ini digunakan sepenuhnya dalam kempen terakhir mereka malam tadi. Saya kata mereka tinggal di luar Teluk Intan. Mereka tukar, saya kata pengundi luar adalah pendatang.”

TELUK INTAN 31 Mei-Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong hari ini berkata, kenyataan beliau mengenai peranan pengundi luar telah diputar belitkan oleh sebuah portal berita pro Pakatan Rakyat.

“Portal berita berkenaan melaporkan kononnya saya berkata pengundi luar yang balik mengundi sebagai pendatang. Isu ini digunakan sepenuhnya dalam kempen terakhir mereka malam tadi.

“Kita berkempen di banyak tempat namun kenyataan saya dipetik bukan dalam konteks keseluruhan ayat dan hanya diambil satu baris. Saya tahu ini tektik parti pembangkang ,” jelas Siew Keong kesal.

mah-pcSiew Keong yang bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Media di sini hari ini sebaliknya menegaskan beliau berkata, pengundi yang duduk di luar dari Teluk Intan dan merupakan anak tempatan seharusnya memikirkan nasib ibu bapa mereka yang tinggal di sini apabila melakukan pengundian hari ini.

Sementara itu, Siew Keong berkata, hasil tinjauannya di pusat-pusat pengundian sehingga pukul 12 tengah hari tadi mendapati proses mengundi berjalan lancar.

“Kita tidak melihat sebarang masalah atau insiden. Tidak seperti ketika Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu di mana terdapat penyokong parti yang menahan kenderaan dan pengundi daripada pergi mengundi.

“Saya tidak nampak ada penyokong yang menuduh pengundi sebagai orang Bangladesh atau menahan mereka kali ini,” kata Siew Keong.

Dalam sidang akhbar itu Siew Keong juga berkata dua daerah mengundi iaitu di Pasir Bedamar Barat dan Kampong Changkat Jong jumlah keluar mengundi adalah tinggi iaitu melebihi 50 peratus sehingga pukul 12 tengah hari.

“Pasir Berdamar Barat merupakan kawasan pro Pakatan Rakyat. Pada PRU lalu mereka mendapat 80 peratus undi di daerah tersebut. Manakala peratusan keluar mengundi di daerah lain masih rendah. Justeru kita perlu memastikan peratusan keluar mengundi tinggi di daerah lain,” kata Siew Keong.

Siew Keong turut menjangkakan keputusan pilihan raya yang diadakan hari ini adalah sengit dan bersedia untuk menerima apa sahaja pilihan yang dibuat oleh rakyat Parlimen Teluk Intan.-UTUSAN ONLINE

One thought on “Pengundi Luar Pendatang, Portal Pro-Pakatan Tukar Kenyataan Saya – Mah Siew Keong

  • May 31, 2014 at 6:03 PM
    Permalink

    hmmmm…nak sokong orang bukan Islam yang tertakluk di bawah pemerintahan orang Islam atau nak sokong orang Islam yang mendapat arahan dan tertakluk dengan pemerintahan orang yang anti Islam…..

    choices…choices….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.