Khalid “menghitung hari”, Azmin sebok “menghafal”…?

Nampaknya peluang untuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, memenuhi cita-citanya memegang tampuk pentadbiran negeri Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan “kekasih Anwar” itu bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Menurut laporan akhbar Cina, Sin Chew, MPP dikatakan telah memutuskan “rampasan kuasa” menerusi “konspirasi peringkat tertinggi secara terancang” itu di dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Anwar sendiri, baru-baru ini.

Meskipun laporan berkenaan tidak menyatakan tarikh “coup de tat politik” itu ekoran prosedur perkenan DYMM Sultan Selangor, saya yakin ada pihak yang dapat tidur dengan nyenyak, manakala satu pihak lagi mungkin tidak dapat melelapkan mata menanti detik “telur di hujung tanduk”.



Pergaduhan di antara kem Azmin dan Khalid sudah lama diperkatakan di persada politik negara. Mulanya, ia dilihat seolah-olah perang dingin dan kepimpinan parti itu pernah menafikan berlakunya pergaduhan di antara dua makhluk berkenaan. Namun “bangkai gajah” tak mungkin dapat ditutup dengan senaskhah “Selangorku”, kan?

Azmin dikatakan bermentorkan Anwar, manakala Khalid pula difahamkan mendapat sokongan penuh Presiden PKR merangkap isteri Anwar sendiri, Wan Azizah, serta anak sulung mereka, Nurul Izzah. Pun begitu, perkelahian mereka sebelum ini hanya berlaku secara diam-diam saja meskipun dapat dihidu orang politik…

Azmin juga dikatakan telah lama mengidam jawatan Menteri Besar Selangor. Seawal penjajahan Pakatan Haram terhadap Selangor, Azmin dilaporkan sangat mengharap agar dilantik ke jawatan tersebut. Namun angan-angannya musnah begitu saja apabila Wan Azizah berkeras mahu Khalid dilantik sebagai Menteri Besar. Maka sejak itu perang dingin mula meletus…

Baru saja lebih kurang 7 bulan Khalid mengangkat sumpah sebagai MB untuk penggal kedua, dia sudah mula mengatur gerak untuk menyingkirkan “virus” yang dikatakan selalu mengacau pentadbirannya di Selangor. Maka difahamkan Khalid mengenepikan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS secara diam-diam…

Penyingkiran “kekasih Anwar” itu dikatakan telah menjadi satu alasan bagi Azmin melakukan “libas maut” sebagaimana yang pernah dilakukan Khalid terhadap bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Ali. Cuma dalam kes Hasan Ali ia lebih mudah dibuat kerana tahap PAS yang sering berada dibawah “tapak kaki” PKR dan DAP selama ini…

Mungkin mengadu pada para penyokongnya, kem Azmin mula menyerang Khalid dan mendesak agar kepimpinan PKR memecat Khalid segera atas kebiadapannya cuba menjatuhkan taraf Timbalan Presiden parti yang menjadi kesayangan Anwar. Pada mulanya Anwar seolah-olah “berlakon adil”, menolak gesaan itu…

Meskipun setiausaha “kesayangan” Khalid, Faekah Husin pernah beberapa kali mempertahan MB Selangor itu dan menyerang kem Azmin melalui laman Twitter, Rafizi Ramli yang selalu dimomokkan sebagai “anak ikan Anwar dan Azmin” pantas membidas “andartu” itu…

Mungkin sudah begitu mahir dengan strategi “konspiras peringkat tertinggi”, MPP bersidang membincangkan perang dingin yang sudah menjadi “perang sabil” di antara Azmin – Khalid itu dan sudah tentulah “pengerusi mesyuarat” tersebut, sebagaimana yang dijangka, akan berpihak pada “madu intan payung”nya, kan?

Kini, mungkin Khalid sedang sendirian di rumahnya, menghitung hari-hari terakhir jodohnya sebagai MB Selangor…

Di saat ini, mungkin dia akan teringat tentang “karma” dan balasan “Allah” atas kezalimannya terhadap Hasan Ali, menghantar kembali arak yang dirampas JAIS, tindakannya menyebelahi pihak gereja DUMC, menyergah dan memperlekeh JAIS, malah enggan mempertahan kesucian kalimah “Allah” di negeri pimpinannya. Bolehkah dia tidur lena?

Sementara itu di rumah yang satu lagi, mungkin Azmin sedang terkumat-kamit menghafal teks “angkat sumpah” dan sebok membuat “rehearsal” majlis, seolah-olah DYMM Sultan Selangor “perkenan” perlantikannya. Isterinya, Shamsidar mungkin sedang tersengih-sengih di sebelah Anwar memerhatikan gelagat “kemaruk kuasa” itu…

Yang terkedu dan kaget ialah rakyat Selangor. Melihat ketidakstabilan politik Kerajaan Negeri Selangor yang berlaku di depan mata, mungkin akan mengakibatkan masa depan mereka yang kabur dan mungkin juga porak-peranda. Mereka mengharapkan khidmat untuk rakyat, malangnya apa yang mereka dapat hanyalah “khidmat untuk kuasa dan pangkat”. Malang sungguh!

28 thoughts on “Khalid “menghitung hari”, Azmin sebok “menghafal”…?

  • January 23, 2014 at 9:01 AM
    Permalink

    mohon rakan2 ignore komen macai mooh yang merapu meraban cuba divert isu cuba menutup kemaluan pakatan haram yang kian terlondeh keluar biarkan pembaca menilai sendiri tahap mentaliti macai2 taraf jamban pakatan

    berbalik pada isu selangor seperti artikel boleh di nilai sendiri kenapa ajijah & mek ijah dua branak menolak ajmin sedangankan anuaq mahukan ajmin ianya menunjukkan keyakinan mereka dua branak bahawa anuaq & ajmin merupakan kekasih gelap yang turut berkongsi isteri

    Reply
    • January 23, 2014 at 9:12 AM
      Permalink

      Macai-macai pr yg menyokong dan menyumbang ke arah kehancuran melayu Islam.

      Reply
  • January 23, 2014 at 9:01 AM
    Permalink

    Di Sarawak pula pihak Dap melalui Pengerusi Negeri Chong tak sabar2 nak condemn Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib.Terbaru Chong memain isu siapa TYT baru Sarawak.Tempoh TYT sediada dah nak tamat.Maka belumpun ayam berkokok Chong dah mula dgn komen Taib tak sesuai memegang jawatan TYT.Orang yg banyak “kes mahkamah” tidak sesuai katanya.

    Kita tunggu perkembangan seterusnya.

    Reply
  • January 23, 2014 at 9:24 AM
    Permalink

    nampaknya tambah laku la ais krim Malaysia AssMIN la lepas ni..hehehe

    tak sia sia assmin berlakon merajok selepas PRU13 dulu.hehe

    Reply
  • January 23, 2014 at 9:40 AM
    Permalink

    Bo layan copy paste mooh!!

    Pakatan haramjadah adalah pakatan penipu rakyat. Inilah yang dicanang canang dan di war warkan…negara berkebajikan. Puiiii !!

    Gasak koranglah nak gaduh…..tapi SELANGOR ni nak jadi apa sekarang…..akhirnya dari negeri maju jadi negeri mundur, thanks to lahabau lahabau dlm pakatan penipu rakyat, pakatan gila kuasa duit dan pangkat.

    Reply
    • January 23, 2014 at 11:14 AM
      Permalink

      Apa yang hebat sangat negeri di terajui Pakatan??? pegang pun 5 tahun jer…belum cukup 5 tahun…Perak dah beralih kuasa….Kelantan? dari dulu sampai sekarang..lambang kemajuan hanyalah Tesco…Terengganu? pun dah balik ke BN…Kedah? pun dah balik ke BN…Selangor?? berebut2 nak jadi MB…gajah sama gajah bergaduh pelanduk (rakyat) terhimpit kat tengah2…kalau dah pemimpin asik nak politik…bila kerja nak jalan Bro…maka tinggallah Penang…apa yang nak bangga dengan Penang??….bila PR dapat Penang…segala prasarana memang dah sedia ada…kerja depa amat mudah…sambung jer apa yg dah sedia ada…tambahkan investors melabur…tu pun investors yang mai masuk Penang dah susut….jadi…apa yang nak bangga sangat?????

      Reply
      • January 23, 2014 at 12:05 PM
        Permalink

        Aku tambah sikit, kelantan negeri yg di beri jolokkan ‘ serambi mekah’ tu ada patung-patung berhala yg besar dan tinggi menghiasi landskap negeri ..he.he.

        Reply
        • January 23, 2014 at 2:41 PM
          Permalink

          Aku pun nak tambah sikit…Nabi dulu runtuhkan berhala, ” nabi ” kelantan zaman sekarang pi buat perasmian berhala.

          Reply
          • January 23, 2014 at 3:45 PM
            Permalink

            Islam yg liberal gitu…khak..thui..

        • January 23, 2014 at 8:10 PM
          Permalink

          Kelate patut di kenali sebagai Serambi Katmandu keghana unsuq unsuq kebudhaan dah terserlah ngan bercambah nya patung Buddha…..!!!!

          Reply
  • January 23, 2014 at 10:19 AM
    Permalink

    azmin dah seronok dah ,keinginan dia utk jadi mb semakin kuat dan mungkin dapat dicapai tetapi adakah dap akan membiarkan azmin menjadi mb kerana khalid adalah kuda tunggangan mereka selama ini.

    Reply
    • January 23, 2014 at 10:25 AM
      Permalink

      Sebelum sesapa nak jadi mb, mesti dptkan perkenan DYMM Sultan Selangor.

      Reply
    • January 23, 2014 at 11:50 AM
      Permalink

      Ala bro…dap ni tukar kuda jea.
      Waa nk tgk, apa jadi Khalid lps ni…org islam melayu dah ramai x minat kat dia, cina? jgn harap laa, dorg dah dapat ape dorg nak. India?.. sama jea.

      Pakwe azmin, si Anu war, Dap dok kipas, bior Anu War mabuk kuasa…pastu hisap darah org selangor,end of story… sama jea.
      Yang best nya nnt…Kerajaan BN jugak yang salah.

      Reply
  • January 23, 2014 at 10:41 AM
    Permalink

    Bila semua ini sudah beres, mayat sudah dikapan untuk kembumian dan raja baru bakal angkat sumpah, maka kak jijah jugak bakal membaca skrip.

    Skrip kak jijah skrip lama yang dia memang sudah hafal sejak sekian lama. Kak jijah sudah mahir dan fasih benar dengan skrip itu kerana dia memang sring menyebutnya berulang2. Skrip itu skrip mudah karangan sendiri tanpa mengikut nada orang lain mahu pun perlu rujuk google.

    “BANG Non , tolong lepaskan saya bang NOn. Sudah lama saya mintak, sudah banyak kali saya merayu, kali ini lepaskan saya pergi”.

    Itu lah skrip kak jijah.

    Reply
    • January 23, 2014 at 11:22 AM
      Permalink

      Aku tak rasa Jijah nak minta benda macam tu…kalau dia nak minta…lama dah dia minta…kak Jijah seorang terpelajar…dia bukan bodoh…dari segi kesetiaan suami…mungkin dia tak dapat…tapi dia boleh picit telur Nuar dan macam2 dia boleh dapat….dan kalau dia jadi is3 orang lain pun…mungkin dia belum tentu dapat kemewahan yang dia dapat sekarang…atleast…she got something else…hanya kak jijah tahu berapa asset, duit dan lain2 yang dia ada…kepalang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan…pada aku…Jijah mungkin nampak low profile dan diam2 berbanding kak Semah…tapi dia sebenarnya diam2 ubi berisi….kalau perempuan biasa…lama dah blah rasanya…tapi…Jijah ni cerdik….dia ada plan lain…itu pendapat aku….

      Reply
      • January 23, 2014 at 2:55 PM
        Permalink

        Pernah kita dengar jijah berkali2 cuba tuntut hak dia. Hak dia untuk bercerai. Masakan seorang isteri tak kenal siapa suami dia.

        Sukar digambar seorang isteri masih mahu bersabar setelah pernah terserempak suaminya dengan lelaki muda dalam bilik. Menonton vdeo seks suami sendiri serta mengetahui suaminya benar2 bermadu dengan bakal MB.

        Jijah dikatakan sudah beberapa kali mencuba, maka tak heran jika cubaan yang sama dibuat kali ini.

        Reply
  • January 23, 2014 at 11:34 AM
    Permalink

    Kesian pulak tengok BATUAPI ni… jadilah pendamai antara 2 musuh jangan jadi pencetus permusuhan antara 2 sahabat. Renung-renungkan..

    Reply
    • January 23, 2014 at 11:58 AM
      Permalink

      Jadilah pendamai antara 2 musuh di mana jelas kedua2 pihak bermusuhan dgn kami???

      Renung2kan sambil TAKE BEER ya Bujuk!!!

      Reply
      • January 23, 2014 at 5:30 PM
        Permalink

        Musuh orang beriman yg. nyata adalah Syaitan.

        Reply
        • January 23, 2014 at 5:49 PM
          Permalink

          Memang org2 yg beriman adalah musuh kepada org yg sanggup berkawan dengan Syaitan!!!

          “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

          Renung2kan sambil TAKE BEER ya Bujuk!!!

          Reply
          • January 23, 2014 at 6:13 PM
            Permalink

            Bujuk ! Takkan hang bermusuh dgn Nik Aziz kot ? He he..

          • January 23, 2014 at 6:26 PM
            Permalink

            Hehehehe

        • January 23, 2014 at 5:56 PM
          Permalink

          Hang beriman dgn Allah yg mana satu ? Allah yg Esa, atau Allah yg hamgpa dok kongsi dgn kafir kristian ?

          Reply
        • January 23, 2014 at 8:16 PM
          Permalink

          Yang manusia syaitan tu sapa bujuk…? Bukan ka para baruah dari Paria Rembat PR tu yang penuh ngan individu kelas Paria haprak dongga PhD….?

          Sila jawab jika aku salah bujuk…..!!!!

          Reply
        • January 24, 2014 at 2:18 AM
          Permalink

          munafik bujuk kalau bercakap , sampai dia butakan hati dan mata dia terhadap semua kenyataan pemimpin PAS !!! wakakakaka

          Reply
    • January 23, 2014 at 12:09 PM
      Permalink

      Hang demam kaa bujuk ?

      Reply
    • January 24, 2014 at 2:20 AM
      Permalink

      ni laa bujuk , munafik yang ‘pakar fitnah’ segala isu umno .. tiba-tiba marah bila kebenaran mengenai pemimpin mereka dibongkar .. hahahaha

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.