Pulak Dah! Dah Tak Salah Wisma Putra Pulak!

Anwar Ibrahim sebelum ini terutama dalam wawancaranya dengan BBC lewat semalam, menuduh Najib Abdul Razak, Kementerian Luar, Menteri Luar dan Kerajaan merupakan dalang yang menyebabkan dia tidak dibenarkan masuk ke Jepun oleh Imigresen negara terbabit. Nga Kor Meng, dan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah menyahut tuduhan Anwar Ibrahim dan menyalahkan Kerajaan selain menuduh Anwar tidak boleh masuk ke Jepun kerana pengaruh dan cerita-cerita buruk daripada kerajaan Malaysia.

Terang-terang dia memang melakukan tuduhan. Dan tuduhannya adalah standard tuduhan daripada Pakatan Rakyat iaitu SEMUA SALAH UMNO!

Namun lewat petang ini, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan baru yang sama sekali bertentangan dengan tuduhan awalnya. Katanya, dia tidak menuduh Wisma Putra pula terlibat dalam kegagalannya memasuki Jepun. Sebaliknya dia berkata, dia tidak pasti sama ada wujud ‘tangan ghaib’ yang menyebabkan kegagalannya itu.



Anwar Ibrahim masih cuba untuk terus menipu kononnya dia telah dizalimi tanpa sedikit pun dia mahu merujuk kepada undang-undang Imigresen Jepun yang tidak membenarkan orang yang pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dipenjarakan selama setahun atau lebih daripada memasuki negara berkenaan. Anwar Ibrahim masih cuba untuk membuatkan masyarakat Malaysia melihat dia sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sebaliknya sekadar seorang yang teraniaya dek ketakutan dia bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anehnya, ada pula para pecacai dan penjilat tegarnya yang tetap mempercayai pembohongan demi pembohongannya yang terlondeh. Kalau anda masih ingat, pada tahun 2008, Anwar Ibrahim pernah buat gempar kononnya Kerajaan Malaysia akan bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dengan tarikh akhirnya adalah 16 September 2008. Sampai sekarang, bahkan setelah melalui Pilihanraya Umum Ke-13 pun, Anwar Ibrahim tetap gagal menjadi Perdana Menteri. Isu melompat parti yang disuarakannya, tidak wujud langsung. Malah, tidak itu sahaja, ia tidak berlaku pun.

Pada Mei 2013, demonstrasi Black 505 diadakan dengan alasan pilihanraya umum ke-13 diadakan dan dimenangi oleh Barisan Nasional secara pengecoh. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti yang ditampilkan oleh Anwar Ibrahim walaupun beria-ia sebelum itu dengan teori 40 ribu rakyat Bangladesh sebagai pengundi hantu, blackout, daftar undi tak bersih dan sebagainya. Apabila petisyen pilihanraya dibuat, kesemua alasan-alasan tersebut langsung tidak disebut kecuali dakwat kekal yang tidak kekal. Namun pada masa yang sama, dakwat kekal yang tidak kekal itu pula, tidak dibawa sekali bukti adanya pengundi-pengundi yang telah mengundi lebih dari sekali.

Anwar kemudian membuat cerita, dia tidak pernah menuduh tentang Barisan Nasional menggunakan 40 ribu warga Bangladesh sebagai pengundi hantu. Sebaliknya yang buat cerita itu adalah Blogger-Blogger Pro-UMNO. Namun bukti-bukti menunjukkan sebaliknya. Bukan itu sahaja, Rafizi Ramli, penjilat paling tegarnya turut membuat janji akan membentangkan di Dewan Rakyat, bukti-bukti tentang butiran penerbangan serta jumlah pesawat, bas dan penyelaras yang menguruskan kedatangan 40 ribu rakyat Bangladesh itu.

Sampai sekarang, tidak ada apa-apa yang dibentangkan atau ditampilkan.

anwaruturnTerbaru ialah penipuan tentang keadaan Anwar Ibrahim sendiri yang dilarang masuk ke Jepun kerana kegagalannya memohon visa dan kebenaran khas kerana status dirinya. Anwar Ibrahim cuba memberitahu, sebelum ini dia pernah masuk ke Jepun tanpa sebarang masalah tetapi larangan yang dibuat adalah secara tiba-tiba. Justeru, dia mengesyaki ada tangan-tangan ghaib yang membuat keputusan itu di samping Imigresen Jepun.

Apabila didedahkan bahawa undang-undang Imigresen Jepun sememangnya tidak berpihak kepadanya, terutama sekali membabitkan statusnya, Anwar Ibrahim kelihatan kelam-kabut dan terpaksa mencari-cari alasan baru. Akhirnya dia menuduh kerajaan yang terlibat. Tetapi sekarang, dia kembali dengan perangai hodohnya iaitu melakukan U-Turn apabila berkata, dia tidak memaksudkan Barisan Nasional atau Wisma Putra punya angkara dia gagal melepasi halangan Imigresen Jepun.

Begitulah Anwar Ibrahim yang tidak pernah rasa bersalah apabila menipu. Terang-terang dia menipu, terang-terang juga dia tidak mengaku. Tetapi lebih aneh lagi ialah para penyokong Pakatan Rakyat. Dah terang-terang kena tipu sebegitu rupa, boleh pulak mereka menyatakan pengundi-pengundi UMNO-BN pula yang telah tertipu.

Alangkah anehnya mereka ini!

Hero Tua

Cucu Tok Wan - The Flying Kick

31 thoughts on “Pulak Dah! Dah Tak Salah Wisma Putra Pulak!

  • January 22, 2014 at 8:07 PM
    Permalink

    Ni bukan spesis penipu lagi. Ni spesis syaitan dah ni. Kulit tempek kulit babi berapa lapis ni ya sampai dah takde langsung perasaan malu.

    Reply
  • January 22, 2014 at 8:11 PM
    Permalink

    sesumpah mcm ni biasalah, hari ni dia kata besok dia nafikan…..dah beribu kali dah….kes bangla 40k pun mcm tu juga.MUNAFIK

    Reply
    • January 23, 2014 at 1:59 AM
      Permalink

      minta dia isi borang maharaja lawak mega 2014 start kuar jail itu ari asik buat lawak saja

      Reply
    • January 26, 2014 at 8:46 AM
      Permalink

      Nyanyuk dahhhh!!! Apa yg dia kata hari ni dia dah lupa apa yg dia kata semalam..Yg depan dia kata yg belakang…Yg belakang dia kata yg depan….! Sapa2 yg dok ikut dia lagi tue pikir2lah selagi korang ada akal fikiran yg sempurna!!!!

      Reply
  • January 22, 2014 at 8:18 PM
    Permalink

    Ini lh wajah manusia munafik, xblayak untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Hidup penuh dgn sandiwara. Semoga Allah lindungi Malaysia dr pemimpin seperti ini.

    Reply
  • January 22, 2014 at 8:29 PM
    Permalink

    Jeming Ali patut TWEET kat Nuar Berahi:

    “Awat Bang Non jadi Mr. U Turn macam Khalid Gagap Tidoq???”

    Mueh4444

    Reply
  • January 22, 2014 at 8:41 PM
    Permalink

    Aku rase lah kemungkinan besar antara tangan ghaib hantu altantoya atau doraemon.

    Reply
  • January 22, 2014 at 9:03 PM
    Permalink

    Tapi yang heran nya makin ramai yng sokong dan percaya walaupun pembohongan tu memang terang2 pembohong….Subhallah apa nk jadi dgn umat akhir zaman

    Reply
  • January 22, 2014 at 9:26 PM
    Permalink

    hahaha orang munafik macam ni tak susah pun , nak tipu dan belit camana lagi ?? akhirnya diri sendiri terbelit !!!

    Reply
    • January 22, 2014 at 9:55 PM
      Permalink

      Kalau nak tahu, Nuar Berahi tulah Ayah SPIN!!!

      Ayah Pin boleh bawak penganutnya ke langit!!!

      Ayah SPIN memperbodohkan penganut2nya, contohnya kes 40,000 bangla dan terbaru kata tak tuduh Wisma Putra!!!

      Penganut2 Ayah SPIN buat apa!!!

      Demo BLACKOUT pada hari Ayah SPIN angkat sumpah sbg ahli Parlimen dan DEMO pijak4 dan bakar replika bendera Jepun, siap bak boikit barangan Jepun!!!

      Gila ZOMBA puak4 ni!!!

      Reply
      • January 23, 2014 at 9:14 AM
        Permalink

        Ayah pin dangan ayah spin ni kira macam satu agama mahzah lain lain ka ???

        Reply
        • January 23, 2014 at 9:29 AM
          Permalink

          Lebih kurang gitulah saudara raplah

          Reply
          • January 23, 2014 at 11:28 AM
            Permalink

            bagi aku lak…Ayah spin ni lebih tinggi darjat dari ayah Pin di mata penganut2 (pengikut2 ) nya…sebab ayah spin ni dah diangkat kategori Dewa kepada pengikut2 nya….meaning….apa jer dewa buat…semua betul…semua kena jilat…walaupun benda yg dibuat tu kelihatan menyimpang atau luar dari tabiat manusia biasa…ia dikira acceptable sebb Dewa lah katakan..so…apa2 pun kira OK….

          • January 23, 2014 at 11:56 AM
            Permalink

            Yang aku tau Upin dan Ipin lebih bagus dari si pin and si spin ni……

          • January 23, 2014 at 2:44 PM
            Permalink

            oooo…macam tu.

  • January 22, 2014 at 9:34 PM
    Permalink

    lam buletin utama tadi bukan dia salahkan wisma putra

    Reply
  • January 22, 2014 at 9:53 PM
    Permalink

    Pemimpin nombor satu PR telah di halau keluar bulat2 tanpa penjelasan. Memalukan umat dan pencacai PR je. Jepun memang terkenal dengan standard kualiti yang tinggi. Oleh itu Anwar bukan jenis spesis yang boleh di terima pakai di Jepun. Tak ada kualiti, tak ada kredibiliti, tak ada intigriti, tak ada akauntabiliti, tak ada potensi dan tak gerenti. Hanya pencacai di sini saja yang menyanjung dia tinggi. Hampeh….

    Reply
  • January 22, 2014 at 9:55 PM
    Permalink

    Anwar blakang taro kalah dgn raksasa jipon, hua hua hua hua.. sinchan tonggek bontot..

    Reply
  • January 22, 2014 at 10:09 PM
    Permalink

    Ye, mungkin ada tangan2 ghaib yang bertanggong jawab yang punyai hubungan dengan Jepun untuk menghalang Anwar memasoki negara mereka.

    Maananya untuk menghalang Anwar dari memasoki Jepun atau mana2 negara , ianya tidak memerlukan pembabitan kerajaan, memadai dengan individu luar dari kerajaan, yang dirujuk sebagai tangan ghaib itu. Ini juga bermaana rakyat Malaysia memiliki pengaruh yang kuat diseluruh dunia terutama negara Asia, mungkin, saperti Jepun.

    Rakyat Msia dengan pengaruh sebagai rakyat sebuah negara yang dikenali dunia boleh menggunakan kedudukan itu untuk mempengaruhi imigresen negara lain untuk menyekat sesaorang yang mereka tidak suka, menyampah atau meluat.

    Nampak tak power kita semua sebagai rakyat Msia. Kita adalah ‘tangan ghaib’ yang dirujuk kerana kerajaan dikatakan tidak terlibat.

    Hayyyooooo. best betul kita…

    Reply
  • January 22, 2014 at 10:13 PM
    Permalink

    sebagaimana tak bermaruahnya si nuar brahim ni
    begitu jugaklah dengan pengikut dia
    mereka semua jenis baghal
    bangang
    tak ada akal
    sembrono
    akal sejengkal, bejat
    atau mungkin hilang akal
    cuba tengok muka-muka hulubalang Anuar
    sam ketot
    azmin
    khalid MB
    sivarasa
    tin chuak
    mak lampir
    bukan menghina hakikatnya
    mereka SEMUA adalah sibadut BODO yg TERjadi PEMIMPIN!

    Reply
  • January 22, 2014 at 10:28 PM
    Permalink

    Kita tahu cacai2 lain Anwar bakal ditempelak olehnya satu hari dengan menanyakan ” kau orang tahu aku macam ini, yang kau orang masih percaya aku, ikut aku.. kenapa?

    Ungkapan itu pernah dipersendakan terhadap Gus Dur bekas president Indonesia yang buta matanya, selepas persaraanya.

    Kita tahu diluar sana terdapat Ezam, Chandra muzaffar, zulnordin dan beratus lagi yang tak tercatit nama mereka, telah tinggalkan Anwar selepas menyedari mereka membonceng kenderaan yang salah yang tidak akan membawa mereka kemana2 destinasi.

    Ezam dikatakan semasa bersama Anwar, merinu hampir semua cara idolanya dalam segala hal. Ezam bercakap saperti Anwar, batok macam Anwar, senyum macam Anwar, berjalan macam Anwar dan pancut kencing pun macam Anwar. Ini sendiri diakui Ezam bukan orang lain yang buat cerita

    Tetapi syukurlah Ezam sendiri mengaku bahawa dia tidak pernah tikam buntut orang sapertimana Anwar buat. Geli katanya.

    Reply
  • January 22, 2014 at 11:36 PM
    Permalink

    alimedanbaru,WTF,tengkudin,Mawar,baba,meMangTERok dan lain-lain!
    sudahkah anda bertayam??????
    kalau belum sila bertayam!
    hahahhahahahahahahahahahahaha!

    Reply
      • January 23, 2014 at 11:58 AM
        Permalink

        Btul la… buang masa jea
        Layan GTR lagi best..

        Reply
    • January 23, 2014 at 11:30 AM
      Permalink

      Dari haritu aku tanya hang…explen lah apa benda bertayam tu…aku memang sungguh2 nak tahu…aku try google…tak jumpa pulak maksud dia…cer citer…ramai sini nak tahu…apakah ia sejenis kuih atau pun biskut…

      Reply
      • January 23, 2014 at 2:46 PM
        Permalink

        hehehehe….wording tu cuma diketahui gay kat malaysia ni.

        Reply
  • January 23, 2014 at 8:29 AM
    Permalink

    Jika melakukan maksiat dan mengamalkan perbuatan yg berdosa besar maka Allah akan menurunkan balanya. Salah satu balanya ialah diri pelaku maksiat itu akan dibenci oleh makhluk2 Allah yg lain. Mengapa menuding jari kpd pihak yg lain sedangkan perangai diri sendiri tidak berubah!!

    Reply
  • January 23, 2014 at 11:15 AM
    Permalink

    memang ramai pembangkang khususnye orang melayu tak suka orang melayu yang berkalibar dan kelihatan bersih meminpin sebab hasat dengki mereka tu, saya lihat kebanyakan mereka tak suka orang melayu lebih dari mereka bila kita bergaol dengan mereka. mereka sebena ea lebih suka bangsa asing perintah. (mereka lama tahu dah pembohongan pembangkang – lantaklah asal BN jatuh)

    Reply
  • January 23, 2014 at 1:21 PM
    Permalink

    He ele…dunia semua dah tau yang Anuaq ni dah sewel….pikighan nya sentiasa celaghu membuat kan persekitaran bertambah keliru teruih jadi haghu bighu…tu sebab timboi video bighu chinadoll supaya oghang lain leh tighu stail pemimpin kaki lutu peghangai macam hantu….!!!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.