PRK DUN Kajang: Pembaziran Wang Rakyat Demi Nafsu Serakah Politik PKR

Oleh Zul Rawi

Dalam Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanja RM 1.3 juta untuk kos pengurusan perjalanan pilihan raya tersebut. Kali ini dianggarkan sekitar RJM 1.5 juta akan diguna oleh SPR bagi melaksanakan satu lagi pilihan raya kecil. Jika dahulu akibat kematian penyandang jawatan, kali ini pilihan raya terpaksa diadakan bagi memenuhi nafsu serakah politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.



“Berapa banyak wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam semalam.

Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.

Faekah melalui tweet lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai menghina Sultan Selangor.

“Politician outside Selangor, do study State’s Constitutions, the process and procedure. Don’t insult Sultan and never overestimate yourself,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.

Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan media tiga perenggan Isnin malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor’.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima surat peletakan jawatan Lee.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu diletakkan sebagai calon.

Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,” ujarnya.

21 thoughts on “PRK DUN Kajang: Pembaziran Wang Rakyat Demi Nafsu Serakah Politik PKR

  • January 28, 2014 at 11:31 AM
    Permalink

    umno jangan layan anwar ini’ biar anwar jadi mb, kita tengok apa jadi pada selangor ini, anwar suka habis duit rakyat, ahli palimen pr dan dun pr tak ada tanggungjawab

    Reply
  • January 28, 2014 at 12:10 PM
    Permalink

    HABIS LA LEPAS SELANGOR JADI PUSAT LGBT SEDUNIA + KRSTIANI. BERTAMBAH LA BANYAK PUSAT2 URUT, ALONG & GANGSTER DI BANGI INI. BERSEMPADAN PULAK DENGAN KAJANG…JANGAN DEPAN RUMAH AKU NANTI ADA PUSAT2 URUT BATIN SUDAH LAAA………

    Reply
    • January 28, 2014 at 12:42 PM
      Permalink

      Uiks.. ko jgn kata macam tu kita belum tau lagi apa nak jadi bila Anuar jadi MB selagor

      Reply
      • January 29, 2014 at 12:16 PM
        Permalink

        jadi haru biru isu kalimah dan keistimewaan Melayu moga tidak berkenan pihak istana menjadi kenyataan.

        Reply
  • January 28, 2014 at 12:29 PM
    Permalink

    Nasihat kepada BN

    Tak perlu beri apa2 bantuan/imbuhan semasa PRK N25 Kajang, terutama kepada SRJKC yang jelas menyemai sifat perkauman dan anti Islam atas dasar kebencian kepada kaum Melayu yang memerintah Negara Malaysia.

    Reply
  • January 28, 2014 at 12:59 PM
    Permalink

    dulu abu hassan omar jadi MB selangor pun macam ini!
    sekarang bising apa!

    Reply
    • January 28, 2014 at 2:08 PM
      Permalink

      Kita punya sukalah mau bising.

      Kita tgh practise kebebasan hak bersuara.

      Reply
  • January 28, 2014 at 1:10 PM
    Permalink

    Tony, prk utk abu hassan sbb masalah mat tyson tapi pkr lebih banyak di permatang pauh, penanti, kajang…

    Reply
  • January 28, 2014 at 2:03 PM
    Permalink

    spr kena buat undang2 baru yang yb hanya boleh resign sekiranya mempunyai alasan yg kukuh atau sakit bukan main letak jawatan tanpa alasan.jgn bazirkan duit rakyat. duit yg dibazirkan itu boleh menampung utk keperluan2 rakyat.

    Reply
    • January 29, 2014 at 12:12 PM
      Permalink

      betul tu bro spr kena buat benda ni supaya jgn ada lagi prk yg membazir tanpa sebab musabab yang munasabah.

      Reply
  • January 28, 2014 at 5:50 PM
    Permalink

    kerusi parliment permatang pauh die punya,lepas ni dun kajang plak.pandai plak tak mau bertanding kat kawasan melayu.aku syorkan aljuburi wajib ada kerusi kat setiap negeri di malaysia ni .lebih2 lg di kelantan supaya pakar eKONEKmi ni dapat meningkat rizab kerajaan kelantan.dengan ini kerajaan kelantan dpt menunaikan janji2 kencing manis serta melaksanakan projek khayalan mereka.dah tua pun masih tamak kuasa.klu gaytua ni mati, bagus tanamkan mayat die dengan kerusi sekali.

    Reply
    • January 29, 2014 at 1:13 PM
      Permalink

      Lu pernah kena ke..???

      Reply
  • January 28, 2014 at 7:01 PM
    Permalink

    Mungkinkah ada unsur ugutan jika tidak letak jawatan sebagai ADUN diselangor?LUlompat lu mati ?

    Reply
  • January 28, 2014 at 10:37 PM
    Permalink

    Biarkan labu terjun dgn labu labunya
    Jangan biarkan nuar menang

    Reply
  • January 29, 2014 at 11:49 AM
    Permalink

    bayangkanlah kalau ada gay yang jadi MB…puiihhhh..syurgaaaaa

    Reply
  • January 30, 2014 at 2:39 PM
    Permalink

    mampus…pusat gay terbesar akan ditubuh kn di selangor,,rumah urut gay pn bersepah di selangor…hadoi,,,sialan,,,,

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.