Pembangkang Tak Pecah? Anwar & Delusi-Delusinya

IMG-20140503-WA0000

Dalam satu majlis di sebuah Universiti di Indonesia semalam, Anwar dengan bangga umum bahawa pakatan pembangkang yang diberi nama Pakatan Rakyat ini tidak akan berpecah walaupun setelah dia masuk dalam penjara nanti.

Indon bolehlah Anwar tipu, sama seperti dia tipu penganjur disana bahawa dia adalah bekas Perdana Menteri Malaysia (sila rujuk gambar) dalam majlis tersebut!!

Mungkin Anwar lupa, dalam sejarah negara ini, tidak pernah Pakatan pembangkang yang tidak berpecah, semuanya berpecah.  Ambil contoh dari 1990, bila APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dan Gagasan Rakyat ditubuhkan, itupun tinggal sejarah.

1999 bila Barisan Alternatif diwujudkan, yang ini pun berkubur tanpa bernisan sebab pakatan-pakatan ini semuanya hanya bersifat sementara, untuk hadap pilihanraya, bukan betul-betul nak bentuk kerajaan dan bela nasib rakyat.

Selain itu, orang Indon yang Anwar tipu semalam mungkin tak tahu bahawa setiap parti politik pembangkang di Malaysia ini ditubuhkan berasas kepada idealogi politik yang berbeza.  Ada Islam (konon), ada keadilan (konon) dan ada juga yang sosialis (yang ni tak  konon).

Macam sekarang, baru cerita pasal hudud saja (itupun di Kelantan), dah bergegar langit.

Hudud ini cerita besar sebab majoriti penyokong pembangkang yang bodoh ini baru tahu bahawa PAS kata nak laksanakan hudud ini hanya untuk jamin undi Melayu/Islam, bukan sebab betul-betul nak buat – yang dedah ini bukan orang lain, tapi DAP sendiri.

Kita di pihak penyokong kerajaan ini sudah lama tahu hudud hanya permainan politik dan tak lebih dari itu, tapi macai semua taknak percaya.

Jadi baru bercakap tentang satu isu (hudud) Pakatan dah bergegar, belum masuk isu-isu yang lain lagi tu.  Jadi dari mana keyakinan Anwar bahawa Pakatan tak berpecah ini datang?

Penulis katakan begini sajalah, jangan kata pakatan pembangkang, parti yang Anwar pimpin sendiri, PKR itu pun akan berpecah juga.  Lihatlah sekarang, Anwar dan Azizah semakin hari semakin menjadi lambang, Azmin sedang menguasai parti itu dari bawah ke atas.

Azmin dah tukar PKR jadi Keadilan Raya, lambang PKR pun Azmin sudah tukar kepada lambang baru, itu bukan petanda jelas bahawa PKR yang Anwar tubuh akan jadi sejarah ke?

Pendek kata, kalau parti sendiri pun Anwar tak boleh nak pertahankan, lupakanlah nak pertahankan DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat ini pun.   Persoalannya sekarang hanyalah masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *