‘Khalifah’ Lim Guan Eng Tolak Hudud Di Penang Tapi Terima Perlaksanaannya Di Kelantan?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah secara rasmi mengumumkan pendirian Kerajaan Negeri pimpinannya yang disokong oleh PAS dan PKR yang secara muktamad menolak sebarang usaha ke arah merealisasikan perlaksanaan hudud di negeri itu.

Kenyataan tegas Setiausaha Agung DAP itu menyusul selang sehari selepas ADUN DAP Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu menggesa pemimpin DAP dan Gerakan Negeri menyatakan pendirian mereka secara terbuka berhubung isu perlaksanaan hudud di Kelantan yang hangat diperkatakan sekarang.

Tiada yang luar biasa dengan kenyataan tersebut memandangkan sebelum ini sudah acap kali pemimpin utama DAP itu menegaskan isu hudud bukannya agenda pakatan pembangkang dan soal perlaksanaannya tidak termasuk dalam persetujuan secara konsesus pimpinan tertinggi PR.



Bagaimana pun ada satu perkara yang agak menarik mengenainya bila dilihat pada komen-komen para penyokong PAS di media online yang membuat andaian konon penolakan hudud oleh DAP hanya melibatkan Pulau Pinang sahaja dan bukannya pendirian rasmi DAP bagi negeri lain.

Kata mereka, oleh kerana Lim Guan Eng cuma menyebut Pulau Pinang maka boleh disimpulkan konon Setiausaha Agung DAP itu secara diam sebenarnya menyokong ura-ura PAS untuk merealisasikan perlaksanaan hudud di Kelantan. Itu logik illusi yang diyakini penyokong PAS.

Apa jenis pemikiran logik yang diguna pakai oleh para penyokong PAS itu sukar dijelaskan tetapi kita boleh bayangkan andai pemimpin bukan Islam dari komponen BN seperti MCA atau Gerakan membuat kenyataan sedemikian rupa (menolak hudud), bertali arus kecaman dihambur keluar oleh mereka.

Telahan penulis, ada kebarangkalian besar masalah dwi-standard pemikiran penyokong PAS ini ada kaitan langsung dengan kejayaan propaganda Lim Guan Eng lapan tahun lampau yang pernah menyatakan hasrat ‘meneladani’ pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz untuk diimplementasikan dalam pentadbirannya di Pulau Pinang.

Semenjak itu kita saksikan ramai pemimpin dan penyokong PAS yang termakan propaganda tersebut saban hari tidak pernah putus mendewa-dewakan Setiausaha Agung DAP itu termasuk ada ketikanya khatib jemputan pro PAS di Pulau Pinang pernah terlanjur mendoakan kesejahteraan untuk kepimpinan Lim Guan Eng.

Mungkin kerana masih teruja dengan propaganda itulah agaknya sukar bagi pemimpin dan penyokong PAS menerima hakikat bahawa pendirian keras Lim Guan Eng menolak perlaksanaan hudud tidak hanya terhad di Pulau Pinang malah turut merangkumi mana-mana negeri termasuklah Kelantan.

Lim Guan Eng - Tolak Hudud

17 thoughts on “‘Khalifah’ Lim Guan Eng Tolak Hudud Di Penang Tapi Terima Perlaksanaannya Di Kelantan?

  • May 8, 2014 at 9:30 PM
    Permalink

    Bijak sungguh guan eng !! bodoh sungguh cai PAS !!

    Reply
  • May 8, 2014 at 10:34 PM
    Permalink

    Dalam wacana sinar.. HUDUD bersediakah kita. Wong Ka siong(Timb. Presiden MCA) sebut mereka akan mengkaji semula kedudukan dalam BN jika UMNO menyokong hudud PAS. Apakah maksudnya dia akan terima hudud umno? kalau camtu… umno boleh draf hudud yg. d terima semua anggota BN. Lebih mudah d luluskan dalam parlimen dan boleh buat menyeluruh d M’sia dan tiada pengcualian seperti cadangan k’tan. Tapi dia beberapa kali menekankan isu perlembagaan dan kesesuaian sistem perundangan sekarang. Dalam erti kata lain dia tolak hudud kerana bercanggah dengan perlembagaan dan kata tidak adil kerana orang cina/kafir tak kena hukuman yg. sama. Alasannya secara rambangnya adalah alasan2 yg. d bangkitkan oleh pemimpin/orang UMNO. Tapi dia kata itu perspektif orang bukan Islam/kafir. Dia bangkitkan isu rogol dan wanita hamil serta pencuri arak. Dia tanya bagaimana wanita d rogol nak dapatkan 4 saksi adil, wanita hamil nak buktikan dia bukan penzina serta pencuri arak tak kena hudud. Persoalan ni pernah aku dengar d mykmu kalau tak silap, walaupun bukan semua. Tapi semuanya dah d jelaskan TMB k’tan hudud itu sebahagian dari hukum dan kesalahan yg. tiada dalam hudud d hukum dengan takzir. Malah wanita hamil juga tidak d hukum hudud kecuali dia mengaku berzina, jika tidak ia hanya d hukum takzir malah d lepaskan jika dia d rogol. Pencuri arak memang tak kena hudud, tapi undang2 takzir tetap menghukumnya.
    Secara keseluruhannya… aku bangga dengan sinar yg. cepat dan berwibawa dalam mengetengahkan isu rakyat. Tak mustahil… jika program seumpama ini d banyakkan dan disiar langsung dalam media seperti TV1, TV3 Alhijrah, oasis.. rakyat lebih mudah memahami dan menerima baik hukum hudud.
    Syabas Sinar dan semua ahli panel kerana dapat memberi pencerahan isu hudud.

    Reply
  • May 8, 2014 at 10:38 PM
    Permalink

    pas masih percaya yg dap sokong hudud,hahahahahaha

    Reply
  • May 8, 2014 at 10:52 PM
    Permalink

    dah memang kapir tu menentang agama islam kenapa nak dengar pandangan mereka. nama nya pun kapir, kalau menentang islam kapir harbi.

    Reply
  • May 8, 2014 at 11:11 PM
    Permalink

    Aik Bujuk, hang nak PAS TAICI mintak UMNO drafkan Hudud lagi!!!

    Napa cadang sampai gitu??? GONE END tak bagi ka???

    Buatlah cepat drafthudud baru tu, then present private bill di Parlimen nanti!!!

    Jangan risau, kalau ada apa2 salah nanti, ramai ulama dan para mufti juga boleh tegur!!!

    Reply
  • May 9, 2014 at 12:46 AM
    Permalink

    Pok Nicky sendiri pun dh mengaku yg dia cuma tau perkara dasar je tentang hudud, inikan pulak cai2 PAS bengong….kisah hudud PAS ni mcm kisah kambing jamnapari Husam je….riuh semalaya…habuk pun tarak…

    Reply
  • May 9, 2014 at 12:53 AM
    Permalink

    Mustahil PM tau undang2 lebih dari Ketua Hakim dan peguam negara. Kalau TGNA atau YB PAS lebih tahu hudud dari hakim syariah… baik mereka jadi hakim dan bukan YB.
    Pada aku.. tak penting siapa yg. draf atau bentangkan d parlimen, tapi bagaimana Islam/hudud d laksanakan dalam negara kita seperti perintah Allah.

    Reply
  • May 9, 2014 at 1:23 AM
    Permalink

    mustahil akan ada pemimpin PAS yang berani nak tanya guan eng dan DAPigs begini:

    tak tahu malu ke sibuk nak guna kalimah Allah tapi bantah Allah suruh laksana hudud dan tak nak ikut suruhan Allah kepada Jesus(Nabi Isa AS) melarang manusia sembah berhala, makan babi dan minum arak?

    Reply
  • May 9, 2014 at 7:01 AM
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Begitulah bijaknya Guan Eng mewakili kaum imigran cina bermain politik selamat.
    Guan Eng sebagai wakil kaum imigran cina cuba menunjukkan kpd Pas bahawa dia tak kisah Hudud dilaksanakan di Kelantan. Malah dia akan sokong atau setuju. Yg tak boleh dan ditentangnya habis-habisan ialah jika dilaksanakan di Penang.
    Maka nampaklah Guan Eng atau vina DAP baik dan tak tentang Hudud.Tindakan ini membolehkan orang Pas tetap menyokong atau bersekongkol dgn DAP dalam usaha merampas Putrajaya, walaupun yg mendominasi kuasa dalam PR adalah DAP.

    Cina nampak baik dan sokong Hudud.
    Melayu sokonglah cina rampas negara ini dari UMNO/BN.

    Kah… kahh… kahhh…
    Maka terserlahlah kebodohan dan kejahilan Melayu yg tak sokong Hudud Kelantan tu.
    Bukan saja bebal yg nampak atau jadi bodoh dgn permainan politik n Eng malah yg bertaraf alim pun kantoi dibuatnya.

    Maka terjadilah:
    ‘Melayu layu, Cina mengena’.

    Reply
  • May 9, 2014 at 7:07 AM
    Permalink

    Bujuk ! Tolong lah jangan bagi alasan yg berbagai lagi, buat dulu, bentangkan kat parlimen, Akan adalah nanti para ilmuan Islam yg lain yg akan menegur jika ada salah silapnya.

    Reply
  • May 9, 2014 at 9:16 AM
    Permalink

    Dah lebih 20 tahun cerita pasal hudud… baru sekarang profesor2 dan bijak pandai keluar kenyataan hukum hudud perlu d fahamkan pada rakyat. Apakah kita perlukan masyarakat setaraf hakim dan peguam syariah baru boleh laksanakan hudud? Apakah hari ni kita tahu berapa hari penjara jika mencuri? pukul orang? rosak harta awam dan sebagainya? kita hanya tahu buat salah demikian2 kena penjara atau denda atau kerja kebajikan. Jadi orang Awam hanya perlu tahu apa kesalahan hudud dan apa hukumannya, tidak perlu tahu bagaimana nak elak dari d hukum. Tujuan hudud mendatangkan rasa gerun dengan hukuman dunia jenayah. Dengan itu kita tidak akan terfikir mahu melakukan jenayah tersebut dan gerun untuk mencuba melakukan jenayah tersebut. Bila masyarakat tak lakukan jenayah… amanlah negara.
    Mustahil ada orang yg. sanggup kena potong tangan tapi kita selalu dengar orang potong kaki sebab kalau tak potong kaki mereka kena potong hidup(mati) sebab penyakit kencing manis contohnya. Begitu juga jenayah curi… untuk mengelak mereka d pukul sampai mati sebab mencuri baik kita potong tangan mereka dan mematahkan nafsu mencuri pada mereka yg. berangan nak cepat kaya dengan jalan mudah. Selain dari itu… mereka yg. dicuri boleh memaafkan pencuri dan ini sebaik2 orang.
    Yakinlah kita… hudud bukan tujuannya menghukum tapi lebih kepada mendidik masyarakat. Ketahuilah juga hukuman d dunia ini sikit berbanding hukuman d akhirat kelak.

    Reply
  • May 9, 2014 at 9:35 AM
    Permalink

    komen bujuk diatas membuktikan bujuk baru faham tentang hudud, dulu sepatah haram pun bujuk tak faham tentang hudud…hehehe

    bujuk sibuk kata “mustahil ada orang yg. sanggup kena potong tangan tapi kita selalu dengar orang potong kaki sebab kalau tak potong kaki mereka kena potong hidup(mati) sebab penyakit kencing manis contohnya” tapi dia boleh marah-marah pulak antara sebab kerajaan potong subsidi gula(20 sen) sebab nak sedarkan rakyat bahaya makan gula berlebihan boleh menyebabkan kencing manis dan kaki kena potong…kiranya masih bodoh jugaklah bujuk walaupun dia sudah faham tentang hudud sekarang…hehehehe

    Reply
  • May 9, 2014 at 10:03 AM
    Permalink

    Bodoh la. Dalam perkarabini kena jelas sokong ke tak sokong. Mu orang PAS bukan guna Islam sebenar. Kalau orang tannya Lim Guan Eng. Apa agama kamu. Dia kata aku bukan Hindu. Jadi hok bodoh balik kampung mungkin canang Lim kata dia bukan Hindu mungkin dia dah peluk agama Islam. Dalam Islam mesti jelas, tok guru mana mu belajar bodoh.

    Reply
  • May 9, 2014 at 11:27 AM
    Permalink

    Kalau isu hudud dibentangkan oleh PAS atau UMNO tak penting, kenapa Bujuk banyak kali suka bangkitkan perkara ini??

    PAS bentang jer kat Parlimen, then we shall see what happen next!!!

    Reply
  • May 9, 2014 at 5:46 PM
    Permalink

    Takder apa kurang atau payahnya kalau kita betul2 nak buat hudud…hudud ni hukum Allah…sudah tentu jika dilaksanakan dengan sempurna…maka ia adalah sebaik2 hukum…kita ceritakan tentang perlaksanaan dan kita harap perlaksanaannya akan sempurna dan adil bagi kedua2 pihak…….yang jadi masalah hakikatnya bukanlah hudud itu sendiri….tetapi kumpulan yang menggunakan hudud sebagai isu untuk mendapatkan political mileage…..jadi….kalau dah dapat greenlight…aku sarankan tak payahlah PAS nak pening2….lagi ditimbang lagi diukur lagi tambah pening…lama2…asyik bincang dan bentang tak sudah2…..PAS buat jer terus di Kelantan…pedulikan sapa2 yang halang atau pendapat2 negatif…buat dulu….lepas tu boleh diperbaiki sikit2 secara berperingkat….sekali dalam seumur hidup, PAS buatlah sesuatu…tunjuklah PAS ni masih relevant sebagai parti yang mereka beri label Islam..tak payah nak konar sana…konar sini….pastu sampai titik permulaan…rakyat tak bodoh….dan rakyat pun dah makin hilang sabar…….

    Reply
  • May 9, 2014 at 6:09 PM
    Permalink

    Bujuk, kan aku dah cakap jangan kona sana, kona sini lagi. bentangkan kan lah kat parlimen dulu. Ni korang belum bentang dah macam2 cakap. Sana salah, sini betul, bila nak bentangnya ? Rakyat sememangnya dah tahu dan faham duduk perkara sebenar !

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.