Illusi Nik Aziz : Hudud Tiada Halangan Dari DAP?

Sepanjang kempen DAP di PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan menyaksikan DAP terus menegaskan pendirian mereka menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan hudud PAS. Dalam masa yang sama PAS dengan jelas memahami kehendak sekutu kuat mereka dalam pakatan iaitu DAP.

Namun kita menjadi keliru dalam senario kedua-dua pilihanraya kecil ini. PAS telah membantu DAP dalam menjayakan kempen mereka sedangkan DAP menentang satu-satunya perjuangan PAS iaitu hudud. Kita seolah-olah menyaksikan drama lakonan kedua-dua belah pihak PAS dan DAP. Dalam keadaan mereka terlalu bertentangan matlamat namun mereka masih mampu melakonkan watak sekutu yang baik dalam memberikan sokongan dalam kempen DAP menentang hudud.

Walaupun DAP meletakkan calon Melayu Dyana Sofya sebagai “ujikaji” namun laungan menentang hudud tetap lantang disuarakan. Dan kita dapat lihat dengan jelas bahawa Dyana Sofya sekadar boneka “puppet” mainan Lim Kit Siang untuk menyakitkan hati UMNO dan orang Melayu. Selama ini suara menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu sebagai Tuan Tanah Melayu dinyanyikan oleh DAP yang berbangsa Cina. Namun demi untuk menyakitkan lagi hati orang Melayu maka mereka ini telah mencari anak Melayu yang sanggup menjadi penderhaka untuk melaungkan niat jahat mereka.



Berbalik kepada hudud, Nik Aziz Nik Mat kononnya yakin halangan terhadap pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan akan berakhir sedikit demi sedikit tidak lama lagi. Bersandarkan kepada apabila ikhtiar manusia terhadap sesuatu perkara itu sampai pada kemuncak, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar untuk mendapatkan penyelesaian. Kononnya masalah hudud merupakan masalah terakhir. Beliau yakin hudud tetap berjalan tanpa ada halangan.

Namun hakikat sebenarnya kita tahu bahawa DAP akan menentang habis-habisan pelaksanaan hudud. Memandangkan DAP merupakan parti yang terkuat di dalam pakatan pembangkang maka secara semulajadinya PAS akan tunduk kepada kehendak DAP demi merealisasikan cita-cita PAS menakluki Putrajaya.

Kita melihat PAS masih cuba bersandiwara dengan para penyokong mereka berkenaan hudud. Dalam keadaan mereka sedar bahawa “bos” mereka DAP menentang hudud mereka masih cuba memberi illusi palsu kononnya situasi semasa jelas menggambarkan halangan dihadapi Pas Kelantan dalam usaha melaksanakan hudud berjaya diselesaikan walaupun tidak secara menyeluruh.

Kononnya sekarang ramai dalam kalangan masyarakat Cina minat mengetahui hudud. Jika Umno tak mahu tak apa, tak boleh buat apa, halangan dari kanan, cari jalan ke kiri dan  sebaliknya. Hakikatnya UMNO tidak menolak hudud yang bertentangan dengan Islam. Ironinya PAS sanggup menipu mengatakan masyarakat Cina minat mengetahui hudud walaupun DAP telah menegaskan mereka akan tetap menolak hudud walaupun calon mereka berbangsa Melayu.

Sepatutnya PAS sebagai sebuah parti Melayu bersama-sama dengan UMNO menjaga kepentingan dan kemuliaan agama Islam, bangsa Melayu dan negara. Kita sepatutnya bergabung dalam memastikan DAP tidak terus memecahbelahkan kita dan menjatuhkan maruah agama Islam secara berterusan. Sampai bila kita mahu membiarkan DAP sesuka hati cuba melaksanakan dasar “pecah” dan “perintah” orang Melayu sedangkan orang Melayu merupakan Tuan Tanah Melayu. Fikir-fikirkanlah.

11 thoughts on “Illusi Nik Aziz : Hudud Tiada Halangan Dari DAP?

  • May 25, 2014 at 4:55 PM
    Permalink

    laaaaa…tak payah lah quote apa nik ajis kata…tak dak sapa ambil peduli pun….kebodohan dia menjadi-jadi sejak semenjak ni, maklum lah dah nak sampai maghrib…..biarlah dia meroyan sorang-sorang, kita bagi peluang kat dia untuk hidup bahagia sehari dua ni.

    Pada pecacai PAS aku sarankan hangpa angguk je apa yang nik ajis kata…..kesian kat dia.

    Reply
  • May 25, 2014 at 5:39 PM
    Permalink

    demi dap , hudud ditongsampahkan

    Reply
  • May 25, 2014 at 6:05 PM
    Permalink

    Sayang sangat nik aziz dgn DAP ni….semua yang buruk ttg DAP dibutakan sahaja

    Reply
  • May 25, 2014 at 6:09 PM
    Permalink

    Balasan Allah..kita sama2 saksikan kesudahannya..

    Reply
  • May 25, 2014 at 6:20 PM
    Permalink

    Pasal hudud lagi ? Tak payah dok layan lah si tua bangka tu ….biar kan aje…Ikut suka dia lah….

    Reply
  • May 25, 2014 at 6:51 PM
    Permalink

    Ulama PAS memandang rendah penentangan DAP terhadap hudud. Kesilapan besar. Ulama yang tidak hendak berikhtiar tapi hanya mengharapkan mukjizat atau keajaiban atau miracles. Tapi dia bukan nabi. Nabi pun berusaha. Ulama yg naif. Ulama yang hanya pandai membawa kehancuran tapi akan melarikan diri (alasan ) apabila tersepit.

    Reply
  • May 26, 2014 at 2:40 AM
    Permalink

    Nik ajis yakin Allah akan tunjukkan jalan utk penyelesaian sesuatu perkara.. Tp dia buta kerana gagal melihat bilamana Allah s.w.t telahpun memberikan jalan penyelesaian sejak awal lg dgn cara keluar dari pakatan.. Tp dia tetap bersama dgn syaitan yg bertopengkan manusia..

    Bak kata pepatah dia, “ambo sanggup berkawan dgn syaitan utk tegakkan negara islam”..

    Reply
  • May 26, 2014 at 2:50 AM
    Permalink

    antara yang paling hebat kafirkan sesama Islam ialah PAS , amalah kalau kritik hudud PAS yang banyak salah tu dikira jatuh kafir sebab bagaikan menolak Islam .. tapi akhirnya calon Pakatan Islam yang jelas tolak hudud tu laaa yang PAS tetap akan sokong dan sanjung !!! hahahahahaah

    Reply
  • May 26, 2014 at 6:46 AM
    Permalink

    INI LAH AKIBAT NYA APABILA PAS DIKUASAI GOLONGAN YG NAMA SAJA MELAYU,TAPI TAK ADA JIWA MELAYU,AGAMA SAJA DIDAKWA ISLAM ,TAPI TAK BERJIWA ISLAM,TIMBALAM PRESIDEN NYA MAT SABU ADALAH CONTOH TERBAIK TENTANG ITU.BEGITU JUGA MAHFUZ,SALAHUDIN AYUB,DAN HUSAM ,KESEMUA MEREKA BUKANLAH DARI KALANGAN ULAMA .TAPI LEBIH KEPADA GOLONGAN LIBERALIST DAN ANWARIST.HANYA HADI DAN TUAN IBRAHIM YG DIANGGAP ULAMA ,PUN BEGITU KEDUA DUA NYA BERSIKAP FLIP FLOP JUGA BILA BERDEPAN ISU YG MELIBATKAN ISLAM DAN MELAYU DEMI KEPENTENGAN POLITIK PARTI DAN PERIBADI,JADI WAJARKAH MEREKA JUGA DI GELAR ULAMA??

    Reply
  • May 26, 2014 at 9:14 AM
    Permalink

    kan politik terdiri dari pelacur yang mengaku konon mengaku memperjuangkan islam pala hotok depa la….

    Reply
  • May 26, 2014 at 5:28 PM
    Permalink

    Pada peyokong² pas yg sayang tok gurunya tu, tolong lh nasihat pada dia supaya mengamalkan makan kismis minda keluaran tok guru, sebab dh hampir nyanyuk pok nik kita tu. Dah makin tua makin nyanyuk pula. Kesiaaaaaaan.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.