#MH370: Malaysiakini Cuba Sabotaj MAS

Share

Portal pro Pakatan, Malaysiakini.com hari ini cuba menyalahkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 kerana membenarkan pesawat tersebut membawa bateri Lithium-ion yang mudah terbakar.

Portal itu melaporkan MAS hari ini mengesahkan bahan kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 termasuk bateri lithium-ion. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini.

“Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa “beberapa kali” bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.

Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja. Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO,” katanya.

Bagaimanapun Malaysiakini yang terkenal dengan sikap anti kerajaan Barisan Nasional menyambung laporan dengan memetik beberapa kes kemalangan membabitkan bateri lithium ini.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.

Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.

Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.

Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.

Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.

‘Kemungkinan terlepas pandang’

Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.

Laporan Malaysiakini ini jelas sekali berniat jahat kerana sehingga kini tidak ada sebarang bukti MH370 meletup di udara dalam laluannya ke Beijing. Jika bateri Lithium yang cuba disensasikan oleh Malaysiakini sebagai oenyebab kehilangan MH370 sudah tentu kapal tersebut terbakar dan meletup dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sebaliknya, semua data yang ada menununjukkan Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing telah dengan sengaja menutup segala komunikasi pesawat terbabit dan keluar dari laluan asal. MH 370 juga dikesan terbang beberapa jam selepas ia berpatah balik.

Justeru teori ia meletup akibat bateri Lithium langsung tidak masuk akal buat masa ini kecuali Malaysiakini mempunyai bukti yang sebaliknya berbanding fakta-fakta dari satelit dan radar yang sedia ada.

Justeru apakah matlamat portal ini apabila melaporkan secara mengelirukan kemungkinan pesawat tersebut terbakar dan meletup akibat bateri Lithium sedangkan selepas 14 hari semua bukti menunjukkan pesawat tersebut dengan sengaja dilencongkan dari laluan asal berjam-jam sebelum hilang.

Fakta-fakta ini mengeesahkan ia bukan terbakar secara tiba-tiba dan meletupkan pesawat tersebut di udara.

Mengapakah sebuah portal berita yang menjalankan perniagaan di negara ini, ditulis oleh warga negara ini sanggup mencari jalan untuk mensabotaj syarikat penerbangan Malaysia milik rakyat negara ini sangat mengelirukan. Apakah mereka ini sanggup berbuat apa sahaja untuk melingkupkan kepentingan-kepentingan negara ini demi agenda tuan-tuan terselindung mereka?

22 thoughts on “#MH370: Malaysiakini Cuba Sabotaj MAS

  • March 21, 2014 at 11:35 pm
    Permalink

    Depa konon nak bagi umpan dengan harapan dapat sabotaj MAS dengan berita sebegini.

    Satu dunia tahu pesawat itu hilang, dan ada beratus spekulasi tentang kehilangannya.

    Bateri tu tak kan boleh buat pesawat MH 370 melencung hingga kepulauan Andaman.
    kebodohan malaysiakini hanya di hargai oleh orang-orang yang bodoh.

    Reply
    • March 22, 2014 at 12:43 am
      Permalink

      Apa nak hairan ,Malangsialkini ni pun dibiayai oleh Yahudi, sudah tentulah dia bermati-matian melindungi sumber dana dia,,.. kalau tidak macammana nak cari makan,,. kalau nak tengok berita sebenar cuba lihat disini ada berita yang lebih bagus dari berita malangsialkini…,,,!!!!..

      http://misterimh370.blogspot.com/

      Reply
      • March 22, 2014 at 11:55 am
        Permalink

        Assalammualaikum wmt,
        Orang Melayu ni baik sangat! Tak tahu
        nak kata macam mana.
        Kalau dah tahu ‘itu’ alat Yahudi, kenapa dibiarkan hidup?
        Melayu hanya tahu melalak dan berdemo, tapi tak berani bertindak.
        Mana yg dikatakan cuma dikalangan bangsa Melayu sahaja adanya perkataan ‘amok’?
        Kenapa tak ‘bakor’ ajer?
        Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

        Reply
    • March 22, 2014 at 2:33 pm
      Permalink

      Boss RJ,
      Si Pemalas & Penipu Sepet2 Dapig ni tahu ke apa kebendanya Li-ion battery tu? Atau saja2 ingat kita ni bodoh? Kalau dah bahaya gila benda ni… kenapa cerita pasal cargo MH aje? Kenapa tak question procedure MH dalam membenarkan passenger(yg rata2 sepet)+crew yg membawa h\phone, lap-top, mp3 player dan other personel devices on-board? Benda2 ni semua menggunakan li-ion batteries jugak(yg terbaru macam Boss punya h/phone mungkin guna Li-Po).

      a. Bila Malangsialkini sebut “141 AIR” incidents, ini bukan bererti ‘mid-air’ incident, atau insiden ketika dalam penerbangan. Ini cuma merujuk kepada insiden yg MELIBATKAN syarikat penerbangan.

      b. Malangsialkini kenalah baca betul2 FAA report tu:
      > Insiden2 juga melibatkan bateri2 jenis lainnya, terutamanya insiden2 yg terdahulu
      > Lebih 80% terdiri dari ‘Ground Incidents’ disebabkan/melibatkan ‘undeclared goods’, masalah handling, compromise on packaging/improper packaging, dlln.
      > Hanya ada lebih kurang 23 in-flight incidents:
      – 4 pesawat cargo(1 emergency landing, 1 diverted)
      – 19 pesawat penumpang(1 emergency landing, 1 emergency landing + tukar pesawat)

      c. Dari incident 4 pesawat cargo di atas:
      > TIDAK ADA melibatkan Li-ion
      > Bukannya shipment battery(palletised) tapi package yg mengandungi battery
      > 2 kejadian melibatkan personal device dimiliki crew; 1 guna battery tiruan, 1 lagi alat yg baru dibeli DARI CHINA… (kedua2nya terjatuh atas deck)

      d. Dari incident 19 pesawat penumpang di atas:
      > melibatkan Li-ion, Cr123, Ni-Cad, wet-cells and whatever else
      > tak silapnya, 2 insiden melibatkan package yg mengandungi battery
      > SELEBIHNYA adalah dari personal device PENUMPANG, battery yg dicabut dari device&spare battery yg dibawa(tidak disimpan rapi menyebabkan litar pintas)

      MALANGSIALKINI tak nak question apa benda2 yg dibawa para penumpang, terutamanya dari CHINA?

      Reply
      • March 22, 2014 at 5:36 pm
        Permalink

        Malaysiakini ambil kesempatan menipu sebab depa tau orang yang selalu baca portal tu adalah manusia yang bongok dan mempunyai keupayaan berfikir yang amat rendah.

        Reply
  • March 21, 2014 at 11:49 pm
    Permalink

    heiheihei!

    sudahkah anda bertayam???

    Reply
    • March 22, 2014 at 12:39 am
      Permalink

      oii mangkuk…toni dah tak layan hang ka ??

      Reply
    • March 22, 2014 at 3:28 am
      Permalink

      hahaha apek gay DAPigs tony kenapa baru hari ni nak menyamar ??? lu dah bebal kaa malam ni ? hahahahaha

      Reply
      • March 22, 2014 at 8:23 am
        Permalink

        Hehhehheh. Apa lagi yang cai PR ni boleh

        fikirkan ? IQ tahap tepu !!!

        Reply
  • March 22, 2014 at 12:04 am
    Permalink

    Apa beza Malaysiakini dengan babi? TIADA BEZA

    Reply
    • March 22, 2014 at 12:47 am
      Permalink

      persamaan nya ……lembu@mooooo

      Reply
  • March 22, 2014 at 12:58 am
    Permalink

    Respect lah sikit Bro,Menteri Zaid Hamidi pun duduk semeja dengan mereka,malah memberi anugerah lagi kepada mereka.

    Reply
    • March 22, 2014 at 3:35 pm
      Permalink

      Boss Alfie…
      Tak kan le sebut Zahid aje, yg hanya menyampaikan anugerah. Kena lah sebut penganjurnya iaitu Malaysia Social Media Chambers, siapa ada di dalamnya dan kaitannya dengan KJ…. tak gitu?
      Tapiii… buat masa ni, bagi diri saya, hanya nak tumpukan pada isu2 lain terlebih dulu…

      Reply
  • March 22, 2014 at 2:12 am
    Permalink

    zaid hamidi tu kne set up.klu die tau kne naik pentas bg award kat malaysiakini,lg baik die g balik kampung tengok kebun die.malaysiakini setakat award popular je.klu dapat most credible award ke, bole tabik jugak la.klu sekali pandang , malaysiakini mcm bagus ,educated,telus tp sebenarnye banyak manipulasi berita/artikel dari sumber yg x konkrit.menipu banyak.malaysiakini jarang kne saman?pasal olahan ayat akan guna term seperti menurut sumber,di khabarkan,di khuatiri dan guna tanda soal.tpi org pr mmg taksub kat malaysiakini kerana mereka bukan nak cari fakta tapi fitnah,khabar angin dan gosip liar yg menjadi makanan ruji mereka.

    Reply
  • March 22, 2014 at 6:14 am
    Permalink

    Tak logik dungguhbkalau oanya terbakar buat turn back tapi tak singgah di airport berhampiran..paling melucukan siap ikut laluan kapal terbang menghala ke utara…

    nak memperbodohkan pembaca bodoh macam mahfuz boleh lah malaysiakini…itu sebabnya anwar berjaya mengumpulkan pengikutnya dgn.mudab sbb ada yang percaya laporan spt ini

    Reply
  • March 22, 2014 at 6:57 am
    Permalink

    mh370 tak meletop..yang meletop dan panas berapi hanyalah bontot anwar dan pakatan berontak saja sebab dah kena sembahyang hajat..

    Reply
  • March 22, 2014 at 7:41 am
    Permalink

    bateri dkaitkn dgn trbakar,letupn atau dlm erti kata lain kemalangan dan kecemasan namun pakar dlm dan luar negara mendapati tiada bukit pesawat meletup atau dlm situasi kecemasan kerana tiada isyarat kecemasan diterima.jd yg rasional secara automatik reject teori kapal meletup disebabkan oleh apa jua punca termasuk bateri, bom yg dibawa ahli keluarga malaysiakini, tembakan missile oleh agen2 sekutu cina dap atau apa2 teori yg berkaitan menyebabkan kapal meletup.

    Reply
  • March 22, 2014 at 8:40 am
    Permalink

    Trend hiburan dinegara kita berubah dari nyanyian ke lawak jenaka. kalau dulu tiap konsert dipenuhi dengan artist menyanyi dan lawak jenaka hanya muncul dalam slot yang kecil sebagai selingan.

    Sekarang lawak sudah berkonsert dari awal sampai akhir. Negara memang miliki ramai penhibur bukan kerana rakyat suka berhibur tetapi dalam hal2 tertentu rakyat dipaksa berhibur samada suka atau tidak. Wujudnya PKR bermulalah slot hiburan sejak 1998. Rakyat dihibur hingga sekarang dimana kajang dijadikan pentas paksaan untuk rakyat berhibur.

    Hiburan yang dihidang di Kjang saperti kisah seorang peliwat yang sudah dihukum tetapi mengaku kebersihan diri. Mereka berlawak sejak kes mahkamah bermula dimana mereka namakan saksi tetapi saksi itu semua tidak pernah muncul. Mereka berlawak cara bekas seorang menteri seludup duit RM2B naik kapal terbang keluar negara.

    Dihujung lawak begini rakyat jadi mual .Naik loya layu termuntah. Malangnya ada segelintir yang benar2 terhibur dan dapat menafaat dari lawak sebegitu, terutama yang rendah level pemikiran mereka.

    Reply
  • March 22, 2014 at 12:39 pm
    Permalink

    ya la kalau pun battery tu terbakar kenapa flight tu pergi lautan hindi?????

    Reply
  • March 22, 2014 at 9:30 pm
    Permalink

    ikut logit patutnye terus mara kearah beijing, besar kemungkinan disepanjang perjalanan menghala ho chin min kearah beijing sekitar situ saja. bagaimana boleh twist sampai selat Melaka, ke timur jauh dan sekarang ni lautan Hindi. saya tak faham sangat kenapa melencung sangat kebarangkalian kearah barat laut tu. apa2 pun moga keajiaban berlaku.

    Reply
  • March 23, 2014 at 12:52 am
    Permalink

    Baca Malaysiakini news updated…

    Reply
  • March 23, 2014 at 12:11 pm
    Permalink

    hehehe….ada salesman malaysiakini rupanya kat sini ?? sorry bro, kat sini kami tak baca malaysiakini. Minta maaf je lah…cuba pi try kat rumah sana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *