Protes GST Tetap Di Dataran Merdeka, Apa Zahid Berani Buat?

Share

Kumpulan anti-GST tetap akan mengadakan perhimpunan untuk membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei di kawasan Dataran Merdeka biarpun polis meminta ia diadakan di Padang Merbuk atau Stadium Merdeka.

Menurut Malaysiakini.com, Penganjur perhimpunan tetap akan berkumpul di kawasan Dataran Merdeka biarpun ia kini ditutup untuk tujuan “naik taraf”

Jurucakap jawatankuasa protes 1 Mei S Arutchelvan berkata keputusan telahpun dibuat pagi ini untuk tetap berkumpul di Dataran Merdeka.

“Kami bersetuju dengan kebimbangan mengenai kawasan pembinaan yang berjalan tetapi kami akan berkumpul di jalan bersebelahan padang,” kata beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau menambah sekiranya pihak berkuasa boleh menutup jalan di Dataran Merdeka walaupun tiada pembinaan, jadi para demonstran boleh berkumpul di kawasan tersebut.

“Pilihan kedua terbaik ialah berkumpul di sekeliling Dataran Merdeka, kami tidak akan bersetuju (berkumpul) di Stadium,” kata setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata himpunan itu akan tetap berjalan di padang bersejarah tersebut.

“Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat,” kata beliau.

Menurut Arutchelvan, himpunan dijadualkan bermula jam 2 petang dan hadirin diminta berkumpul di empat tempat utama iaitu Bangunan KLCC, Kompleks Membeli Belah Sogo, Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam memberi amaran kepada penganjur agar tidak menggunakan padang berkenaan kerana peralatan pembinaan di kawasan itu boleh menyebabkan bahaya. Polis turut mengesyorkan penggunaan Padang Merbok dan Stadium Merdeka sebagai tempat alternatif.

Apa yang dikatakan oleh penganjur demontrasi ini ialah, kami peduli apa undang-undang dan arahan Polis.

Soalnya, Apakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekadar mengulangi taktik Menteri Dalam Negeri sebelumnya yang terkenal dengan Menteri Amaran?

12 thoughts on “Protes GST Tetap Di Dataran Merdeka, Apa Zahid Berani Buat?

  • April 28, 2014 at 9:32 am
    Permalink

    rasanya majoriti rakyat msia tahu mana betul atau salah.. tindakan mrk sememangnya mencabar kewibawaan menteri bertanggungjawab serta pdrm.. cuma kita rakyat yg waras perlu yakin bahawa tindakan kerajaan adalah lbh tepat dlm byk hal.. ini dh pun terbukti buat sekian lama. Ada byk implikasi yg kerajaan kena fikirkan jadi sebagai rakyat yg baik seharusnya kita tdk perlu menjadi umpama api dlm sekam. Cuma kita sgt berharap peguam negara dapat mentafsirkan undang2 sedia ada sesuai dgn kesalahan mrk kelak. Ghani Patail sekali pernah menwarkan bhw undang2 negara kita
    adalah cukup jd kita mohon kebijaksanaan beliau utk menjalankan tanggungjawab dan amanah beliau, jk sebaliknya maka Ghani Patail perlu bertanggungjawab keatas apa yg berlaku.

    Reply
  • April 28, 2014 at 9:33 am
    Permalink

    Beriya2 Pemimpin UMNO sambut Obama.

    Siapa ejen US sebenarnya????

    Reply
  • April 28, 2014 at 10:51 am
    Permalink

    sekarang ni semua sekadar amaran saja

    Reply
  • April 28, 2014 at 10:57 am
    Permalink

    Ejen apa ni Mooh???

    CIA or FBI??? Ceritalah sikit Mooh!!!

    Reply
  • April 28, 2014 at 11:44 am
    Permalink

    Ini bukan perhimpunan kempen anti-GST, ini kempen nak COVER LINE akan kes Nuar Berahi yg didapati BERSALAH dan dihukum penjara lima (5) tahun!!!

    Apa2 pun, PDRM perlu BERTINDAK mengikut undang2 ke atas puak2 ni sekiranya syarat2 yg ditetapkan oleh PDRM dilanggar oleh pihak penganjur!!!

    Jangan tunggu sampai RAKYAT MALAYSIA yg ambil tindakan undang2 sendiri terhadap puak2 yang TAK DAPAT TERIMA KEKALAHAN DUNIA AKHIRAT!!!

    Reply
  • April 28, 2014 at 12:49 pm
    Permalink

    Beriya2 Anwar nak jumpa Obama tapi tak dapat. Kesian.

    Mooh banyak sangat tengok cerita James Bond nih. Which James Bond that you love most mooh. Spy Who Love Me, For Your Eyes Only, Skyfall?

    Reply
  • April 28, 2014 at 2:20 pm
    Permalink

    kepada mooo gua kesian dgn kamu..asyik sebut Obama..kesian kamu yg sambut tak sudah-sudah manusia yg disahkan Mahkahah KAKI LIWAT.. terus kau iring dia mooo sampai dipintu penjara..kirim salam mooo
    patut masa Obama lawat Mesjid Negara, nuar tunggu dalam mesjid..bolehlah curi-curi jumpa..hehe

    Reply
  • April 28, 2014 at 2:56 pm
    Permalink

    Saudara anakbochek,

    Mooh tak minat tengok cerita James Bond, Mooh minat tengok cerita Austin Powers!!!

    Filem favourite Mooh ialah “The Spy (Nuar Berahi) Who Shagged Me (Mooh)”

    Hehehehe

    Reply
  • April 28, 2014 at 4:50 pm
    Permalink

    jenapa lembu-lembu Pakatan sibuk nak protes GST ?? patutnya lembu akatan ni protes kenaikkan harga air oleh Penang , protes kenaikkan sewa rumah PPRT yang naik melebihi 100% dan kenaikkan segala cukai yang melebihi 100% di selangor !! adakah macai pakatan ni jenis binatang yang tak faham apapun ??? kakakaak

    Reply
  • April 29, 2014 at 3:21 am
    Permalink

    populariti zahid hamidi sudah mula kelam sudah merundum jatuh dengan teruk, zahid hanya tegas & gagah sewaktu dekat dengan tarikh PAU, ahli sudah nampak tektik zahid ni tunggu lah PAU lagi sekali ahli tak kasi chance dah

    Reply
  • April 29, 2014 at 8:27 pm
    Permalink

    maka berkata-kata la sang mooo dengan lobang hidungnya yang kembang…….

    “Beriya2 Pemimpin UMNO sambut Obama.Siapa ejen US sebenarnya????”

    #########################################

    Mooo…Islam itu bukan agama permusuhan…Islam itu adalah rahmat untuk seluruh alam termasuk penghuninya sekali…

    Tapi aku heran sangat dengan awak la…orang pas kan lebih islam daripada orang lain…mana mungkin awak tak tahu yang menghormati tetamu itu ajaran Islam… malah belum sempurna iman seseorang itu jika tidak melayani tetamu…

    Malahan tetamu yang berkunjung pun bukannya terus berperang dengan kita…mereka hadir sebagai tetamu la mooo.

    Dengan menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya, ia menjadikan seseorang Muslim itu memiliki iman yang sempurna apatah lagi tetamu itu saudara seagama.

    Namun, tetamu bukan Islam turut mendapat layanan yang sama daripada tuan rumah beragama Islam. 

    Menghormati dan memuliakan tetamu adalah sunnah rasul dan nabi. Malah, Nabi Ibrahim a.s adalah antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu dengan hati terbuka dan melayani mereka dengan baik. 

    Allah s.w.t merakamkan perihal Nabi Ibrahim a.s ini menerusi firman-Nya bermaksud:

    “Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!”, Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu!” (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: “Silakanlah makan.” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27). 

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari). 

    Mooo…..
    Sedangkan tawanan perang pun Islam melayan mereka dengan baik apatah lagi tetamu…contohnya dalam Perang Badar, 70 orang dijadikan tawanan perang dan salah seorang antara mereka adalah saudara kepada Musab bin Umair. Beliau berkata, Mereka (orang Islam) berjalan kaki sedangkan kami (tawanan-tawanan perang) mengenderai kenderaan. Mereka menjamu kami dengan roti sedangkan mereka hanya memakan buah-buah tamar.” 

    Lagi mooo…dalam konteks antarabangsa dan sebagai sebuah negara…dan juga kita sebagai sebuah negara yang diiktiraf sebagai antara negara Islam contoh, seharusnya kita rakyat Malaysia sentiasa mempamerkan akhlak dan budaya yang terpuji kepada orang yang berkunjung ke negara ini baik yang berkunjung itu rakyat biasa apatah lagi pemimpin sesebuah negara.

    Mooo… Islam itu sangat sempurna,
    oleh itu jangan awak cemari dengan kebodohanmu sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *