Maybank Nafi Mesin ATMnya Tidak Berfungsi Hingga Isnin ini

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Maybank hari ini menjelaskan bahawa semua mesin juruwang automatik (ATM) miliknya beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh cuti ini.

Jurucakap Maybank berkata demikian sebagai membetulkan kesilapan laporan Berita Harian hari ini dan menegaskan bahawa tiada gangguan dengan perkhidmatan ATM Maybank.

“ATM kami dan semua sistem perbankan lain beroperasi sepenuhnya dan adalah tidak benar (dalam laporan itu) bahawa akan berlaku gangguan pada sistem perbankan kami sehingga tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan tiga para di sini hari ini. – BERNAMA



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.