Barua DAP itu tuan-tuan pun tahu – Isham

Barua DAP itu tuan-tuan pun tahu – Isham

Bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil menjelaskan kenyataannya mengenai ‘barua DAP’ bukanlah ditujukan kepada parti itu tetapi kepada beberapa pemimpin Umno yang mempromosikan DAP secara berlebihan.

Katanya, selepas tegurannya mengenai sikap Umno itu, banyak pihak mula menyerang dan melabel dirinya pula sebagai ‘tali barut Bersatu’.

“Kalau saya cakap Umno ini barua DAP, itu tak masuk akal sebab saya pun ahli Umno, takkanlah saya cakap, saya ini barua juga.

“Yang jadi barua DAP itu… tuan-tuan pun tahu siapa, saya tak perlulah sebut nama,” kata Isham dalam satu video di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan Isham itu dipercayai ditujukan kepada beberapa pemimpin kanan dalam Umno termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Isham berkata dakwaan pihak tertentu yang turut menyebarkan gambar lama dirinya bertemu dengan bekas ahli Bersatu dan penyokong kuat Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan sengaja dibuat untuk memburukkan dirinya.

“Saya ada jumpa dia (Khairuddin) banyak kali, kerana dia bekas ahli Umno. Saya tak tahulah mereka cuba nak buat skandal atau memburukkan saya, saya tak tahu, itu terpulang pada mereka,” katanya.

Semalam, Isham mendakwa Umno terus ditolak orang Melayu kerana parti itu sudah tersasar dan tidak memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi lebih rela menjadi ‘barua’ atau budak suruhan DAP. Mk

NOTA : Khairuddin dan Mahathir adalah individu utama yang menjatuhkan Najib, pun Isham mahu berjumpa. Jadi apa yang patut digelar kepada Isham?

Barua DAP itu tuan-tuan pun tahu – Isham

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker