Penunjuk perasaan berkumpul untuk “lumpuhkan” Bangkok

BANGKOK: Penunjuk perasaan anti kerajaan Thailand mula berkumpul di Bangkok hari ini, sehari menjelang rancangan untuk “melumpuhkan” ibu negara berkenaan pada ketika mereka berusaha bagi menggulingkan kerajaan dan menghalang pilihan raya akan datang.

Thailand yang dilanda krisis politik mula goyah selepas parti pembangkang melancarkan tunjuk perasaan selama berminggu-minggu sebagai menentang Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan abangnya, Thaksin sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya pada 2 Februari depan.

Penunjuk perasaan yang bertekad untuk menghalang proses pilihan raya, mula membuat persiapan dan membawa peralatan mereka di kawasan yang ditetapkan menjelang perhimpunan besar-besaran di tujuh lokasi berbeza esok dalam usaha menyekat kenderaan daripada memasuki bandar raya berkenaan. – AFP

NOTA EDITOR: Inilah padahnya bila kebebasan mengadakan tunjuk perasaan tanpa had. Kedudukan Perdana Menteri dan Kerajaan bergantung kepada ratusan ribu yang sanggup keluar ke atas jalan memberontak tanpa senjata. Keputusan pilihan raya sudah tidak penting.

5 thoughts on “Penunjuk perasaan berkumpul untuk “lumpuhkan” Bangkok

  • January 12, 2014 at 8:16 PM
    Permalink

    kalau nak di ikut kehendak penunjuk perasaan sampai bila pun hal sebegini takan habis pemerintahan akan silih bertukar ganti mengikut kehendak penunjuk perasaan bukan mengikut kemahuan majoriti rakyat

    Reply
  • January 13, 2014 at 2:21 AM
    Permalink

    Hari ini baju hijau misalannya turun kejalanan utk menjatuhkan baju biru, satu hari perkara yg sama dimana baju biru pula ada ke jalanan utk menjatuhkan baju hijau.

    So..jalanan lah yg menentukan pemerintahan sesebuah negara itu bukannya melalui peti undi…ini sudah pun berlaku diMesir misalannya.

    Reply
  • January 13, 2014 at 3:22 PM
    Permalink

    Risau ke ?…. Tak ada apanya…..rakyat msia kan bagus…ikut apa saja

    Reply
    • January 13, 2014 at 3:42 PM
      Permalink

      Mek nak risau buat apa???

      Nicky Ajis dah JATUH DAH!!!

      Mueh4444

      Reply
  • January 20, 2014 at 12:27 AM
    Permalink

    kebanyakan yang pemprotes tu punyai fe’el/sikap yang suka memberontak antara sebab banyak berkaitan peribadi yang biasanya sudah tak reti nak bersyukur lebih lebih lagi kandas dalam kejayaan diri, yang menjadi ketua/peminpin berhaluan kiri biasanya orang yang memcari peluang ingin menjadi kerajaan begitu lah yang terjadi di Thailand dimana Thaksin dijadikan alasan kepimpinan boneka adiknya Yingluk. Suthep menjadikan Thailand haru biru serupa juga pembangkang di Malysia sejak dulu lagi sengaja menaikan kemarahan rakyat dengan alasan kebiasaan ditohmahkan kronism, rasuah, rasis, tidak demokratik tiada integriti, skandal dan sebagainya yang susah nak di adilkan di mahkamah buatan manusia. (kebanyakan adalah andaian sahaja). Harap majotiti rakyat masih menyokong cara pemilihan di peti undi sungguh pun terkeliru perbagai isu sekarang ini. Harap hanya golongan muda bawah umur 35 masih lagi bertegah nak turun kejalan raya dan harap mereka yang berumur 35 keatas sudah faham senario politik sebab yang untung hanyalah orang disokong & tidak akan turun ke jalan raya.(semoga yang terkeliru tu lambat laun akan faham akhirnya)

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.