PAS Selangor Kecut Telur Dan Hanya Angguk-Angguk Untuk Evangelist Cabar Islam

Pusingan ketiga cabarang DAP untuk menguasai Malaysia menerusi kekuatan Katholik yang menjadi pegangan rasmi kebanyakan pemimpin parti tersebut, kini sudah bermula. Serangan yang dilakukan kali ini lebih bersifat sebagai serampang dua mata. Satu serangan dan cabaran terarah kepada undang-undang tubuh negeri Selangor manakala satu lagi serangan dihalakan ke negeri Sarawak di mana majoriti penganut Kristian menjadi pengundi untuk Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

DAP sebelum ini telah berjanji bahawa penguasaan mereka dalam politik Malaysia tidak akan mengancam Perlembagaan Malaysia terutama sekali yang membabitkan Artikel 152 dan Artikel 153 yang memberikan keistimewaan kepada Islam, Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Adat Istiadat Melayu.

Penyokong DAP yang paling kuat adalah PKR dan PAS. PKR sememangnya akan menyokong mana-mana pihak yang akan mendukung cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walaupun mereka sedar, kesan buruk yang akan diterima kesan daripada sokongan tersebut.



Namun yang paling menarik sekali ialah PAS. PAS yang sebelum menjalinkan hubungan secara rasmi dengan DAP seringkali menampilkan diri mereka sebagai pendukung Islam paling ortodoks. Bahkan PAS secara membabi-buta tanpa berlandaskan kepada hukum-hakam agama, telah menghukum kafir ke atas UMNO semata-mata kerana Tahaluf Siyasi yang dimulakan oleh UMNO dengan MCA dan MIC sekalipun dari segi penguasaan kerusi Parlimen dan DUN, UMNO lebih dominasi daripada parti-parti yang bergabung di dalam Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Secara rasminya, perangai PAS yang menjadi pak turut kepada DAP bermula pada tahun 2008 pada ketika Nizar Jamaluddin diangkat menjadi Menteri Besar Perak walaupun PAS cuma mendapat enam kerusi DUN di Perak. Walaupun menjadi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin terpaksa tunduk pada tekanan DAP yang dikuasai oleh Ngeh-Ngah bersepupu dalam sebarang keadaan.

Selepas itu, PAS sentiasa patuh kepada Lim Guan Eng dan sentiasa juga mencari-cari dalil untuk membenarkan Lim Guan Eng dan DaP. Bahkan Lim Guan Eng telah dilabelkan sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz versi PAS hanya semata-mata untuk mengambil hati Setiausaha Agung DAP itu di Pulau Pinang memandangkan PAS cuma menguasai satu kerusi di negeri tersebut.

Kerjasama antara PAS dengan DAP tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada PAS. PAS hanya dijadikan alat bagi DAP menggandakan tekanan menerusi penyediaan golongan yang sanggup berdemonstrasi dan berhadapan dengan pihak polis. DAP juga telah menjadikan PAS sebagai senjata yang paling berkesan untuk mematahkan semangat UMNO dalam usaha mengekang kemaraan DAP menguasai masyarakat Cina dan kawasan-kawasan yang bermajoritikan atau mempunyai pengundi Cina yang ramai.

Pada PRU13, PAS kehilangan kerusi Parlimen berbanding yang dikuasainya pada tahun 2008. PAS turut kehilangan negeri Kedah. Dengan kata lain, PAS kehilangan sokongan orang Melayu yang menjadi teras dan kekuatan parti tersebut.

Ketiga-tiga orang ADUN DAP yang akan membentangkan usul meminda Enakmen 1988 membabitkan agama bukan Islam (Kawalan Penyebaran ke atas orang Islam), merintis langkah ke arah yang lebih besar apabila mereka turut mempersoalkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang turut melarang perbuatan yang sama. Kata mereka, undang-undang tersebut tidak memberikan hak dan kebebasan beragama kepada masyarakat bukan Islam bahkan menjadikan golongan bukan beragama Islam sebagai golongan yang tertindas dan dizalimi. (RUJUK DI SINI)

Dalam hal yang cukup besar ini, apakah tindakan yang akan dilakukan oleh PAS? Apakah PAS seperti biasa akan bersetuju dengan apa-apa sahaja tindakan DAP walaupun mereka dapat melihat sendiri kerugian yang akan dialami oleh masyarakat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia, amnya?

Kejayaan DAP meminda atau menghapuskan Enakmen 1988, akan menjadi batu loncatan kepada sesuatu yang lebih besar iaitu sokongan menyeluruh masyarakat Kristian kepada DAP bagi membolehkan DAP menguasai Putrajaya menerusi kerjasama dengan PAS dan PKR menerusi majoriti dua pertiga bagi membolehkan Perlembagaan Persekutuan pula dipinda, terutama sekali yang membabitkan kekangan penyebaran agama lain selain Islam kepada umat Islam.

Apa yang dilakukan di Selangor, hanyalah permulaan kecil dan penuh hati-hati!

Hero Tua

Cucu Tok Wan - The Flying Kick

27 thoughts on “PAS Selangor Kecut Telur Dan Hanya Angguk-Angguk Untuk Evangelist Cabar Islam

    • January 5, 2014 at 1:47 AM
      Permalink

      pas semakin lama semakin bodoh di lembukan dap kapir harbi

      Reply
    • January 4, 2014 at 7:13 PM
      Permalink

      dap mana tahu kesihan pada melayu tahu nak gaji tingi aku tak akan rasa pelik nanti bila mintak gaji sama tinggi sama macam persiden us dan pm singapore

      Reply
  • January 4, 2014 at 6:34 PM
    Permalink

    Ah Jib Gor pun tak ada telur,hingga sampai sekarang kita belum dengar suara dia menegur puak pelampau kristian ini.

    Reply
    • January 4, 2014 at 6:42 PM
      Permalink

      hadi la kena tegur… depa kan satu kapal dgn DAP

      Reply
    • January 5, 2014 at 1:12 AM
      Permalink

      sibangang alfie ni baca haramkah mana dia tahu berita Najib..yg dia tahu apa yg Mat Sabu dan Nik Ajis cakap dalam haramkah.
      aku juga yakin sibahlol ni jugak tak tahu bahawa Murshi dan Ikwanul Muslimin pernah menjemput Mahadhir untuk menasihatkan Mesir bagaimana mahu membangun selepas tamat era Mubarak.
      yg pasti kau alfie membawa telor busuk kamu tu merata-merata untuk dicium oleh puak kamu sendiri..bodo cium pandir.

      Reply
    • January 6, 2014 at 11:46 AM
      Permalink

      X PAYAH LAYAN ALFIE NE..DIA NI RBA..ANTI NAJIB,

      Reply
  • January 4, 2014 at 6:39 PM
    Permalink

    Apa kata anak cucu kita esok…sanggup gadai agama demi kuasa. Ingat!! mati nanti mengadap Allah tau, bukan nik najis.

    Reply
  • January 4, 2014 at 7:37 PM
    Permalink

    Kalau nak melawan UMNO, PAS berlagak HERO tapi bila kepala kena hempuk dgn DAP, PAS terus hilang TELOOOO……

    Tahniah diucapkan pd DAP kerana berjaya mencacaikan ularmak PAS.

    Kehkehkehkehkeh……

    Reply
    • January 4, 2014 at 8:53 PM
      Permalink

      betul itu pas hilang telur dan anwar besar telur hasil pertolangan dap

      Reply
    • January 5, 2014 at 1:15 AM
      Permalink

      mereka semuanya jenis telor MASIN tak serupa dengan dengan telor kita he he hoi..berperisa hingga tak jemu buah hati jilatttt

      Reply
  • January 4, 2014 at 8:58 PM
    Permalink

    korang cuba tengok gambar di atas ini anwar menbesarkan telur aje

    Reply
  • January 4, 2014 at 9:37 PM
    Permalink

    Umat Islam mesti bangun MENYOKONG JAIS. kalau tidak DAP dan Evangelist naik kepala dan makin melampau.

    Reply
    • January 4, 2014 at 9:53 PM
      Permalink

      nape pas tak sokong jais?kata islam sangat dia tu.kerjasama pas dap menguntungkan kristian.

      Reply
  • January 4, 2014 at 9:58 PM
    Permalink

    PAS udah makin menyeleweng dan tidak boleh diharapkan. dulu UMNO tak boleh harap sekarang penyakit cinta dunia menjangkiti PAS. Umt Islam tanahair ini menjadi mangsa gila kuasa kedua dua parti orang melayu.

    Reply
  • January 4, 2014 at 11:44 PM
    Permalink

    Tiga orang ADUN DAP yang akan membentangkan usul meminda Enakmen 1988 membabitkan agama bukan Islam (Kawalan Penyebaran ke atas orang Islam) dalam Deewan Undangan Negeri Selangor!!!

    Adakah ahli2 ADUN PAS akan sokong???

    Take Beeeeeeer!!!

    Reply
  • January 5, 2014 at 1:01 AM
    Permalink

    teringat ketika dr rani merasmikan jamban…itulah standard Pas di mata DAP….

    Reply
    • January 5, 2014 at 1:18 AM
      Permalink

      JAMBAN memang tempat malaikat tak masuk
      begitu juga
      semasa Rani berucap didepan lambang salib..mana malaikat ikut serta
      jadi maknanya
      program jamban dan salib dr rani tu dihadiri oleh syaitan kecil dan syaitan besar only!

      Reply
    • January 5, 2014 at 2:32 PM
      Permalink

      Aku ingat suatu masa dulu PM pun rasmi jamban jugak d KL, Jamban bergerak ka..

      Reply
  • January 5, 2014 at 7:32 AM
    Permalink

    Memang perasan pas ni tak berapa reti buat kerja.

    Reply
  • January 5, 2014 at 10:29 AM
    Permalink

    Jika mereka mentafsirkan sebagai menghalang KEBEBASAN BERAGAMA, Maka HUDUD boleh d laksanakan untuk menentang TIPUDAYA mereka. Kita tahu tujuan mereka adalah menarik umat Islam/melayu kerpada Kristian, apa yg. mampu mereka buat jika ISLAM laksanakan HUDUD. Mustahil ada melayu/Islam yg. sanggup d PANCONG semata2 nak jadi kristian/hindu/budha dan sebagainya. Kita buat surat HITAM/PUTIH(penjelasan pada perlembagaan) supaya Majlis Agama/JAKIM dapat d perkasakan menurut ISLAM SEBENAR.

    Reply
    • January 5, 2014 at 10:31 AM
      Permalink

      HUDUD juga dapat menghalang MUALAF dari kembali ke agama asal dan tidak jadi MUNAFIK sebab nak Kahwin dengan muslim semata2. HUDUD adalah perundangan Islam, dan mereka tidak berhak campur tangan kerana kebebasan beragama.

      Reply
      • January 5, 2014 at 10:29 PM
        Permalink

        Kalau nak pertahan kalimah Allah pun x mampu apatah lg perkara besar mcm hudud. Jgn harap khalid nak laksana hudud dgn bersepah evangelis kat selangor. Silap2 depa buat hudud ala kristian lak.

        Reply
      • January 9, 2014 at 12:14 AM
        Permalink

        Dalam Perlembagaan Persekutuan pun ada di sebut unsuq unsuq HUDUD…bujuk coba hang semak kat artikel 11(3)apa yang di maksud kan …?

        Jangan asyik nak buat gebang sana sini dakwa kerajaan BN tu pemerentahan sekular la tak islamik la ato laksana kan hudud la. Hudud bukan takat bermaksud potong tangan pada pencuri & sebat 100 kali terhadap penzina jerr….tapi menghalang perlakuan murtad memang wujud perundangan dalam negeghi negeghi dalam Persekutuan. Bukan ka tu sebahagian dari hukum HUDUD Islami bujuk serba tongong….?

        Reply
    • January 8, 2014 at 11:12 PM
      Permalink

      Weiii bujuk…balik balik hang sebut pasai HUDUD…sedang kan pemimpin tertinggi hamPAS tu tak lagi berminat ngan perlaksaan hudud. Pi tengok kat Kelate apa dah jadi hah…? Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 dah di warta kan tapi tak juga berkuat kuasa..pasai apa bujuk… nak buat pekasam ka..? Dah la hakim mahkamah syariah dok sakan kata hukum hudud akan dilaksana kan jika di arah kan oleh kerajaan PAS Kelate tu…apa ceghita bujuk oiii…?

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.