“Agree To Disagree” – Cara Hudud Diselesaikan Oleh Pakatan

Hudud-is-Barbaric(1)

PRK Teluk Intan ditakdirkan menjadi bukti bahawa hudud laungan PAS hanya akan bersifat retorik dan populis, demi menjatuhkan hukum kufur, dan kafir kepada UMNO. Selain daripada itu, anda boleh sahaja mendengar kenyataan-kenyataan yang meletakkan hukum berkenaan di tempat terbawah dalam senarai keutamaan PAS oleh kepimpinan kanan mereka seperti Salehudin Ayub, Khalid Samad dan ramai lagi.

Rasanya tidak perlu penulis nukilkan, bagaimana agama digunakan untuk memartabatkan parti oleh PAS. Hukum hakamnya, tanyalah pada yang arif dan mursyid, bukan yang angguk politik.

Pada saat hudud hampir sahaja dipersetujui untuk dilaksanakan di Kelantan, kini sinar syiar yang bakal menjadi titik pertemuan penyatuan umat terbungkam ke lembah penghinaan.

Bagaimana ini boleh berlaku dalam sekelip mata, dalam pada PAS adalah juara isu ini berabad lamanya dengan siri pengkafiran ke atas UMNO dalam skala besar-besaran?

Jawapannya adalah “agree to disagree”, iaitu satu keadaan di mana setiap pihak bersetuju untuk menghormati pandangan masing-masing ┬ádalam satu-satu perbezaan prinsip sekalipun ianya tidak akan menyelesaikan perbezaan tersebut. Ia mengambil pendekatan bahawa tidak guna untuk terus berhujah dan berdebat sedangkan jika ia berterusan, akan memberi impak negatif ke atas hubungan atau persefahaman kedua-dua pihak.

Mungkin terma ini agak baru dalam politik di Malaysia, namun pendekatan ini dilihat berjaya menyatukan parti-parti yang bergabung sebagai Pakatan Rakyat, sungguhpun berstatus haram kewujudannya.

“Agree to Disagree” juga menjelaskan bagaimana penyokong PAS mampu menyatakan sokongan terhadap calon yang komited untuk menolak hudud sekiranya terpilih ke Dewan Rakyat nanti di PRK Teluk Intan.

Biasa sahaja kita mendengar hujah “takpa, depa kapiaq, tak faham hudud”. Tapi bagaimana pendirian PAS di PRK Teluk Intan untuk menyokong calon Islam yang dikategorikan menentang hudud?

Hakikatnya, jika “agree to disagree” terus diterimapakai oleh PAS, PAS sudah tidak lagi mampu mengotakan janji dan sumpahnya seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Perginya Ustaz Ibrahim Libya juga perlu diperjelas statusnya setelah difatwakan “syahid”.

Inilah antara intipati “tahaluf siyasi” pegangan PAS, yang tanpa mereka sedar sebenarnya meletakkan mereka persis Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai. Namun, kemanisan kuasa membuatkan PAS sanggup menjadi “manipulator” terhebat agama Islam.

Dan lebih mendukacitakan, ianya berlaku di Malaysia, negara yang mempunyai perlembagaan melindungi Islam, dan bukannya di Afrika!

DAP sedang tersenyum riang dalam taktik “pecah dan perintah”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *