Demo Anti-GST: Susah Sangatkah Hendak Ikut Peraturan Atau Sekadar Mahu Mencetus Kekacauan?

Polis bukan tidak membenarkan mereka mengadakan perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Polis hanya meminta penganjur perhimpunan mengadakan di Padang Merbuk atau di Stadium Merdeka daripada perancangan asal di Dataran Merdeka.

Mereka juga tahu bahawa Polis tidak akan membenarkan pehimpunan seumpama ini diadakan di Dataran Merdeka. Dewan Banda Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertanggungjawab ke atas Dataran Merdeka juga tidak akan memberi kebenaran. Ini kerana telah beberapa kali perhimpunan seumpama ini diadakan Dataran Merdeka kekal kawasan larangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur perlu mengambil kira banyak isu keselamatan dan ketenteraman awam di bandar raya ini sebelum meneruskan perhimpunan itu di Dataran Merdeka.



“Kita khuatir jika diteruskan di situ, ia akan mendatangkan ketegangan dan mengganggu keselesaan orang awam.
“Lagi pula buat masa ini, Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana masih menjalani proses menaik taraf padang dan tidak sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti memandangkan terdapat mesin dan bahan binaan seperti besi dan kayu-kayan di sekeliling padang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata pihaknya pernah mengadakan mesyuarat bersama penganjur perhimpunan, yang dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S.Arutchelvam, berhubung perkara itu.

“Mereka kata hanya akan dapat bagitahu keputusan (pindah lokasi) Isnin ini selepas berbincang dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu), namun kita berharap mereka bersetuju dan kemudian mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok atau Stadium Merdeka,” katanya.

Zainuddin turut menjangkakan kesesakan jalan raya di Jalan Raja, Jalan Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut pada hari perhimpunan.

Malangnya kumpulan ini tetap mahu mengadakan di Dataran Merdeka untuk mencetuskan kekacauan. Jika tidak berlaku kekecohan tiada makna demontrasi mereka.

Mereka boleh merancang dari awal untuk mengadakannya di Padang Merbuk atau Stadium Merdeka. Bukannya jauh pun, tidak sampai 1 KM dari Dataran Merdeka . Namun mereka tetap mahu mengadakannya di Dataran Merdeka supaya mereka boleh menganggu lalu lintas dan perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India.

Mereka sengaja mahu menentang apa sahaja keputusan Polis kerana mahu mencetuskan kekacauan.

16 thoughts on “Demo Anti-GST: Susah Sangatkah Hendak Ikut Peraturan Atau Sekadar Mahu Mencetus Kekacauan?

  • April 26, 2014 at 11:56 PM
    Permalink

    Biasalah….puak ni kalau nak berdemo perlu ada kekecohan dan rusuhan….barulah dikatakan demokrasi

    Reply
  • April 27, 2014 at 1:29 AM
    Permalink

    kalau buat dlm stadium tak ada la nak jadi kecoh, tujuan utama mereka bukan nak bantah tapi nak buat huru hara

    Reply
  • April 27, 2014 at 3:56 AM
    Permalink

    Aku rasa Padang Merbuk atau Stadium Merdeka tak berape nak sesuai dgn depa…yang paling sesuai utk depa berdemo & berhomo adalah di Zoo Negara atau Zoo Taiping…sebab di situ banyak yg otaknye sejenis dgn depa…sekurang-kurangnya terhibur jugak binatang2 kat dlm tu….’ sirih pulang kejunjung ‘…

    Reply
  • April 27, 2014 at 7:57 AM
    Permalink

    saya setuju sangat2 dgn stingray.’sekurang-kurangnya terhibur jugak binatang2 kat dlm tu’ hehehehehe…

    Reply
  • April 27, 2014 at 10:11 AM
    Permalink

    Ya betul buat kat zoo, its win and win situation….tapi pihak zoo dan polis kena kenakan satu syarat….depa tak boleh mimick suara binatang-binatang dalam zoo, takut binatang tu semua jauh hati !! suara pecacai sebijik macam suara depa, specially yang kat atas pokok tu….

    Reply
  • April 27, 2014 at 1:10 PM
    Permalink

    Kalau lahDSAI yg invitenobama, pasti kecoh. Tapi Najib invite tak pe.

    Reply
  • April 27, 2014 at 1:21 PM
    Permalink

    Sejak bila pulak Najib invite Obama moo..??hang dpt maklumat dari mna???

    Reply
  • April 27, 2014 at 1:40 PM
    Permalink

    anwar nak invite obama ?? anwar sapa nak invite obama ?? pernah ke hang dengar obama pergi ke mana-mana negara di dunia ni di atas jemputan pembangkang negara tersebut ??

    alahai moooo….substandard betul la knowledge hang pasal perhubungan diplomatic antarabangsa.

    tapi kalau hang suruh anwar invite obama pi rumah dia hari raya puasa tahun ni…mungkin obama pi kot !

    hehehehehe……

    Reply
  • April 27, 2014 at 2:21 PM
    Permalink

    Kalau Anwar yg invite… SS sediakan untuk Obama cawat kevlar dengan ‘explosive reactive armour(ERA) untuk menghalang sebarang pencabulan atau penetration luaran…

    Reply
  • April 27, 2014 at 6:27 PM
    Permalink

    Anwar invite jambu2 cerdik la dia…siap create password lg…moo,…password hang dgn Anwar ape dia?….hang tak mau share ke kat sini…kot2 tony nk try skali…

    Reply
  • April 27, 2014 at 7:06 PM
    Permalink

    puak haprak yg dah tak ada isu nak digembar-gemburkan… tengok saja isu air selangor…benda baik ditentangnya..bila dah jadi masaalah kritikal..air lombong nak bagi rakyat minum…

    Reply
  • April 27, 2014 at 7:08 PM
    Permalink

    si moo tu mimpi sambil berak..siapa anwar nak jemput obama…obama pun tak mahu jumpa…peeerahh

    Reply
  • April 28, 2014 at 11:09 AM
    Permalink

    Hehehe, aku setuju cadangan saudara EVLee!!!

    Reply
  • June 7, 2014 at 10:23 AM
    Permalink

    Setakat ini tidak ada seorang pun pemimpin-pemimpin pembangkang yang menganjur dan mengambil bahagian dalam demo-demo haram telah berjaya disabitkan kesalahan mereka di dalam mahkamah oleh kerajaan hari ini !!! Kes-kes yang masih belum selesai telah berbulan-bulan, malah bertahun, masih belum selesai, yang kita ketahui berakhir dengan pembebasan mereka.

    Dan Najib masih belum sedar atas apa yang berlaku di hadapan batang hidungnya. Undang-undang keselamatan tidak berkuku lagi. Kadang-kadang kita lihat bukti nyata pembabitan mereka ini melalui video dan siaran-siaran di tv, tetapi kerajaan gagal mensabitkan kesalahan mereka. Mungkin juga kalau sesuatu perbicaraan itu dilihat adil jika memakan masa 20, 30 atau 100 tahun. Apakah hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang terlibat dalam rusuhan di Singapura yang diselesaikan dalam masa tak sampai sebulan itu bol;eh dianggap tidak adil ? Kalau di Malaysia mestilah dianggap “tergesa-gesa”, kerana Malaysia mesti mengambil masa bertahun-tahun agaknya.

    Dan Najib masih belum sedar lagi.

    Reply
  • October 5, 2014 at 4:45 PM
    Permalink

    khir toyo yg patut ke dalam pun masih bebas,ora g miskin curi susu untuk anak pulak ke dalam..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.