Air Lombong Bahaya Punca Kos Air Minum Naik Bebankan Rakyat?

air mahathir

Apabila kerajaan pakatan Selangor mengistiharkan air daripada lombong dipam dan akan disalurkan ke Sungai Selangor dan kemudian dipam kedalam empangan bagi mengatasi masalah kekurangan air, maka kami sebagai rakyat Selangor berada dalam keadaan yang cukup dilema.

Kami sedar ini merupakan langkah sementara yang diambil oleh kerajaan pakatan Selangor untuk mengatasi masalah catuan air yang menyusahkan rakyat Selangor sekaligus menaikkan kemarahan rakyat. Namun punca utama masalah ini bermula apabila pakatan pembangkang menentang perlaksanaan projek empangan Langat 2 yang dapat membekalkan air kepada seluruh rakyat Selangor tanpa ada pencatuan dan sebagainya.

Namun isu yang cukup mengerikan di sini adalah soal keselamatan air untuk kegunaan rakyat. Walaupun Khalid Ibrahim memberitahu bahawa kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan berdasarkan kaedah pensampelan yang dibuat oleh Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan. Namun jauh disudut hati rakyat, mereka tahu ini tidaklah benar 100%.

Kami sebagai pengguna yang mementingkan kesihatan telah “mencongak” bahawa kos air untuk kegunaan rumah akan bertambah dengan cukup drastik. Air untuk minuman akan terpaksa dibeli demi menjamin kesihatan terutama mereka yang mempunyai anak kecil dan wanita mengandung demi memastikan bayi yang bakal dilahirkan sihat dan selamat. Sememangnya amat tidak berbaloi kos yang mereka terpaksa tanggung sekarang jika dibandingkan dengan air percuma yang selama ini diberi oleh kerajaan pakatan Selangor.

Masih ingatkah anda filem Erin Brockovich. Dua puluh tahun lalu, perusahaan energi California, Pacific Gas & Electric telah membayar ratusan juta dolar untuk membayar tuntutan penduduk yang sakit dan mati akibat dari air tercemar. PG&E telah meracuni air mereka dengan membuang sisa industri secara tidak berhemah ke tanah. Kisah ini sedikit sebanyak memang mendatangkan kegerunan di hati kita. Mana mungkin kita menunggu sehingga ada yang diserang penyakit akibat air yang tidak selamat baru kita bertindak.

Kerajaan Selangor perlu mengeluarkan laporan Jabatan Kesihatan berhubung air daripada lombong yang disalurkan ke Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan air. Mereka perlu memperincikan kandungan kimia termasuk pencemaran atau kandungan toksik, jika, ada daripada pelbagai lombong. Kita sebagai pengguna berhak untuk mengetahui tahap keselamtan air yang kita gunakan supaya kita boleh mencari alternatif yang lebih baik.

Pelan kecemasan mengepam air daripada lombong terbiar bagi membekalkan air ke lori rawatan ekoran aras Sungai Selangor dalam keadaan kritikal pun hanya bersifat sementara sahaja. Namun rakyat resah akibat dari penggunaan air tercemar walaupun dalam jangka masa pendek boleh mengakibatkan sakit yang berpanjangan.

Khalid Ibrahim menjamin kaedah air dari lombong itu selamat ekoran lombong itu tidak digunakan untuk jangka masa lama dan Jabatan Kesihatan tidak mempunyai sebarang kebimbangan keselamatan berhubung langkah itu. Namun berdasarkan “track record” kerja Khalid Ibrahim yang telah beberapa kali melakukan kesilapan dalam keputusan beliau sepertimana penolakkan terhadap projek Langat2 maka rakyat tidak mampu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Khalid Ibrahim. Tambahan pula telah banyak aduan daripada kumpulan profesional kesihatan yang tidak yakin dengan jaminan itu Khalid itu.

Ini memandangkan lombong terbiar bertahun-tahun itu berkemungkinan menjadi tempat mendapan pencemaran dan kandungan toksik termasuk bahan radioaktif. Kebanyakan takungan lombong tidak diurus atau dirawat untuk pemulihan.Oleh itu keputusan kerajaan pakatan Selangor untuk mengepam air dari bekas lombong sebagai alternatif bagi menampung keperluan air mentah mungkin bakal mengundang musibah kepada penduduk Lembah Klang. Tambahan pula air bekas lombong adalah berisiko kerana ia mempunyai logam berat yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia untuk jangka masa panjang.

Rakyat perlu tahu bahawa walaupun teknologi menapis air yang mengandungi logam berat sememangnya wujud, namun Malaysia masih belum memiliki teknologi berkenaan kerana sumber air yang kita miliki SEBELUM INI tidak mempunyai masalah dari segi kandungan dan selamat digunakan. Namun air lombong tidak pernah termasuk sebagai salah satu sumber air kita sebelum ini.

Langkah kerajaan Selangor mendapatkan bekalan air mentah dari bekas lombong tidak sesuai kerana ia mungkin boleh menyebabkan penyakit kulit. Air lombong jika disedut hingga ke dasar, bahan logam berat akan turut disedut sekali dan ianya boleh membahayakan kesihatan. Tambahan pula sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membina infrastruktur bagi kerja-kerja mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.

15 thoughts on “Air Lombong Bahaya Punca Kos Air Minum Naik Bebankan Rakyat?

  • April 28, 2014 at 2:47 pm
    Permalink

    Kandungan radioaktif, toksik dan logam berat air lombong adalah JAUH LAGI TINGGI berbanding bahan lupusan yg dikeluarkan oleh LYNAS!!!

    Sekurang2nya bahan lupusan yg dikeluarkan oleh LYNAS dikawal selia sepanjang masa mengikut undang2 dan akta2 piawaian peringkat antarabangsa yg ditetapkan, malah tidak digunakan sbg bahan untuk memproses air bagi penduduk di negeri Pahang!!!

    Mana puak4444 ENVIRONMENTALIST TONGONG yg sungguh4444 menentang pembukaan LYNAS di negeri Pahang???

    Nak semua anak2 kecil CIRIT BIRIT MUNTAH4444 di negeri Selangor, baru puak4444 ENVIRONMENTALIST TONGONG nak BERTINDAK ka???

    Reply
  • April 28, 2014 at 4:05 pm
    Permalink

    wtf, puak2 environmentalist ni bermuka2 sebenarnya. kita kena ingat bahawa khalid bab ni mmg pandai sbb ngo2 ni ditatang mcm anak emas. mereka dpt mcm2 keistimewaan. salah satunya adalah kuota ahli majlis utk ngo esp yg berkaitan alam sekitar ni dan peruntukan pelbagai utk mereka. sbb tu sayang nak sound nnt kuota kena tarik balik x masyuk la. percayalah, apapun jadik, so called ngo alam sekitar ni akan diam je smplah keistimewaan2 ni ditarik balik.

    Reply
  • April 28, 2014 at 4:28 pm
    Permalink

    Terima kasih atas penjelasan saudara jentayu

    Jika benar dakwaan saudara jentayu, nampaknya kerajaan negeri Selangor di bawah FUCKUTAN RETARD adalah CORUPTED to the CORE!!!

    BANGKITLAH RAKYAT SELANGOR, TAKKAN KERANA KEBENCIAN TERHADAP BARISAN NASIONAL, HANGPA HENDAK BERDIAM DIRI BERKENAAN ISU KESIHATAN!!!

    Adakah bila ibu bapa mengebumikan ANAK KECIL MEREKA akibat minum air yg tidak dirawat dan diproses mebgikut piawaian yg ditetapkan di negeri Selangor, baru ibu bapa hendak BERTINDAK???

    Reply
  • April 28, 2014 at 4:45 pm
    Permalink

    Pakatan punya environmentalist adalah jenis baruaa politik !! nak tergelak aku baca , adakahh nak pakai air lombong , puak cina DAPigs pun tak hingin gerenti untuk orang Melayu jee

    Reply
  • April 28, 2014 at 4:47 pm
    Permalink

    tak apa , kerajaan selangor ada cah berbillion utk bayar org2 sakit nanti

    Reply
  • April 28, 2014 at 5:13 pm
    Permalink

    nak jimat konon x payah bayo bil air.las skli, kene pulak keluar modal beli air minuman dan tong air.tenaga nak angkut air,petrol pegi luar kawasan kerana nak mendobi pakaian pun kene kluar modal gak..Dr Pas pun bg cadangan tadah air hujan untuk kegunaan harian.klu air ujan kat bandar,nak wat basuh bontot pun org ngeri.pasrah aje la anak anak buah ketua pembangang malaysia.mmg puak2 ni bangang bertingkek tingkek

    Reply
  • April 28, 2014 at 5:33 pm
    Permalink

    selangor ari2 hujan sampai banjir tapi air kat sungai tak naik2, tanda bala…… yang di cari oleh orang selangor sendiri, negeri lain tak le teruk sangat kena tempasnya.

    banyak sangat pusat maksiat n pusat jualan arak

    Reply
  • April 28, 2014 at 8:10 pm
    Permalink

    Media pembangkang sunyi sepi pasal isu air. Saya yang tak mengundi PR merasa sungguh sakit hati. Nampak sangat perjuangan PR adalah untuk menyenangkan pemimpin mereka, dan menyusahkan rakyat. Berbeza betul dengan BN. BN tidak bising, tapi membuat kerja yang memberi keselesaan kepada rakyat. Terima kasih BN Selangor. Sedih mengingatkan Selangor begitu teruk menerima bencana.

    Reply
  • April 28, 2014 at 8:21 pm
    Permalink

    @Wtf…aku rasa, rakyat Selangor ni nak tunggu sampai dah jadi mutants kot baru nak sedar….tu pun kalau sedar…tapi kalau dah die hard fan to the core pada PR…payahlaa…

    Reply
  • April 28, 2014 at 9:32 pm
    Permalink

    Hehehehe, saudara HAR

    Kalau rakyat Selangor bercita2 nak jadi MUTANT, jangan harap la nak jadi MUTANT macam cerita X-MEN tu, rakyat Selangor setakat jadi Teenage Mutant Ninja Turtle cukup la!!!

    Aku tak boleh bayangkan!!! Banyak turtle kat Selangor, kalah negeri Terengganu!!!

    Hehehehehe

    Reply
  • April 28, 2014 at 10:53 pm
    Permalink

    inilah dia tanggungjawab kerajaan selangor !! Air free untuk semua !!! kakakaka

    Reply
  • April 28, 2014 at 11:12 pm
    Permalink

    Aleh macam tak ada sumber air yang lain.pakai aja air kitar semula spt singapore.lepas tu kita tenguk betapa biol penyokong pkr lepas minum air kitar semula kumbahan spt kat singapore terutama moo dan tony.

    Reply
  • April 29, 2014 at 1:33 am
    Permalink

    air lombong dah macam air najis , memang pemimpin Pakatan dan macai mereka suka sangat dengan lubang najis ni hahahaahahahahahahaha

    Reply
  • April 29, 2014 at 2:24 am
    Permalink

    nyawa & kesihatan rakyat selangor bernilai 5 sen saja bagi pakatan rakyat duit 5 sen sekarang pun dah tak laku so kalau rakyat selangor kojol kerana keracunan air lombong apa susah tanam saja kalau sakit pula masuk hospital bukan tak tau itulah sifir mudah pakatan rakyat

    Reply
  • April 29, 2014 at 2:09 pm
    Permalink

    pemuja2 kultus pakatan rakyat x kisah air xde asalkan umno hancur. pelik tgk majoriti rakyat yg sokong pr skrg ni. yg dikesahkan hal2 rasuah yg belum pasti pun kebenaran. tp benda yg pasti mcm kes catuan air x dikisah pulak. sepatutnya ditubuh suruhanjaya siasatan diraja berkaitan krisis ni sbb libatkan kepentingan orang ramai. kalau tbh yg mati tu boleh tubuh suruhanjaya padahal x terjejas pun hidup rakyat, knp krisis air ni x boleh?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *