Air Selangor : Rafizi Dan Khalid Bertarung?

Isu air Selangor kini seolah-olah cuba dijadikan medan “peperangan” baru konflik dalaman PKR.   Khalid Ibrahim  pada awalnya iaitu sejak 2008 enggan memberi kelulusan kepada pembinaan Loji Langat (projek Langat 2) tiba-tiba membuat ‘pusingan ‘ dalam isu pembinaan Loji Langat ke-2 .

 

Manakala Rafizi pula kononnya  mempertikaikan  alasan SYABAS dalam gangguan terbaru di Selangor  bahawa dua LPA ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di sedangkan sekiranya LPA itu dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

 

Konflik dalaman PKR bakal menyaksikan pertarungan sengit dua kumpulan yang cuba berlagak pandai.  Isu penstrukturan air Selangor di ‘panas’kan oleh Khalid.  Pemimpin dan ahli-ahli PKR kononnya mula menghidu sesuatu yang  “pelik” dengan percaturan kerajaan Negeri Selangor dengan kerajaan pusat.

 

Kononnya Khalid telah  memberi tafsiran yang jauh menyimpang dari apa yang dimaksud seksyen-seksyen di bawah Akta WSIA 2006 tersebut.  Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006) atau dikenali sebagai Akta 655 menyebut bahawa kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) berkuasa dengan budibicaranya melantik ‘seseorang’ untuk melaksanakan proses pengambilalihan pengurusan air dari syarikat konsesi air tersebut.

 

Para pemimpin PKR mempertikaikan  isu ini kononnya  Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pula mengatakan bahawa ia mempunyai kuasa penuh untuk melantik ‘dua orang pentadbir air ’ bagi proses itu dalam seksyen tersebut.  Menurut mereka Seksyen 114 Akta WSIA tersebut memberi kuasa penuh kepada kerajaan pusat melalui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk “merampas” hak kawalan, urustadbir, harta dan eset syarikat konsesi air tersebut yang kemudiannya diserahkan kepada SPAN untuk menguruskannya bagi pihak kerajaan pusat.

 

Pemimpim PKR seolah-olah mengesyaki Khalid telah berkomplot dengan kerajaan pusat dalam isu air ini untuk melucutkan  hak kerajaan negeri Selangor  sebaik saja seksyen ini berkuatkuasa. Mereka mempertikaikan juga kenyataan  Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam sidang akhbar  bahawa di bawah “Seksyen 115” WSIA 2006 – kerajaan pusat akan menyerahkan kembali hak pengurusan air kepada Kerajaan Selangor yang memiliki aset, harta-harta air di Selangor. Mereka menuduh Khalid telah  jauh tersasar dari maksud Seksyen 115 tersebut.

Menteri Besar memberi kelulusan dengan alasan bahawa Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir Disember 31, yang lalu.

 

Rafizi Ramli  pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membazir wang dengan membayar peguam untuk menyaman beliau yang memfitnah SYABAS . Beliau cuba memberikan alas an kononnya wang berkenaan lebih wajar digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua loji pembersihan air (LPA) dapat dielakkan berlaku lagi. Ia nya seperti memberi  alasan agar jangan menyaman beliau.

 

Sudah sampai masanya Rafizi ini diajar secukupnya agar tidak terus menabur fitnah dengan segala putar belit fakta. Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi atas kenyataan yang beliau buat mengenai masalah bekalan air yang melibatkan lebih 100,000 pintu rumah di sekitar Lembah Klang.

Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

Nampak gayanya Khalid dan Rafizi cuba menjadi juara dalam isu air Selangor. Hakikatnya masalah air di Selangor sepatutnya telah lama selesai sekiranya  projek  pembinaan Loji Langat (projek Langat 2) berjalan.  Rakyat sebenarnya tahu bahawa Pakatan ini umpama “tong kosong” yang kuat berbunyi tapi isinya “hampeh”. Kepakaran mereka dalam menabur janji dan memanipulasi isu akhirnya akan memakan diri sendiri. Rakyat tahu hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir Negara dan menjaga kesejahteraan rakyat.

12 thoughts on “Air Selangor : Rafizi Dan Khalid Bertarung?

  • February 21, 2014 at 12:48 pm
    Permalink

    syabas sentiasa sabotaj kerajaan PR negeri Selangor!

    Reply
    • February 21, 2014 at 3:07 pm
      Permalink

      Ya ya…SYABAS sabotaj FUCKUTAN!!!

      Siapa yang ada share dalam SYABAS tu kalau bukan kerajaan negeri Selangor yg dikuasai FUCKUTAN.

      Sampaikan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) nak hantar memorandum kepada Najib dan Muhyiddin, sebab CASSA pun tahu kerajaan negeri Selangor tak boleh solve masalah pembekalan air di Selangor, KL dan Putrajaya!!!

      http://www.sinarharian.com.my/nasional/cassa-sedia-rangka-kerja-atasi-masalah-air-1.252327

      Kronik masalah pembekalan air di bawah kerajaan negeri Selangor yg dikuasai FUCKUTAN!!!

      Reply
    • February 21, 2014 at 4:12 pm
      Permalink

      kerajaan Selangor ada ahli lembaga pengarah dalam SYABAS … camana pulak SYABAS nak sabotaj apek DApigs tony ?? hahahahaha bodohnya kau ni !

      Reply
    • February 21, 2014 at 4:42 pm
      Permalink

      Kerajaan negeri selangor sentiasa sabotaj kehidupan rakyat terutamanya DAP komunis.

      Pakatan rakyat. Pakatan menipu rakyat!!!

      Reply
    • February 21, 2014 at 5:15 pm
      Permalink

      Kalau tak pandai menari , jgan kata lantai jongkang jongkit. Apa pun tak boleh

      Reply
  • February 21, 2014 at 1:05 pm
    Permalink

    Aikkk tadak air bukan kaa aritu kajaan slangor kata air sungai banyak melimpah diempangan bekalan 10 tahun pun cukup skang pasaipa tadak air plak, apa air pun sabotaj kajaan pr

    Reply
  • February 21, 2014 at 2:10 pm
    Permalink

    klu langat 2 dah siap sattle masalah.ni dah berbelanja beratus juta utk tingkat kapasiti,las las, dlm keadaan terpaksa ,khalid jilat gak ludah kahak org pr dengan meluluskan juga projek itu kerana ia sememangnya keperluan negeri. sudah mesti kos langat2 makin meningkat kerana dah delay berapa taun.mane teknologi membran yg nak filter air lombong?.kne ingat klu dlm krisis mcm ni syabas terpaksa mengutamakan keperluan industri untuk mengelakkan di saman.sebab tu jarang area kilang air takde.mane pergi cendikiawan,golongan cerdik pandai dalam pr untuk selesaikan masalah ini.dari pencacai sampai ke pemimpin cuma tau komplen je ke.kerja laaaa.org pas xnak wat solat hajat mohon turun hujan ke.?tu lebih baik dari solat hajat nak jahanamkan org.tak pun bole minta unit amal korek 1500 perigi bg menampung keperluan rakyat selangor.bab angkat sampah pun unit amal siap sedia membantu.

    Reply
  • February 21, 2014 at 2:51 pm
    Permalink

    rafizi serang khalid pasal air ni sebenarnya nak jatuhkan kredibiliti khalid sbg mb , nanti rakyat selangor tak marahlah bila anwar ganti…tu saja

    Reply
    • February 21, 2014 at 5:18 pm
      Permalink

      Betul tu. Dah terang lgi nak bersuluh

      Reply
  • February 21, 2014 at 4:40 pm
    Permalink

    Ini akibat rafisi yang berlagak pandai, banyakmsangat mulut, kena saman.

    Saman sajer rafisi ni. Dia ni mamat yang tak faham faham, tak akan faham dulu kini dan selamanya.

    Reply
  • February 21, 2014 at 5:04 pm
    Permalink

    rafizi sedang berkomplot dengan soroskini@meloyakini dan Malaysia Chronicle untuk menyerang kredibiliti dan cuba menimbulkan persepsi(kepada rakyat) bahawa khalid gagap seolah-olah ada dijanjikan(mendapat) habuan mengenai kaitan penyerahan aset dan penstrukturan air Selangor serta pembinaan loji air Langat 2 kepada kerajaan pusat dengan hutang khalid gagap sebanyak RM60 juta dengan Bank Islam

    sila baca artikel berbentuk spekulasi dari Malaysia Chronicle dibawah:

    I am getting particularly concerned that Malaysiakini continues to highlight the speculation of a water deal behind the Kajang Move while turning a blind eye to the disquiet in the market of what will be the most controversial out of court settlement between Khalid Ibrahim and Bank Islam.

    So far, only a handful of online portals which has covered the issue. Even then, it was not pursued with the same vigour that it should have been given the implication of the settlement.

    RM80 MILLION HAIRCUT?

    Just to recap, The Edge Financial Daily had queried Khalid Ibrahim on the terms of the out of court settlement because rumour has it that Bank Islam withdrew a lawsuit against the Selangor Menteri Besar in exchange for a haircut to the tune of RM80 million.

    Khalid Ibrahim had once borrowed about RM60 million from Bank Islam to purchase shares and when the share price tumbled, he ended up owing that much (plus interest) with Bank Islam.

    It is a common knowledge in the banking circle that the out of court settlement is brokered by Rashid Manaf who is well known for his connection as Daim’s ex-lawyer and Umno’s crony through Renong and other transactions.

    What is perhaps not known is how Khalid Ibrahim had completely kept all discussions on the settlement from his lawyer, Malik Imtiaz who was not in the know.

    baca selanjutnya:
    http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=229771:accusations-grow-that-mb-khalid-may-have-sold-out-to-daim-zainuddin&Itemid=2#axzz2tuXUym83

    ————————————————————-

    spekulasi dari soroskini@meloyakini dan Malaysia Chronicle cuba menimbulkan persepsi(kepada rakyat) kononnya kesanggupan khalid gagap menyerahkan(bersetuju akhirnya) aset dan penstrukturan air Selangor serta pembinaan loji air Langat 2 kepada kerajaan pusat disebabkan kerajaan pusat(disebut ‘Tun Daim’ oleh soroskini@meloyakini dan Malaysia Chronicle) telah berjanji akan menyelesaikan hutang khalid gagap dengan Bank Islam sebanyak RM60 juta itu

    spekulasi aku pula:

    khalid gagap telah bersetuju(secara rahsia dengan anwar) menyerahkan(jika anwar anwar menang PRK Kajang dan dapat menjadi ADUN) jawatannya(MB) kepada anwar kerana anwar telah berjanji akan tolong menyelesaikan hutang khalid gagap dengan Bank Islam sebanyak RM60 juta itu

    wang dari mana akan anwar gunakan untuk membayar hutang khalid gagap dengan Bank Islam sebanyak RM60 juta itu bukan susah untuk kita tahu dari mana anwar akan ambil(gunakan)

    khalid gagap sudah pun mengumpul RM4 bilion(pendapatan dan rezab kerajaan negeri)…nanti bila anwar sudah menjadi MB dan semasa anwar nak seleweng(untuk membahagi dan membahagiakan kroninya) RM4 bilion itu, anwar tahulah macam mana nak ambil(seleweng juga) RM60 juta dari RM4 bilion itu buat bayar hutang khalid gagap

    spekulasi aku ini hanya akan menjadi benar dan betul sekiranya selepas musibat(anwar) itu dapat menjadi ADUN(kerana menang PRK Kajang), khalid gagap secara tiba-tiba ‘dilihat begitu rela’ membuat pengumuman bahawa dia melepaskan jawatannya(MB) kepada musibat(anwar) itu untuk dilantik menjadi MB Selangor yang baru

    hutang khalid gagap sebanyak RM60 juta itu dengan Bank Islam hanya akan diselesaikan selepas musibat(anwar) itu dapat masuk ke pejabat MB atau dalam kata lain selepas musibat(anwar) dapat menjadi MB Selangor yang baru…hehehehe

    Reply
    • February 21, 2014 at 11:08 pm
      Permalink

      Perrgh bersungguh sungguh diorang nak jatuhkan abang khalid…macam2 diorang spin.. ape punya politik laa camni…hal rakyat x setel tapi gaduh sesama sendiri plak….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *