Bantah GST Bersama Tuntutan Basi Pakatan Pembangkang

Share


himpunan-bantah_gst2

Himpunan jalanan Bantah GST ternyata satu himpunan yang hilang arah. Mereka menggariskan lebih kurang 15 tuntutan yang sebenarnya telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mari kita sama-sama lihat tuntutan mereka :-
1. Tolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat. Hakikatnya GST 6% jauh lebih rendah dari SST 15%(10% + 5%)

 
2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan dapatkan pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini. Kerajaan masih lagi mengkaji TPPA. Nampak sangat mereka sengaja “cari pasal”.

 
3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan. Sebenarnya gaji minima telah dan sedang dikuatkuasakan. Manakala tuntutan melampau gaji minima RM1500 tanpa kajian yang terperinci bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis. Pakatan pembangkang jelas tidak belajar dari kesilapan mereka mengendalikan isu air di Selangor.

 
4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini. Hakikatnya kesatuan Sekerja tidak pernah dinafikan haknya di negara kita.

 
5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif. Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan pekerja wanita. Mereka sebenarnya tidak tahu atau buat-buat tidak tahu jasa kerajaan dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak wanita.

 
6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja. Nampaknya pakatan pembangkang seolah-olah hilang arah dalam menyenaraikan tuntutan. Kebanyakkan pekerja migran dianiaya oleh majikan Cina yang majoritinya merupakan penyokong DAP.

 
7. Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan. Mengapa pakatan pembangkang begitu perihatin terhadap pekerja migran. Adakah mereka ini kebanyakkannya merupakan ahli keluarga mereka? Kita tahu bahawa Azmin Ali, Zuraidah, Wan Azizah dan beberapa orang lagi pemimpin pakatan dilahirkan diluar Malaysia.

 
8. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan. Dasar penswastaan tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya. Ia bergantung kepada keperluan rakyat dan negara ketika itu.

 
9. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. Mereka yang menuntut kebebasan media ini seolah-olah lupa diri. Sebagai contoh negara nenek moyang DAP iaitu China begitu mengekang kebebasan media sehinggakan rakyat mereka tidak boleh menggunakan facebook pun. Sesungguhnya kebebasan media perlu mempunyai had yang munasabah bagi memastikan keselamatan negara dan individu akan terjamin.

 
10. Kawal Harga Barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat. Kawalan harga barangan sentiasa dilaksanakan oleh kerajaan. Sebenarnya isu ini langsung tidak timbul. Subsidi yang diberi juga perlu melalui proses pertimbangan yang sewajarnya.

 
11. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar. Tuntutan yang tidak munasabah. Pernahkah mereka bandingkan kualiti pendidikan dan kos yang ditanggung. Sesungguhnya negara kita merupakan antara negara yang memberikan pendidikan terbaik disamping kos yang termurah. Disamping itu juga kita memberikan pinjaman yang hanya perlu dijelaskan apabila mereka habis penggajian.

 
12. Hak Orang Asal – Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal.

 
13. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah. Kita tahu bahawa propaganda Lynas hanya fitnah jahat pakatan pembangkang seperti yang mereka lakukan terhadap projek Langat 2.

 
14. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan. Kerajaan sedang melaksanakan PR1MA untuk penduduk bandar sedangkan DAP Pulau Pinang telah menyebabkan harga rumah melambung tinggi sehingga menyebabkan rakyat Pulau Pinang tidak mampu memiliki rumah melainkan Cina-Cina yang kaya.

 
15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention of Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya. Kesungguhan pakatan pembangkang memansuhkan undang-undang seolah cuba menjadikan negara mesra penjenayah. Ini lah akibatnya apabila mereka sentiasa melihat dari kacamata penjenayah seolah-olah mereka juga merupakan penjenayah.

 

Sesungguhnya golongan minoriti yang menghuru harakan negara dengan demo jalanan haram ini amat menyusahkan rakyat dan negara. Mereka menggunakan alasan apa sahaja untuk menghalalcarakan “keganasan” mereka. Apa yang mereka terlepas pandang adalah demo jalanan inilah yang bakal mengundang lebih banyak kebencian rakyat terhadap pakatan pembangkang. Akhirnya mimpi mereka ke Putrajaya akan terus menjadi mimpi Mat Jenin.



22 thoughts on “Bantah GST Bersama Tuntutan Basi Pakatan Pembangkang

  • April 30, 2014 at 12:48 pm
    Permalink

    G I L A S A S A U T O N G O N G

    SETIAP MALAM DAN HARI TV DOK TAYANG MENGENAI KEBAIKKAN GST TERMASUKLAH SOKONGAN DRP PAKAR2 EKONOMI YANG BERDASARKAN FAKTA TAPI PUAK2 INI MASIH PERCAYA DENGAN AUTA AUTA AUTA AUTA …..

    Reply
  • April 30, 2014 at 1:21 pm
    Permalink

    iSU nya hanya Anwar Ibrahim. kerajaan perlu diberi pressure kerana Anwar Ibrahim akan masok penjara. Apa isu lain yang begitu mendesak sehingga terdesak sangat??

    Mereka sepatutnya berdemo untuk rakyat Selangor yang tiada air untuk minum dan mandi, bukan lain isu.

    Reply
  • April 30, 2014 at 1:40 pm
    Permalink

    Akaun-akaun 1MDB menunjukkan USD2.318 bilion (RM7.88 bilion) disimpan di Cayman Islands di bawah syarikat portfolio yang diasingkan.

    Manakala US$3 bilion (RM10.2 bilion) disimpan institusi kewangan yang tak dinamakan dengan separuh daripadanya (US$1.58 bilion atau RM5.37 bilion) dalam pelbagai jenis portfolio pelaburan.

    Mingguan tersebut menyatakan bahawa ’1MDB menghantar keluar wang, walaupun terus menyebabkan hutang dan meminjam lebih untuk membiayai pelbagai perolehan.

    Menurut The Edge Weekly, pada 31 Mac 2013, pinjaman 1MDB berjumlah RM36 bilion, manakala servis hutang tahunannya ialah RM 1.6 bilion.

    “Corak pinjaman 1MDB berbanding pemerolehannya menunjukkan bahawa ia telah meminjam lebih daripada perlu,” ulas Ho Kay Tat, Ketua Pegawai Eksekutif Edge Group, dalam kolumnya ‘My Say’.

    “Soalan ini mesti ditanya kepada 1MDB. Mengapa berlebihan meminjam hanya untuk menghantar lebihan tunai keluar negara? tanya Ho Kay Tat lanjut.

    Laporan asal sila baca di SINI

    Reply
  • April 30, 2014 at 1:42 pm
    Permalink

    Masalah air di Selangor tak bantahkah?Tarif air P.Pinang dah naik – tak bantah?

    Bantahan berpilih-pilih Pakatan Rakyat(PR) bertujuan nak lawan kerajaan.”Lawan tetap lawan” kata Anwar.Lagipun Anwar dah nampak dia tak sempat nak berguling di jalanan tak lama lagi.Beliau akan jadi penghuni lock-up selama 5 tahun.

    PR cuma tau membantah rancangan kerajaan.GST,contohnya,telah dibuat kajian bertahun2.Bahkan semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu pun GST dah dikaji dan kemudian diPERSETUJI beliau.Pelik manusia ni.

    letih

    Reply
  • April 30, 2014 at 1:42 pm
    Permalink

    “29 Apr 2014 Melaka: Seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas dakwaan mencuri sekarung buah jering di sebuah kebun di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, di sini, pada Mac lalu.

    Abd Saad Mad Nor, 36, dari Batu 10 1/2 Sungai Udang, di sini, bagaimanapun tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif selepas pertuduhan dibacakan.

    Tertuduh didakwa mencuri sekarung buah jering bernilai RM8 milik Mazlan Abd Kadir di sebuah kebun di Batu 11 1/2, Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, jam 3.15 petang pada 25 Mac lalu.

    Reply
  • April 30, 2014 at 2:03 pm
    Permalink

    1hb Mei adalah bersamaan 1hb Rejab. Buatlah puasa sunat, adalah amalan yang baik dari buat perhimpunan haram itu

    Reply
  • April 30, 2014 at 2:20 pm
    Permalink

    Pekerja asing pun mereka nak bela…kah kah kah kah….patutlah orang temparan merusuh sebab tak ada kerja nak buat

    Reply
  • April 30, 2014 at 2:36 pm
    Permalink

    Kata himpunan bantah GST, apa kena mengena dengan tuntutan 2 ke 15 tu dengan GST.. tapi kalau di ingat betul-betul tuntutan 2 ke 15 tu adalah Janji Puak Pakatan dalam PRU13, senang kat “BUKU JINGGA”…. Kalo dah berjanji tunaikanlah dinegeri yang diperintah bawah Puak Pakatan nie dulu, barulah betul.. Penang dah tunaikan dengan kenaikan harga air, Selangor tunaikan dengan air lombong dan Kelantan tidak ada apa yang tertunai & dok kemam janji dimulut sahaja….

    Reply
  • April 30, 2014 at 2:40 pm
    Permalink

    kelulusan kesuteraan melayu….. memang pandai kelentong…. orang bangang memang syiok tengok anuar kelentong……

    Reply
  • April 30, 2014 at 2:54 pm
    Permalink

    pasti dalam hati anak sundal(anwar) itu berkata macai/lemboo/babi pakatan haram tidak akan diperbodohkan olehnya dan barua-baruanya(seperti ambabiga, mat sabu dll) untuk membuat demo tentang tuntutan-tuntutan itu semua jika kerajaan membebaskan dirinya dari dihukum penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat Saiful

    kalau macai/lemboo/babi pakatan haram tak percaya apa aku kata mereka boleh bertanya secara peribadi(bersendiri) pada anak sundal(anwar) itu…sebaiknya bertanyalah ditempat terbuka jangan bertanya di tempat tertutup seperti dalam bilik hotel takut terjadi perkara tidak diingini(diterkam)

    Reply
  • April 30, 2014 at 2:54 pm
    Permalink

    What the fuck dengan tuntutan no. 6 dan 7? Dulu mereka yang beriya2 kata pekerja asing menabur nasi dalam periuk nasi mereka dan pekerja asing dijadikan kambing hitam bila kalah PRU. Sekarang mereka pulak membela pekerja asing ini. Hipocrite to the core.

    Tuntutan GST hanya satu dan yang lain2 tak dak kena mengena langsung dengan GST. Apa ke jadah yang nak berhimpun ni? Lost cause betul la puak haramjadah ni.

    Reply
  • April 30, 2014 at 4:26 pm
    Permalink

    yang selalu menindas pekerja asing dan layan mereka macam binatang puak DAPuigs jee oiiii !!! hahaha bodoh punya puak Pakatan ni

    Reply
  • April 30, 2014 at 6:59 pm
    Permalink

    *moo tolong ulas tuntutan pakatan rakyat bangang abadi*

    – mansuh segala undang2 berkaitan jenayah bagus untuk keselamatan rakyat ?

    – apa lagi yang pihak peguatkuasa undang2 ada , kalau semua akta seperti akta dadah merbahaya dan PCA di mansuhkan ?

    – mekanisma apa pula harus digunakan oleh penguatkuasa undang2 , dalam menangani kes jenayah berat seperti dadah dan rompakan ? apa alternatif yang pakatan bangang boleh beri selepas akta2 sedia ada dimansuhkan ?

    Jawab moo. cabaran untuk kau ini. (kalau kau berpunai lah)

    Reply
  • April 30, 2014 at 8:31 pm
    Permalink

    Orang bodoh dan dungu aje yg ikut dan sokong pakatan…cuba tengok si mooo, langsung tak reti nak tulis komen apatah lagi berhujah… yg dia reti copy and paste… itu lah yg terbaik dpt di buat utk divert isu….
    kita boleh tengok aksi lembu2 ni nanti di dataran..

    Reply
  • April 30, 2014 at 8:34 pm
    Permalink

    buatlah apa pun anwar penjara tetap menantimu

    Reply
  • April 30, 2014 at 8:37 pm
    Permalink

    Mooo ! Lapuran asal sila baca di sini ???? Wakakakakaka. Sini kat mana ??? Bodoh ! Nak buat link pun tak reti !!!

    Reply
  • April 30, 2014 at 11:12 pm
    Permalink

    Ada hati puak-puak ni nak mengajar kerajaan bila isu air yang asas tu pun mereka tak boleh handle. Orang yang ada penapis air canggih mungkin tak risau minum air lombong. Tapi rakyat biasa yang jadi modal politik mereka selama ni, berapa kerat yang ada penapis air?

    Reply
  • May 1, 2014 at 1:02 am
    Permalink

    pr nak sangat bela pekerja asing supaya pekerja bangla dan nepal ikut joint demo diorng.
    nnti ada le antu yg g pujuk pekerja asing ni joint sekali.pulak tu time cuti ni ,mmg banyak pekerja asing yg turun kl.jadi ble la cover untuk meramaikan perhimpunan mereka.lg pun org pr gan nepal bersedara dan muka pun tak jauh beza.sebenarnye org pr ni bagus hantar mereka duduk nepal supaya mereka tau sekurang kurangnya kita masih lg beruntung menjadi rakyat malaysia yg ditadbir kerajaan yg pro org islam/melayu/bumiputera

    Reply
  • May 1, 2014 at 1:29 pm
    Permalink

    No 11. Yang paling bodo sekali… ingat balik kerajaan negeri PKR Selangor nak tutup pusat latihan belia mara hari tu dan bagi pihak swasta bina pusat latihan aeronautik.. Apa pusat latihan nie bagi free pendidikan & latihan ke? Apa ke bangangnya puak PR nie… kalo berdemo lain yg dijerit2, melolong2 dijalan raya.. bila kuasa ditangan mereka haprak…

    Reply
  • May 2, 2014 at 2:03 am
    Permalink

    saudara mzma jangan lupa juga kolej milik Pakatan Selangor juga yang telah naikkan yuran mereka dulu .. hahaha inilah Pakatan munafik !!!

    Reply
  • May 5, 2014 at 4:20 pm
    Permalink

    Kalau pegi beli barangan kt kedai runcit kecil kecilan…..xde kena GST langsung. Kedai dgn nilai jualan tahunan lebih dari RM500,000 je yg kena GST. Kalau minum kt kedai mamak xkena GST. Tapi kalau minum kt kedai kopi Starbuck ke….mmg le kena. Jdi….jgn le main hentam same je ….semua org kena GST. Ade had2nya. Barangan2 asas xde GST. Kalau anda tidak berpendapatan tinggi….beli barangan kt kedai runcit…..xde rasa ape2 kesan. Kesan dirasai lebih kpd yg berpendapatan sederhana dan tinggi….dan kdg2 taste tinggi beli kt kedai2 mewah. Pd org kampung….xde beza…atau murah sedikit dri harga sedia ada. Tolong kaji secara ilmiah…..jgn disbbkn benci….terus semua yg kerajaan buat x kena.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *