Anwar Syok Sendiri Dengan “Langkah Kajang” Hingga Lupa Penipuan Sendiri

Kononnya  gerakan “Langkah Kajang” oleh Anwar Ibrahim telah  menjadikan UMNO  panik terhadap kedudukan mereka di Selangor.  Sebenarnya Anwar lupa bahawa rakyat tahu siapa diri Anwar sebenarnya. Beliau tidak lebih dari seorang penipu yang diberi kelebihan memanipulasikan bermacam-macam isu demi kepentingan dan dendam peribadi beliau sendiri.

 

Anwar yang kelihatan cukup berbangga dengan kononnya  “elemen kejutan” dengan meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa pemimpin veteran BN kononnya mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya. Hakikatnya  “elemen kejutan” Anwar itu lebih cenderung kepada “mengalihkan isu liwat” yang sedang hangat dibicarakan yang mana “sudah sampai masa”  sehingga Anwar  kehilangan punca untuk mencari alas an  bagi menangguhkan perbicaraan liwat beliau.

 

Kampung buah pala merupakan antara  bukti nyata penipuan Anwar.

 

Tambahan pula  sebelum PRU-13, Anwar telah berjanji akan  menamatkan karier politik beliau  sekiranya  tewas dalam PRU-13. Kononnya beliau  bercadang  akan menjadi pensyarah jika kalah dalam PRU-13 yang lalu. Namun apabila beliau  kalah dan gagal menjadi Perdana Menteri , beliau jelas memungkiri janji tersebut dengan berbagai alas an yang tidak masuk akal.

 

Kononnya berlaku penipuan 40000 pengundi hantu dari Bangladesh.  Beliau kononnya menuduh  penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.  Kononnya 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

 

Fitnah itu kononnya  berdasarkan pengiraan bahawa  4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu. Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT.  Kenyataan ini telah dibuat oleh  Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Beliau turut menuduh kononnya  syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

 

Selain daripada itu juga Anwar telah menuduh penipuan dilakukan oleh SPR dalam isu blackout.  Gambar blackout  telah di war-warkan di media maya  dan mereka telah  mendakwa kononnya kawasan di Bentong, Lembah Pantai dan Gelang Patah telah berlaku penipuan daripada pihak SPR untuk mewujudkan blackout di kawasan mereka demi memanipulasi keputusan PRU-13. Sebuah video lakonan bertajuk magical blackout dilakonkan untuk menggambarkan berlakunya isu blackout pada pukul 11.30 malam. Persoalannya, bagaimana sebuah video boleh siap lengkap dengan skrip, lakonan, latar belakang dan di edit serta boleh dimuat turun hanya dalam jangka masa setengah jam? Bersandarkan kepada bukti ciptaan mereka ini Anwar telah bergerak ke seluruh Negara dengan menabur fitnah jahat mereka.

 

Begitu juga dengan pembohongan Anwar  melalui  konspirasi 16 Sept 2008 selepas keputusan PRU-12 pada bulan Mac 2008 untuk merampas kuasa dari Barisan Nasional.  Rakyat dan pemimpin pakatan sendiri telah ditipu hidup-hidup dan mereka  hanya menyedari pembohongan tersebut pada 16 Sept 2008, iaitu 6 bulan selepas PRU-12.

 

Anwar yang mempunyai dendam peribadi terhadap UMNO juga  telah  menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dalam PRK Kajang  dengan mengatakan MCA hanyalah sekadar “menumpang” kedudukan Umno. Nampak gayanya pakatan memang memperlekehkan MCA.  PRK Kajang ini merupakan medan menentukan kewarasan pengundi  Kajang dalam  membuat pilihan yang tepat.

 

Kebijaksanaan rakyat Selangor sekaligus diadili dalam mengenalpasti penipu sebenar seperti Anwar Ibrahim. Isu kenaikan harga barang dan agama menjadi modal utama untuk dimanipulasikan oleh Anwar.  Kebijaksanaan MCA juga diuji  sejauh mana kesungguhan mereka menawan hati pengundi Kajang dengan keikhlasan Barisan Nasional.  PRK Kajang merupakan gelanggan menguji Anwar dan MCA.

11 thoughts on “Anwar Syok Sendiri Dengan “Langkah Kajang” Hingga Lupa Penipuan Sendiri

  • February 23, 2014 at 4:42 pm
    Permalink

    anwar syok sendiri untuk pm sehinggakan pengikutnya untuk melancap untuk diri sendiri tengok video anwar, itu anwar ajar pada rakyat negara kita ini

    Reply
  • February 23, 2014 at 4:46 pm
    Permalink

    Ya Allaah, menangkanlah kebenaran dan tunjukkanlah dengan jelas siapa sebenarnya penipu. Amin.

    Reply
    • February 23, 2014 at 5:57 pm
      Permalink

      allah telah tunjuk kebenaran nya cuma antara orang percaya atau tak terpulang pada manusia sebagai contoh video atas

      Reply
  • February 23, 2014 at 4:51 pm
    Permalink

    Assalammualaikum wmt,
    Penyakit yg tidak mampu diubat oleh para doktor perubatan ialah ‘penyakit perasan’.

    Penyakit Perasan hanya boleh hilang jika mendapat rahmat dan hidayah Allah swt.

    Reply
  • February 23, 2014 at 7:23 pm
    Permalink

    Malas la nak komen pasal bang non ni Dah terang lagi jelas sape dia ni. Buang karan klau nak ulas pun.

    Reply
    • February 23, 2014 at 8:15 pm
      Permalink

      Kita tunggu cai diorang masuk…baru sedap tibai..tu pon kalo diorang berani laa..hehe

      Reply
  • February 23, 2014 at 9:16 pm
    Permalink

    kalau ikut hukum kebiasaan
    anwar tak lama lagi dah
    dia akan pupus dan hilang terus
    biarlah anwar upgradekan dosa dan kedurjanaannya
    dia setakad ini tidak menunjukkan tanda-tanda insaf dan bertaubat
    anwar terus melarikan diri
    larikan diri dari hakikat apa yg dia telah lakukan
    dia lari dan menafikan
    dia tak boleh menahan nafsu sarakahnya
    dia lakukan dan dia nafikan
    dia tipu diri sendiri
    dia tipu orang lain
    dan dia bodoh kerana Tuhan sediakan kaedah INSAF dan Taubat
    dia tidak mahu gunakan peluang tersebut
    dan dia cuba menafikan kebenaran dirinya yg TERSILAP
    dia yg umpama mengikut kaedah FIRAUN yg mungkin tersedar silap bila nyawa sampai dihalkum!
    kesian kamu ANWAR!

    Reply
  • February 23, 2014 at 11:09 pm
    Permalink

    Anuar akan kalah. Kalah untuk selamanya…………

    Reply
  • February 23, 2014 at 11:44 pm
    Permalink

    Oii…mane cai pakatan…nih korang punya dewa kena kaw kaw..x kan senyap je kott….bacul punya penyokong…..

    Reply
  • February 24, 2014 at 1:04 am
    Permalink

    kakakakaka harii tu anwar tak mengaku fitnah masa PRU mengenai isu bangla 40k , siap tuduh BN pulak yang buat fitnah tu !!!

    kali ni anwar buat fitnah dengan isu yang sama lagi pulak .. kali pengundi kat Borneo pulak .. aduhhhh tak boleh fikir aku !!!

    inilah contoh dewa yang dianggap oleh puak gay DAPigs !!! dan inilah contoh manusia maksum yang dipandang tinggi oleh macai hina Pakatan !!!

    Reply
  • February 24, 2014 at 11:08 am
    Permalink

    Kassim Ahmad wajib diburu dan dibunuh. Si munafik ini telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam. Tahukah betapa mulia Nabi Muhammad SAW sehinggakan tiada nabi yang mahu memberi syafaat melainkan baginda di akhirat kelak. Kalau Nabi Muhammad SAW pun diremeh-temehkan bagaimana nak dapat syafaat? Kassim Ahmad nak bagi syafaat ke? Kita bukannya 10 Sahabat yang dijamin masuk syurga. Kita banyak aib dan dosa. Allah SWT memuliakan orang yang banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dalam solat pun ada syahadah dan selawat. Kassim Ahmad ini syaitan tua yang sudah nyanyuk. Sama seperti Hadi Awang yang mengkafirkan sesama Islam.
    Mohon orang UMNO jangan membela Kassim Ahmad. Si munafik ini jelas-jelas terpesong. Kalau di Pakistan atau Afghanistan sudah lama diburu dan dibunuh rakyat tempatan tanpa tunggu pihak berkuasa. Dia cuba memecahbelahkan dan memesongkan pemikiran orang Islam dengan kenyataan nyanyuk.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *