Syed Mokhtar Sasaran Pakatan Benamkan Ekonomi Melayu

SYED MOKHTAR

Ketamakan Cina dalam mengaut kekayaan Tanah Melayu sudah sampai ke peringkat yang melampau. Apabila majalah perniagaan utama, Malaysian Business melaporkan senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang didahului Robert Kuok dengan kekayaan RM54.48 bilion diikuti Ananda (RM33.19 bilion). Manakala Syed Mokhtar pula hanya berada pada kedudukan keenam dengan kekayaan berjumlah RM11.07 bilion, jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan kelima sebelum ini. Namun ianya mengundang perasaan marah yang meluap-luap kepada Cina di dalam pakatan pembangkang.

Ini seolah-olah menjadi penanda aras bahawa orang Melayu masih “bernyawa” dalam segi ekonomi negara. Sikap ingin mendominasikan ekonomi negara dan juga kuasa politik telah menguasai DAP. Dengan itu mereka mengambil langkah memprovokasikan persepsi “dengki” terhadap kekayaan Syed Mokhtar yang merupakan satu-satunya bangsa Melayu yang tersenarai dalam “Top Ten” orang terkaya di Malaysia.

Hakikatnya lapan dari 10 orang terkaya di Malaysia merupakan bangsa Cina. Mengapa mereka tidak mempertikaikan kekayaan bangsa Cina yang mendominasikan ekonomi negara. Dalam ceramah politik pembangkang terutama DAP, mereka sering mengatakan kerajaan BN sebagai berat sebelah dalam memberi projek-projek besar kerajaan.

Namun fakta dan hakikat sebenarnya yang sengaja disembunyikan adalah jumlah orang Cina yang kaya hasilnya daripada kontrak projek kerajaan. Mengapa orang paling kaya di Malaysia, Robert Kuok, T Ananda Krishnan, Tan Sri The Hong Piow, Tan Sri Lee Shin Cheng, Tan Sri Lim Kok Thay, Puan Sri Lee Kim Hua dan lain-lain tidak pernah disebut dan dipertikai hasil atau punca kekayaannya?

DAP cuma mempertikaikan nama-nama orang Melayu Bumiputera dengan pelbagai tuduhan serta fitnah dari pelbagai sudut. Dalam keadaan kita menyambut baik dasar kerajaan mengadakan program pemantapan ekonomi bumiputera namun DAP menggandakan lagi usaha mengekang perkembangan ekonomi bumiputera.

Segala perkara yang membantu dan mendorong perkembangan ekonomi bumiputera akan ditentang secara nyata dan tidak langsung oleh DAP. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai yayasan untuk membantu orang Islam. Oleh kerana itu Syed Mokhtar dikecam dan dipersoalkan oleh pemimpin dan penyokong DAP.Mengapa DAP begitu lantang mempersoalkan aset-aset yang dimiliki oleh orang Melayu?

Selain dari menimbulkan persepsi bencikan kekayaan Syed Mokhtar, Tony Phua dengan bangga telah bercakap tentang subsidi air yang kerajaan pakatan Selangor berikan. Subsidi air ini merupakan antara faktor yang membawa rebah pakatan kerana percaturan dan perancangan mereka yang lemah telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat Selangor akibat catuan air. Kononnya lagi kerajaan pakatan Selangor dapat menjimatkan 100juta setahun dalam tender terbuka angkut sampah. Tidakkah Tony Phua tahu bahawa penjimatan tersebut juga telah menyebabkan rakyat Selangor menderita akibat kerja angkut sampah yang benar-benar bertaraf “sampah”. Sudah menjadi fenomena biasa kawasan Selangor dipenuhi dengan sampah yang tidak berkutip. Tambahan pula pembelian lori sampah yang menelan belanja berjuta untuk model lori angkut sampah juga menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan.