Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun

Share


Oleh Zul Rawi

Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.

Anwar Kantoi 5Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.

“Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.

“Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’, dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.

Isu gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status “Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport”.

Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah ‘diretweet’ oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan ‘status’ tersebut. ‘Retweet’ Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.

Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut’.

Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.

Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.

Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.

Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.


21 thoughts on “Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun

  • February 28, 2014 at 2:38 pm
    Permalink

    anwar kalau menipu bukan anwar nama nya

    Reply
    • March 1, 2014 at 7:17 am
      Permalink

      tu la bro, cuaca kat Jepun sekarang ni pun dalam musim sejuk. Kalau kat malaysia ni umpama duduk dalam bilik yang lagi sejuk dari pasang aircond. Tapi dalam gambar tu al-juburi, wartawan dan para jurugambar biasa je macam tak rasa cuaca sejuk pun. Sekurang-kurangnya dalam keadaan cuaca sebegitu orang biasa pasti akan pakai jaket sekali dengan skaf di leher untuk elak kesejukan. Lebih2 orang yang ‘sakit tulang belakang’ seperti al-juburi tu..

      Kalau nak kelentong pencacai dia boleh la, bukan semua manusia dia boleh kelentong…

      Reply
  • February 28, 2014 at 2:39 pm
    Permalink

    mana tak dapat sambutan jepun semua peminat pelakon porn yg direka oleh anwar

    Reply
  • February 28, 2014 at 2:49 pm
    Permalink

    hahahahahhaha (gelak je..)

    Reply
  • February 28, 2014 at 3:07 pm
    Permalink

    gila punya anwar, kalau nak tipu buatlah kat mesia, ada baghal yg akan percaya juga, ni kat jepun….muahahahaha

    Reply
  • February 28, 2014 at 3:08 pm
    Permalink

    maka jelaslah
    calon DUN Kajang dari PKR tu
    adalah seorang PENIPU BESAR
    kepada orang Kajang
    telah terbukti anwar terus menambah koleksi epesod penipuannya yg melayakkan
    dia jadi RAJA PENIPU POLITIK MALAYSIA!

    Reply
  • February 28, 2014 at 4:39 pm
    Permalink

    Anwar dapat sambutan luarbiasa di Jepun?? Patut2lah pun, siapa dia di mata rakyat Jepun? The only popular news di Jepun ialah masa keluar berita dia main dgn chinadoll. Anwar oh Anwar, you’re one sick son of a bitch. Nak menipu pun biarlah pro sikit.

    Reply
  • February 28, 2014 at 4:49 pm
    Permalink

    penipuan dan fitnah ni biasa jee dalam Pakatan !

    Reply
  • February 28, 2014 at 4:55 pm
    Permalink

    Nuar Berahi ni…alang4444 nak MENIPU, baik tak letak gambar Doraemon dan Ultraman ramai2 sambut Nuar Berahi kat Narita Airport, barulah MACAI4444 FUCKUTAN dgn bangga boleh kata:

    “Tengok tu, jin4444 dari langit dan bumi pun sokong Nuar Berahi”

    MUEH4444

    Reply
    • March 1, 2014 at 1:11 am
      Permalink

      Boss…bagi lah dia credit sikit. Kita patut bagi anugerah kat dia title ‘Bapa Recycle’. Dikeluarkan dari Umno, dia recycle karier politiknya dalam PKR; begitu juga kawan2nya pun recycle jugak(dari parti lain, GE13>guna askar, polis pencen..). Guna isu2 recycle, foto recycle…dan terkini….ada rumours yg kata nak recycle dia balik ke Umno…

      Reply
      • March 1, 2014 at 11:24 pm
        Permalink

        Dia tau sangat cuma UMNO boleh melonjakkan sseorang untuk menjadi PM.

        Reply
        • March 2, 2014 at 11:03 am
          Permalink

          Hehehehe, susah la kalau hanya UMNO jer mampu melonjakkan seseorang menjadi Perdana Menteri Malaysia!!!

          Parti2 luar BN, jangan ambik hati ya!!!

          Hehehehe

          Reply
  • February 28, 2014 at 7:54 pm
    Permalink

    Anwar tipu lah macam mana sekali pun, macai pakatan tetap percaya 100% tanpa berbelah bagi.

    Reply
  • February 28, 2014 at 8:30 pm
    Permalink

    Cubaan memperbodohkan orang ramai tetapi kebodohan sendiri yang tersingkap. Raja lawak politik.

    Reply
  • February 28, 2014 at 8:53 pm
    Permalink

    Ciri2 munafik sgt jelas pada Anwar. Kenapa PAS masih menyokong org seperti ini. Dan mengangkat spesis Abdullah bin Ubai sebagai pemimpin memang sangat memalukan.

    Reply
  • February 28, 2014 at 11:24 pm
    Permalink

    Anwar leka dibuai mimpi oleh rhetoric penyokong dia yang bodoh. Sementara penyokongnya terus jadi bodoh kerana diperbodohkan Anwar secara beterusan.

    Sebab itu yang bodoh akan terus bodoh. Yang menipu dan memperbodoh terus menerus dengan kerja kegemaran nya itu.

    Reply
  • March 1, 2014 at 4:47 pm
    Permalink

    semua benda nak tipu, kelentong, bohong. apa punya munafik daaaa makhluk jenama anwar ibni ibrahim ni….

    Reply
  • March 1, 2014 at 8:19 pm
    Permalink

    PUAK PUAK FUCKATAN NI MENIPU DAN MEMFITNAH MACAM BELI KACANG PUTIH TEPI JALAN

    Reply
  • March 1, 2014 at 8:32 pm
    Permalink

    Kihkih….kantoi lagi….bodo punya biawak..

    Reply
  • March 3, 2014 at 5:29 am
    Permalink

    nak kencing orang , tapi tak cerdik . hahaha… memalukan .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *