Kajian Dipengaruhi Anwar, Universiti Malaya Perlu Jawab Dakwaan Zaid Ibrahim

Share


Universiti Malaya perlu tampil menjawab apakah benar dakwaan Datuk Zaid Ibrahim bahawa kajian umum ke atas politik Malaysia oleh sebuah pusat pengajiannya dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dakwaan ini sangat serius kerana ia boleh menjejaskan kredebiliti Universiti tertua Malaysia ini.

Hari ini Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.

Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.n

“Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.

“Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.

“Umcedel juga mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa Anwar patut menjadi Menteri Besar Selangor.”

Menurut tinjauan itu, sebanyak 59 peratus daripada 576 responden berkata “ya” apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar.

Kecenderungan UMcedel memaparkan hasil kajian yang meragukan apabila membabitkan Anwar Ibrahim sudah beberapa kali mendapat kritikan banyak pihak. Namun kritikan kali ini yang datang daripada pemimpin politik yang sealiran dengan Anwar sangat mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya yang serius.


16 thoughts on “Kajian Dipengaruhi Anwar, Universiti Malaya Perlu Jawab Dakwaan Zaid Ibrahim

    • February 24, 2014 at 9:06 pm
      Permalink

      apek DAPigs lulusan SJKC hanya mampu bagi komen taraf budak sekolah

      Reply
      • February 25, 2014 at 1:38 pm
        Permalink

        buduh nye gambus..

        Reply
        • February 27, 2014 at 2:47 pm
          Permalink

          And you consider yourself a SMART ASS??

          Reply
    • February 25, 2014 at 11:30 am
      Permalink

      Umno atau Zaid kah yang busuk hati ? Julingkah engkau ni Gambus ? Kenapakah engkau ni bebal sangat. Kalau ya pun bebal, janganlah tonjolkan sangat kebebalan kau tu.

      Reply
  • February 24, 2014 at 8:54 pm
    Permalink

    Redzuan pengarah Umcedel baik letak jawatan dan join kerja dengan pkr lah, apa punya barua nama saja pusat demokrasi tapi bersikap memihak berat sebelah langsung tadak kredebiliti sungguh memalukan

    Reply
  • February 24, 2014 at 9:13 pm
    Permalink

    Hahaha… semua orang kawan Anwar, menteri.. Doktor.. Hakim.. Peguam.. Presiden Amerika, siapa lagi?

    Reply
    • February 24, 2014 at 9:25 pm
      Permalink

      gay,pondan,lesbia, pun kawan anwar, betul bujur

      Reply
    • February 24, 2014 at 10:44 pm
      Permalink

      jangan lupa Israel dan puak anti Islam !

      Reply
  • February 24, 2014 at 9:13 pm
    Permalink

    Ini lah contoh kroni yg anwar sebut²kn tu..

    Reply
  • February 24, 2014 at 11:29 pm
    Permalink

    Kebanyakan staff UM Memang bias Dan tidak bebas. Kononnya mereka lebih terbuka Dan islamik.

    Reply
  • February 25, 2014 at 2:44 am
    Permalink

    silap kerajaan juga yang lanjutkan had wajib persaraan dari 56 ke 60 tahun..majoriti kakitangan awam yg tua bangka termasuk yang berpangkat tinggi dalam kerajaan adalah balaci anwar semasa berkuasa dalam kerajaan dulu. sikap orang munafiq memang susah dikesan kecuali dia lari bila disuruh berperang..

    Reply
    • February 25, 2014 at 1:39 pm
      Permalink

      sbb ape ? sbb mereka tau siapa pengkhianat dan siapa penipu. mereka yakin anwar berupaya meneraju mesia

      Reply
      • February 25, 2014 at 11:08 pm
        Permalink

        buduh nye vinniemoore..

        Reply
  • February 25, 2014 at 6:24 pm
    Permalink

    Zaid ni lagi satu tak guna !! dulu ewah-ewah peluk bahu dengan anwar..la ni, apa dah jadi ???

    Dia tak pernah belajar dari pengasas-pengasas PKR yang telah meninggalkan anwar…

    Reply
  • February 25, 2014 at 10:20 pm
    Permalink

    Risec yang di jalan kan oleh UMCEDEL mengenai PRK Kajang amat menjengkel kan kita. Tak kan la 576 responden di ajdi sample risec tu mewakili kehendak seluruh pengundi PRK Kajang kelak. Dah sah pihak UMCEDEL dah pilih responden yang menyokong tegaq PR dalam kajilidik depa tuu… betoi betoi taraf kangkungan para intelektual kat UM ni…memalu kan jerrr patut la selama ni rating UM semakin menjunam oleh pihak penilaian kemajuan akademik antarabangsa. Bercakap inggeris meletup letup tapi pemikighan macam budak tadika PASTI jerrrr…lagu mana nak menandingi kehebatan institusi akademik di Korea Selatan & Jepun…ngan Universiti Chulalongkorn pun UM dah kantoi habih…..kemajuan bukan di ukur ngan kepetahan berbahasa inggeris tapi tahap keilmuan tahap falsafah tinggi masih kureng kat para intelektual kat UM niii…..!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *