Khalid Didesak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan Azmin

Oleh Zul Rawi 
Isu pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah merupakan antara isu penting yang dibincangkan melalui Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri Selangor malam tadi.
Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mesyuarat yang diadakan malam tadi memutuskan untuk mendesakMenteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim  supaya menyatakan rasional di sebalik keputusan yang dilakukan untuk meyakinkan pimpinan parti itu.
“Itu isu yang kita bincangkan sebab kita tak dapat maklumat langsung tentang ‘u-turn’ itu. Itu yang kita nak penjelasan. Saya harap mereka (Khalid) beri penjelasan nanti,” katanya.
Ini kerana, melalui Kongres PKR yang berlangsung Oktober lalu telah menetapkan sebarang urusan politik yang ditetapkan negeri perlu mendapat pengesahan parti, sekaligus dimaklumkan kepada Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan sama ada kontrak perkhidmatan Azmin sebagai ahli Lembaga Pengarah ditamatkan, tidak diperbaharui atau dipecat oleh PKNS atas arahan Khalid.
Azmin yang juga merupakan Ketua PKR Selangor semalam, mengesahkan telah menerima surat makluman berhubung perkara itu. Dia walau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu,sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.
Isu mengenai pemecatan Azmin ini, telah menimbulkan kemarahan di kalangan para penyokongnya yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan membalas dendam. Ia ekoran dari kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh Azmin terhadap pelbagai keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Khalid sebelum ini.
Antaranya berhubung keputusan kerajaan negeri untuk memberikan kenaikan mendadak terhadap gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor sehingga 373 peratus. Selain daripada itu, Azmin juga dilaporkan telah bertindak untuk mengemukakan memorandum kepada Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.
Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberitahu Khalid tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan malam tadi walaupun sudah diberitahu. Malah, wakil daripada pihak Khalid juga tidak hadir.
“Dia (Khalid) tak datang. Dalam (mesyuarat) Majlis PKR Negeri, semua ketua-ketua cabang adalah anggota majlis negeri. Beliau (Khalid) sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor dijemput untuk hadir,” katanya lagi.
Sebelum ini, pelbagai gesaan sudah disuarakan kepada Khalid untuk menilai kembali komitmennya terhadap perjuangan PKR. Ia ekoran Khalid sering tidak hadir ke mesyuarat parti dan hanya menghantar wakilnya sahaja.

30 thoughts on “Khalid Didesak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan Azmin

  • January 13, 2014 at 9:58 PM
    Permalink

    Pak pandir pecat mat jenin…si luncai minta penjelasan.

    Reply
  • January 13, 2014 at 10:12 PM
    Permalink

    BUATLAH PENILAIAN MASING-MASING..kalau orang sendiri pun boleh dibalun dan ditendang, macammana dengan orang lain yg bukan ‘orangnya’.
    hakikatnya parti PKR adalah parti carca merba. Yang Ketua Kak Jijah, ada macam tiada, Nuar Brahim ada pun tak apa-apa pun, tak ada pun tak sama tak apa2 pun..parti sendiri tak terkendali. mana stu keutamaannya.
    spt kes Loji Rawatan Air Langat 2,Khalid setuju arahan persekutuan tapi Xavier bantah, lepas tu Faekah hentam balik Xavier, parti apa ni..masing-masing ikut suka nak buat keputusan, nama saja Pakatan hakikatnya cerai berai..berlakon, macam api dalam sekam..TAHNIAH RAKYAT SELANGOR YG MELAYU..bila Khalid pening dengan asakan Adun Melayu akhirnya CAKAP DAP,JUGAK YG DIA IKUT… betul pun kata raplahjinaa..parti pak pandir ,mat jenin dan siluncai..hancurrrr

    Reply
  • January 13, 2014 at 11:26 PM
    Permalink

    lantak kau oranglah nak bertelagah jahanam.

    Reply
    • January 14, 2014 at 7:22 AM
      Permalink

      BETUL JUGAK..BAK KATA P.RAMLE DALAM AHMAD ALBAB..jangan fening-fening kepla la..itu diaorang punya pasal la…

      Reply
  • January 13, 2014 at 11:28 PM
    Permalink

    Rais yatim tak di lantik, ketua wanita umno perk tak dilantik…pakata kita discuss dulu…sbbada yg bertaraf menteri tu….

    Reply
    • January 13, 2014 at 11:36 PM
      Permalink

      hang ada baca thread tu tulis apa ??? akai ada ka ?? nak divert isu ?? hehehe….

      Reply
    • January 14, 2014 at 1:36 AM
      Permalink

      aku ingat dulu bapa aku cakap khalid ini bila dengar duit aje cepat aje buat kerja bila tak ada duit malas buat kerja itu masa khalid kerja dekat komplek kewangan sekarang ia memtakbir selangor perangai sama dalam komplek kewangan bawa masuk nya malas kerja, cuba letak duit satu juta cepat2 kahlid datang mesyarat pkr

      Reply
      • January 15, 2014 at 2:10 PM
        Permalink

        Khalid suka investment tu sebab simpanan dan rezab bilion dicanang sekampong bagai nak gila

        “woiii!! Korang semua!!!……aku invest dapat bilion dah, aku hebat, aku hebat….selangor kaya!!

        Woiii korang semua!!! Dah dapat bilion ni, selangor pon kayaraya….aku nak naik gaji sebab memang sepatotnya aku dapat sebab aku pandai invest!! Aku tak kira , aku nak jugak naik gaji….sapa yg tak suka boleh tak ambil gaji tu…!!!”

        Dan orang pembangang pon bersorak sama…pukul kompang……yang baguihnya orang pembangang pon dok sorak sakan sebab ah lim naik keta camry sekejap dan tukar mercedes!!!

        Reply
  • January 13, 2014 at 11:56 PM
    Permalink

    siapa sini lancau bertayam???

    Reply
  • January 14, 2014 at 7:14 AM
    Permalink

    Baca akhbar hari ni… kesian pada Najib, hingga terpaksa KJ backup. Nampaknya semua yg. Najib sentuh dah tak jadi Emas, tapi jadi Najis. Semua tak kena dan dilihat jelek. Mungkin dah tiba masa Najib berundur..
    Muhyidin dah boleh ukur kot baru… biasanya bila semua perkara yg. kita buat tak kena d mata orang-ramai itu tanda masa nak pergi. Maaf laa.. berterus-terang.

    Reply
    • January 14, 2014 at 11:20 AM
      Permalink

      hehe…tu macam pengalaman nik ajis je….

      anwar bila pulak nak pergi ???

      Reply
    • January 14, 2014 at 12:31 PM
      Permalink

      woi bujuk, baru kau sedar sekarang yg selama ni Najib menjadikan segala-galanya EMAS untuk negara ni hingga kau boleh hirup udara nyaman dan selesa.
      Kau baca tak sejarah Melaka, bagaimana 5 pemuda menjadi backup Bendahara dan akhirnya dilantik menjadi PANGLIMA RAJA.
      KAMU BACA TAK SIRAH RASULULLAH.. siapakah yg backup Nabi ketika kafirun mengepung untuk bunuh Nabi. Kau kenal tak pemuda yg bernama ALI.
      Apa kau ingat Bendahara Melaka lemah ke
      kau ingat Sultan Melaka tak ada telor ke
      Apa kau ingat Nabi tu penakut ke.. perlu banckup
      hoi bodo yg layak aku panggil sedemikian kpd kamu
      kamu bacalah UTUSAN MALAYSIA HARIINI
      NAJIB KATA, : AKAN PERTHANKAN KESUCIAN ISLAM daripada dicemari dan diganggu gugat oleh pihak2 tertentu.
      Apa perutusan Anwar Ibrahim hari MAULIDUR rASUL?
      Apa perutusan Hj Hadi?
      Tak payah kau nak suruh Muhyidin atau pemimpin UMNO nak tempah kot, yg adapun berlambak
      kau tak kesian ke
      pada Anwar yg dah tempah kot tapi tak ambil kat tailor sbb tak jadi PM
      kau tak kesian ke kat Hj Hadi yg dah tempah jubah jugak tak ambil sb tak jadi-jadi menang PRU.
      SUDAHLAH BUJUK
      aku tak dengar pun
      kenyataan Ketua Pemuda PAS tentang lawrence
      aku jugak tak dengar ulasan Ketua Pemuda PKR tentang silawrence
      mereka berbeza jihat mereka dgn KJ
      kau duduklah bawah kangkang amoi tu
      jangan nak menyibuk soal Najib dan Muhyiddin
      Khalid MB sekor pun kau tak terjaga
      jangan NAK menyibuk dgn pemimpin UMNO
      LU SIAPA?

      Reply
      • January 14, 2014 at 4:16 PM
        Permalink

        Jangan la emosi… takkan tak boleh berbeza pendapat. Bagus la Najib nak pertahankan kesucian Islam… tapi nak tanya juga berazam untuk tidak laksanakan HUDUD selagi BN memerintah tu pertahankan kesucian Islam ke? yg. aku nampak.. Najib/UMNO hari ni pertahankan kalimah Allah dari d guna orang bukan Islam. Isu ni.. langsung tidak menjadi masalah/pertentangan d luar negara. Malah dalam negara kita.. d sabah/serawak boleh, eh..eh.. d semenanjung jadi tak boleh. Apakah sebab sabah/serawak takda raja? bagaimana pulak dengan melaka/p.pinang? Apa istimewanya sabah/serawak hingga mereka punya undang2 berbeza?
        Jika Islam dikenali dengan bulan/bintang, maka Kristian d kenali dengan salib. Malah bible yg. d rampas d katakan ada tanda salib dan cop kelulusan KDN, untuk orang kristian.

        Reply
        • January 14, 2014 at 4:43 PM
          Permalink

          Berbeza pendapat, tidak mengapa Bujuk!!!

          Tapi Bujuk mengamalkan tidak mahu menerima KEBENARAN kepada hujah2 yg dikemukakan!!!

          Bukankah perkara yg Bujuk persoalkan ini dah dibincang dahulu???

          Kenapa masih DEGIL tidak mahu menerima KEBENARAN!!!

          http://www.mykmu.net/?p=35884

          Tak payah nak sembang hebat la Bujuk, apa2 pun bersedia tanggung dosa (itupun kalau hang beragama Islam la Bujuk, but I doubt it) kalau lebih ramai orang Islam di negeri Selangor murtad selepas ini.

          Kerana anda yang meletakkan puak-puak yg takde akhlak ini menjadi kerajaan di negeri Selangor.

          Reply
        • January 14, 2014 at 4:50 PM
          Permalink

          Untuk pengetahuan hang Bujuk, article ini berkenaan “Khalid Didesak Beri Penjelasan Berhubung Rasional Pemecatan Azmin” oleh Mak Lampir bernama Zuraida!!!

          Nak divert issue, tapi present perkara yg sudah dibincangkan.

          Malah ada article2 lain menyentuh penggunaan kalimah Allah digunakan sng kata ganti nama tuhan dalam Bible, tapi takder pulak sibuk nak present your case???

          Hang ni Bujuk, dah jatuh kepada perbuatan “LARI DARI MEDAN PERANG”.

          Just to let Bujuk know, I do not CONDONE any COWARD macam Bujuk!!!

          Reply
  • January 14, 2014 at 7:51 AM
    Permalink

    Tahniah anakfilem anak kak sah dpt golden globe award melalui actornya Leonardo di Caprio. Filem yg menelan belanja RM 326 juta.
    Hidup Isle!

    Reply
    • January 14, 2014 at 11:22 AM
      Permalink

      alaaaa moooo..filem yang tak telan belanja apa-apa tapi popular hinggakan heronya digelar pornstar hingga ke jepun, hang tak mau ucap tahniah ke ???

      Reply
    • January 14, 2014 at 12:40 PM
      Permalink

      HOI MOO film anwar dan stopa aku tahulah tak ada nilai duit..dapat tengok pun percuma walau pun asli..jangan cemburu dgn bangsa Melayu. dia tak ambil gambar belakang pintu atau belakang dinding macam ‘kisah nuar dan stopa tu’… lu jangan mintak kami bangkitkan kisah yg dah tak berapa bangkit tu…

      Reply
    • January 15, 2014 at 2:38 AM
      Permalink

      baguslaa tu moo lembu , pemimpin Pakatan pun mampu buat filem apa ?? filem lucah !!! tapi tak dpat duit laa . kesian !

      Reply
  • January 14, 2014 at 7:53 AM
    Permalink

    Kecoh org ameno pulak tumbuk timb. Menteri….

    Reply
  • January 14, 2014 at 7:57 AM
    Permalink

    WTF tak bgun lagi ka???

    Reply
    • January 14, 2014 at 8:28 AM
      Permalink

      Ni awat meroyan pagi2 cari org ni!!!

      Hang mabuk lagi ker Mooh!!!

      Mueh4444

      Reply
  • January 14, 2014 at 8:02 AM
    Permalink

    Proff Ungku pun buat seloka pasal kangkung najib… sila baca..

    Reply
    • January 14, 2014 at 12:44 PM
      Permalink

      memang itu pun makanan asasi tok nenek kau..jangan nak berlagak. orang bangsawan pun boleh ingat asal usul tak macam kamu dah lah tak berapa senang sombong pulak ..apa kangkong tak hebat ke?

      Reply
  • January 14, 2014 at 1:37 PM
    Permalink

    Apa yg saya boleh kata…padan lah dgn muka PKR.

    Reply
  • January 14, 2014 at 2:18 PM
    Permalink

    perkembangan terbaik dlm pkr….tahniah…teruslah bergolak,.

    Reply
  • January 14, 2014 at 2:37 PM
    Permalink

    berebut pangkat dan harta donia kena sangat dah dengan gelaran parti koyak rabak

    Reply
    • January 14, 2014 at 6:07 PM
      Permalink

      itulah hakikatnya bang…agak2nya sempat tak mereka berkumpul semeja menjekang PRU 14?

      Reply

Leave a Reply to alimedanbaru Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.