Ahmad Said Berundur, MB Baru Angkat Sumpah Malam Ini?

Sumber yang rapat dengan UMNO Kemaman mengesahkan bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Duli Yang Maha Muli Sultan Terengganu pagi tadi.

Sumber juga menyatakan satu majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu akan diadakan jam 8 malam ini di Istana Tuanku Mizan, Kuala Terengganu.

Sejak beberapa minggu lalu akhbar arus perdana seperti The Star, NST dan Utusan memaparkan kemungkinan penukaran beberapa orang Menteri Besar. Antara yang menjadi spekulasi utama ialah jawatan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Pahang.
matsaid4
Pada minggu lalu, Ahmad Said kelihatan begitu bersemangat meneruskan perkhidmatan apabila mempersoalkan pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan kerajaan negeri yang mempunyai majoriti tipis.



Namun apa yang dianggap sebagai satu kenyataan politik yang berani Ahmad Said berakhir hari ini apabila Ahmad Said sendiri menghadap Tuanku Sultan untuk melepaskan jawatan.

Dilaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berada di Kuala Terengganu bagi membantu peralihan pucuk pimpinan negeri dan parti hari ini.

12 thoughts on “Ahmad Said Berundur, MB Baru Angkat Sumpah Malam Ini?

  • May 12, 2014 at 6:37 PM
    Permalink

    Baguslah tu, lagi pon dia dah puas makan dah kan…EPIC banyak jadi mangsa sampai kering kontang…

    Reply
  • May 12, 2014 at 6:39 PM
    Permalink

    saat dan adengan yg kita semua tak mahu lalui.. namun disebaliknya ada manusia yg gembira dan senang dgn kegagalan org lain.. dunia ohh dunia. Tkasih DS Ahmad Said.. pasti ada kebaikkan dan hikmah disebalik semua ini.

    Reply
  • May 12, 2014 at 6:43 PM
    Permalink

    Asking Rm10m beebbbbb…. En Jamal SUB Kewangan UMNO Pusat pon tahu…. Hopefully replacement won’t repeat it, otherwise go to hell….

    Reply
  • May 12, 2014 at 7:56 PM
    Permalink

    Kempunan hadi munafiq nk jd mb trg

    Reply
  • May 12, 2014 at 8:10 PM
    Permalink

    Bila dah takda kuasa…. tunggulah hari2 segala keburukan akan didedahkan oleh kawan2. Kalau melawan… lagi banyak cerita yg. akan keluar.

    Reply
  • May 12, 2014 at 8:56 PM
    Permalink

    nik ajis masa berkuasa pun macam-macam keburukan dia didedahkan, oleh kawan dan lawan.

    Reply
  • May 12, 2014 at 9:14 PM
    Permalink

    Zma kata ‘ dia dah puas makan….’ eh mana dia Macc. Mana tv3, pesal tak nak lapor. Hari tu kisah MB selangor katanya nak tukar, tiap2 hari masuk tv,akhbar,malah blog ni pun sibuk dok buat penilaian…

    Reply
  • May 12, 2014 at 9:17 PM
    Permalink

    Cerita jap keburukan nik aziz raplahjinggah,.
    MACC SANGGUP TERBANG KE KB untuk siasat jamuan RM 600 MB. Tapi clear..
    Ni mat said, Macc tak buat apa2 pung?

    Reply
  • May 12, 2014 at 9:18 PM
    Permalink

    Hanya kaki ampu sahaja yang berani mendedahkan keburukan setelah seseorang itu hilang kuasa…

    Kalau gi Kemaman, sila lawati Kolej Vokasional Ranaco Marine, satu Kolej Swasta yang yang ditanggung oleh kerajaan… lepas tu nilaikannya, adakah ianya layak atau tidak.. KRONI ohhh KRONI..

    1) Adakah itu sebuah Kolej atau asrama perkerja kilang atau indon?
    2) Apakah kemudahan yang Kolej ini ada?
    3) Bagaimana Kolej ini boleh diberikan kontrak oleh Kerajaan?
    4) Siapa disebalik Kolej ini?
    5) Siapakah yang meluluskan Kolej Vokasional ini (Menteri yg baru dilantik)?
    6) Kenapa tidak diberikan kepada ALAM, AMSAS atau Akademi Maritim Kerajaan lain yang mempunyai kemudahan asas yang 1000 kali lebih baik?

    Reply
  • May 12, 2014 at 9:21 PM
    Permalink

    Swlagi Mat said dok dlam umno rahsia selamat……

    Umno parti pelindung perasuah besar 1 Malaysia!

    Reply
  • May 12, 2014 at 9:29 PM
    Permalink

    moo, jgn gembira sangat… cuba tanya PAS Kelantan, PKR Selangor & DAP Penang, berapa banyak dummy account atas nama Parti (PAS,PKR&DAP) Negeri selain dari account rasmi… 3, 4, 5 .. hee hee…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.