Pengambil alihan PLUS: Adakah Idaman Saga Benar-benar Punya Wang?

Menurut maklumat terbaru, Tan Sri Halim Saad dan Idaman Saga Sdn Bhd sedang kuat melobi untuk pengambil alihan PLUS biarpun beberapa pihak mula mempertikai motif syarikat terbabit. Rasa sangsi dan syak wasangka tidak dapat dielakkan apabila dokumen cadangan pengambil alihan yang dibocorkan kepada media lebih merupakan janji-janji manis mengurangkan kadar tol, mengurangkan bebanan kerajaan dan juga menetapkan kadar tol yang tetap.

Tindakan ini tampak seolah-olah ada agenda untuk memandu persepsi awam mendesak kerajaan menerima cadangan Idaman Saga ini biarpun mereka tidak memberi sebarang indikasi mengenai harga pengambil alihan dan proses mengumpul dana bagi tujuan pembelian.

Jika dilihat trend syarikat ini sejak 5 tahun kebelakangan ini ternyata mereka lebih kepada menjadi syarikat korporat yang mengejar publisiti berbanding menjalankan perniagaan.

Sebelum menggunakan Idaman Saga, Tan Sri Halim menggunakan Jelas Ulung Sdn Bhd pada tahun 2009 mencadangkan pengambil alihan PLUS dengan janji-janji yang hampir serupa. Namun Jelas Ulung gagal menyediakan deposit awal RM50 juta dan bukti memiliki dana bagi tujuan pembelian.

Setelah senyap seketika Tan Sri Halim muncul dengan Idaman Saga Sdn Bhd. Idaman Saga mengumumkan kerjasama dengan KUB Berhad untuk membeli Francais Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia. Bagaiamanpun cadangan pembelian KFC dan QSR beberapa tahun lalu ditolak.

idamansaga-kfc

Kulim Bhd. (Kulim) pemegang saham majoriti di dalam QSR Brands (QSR) dijangka menolak tawaran tokoh koporat tempatan Tan Sri Halim Saad melalui Idaman Saga Sdn. Bhd. (Idaman Saga) untuk mengambil alih perniagaan miliknya.

RHB dalam nota penyelidikannya berkata, penolakan itu disebabkan penilaian yang rendah terhadap harga tawaran bagi pengambilan alih itu sebanyak RM5.60 sesaham atau RM1.6 bilion.

Firma itu berkata, berdasarkan tawaran harga RM5.60 sen itu, penilaian saham KFC Holdings dibuat pada harga RM3.23 iaitu mewakili nisbah harga pendapatan (PER) sebanyak 14.4 kali pada pendapatan sesaham (EPS) pada tahun kewangan 2011.

Ia mengikut andaian bahawa nilai QSR termasuk anggaran sebanyak RM306 juta untuk perniagaan Pizza Hut.

Tawaran dan rendah dan tindakan Idaman Saga mengadakan kerjasama dengan KUB, bukannya mengemukakan cadangan pengambil alihan secara bersendirian memberi persepsi bahawa ia tidak mempunyai aliran kewangan yang kukuh untuk membiayai pembelian KFC secara bersendirian.

Jika ia tidak berupaya mengambil alih KFC secara bersendirian, apakah ia mempunyai kemampuan kewangan mengambil alih PLUS yang jauh lebih mahal asetnya?

Justeru sebelum kerajaan mempertimbangkan cadangan Idaman Saga, atau sebelum kita mahu mengangkat cadangan tersebut sebagai sangat menarik, kedudukan kewangan dan kestabilan Idaman Saga harus dinilai secara serius terlebih dahulu.

Kita khuatir pengambil alihan ini akan menyebabkan aset-aset hartanah PLUS akan dicagarkan bagi membiayai pengambil alihan tersebut dan akhirnya boleh menyebabkan PLUS tergadai jika syarikat ini gagal kemudiannya.

Akhirnya, ia akan kembali bebanan kewangan dan politik kepada kerajaan jika terpaksa “bailout” pada masa akan datang.

Nota Kaki: Ada “burung kecil” memberitahu penulis bahawa beberapa bulan lalu Idaman Saga Sdn Bhd gagal menyediakan deposit sekitar RM 90 juta bagi pembelian sebuah IPP milik YTL Corporation biarpun syarat-syarat jual beli telah dipersetujui dan dimuktamadkan.

8 thoughts on “Pengambil alihan PLUS: Adakah Idaman Saga Benar-benar Punya Wang?

  • May 23, 2014 at 2:20 PM
    Permalink

    kalau tak ada duit jgn dok gatal la nak ambil alih. jgn jahanamkan plus.plus adalah aset penting negara.

    Reply
  • May 23, 2014 at 3:18 PM
    Permalink

    Umno dan syarikat putar alam memang tak dapat dipisahkan…..bagaikan aur dgn tebing…..tak apa…..kan rakyat ada untuk bantu keduanya…hehe

    Reply
  • May 23, 2014 at 4:48 PM
    Permalink

    Dah agak pun Halim Saad ni mmg tin milo kosong!!!!

    Reply
  • May 23, 2014 at 4:53 PM
    Permalink

    Apa nak heran, dulu Bank Bumiputra yang besar tu pun boleh diambil oleh Rashid Hussin Berhad. Sekarang kemana Rashid Hussin? Sekarang Bank Bumiputra dan jadi CIMB (Cina, India, Melayu, Benggali) Aku cadangkan PLUS diambil alih oleh SCOMI (KJ punya – orang rembau)

    Reply
  • May 23, 2014 at 4:57 PM
    Permalink

    Hang ni mek, kalau hang tak dak apa nak komen baik hang tok sah komen, hang suka dok merapu,,,,,

    Takeover proposal tu tak ada kena mengena dengan UMNO, itu adalah cadangan satu syarikat swasta pada kerajaaan. Lain la macam KOHALAL, 100% hak PAS, lingkup punah ranah….bukan nik ajis tak tau siapa yang pelahap semua tu, sampai lingkup, tapi apa nak buat, semua tu kawan-kawan dia jugak.

    Reply
  • May 23, 2014 at 7:05 PM
    Permalink

    Nak termuntah bila ada yang mencadangkan scomi ambilalih PLUS….nak bayar gajin staff pun dah hampir tak mampu inikan pulak nak ambil PLUS…..
    Sekarang ni scomi tengah sibuk nak bangunkan Monorail diputra jaya……..Mana dia nak cekau duit?…sedangkan pojek KL MONORAIL pun lambat dan lintang pukang……..Kita sedia maklum scomi mengunakan pengaruh politik untuk berniaga…….kalau ikut kemampuan dan kepakaran ia tak mampu.

    Reply
  • May 26, 2014 at 2:57 PM
    Permalink

    Teringat kawan aku cerita dahulu, dia terpaksa buat paperwork untuk award kontrak kepada SCOMI sebab client dia kata “INI ARAHAN PERDANA MENTERI (Abdullah Badawi)”

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.