Tanah Adat Sarawak Merupakan Duri Dalam Daging Barisan Nasional?

Kedatangan Anwar ke Sarawak baru-baru ini merupakan satu lagi malapetaka yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Setelah begitu banyak kerosakan dan kesangsian yang cuba dicetuskan dengan provokasi yang tidak berkesudahan di Semenanjung Malaysia. Kini mereka cuba mencetuskan provokasi politik kebencian di Sarawak pula. Sebelum ini mereka  membawa fenomena fitnah dan pembohongan yang mana satu demi satu telah terbongkar. Namun pakatan pembangkang tetap “bermuka tebal”  dan meneruskan aktiviti penyebaran politik kebencian ini.

Pembangkang cuba memainkan isu Tanah Hak Adat Pribumi (NCR) seolah-olah ianya merupakan duri dalam daging bagi Barisan Nasional. Mereka beranggapan  PKR mempunyai kelebihan kerana mereka mempunyai Baru Bian yang merupakan anggota dewan undangan negeri Ba’Kelalan. Beliau menjadi peguam bela utama dalam kes pertikaian tanah NCR.

Dalam ceramah Anwar di Mukah pada 25 Mac yang lalu, beliau menuduh seolah-olah satu dunia mengatakan Malaysia mengendalikan isu tragedi MH370 dengan cara yang  sangat lemah. Kononnya Malaysia tak layak, tak reti urus dan tidak bawa maklumat kepada awam.  Dan dengan andaian jahat bahawa disebabkan kelemahan “Barisan Nasional” maka tanah adat bakal hilang, balak juga bakal hilang. Kita perlu ingat bahawa  ini merupakan antara provokasi politik kebencian yang menjadi cara dan gaya hidup Anwar Ibrahim bersama pakatan pembangkang.

Walaubagaimana pun Barisan Nasional akan mendapatkan bantuan dari  Jabatan Tanah dan Ukur, terutama berhubung pertikaian antara penduduk tempatan dengan pemilik ladang sawit dan pemegang konsesi balak, untuk menentukan tanah NCR masing-masing. Ini memandangkan orang Iban di Sarawak meragui kerja ukur tanah. Mereka lebih suka kerja ukur tanah dibuat mengikut lot individu kerana percaya cara itu akan membolehkan mereka mendapat hak milik tanah individu dengan lebih cepat.

Namun mereka perlu ingat bahawa adalah salah bagi mana-mana penduduk bukan Pribumi untuk menukar statusnya menjadi penduduk Pribumi semata-mata kerana mahu membeli tanah Hak Adat Pribumi (NCR). Kerajaan negeri mempunyai jawatankuasa Kabinet negeri yang memantau tanah-tanah NCR bagi mengelak berlakunya sebarang urus niaga haram. Sekiranya mereka berkahwin secara sah dengan penduduk Pribumi maka ianya dibolehkan. Jika mereka menukar status hanya untuk mendapatkan tanah NCR maka ia  adalah salah dari segi perundangan.

Disamping itu juga para pemilik tanah NCR  kini diberi pilihan untuk membangunkan tanah itu bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan Felcra Berhad. Selepas 1hb Januari 1958, di bawah Seksyen 5 (2) Kanun Tanah Sarawak, hak adat kepada tanah boleh dibuat dan diperolehi dengan menggunakan cara-cara berikut:

a)      penebangan hutan dara dan menduduki tanah yang telah dibuka;

b)     menanam pokok-pokok buah di tanah tersebut;

c)      menduduki atau bercucuk tanam di tanah tersebut;

d)     penggunaan tanah untuk perkuburan atau tempat pemujaan;

e)      menggunakan apa-apa jenis tanah untuk mendapatkan hak; atau

f)       (sudah dimansuhkan pada tahun 2000)

Undang-undang tanah Sarawak memang mengakui hak tanah adat Bumiputra ke atas tanah dan wilayah yang diduduki oleh masyarakat Dayak.  Namun begitu pembangkang cuba mencetuskan provokasi  dengan menuduh kononnya pelbagai usaha dibuat untuk menggugat kesahihan hak tanah adat kononnya seperti Kerajaan Negeri sering melanggar undang-undang ini dengan mengeluarkan konsesi-konsesi, lesen-lesen pembalakan dan geran-geran tanah untuk perladangan komersial.

Pakatan pembangkang seolah-olah seperti menabur racun kebencian kepada rakyat Sarawak. Malahan mereka seolah-olah  alat kepada  “tangan ghaib” yang merancang  untuk terus mencetuskan kekacauan yang berpanjangan di tanah tumpah darah kita sepertimana yang berlaku di Timur Tengah (Arab Spring).  Kegiatan jahat dan tidak bermoral pembangkang ini perlu dipantau dan dikekang. Oleh itu tindakan imigresen Sarawak yang menghalang kemasukan para pemimpin pakatan pembangkang memang merupakan satu tindakan yang amat tepat sekali. Cegah sebelum parah. Hindari rakyat Sarawak dari pengkhianat negara.

10 thoughts on “Tanah Adat Sarawak Merupakan Duri Dalam Daging Barisan Nasional?

  • March 27, 2014 at 12:42 am
    Permalink

    sebenarnya tiada isu pun mengenai tanah adat di sarawak kerana kerajaan negeri sesungguhnya melindungi hak2 kaum pribuminya dan tanak2 milik mereka.pakatan sengaja mencari isu ini kerana terdapat pertikaian tentang pemilikan tanah adat yang sering di bawa ke mahkamah oleh baru bian. sebenarnya kebanyakan kes2 tersebut adalah kes di mana orang yang membuat tuntutan sebenarnya bukanlah pemilik asal tanah tersebut.

    Reply
    • March 27, 2014 at 6:02 am
      Permalink

      Dengan membawa kes itu di mahkamah..ianya dijadikan isu yg berpanjangan bagi digunakan bahan kempen politik…spt kes beng hock bunuh diri..di semenanjung

      Reply
  • March 27, 2014 at 1:57 am
    Permalink

    memang makin bebal anwar ni , adakee guna contoh MH370 dan terus rumuskan tanah adat akan hilang !!!

    aku nak tgk insan bangkai PAS dan PKR dan DAPigs mana yang akan percaya dulu kat dalam ni hahahahaahahaha

    Reply
  • March 27, 2014 at 9:30 am
    Permalink

    Kenapa la Si Aljuburi ni tak de dalam MH370….kan elok kalau dia ada dialam flight tu….selagi hidup menyusahkan orang…..

    Reply
  • March 27, 2014 at 10:48 am
    Permalink

    Kepada warga Sarawak jagalah tanah atau harta yang menjadi milik pribumi ini. Jangan sampai ia jatuh atau digadaikan kepada orang yang bukan haknya. Jangan jadi seperti di Semenanjung. Aku memang “respect” la kat Ketua Menteri Sarawak yang sebelum ini dan yang sekarang.

    Aku anak Semenanjung.

    Reply
  • March 27, 2014 at 12:06 pm
    Permalink

    Dalam isu apa pun…sebenarnya aku salahkan pemimpin tertinggi….iaitu dari kelompok yg memerintah (BN)….membiarkan negara yg mereka jaga dari dirosakkan, diceroboh, diganggu anasir subversif dan lain2 samalah seperti seorang bapa yang membiarkan pencuri masuk ke dalam rumah dan merogol anak gadis dan isteri sedangkan bapa hanya melihat tanpa mahu melawan…bapa itu mungkin sedar jika melawan mungkin dia akan kena parang, kena tikam dan lain2…tetapi alangkah baiknya bapa itu cedera parah atau mati ditikam kerana mempertahankan rumah dan ahlinya daripada melihat dan playsafe….pemimpin kita yg ada sekarang tidak banyak beza dengan pembangkang….agenda utama…bukanlah negara dan rakyat…tetapi untuk survival politik dan periuk nasi sendiri….kata2 aku ini mungkin agak keterlaluan…tapi inilah hakikat kepimpinan alaf ini…..we no longer see great leaders…kita sudah ketandusan pemimpin yg berani dan sanggup membuka langkah silat di depan sebelum rakyat membuka langkah silat mereka…wallahua’lam

    Reply
    • March 27, 2014 at 11:03 pm
      Permalink

      mereka ingat nak jadi pemimpin ni boleh dihormati oleh parti pelacur dan munafik Pakatan tu kaaa !!! jangan harap !!! tgk apa jadi pada Tun M beliau hari-hari dimaki dan difitnah !!!

      kalau dah tahu ramai macai Pakatan yang suka maki hamun dan buat fitnah , pemimpin kenalaa bijak camana nak kawal semua ni , tumpukan serangan siber .. tapi nampaknya bengap , yang diambik jadi penasihat sendiri puak DAPigs .. bangang !

      Reply
  • March 27, 2014 at 1:20 pm
    Permalink

    Pemimpin nak jadi popular pada kaca mata dunia dan at the same time dalam negara sendiri selalu play it safe, tak mau kecoh-kecoh. Tapi depa lupa dalam keadaan semasa kita kena fight fire with fire.

    Contoh dan gerak kerja pemimpin terdahulu depa tak mau ambil sebagai pengajaran…konon-konon ada konsep pemerintahan sendiri, dan dengan konsep tu lah jugak pembangkang bermaharaja lela melingkupkan rakyaat bangsa dan agama.

    Reply
  • March 27, 2014 at 3:23 pm
    Permalink

    Saya suka pendapat Hamba Ar Rahman…. Saya tak nak la kata nak salahkan pemimpin tertinggi… kerana mereka melakukan kerja yang seboleh-bolehnya menyenangkan rakyatnya… cuma sekelompok darinya bukan yang tertinggi tetapi bawahannya yang berkemungkinan tidak melakukan kerja yang telah dirangkakan…

    “membiarkan negara yg mereka jaga dari dirosakkan, diceroboh, diganggu anasir subversif dan lain2 samalah seperti seorang bapa yang membiarkan pencuri masuk ke dalam rumah dan merogol anak gadis dan isteri sedangkan bapa hanya melihat tanpa mahu melawan…bapa itu mungkin sedar jika melawan mungkin dia akan kena parang, kena tikam dan lain2…tetapi alangkah baiknya bapa itu cedera parah atau mati ditikam kerana mempertahankan rumah dan ahlinya daripada melihat dan playsafe….”

    Kalau betul negara ini diceroboh atau diganggu…. sama yang diandaikan.. membiarkan anak dan isteri dirogol… dan bapa hanya melihat sahaja… tidak mungkin bapa akan membiarkan perkara ini terjadi…. melainkan sang bapa tidak dapat berbuat sesuatu atau terpaku… kerana diantara penceroboh itu di bantu oleh teman/rakan/saudara….sendiri..

    Reply
  • January 19, 2015 at 11:57 pm
    Permalink

    ‘Agi idup agi ngelaban’selagi kes tanah NCR di sibu sarawak tak selesai,selagi itu saya anak kelahiran sarawak melawan kes tanah NCR yang di ceroboh syarikat besar…seperti Hock PengRealty….yg ingin mengambil tanah NCR di rantau panjang sibu,Sarawak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *