Ops Harga 2014 Tangkis Fitnah Harga Naik Melampau Gagalkan Rancangan Jahat Pembangkang?

Isu harga barang naik antara yang menjadi punca kekalahan Barisan Nasional di Selangor pada PRU12. Ianya menjadi  isu “favourite” pembangkang.  Kenaikan harga memang begitu sensitif dihati rakyat. Namun sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang mempolitikkan isu ini secara melampau  amat tidak beretika.

 

Jika kita mahu bercakap tentang harga barangan sepatutnya  mereka perlu lebih adil dengan membandingkan harga barangan negara kita dengan harga barangan di  negara-negara jiran .  Harga barangan negara kita jelas jauh lebih murah dari harga barangan negara-negara jiran.

 

Sebagai contoh  harga tol kita jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga tol di negara-negara jiran.   Harga tol di Brunei yang jauh lebih mahal lebih kurang RM10 untuk jarak yang amat dekat ini  perlu kita jadikan perbandingan untuk memberi gambaran yang lebih adil terhadap senario harga tol di negara kita. Manusia tetap dengan sikap yang sentiasa tidak bersyukur  sebagai contoh apabila kerajaan Brunei mengenakan cukai jalan yang hanya RM10 pun rakyat Brunei  membantah dengan keras.

 

Walaubagaimana pun kerajaan telah mengambil tindakan tegas  dalam menangani isu kenaikan harga yang begitu hebat dipolitikkan oleh pembangkang. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan projek perintis menjual barangan basah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Lembah Klang bermula Sabtu ini. Ini secara tidak langsung “membunuh” punca kenaikan harga yang selama ini bermaharajalela menyusahkan rakyat.
Projek perintis  ini akan  dilaksanakan  dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Ianya juga  akan diperluas ke semua KR1M.  Sebelum ini barang-barang yang ada di kedai KR1M hanya barang-barang kering manakala barang-barang basah terpaksa dibeli di tempat lain.  Mulai 1 Mac barang-barang basah akan dijual di kedai KR1M Lembah Klang sebagai ‘pilot project’.

 

 
Menu Rakyat 1 Malaysia pula telah  diperkenal pada 2011, sebanyak 3,627 premis masih aktif . Ianya   merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan di samping berusaha membantu mengurangkan beban rakyat.  Ini membuktikan  masih ada kedai-kedai yang menjual harga yang sangat rendah.

 

Masih ada lagi warung  yang  menjual makanan serendah 60 sen untuk nasi lemak  dan  RM2 bagi nasi minyak. manakala  kuih-muih  dijual dengan harga antara 20 sen dan 30 sen. Teh O   30 sen secawan dan  neslo (campuran nescafe dan milo) sejuk dengan RM1.20 segelas. Ini membuktikan kenaikan harga barangan melampau  adalah kerana sikap tamak haloba para peniaga. Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

 

Oleh itu kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau. Kerajaan  akan  sentiasa memantau secara langsung tindakan peniaga yang menggunakan pelbagai kaedah bagi memanipulasi kos dan harga barang di pasaran. Ini termasuk aktiviti antipersaingan seperti amalan monopoli dan kartel yang menyumbang kepada kenaikan kos barangan dan membebankan rakyat.

 

Disamping itu juga kerajaan  mewujudkan undang-undang seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 bagi memastikan persekitaran perniagaan adalah kondusif dan memanfaatkan semua pihak di pasaran.

 

Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang dilancarkan serentak di seluruh negara  juga merupakan inisiatif kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang berkaitan penandaan harga.

 

Rakyat perlu tahu bahawa kenaikan harga barang secara melampau bukan diakibatkan oleh tindakan kerajaan. Ianya lebih kepada tindakan jahat manipulasi harga demi kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu.  Kerajaan tetap akan mengambil langkah tegas dan berterusan demi memastikan pihak yang menyusahkan rakyat ini menerima hukuman yang setimpal.

13 thoughts on “Ops Harga 2014 Tangkis Fitnah Harga Naik Melampau Gagalkan Rancangan Jahat Pembangkang?

  • February 27, 2014 at 10:15 pm
    Permalink

    Biasa le…dekat2 nak mengundi skrip lama umno bn berulang lagi….itu standard sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya…..kelentong jgn tak kelentong

    Reply
    • February 27, 2014 at 11:31 pm
      Permalink

      “Anwar Ibrahim has created enough trouble to the country “

      Reply
    • February 28, 2014 at 3:07 am
      Permalink

      rakyat selalu kena kelentong dengan Pakatan mekk PAS oii , bayangkan rumah murah rm72 ribu boleh jadi rm160 ribu .. inilah kehebatan PAS , DAPigs dan PKR kakakakaka

      melalak pasal harga naik tapi kerajaan Pakatan sendiri yang menaikkan harga air melambung tinggi dan cukai meningkat beratus persen !!!!

      Hanya Pakatan yang selalu kelentong rakyat mekk PAS oiii

      Reply
  • February 27, 2014 at 10:18 pm
    Permalink

    rata2 pengedar, pengimpot, pembekal terdiri dari kalangan mereka yang cukup rapat atau penyokong kuat parti pembangkang. mereka mengambil peluang utk menaikkan harga barang2 kerana mahu rakyat marah dgn kerajaan.
    kita harap kerajaan dapat membuat lebih byk kedai2 spt KR1M dan yg serupa dengannya utk memberi peluang kpd rakyat mendapatkan barangan pada harga yg lebih rendah.

    Reply
    • February 27, 2014 at 10:47 pm
      Permalink

      Otak pemimpin umno memang tak besar mana…tak mampu nak kontrol peniaga cina…tp rega barangan naik ni sebenarnya adalah berpunca atau angkara dari pihak kerajaan sebetulnya….peniaga ambil peluang le bila kerajaan lemah….untuk tutup kelemahan peniaga dikambinghitamkan !!!!’

      Reply
      • February 27, 2014 at 11:39 pm
        Permalink

        Anwar dalam hal ni memang cekap, sebelum & selepas pru12 dia dah tabur janji dengan ngo ngo cina sebab itu mereka akan buat apa sahaja untuk merialisasikan impian anwar dan mereka akan dapat apa yang mereka impikan selama ini.kita tunggu dan lihat kebenaran kenyataan ini.jika anwar merancang, ALLAH PERANCANGNYA.

        Reply
      • February 28, 2014 at 12:14 am
        Permalink

        hehehe…hang dah jadi pakar otak pulak ka mek ?? hang ni…

        Hang pernah tak jumpa orang yang bukan setakat otak nya kecik, tapi kepala dia pun kecik ? nak cover line, lilit serban buat-buat alim ??

        hehehehe…

        Reply
        • February 28, 2014 at 2:47 am
          Permalink

          Hi…hi…hi…dia pakar otak ke… ATAU dia kerap kena jumpa dengan pakar otak…? Banyak bezanya tu Boss…!!

          Reply
          • February 28, 2014 at 7:11 pm
            Permalink

            Hahahaha.. pakar otak yg takde otak !!!

        • March 2, 2014 at 11:05 am
          Permalink

          Hehehe…padanlah depa dalam PAS ni BODOW!!!

          Cover line buat2 pandai dgn menghafal dan menjual ayat2 Al-Quran dan Hadis bila tak tahu nak jawab apa2 isu!!!

          Reply
      • February 28, 2014 at 3:10 am
        Permalink

        mula- mula mek PAS yang mengaku tak berpelajaran jadi pakar “rantaian makanan” kini dah menjadi pakar otak !!! inilah mekk PAS yang selalu guna otak kat lutut kakakakaak

        inilaahh contoh mekk PAS yang pakar otak … tapi mekk PAS yang tolol ni laa yang melalak bila kerajaan tak jadi naikkan harga tol wakakakakaka

        Reply
  • February 28, 2014 at 9:02 am
    Permalink

    Aku peniaga. menganalisis harga pasaran itu kerja biasa aku la. Memang disini harga barang naik melebihi paras sebenarnya adalah tidak wajar. Tetapi tekanan terhadap pasaran tak dapat di bendung kerana melibatkan barangan import. Rakyat mesti sedar apa yang berlaku di Thailand. Tunjuk perasaan dan rusuhan. Industri dan pengexport
    barangan di sana menghadapi pelbagai masaalah ,pekerja tak datang bekerja, tidak selamat dan karenah transport.
    Biasalah puak-puak peniaga kafir ni naikkan harga. Kita import barangan makanan/keperluan harian mentah/siap dari Thailand cukup banyak. dari ice cream, ubat gigi,sayuran, buah dan banyak ,banyak,banyak lagi. Dalam supermarket kita bolih kata atas rak tu lebit 70% barang Thailand,viatnam dan china.
    Kita harus tahu ramai pelabur Malaysia mementingkan keuntungan. Melabur di Thailand untung sebab undang2 depa tak ketat macam disini. Quality control – no,kebersihan – tak control, Bahan mentah – no kawalan. Ini permainan peniaga kapir tu. Harga barang sini kapir jual macam harga Negara maju tapi quality barang tak ada standart pun.
    Pengguna di sini ditipu olih kapir tu. Tengok bungkus bersinar2 , isi dalam low kelas punya.
    Kalau mau maju ikut acuan mau maju. Tapi kapir tu kata saja- tak buat. Buka kilang di luar. Pengguna mana la tau nak nilai barang tu betul2 ikut piawaian. Jadi pengguna mesti bijak memilih. Barangan Malaysia no 1 kemudian baru beli barang import. Tu pun kalau kenal mana local mana import. Kerajaan kena buat sesuatu untuk kepentingan pengguna mengenal barangan di pasaran.

    Reply
    • March 2, 2014 at 11:17 am
      Permalink

      Bagus cadangan saudara Dagang

      Dahulu, kempen Beli Barangan Malaysia sentiasa ada dalam media!!!

      Rasanya, kerajaan Malaysia perlu wujudkan kembali kempen Beli Barangan Malaysia.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *