Ahli Parlimen Kuala Langat Sahkan Saifuddin Nasution Berbohong?

Oleh Zul Rawi

Kenyataan Ahli Parlimen PKR dari Kuala Langat, Abdullah Sani yang mengakui bahawa isu untuk melucutkan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar ada dibincangkan dalam jelas membuktikan bahawa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menipu.

Menurutnya perkara tersebut sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.

“Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abdullah Sani, desakan itu ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Khalid.

“Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.

Akhbar Sin Chew sebelum ini melaporkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid meletak jawatan dan digantikan dengan individu lain.

Saifuddin ketika mengulas laporan yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan terdapat desakan ‘keras’ agar Khalid dipecat. Namun katanya desakan ‘keras’ itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP tidak membuat sebarang keputusan untuk memecat Abdul Khalid.

“Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa dalam laporan akhbar Sin Chew petang semalam (Rabu).

“Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid). Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.

Persoalannya apakah kenyataan Saifuddin itu bertujuan untuk menyembunyikan kemelut yang sedang melanda parti itu. Sedangkan umum memang mengetahui perbalahan antara Khalid dan Azmin.

Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.

Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.

Berikut adalah rakaman perbualan Abdullah Sani berhubung isu pemecatan Khalid.

10 thoughts on “Ahli Parlimen Kuala Langat Sahkan Saifuddin Nasution Berbohong?

  • January 27, 2014 at 1:46 PM
    Permalink

    Akbar cina pun la ni punya dok petik kenyataan kepimpinan pembangkang….last-last akhbar cina pun dah jadi macam akhbar tamil !!

    sat macam tu, sat macam ni…yang mana satu betul pun depa tak tau. Akhbar cina tak ada kredibiliti, takat standard malaysiakini je.

    Reply
    • January 27, 2014 at 10:56 PM
      Permalink

      akhbar cina dah jadi lembu sebab gila politik , elok editor dia makan rumput dan gantung loceng

      Reply
  • January 27, 2014 at 2:07 PM
    Permalink

    caca merba dah kepimpinan pkr ni, tak apa la kita saksikan saja drma sinetron mereka…….

    Reply
  • January 27, 2014 at 3:22 PM
    Permalink

    aku tunggu berita surat adun2 pkr selangor hantar ke sultan selangor baru kita dapat tahu,yg boleh pecat mb ialah sultan selangor bermimpi azmin dan anwar jadi mb, khalid akan menperkayakan diri lagi terpaksa minta bantuah pas dan dap untuk kekal kuasa, pkr terpaksa duduk diam aje jadi macai dap untuk penuhi impiannya

    Reply
    • January 27, 2014 at 3:23 PM
      Permalink

      itu maksud aku azmin dan anwar bermimpi mb

      Reply
  • January 27, 2014 at 6:30 PM
    Permalink

    jadinya kerja si sipuden nasusion ni ialah menyapu taik masuk bawah karpet…hehehe

    kalau aku malu siut kawan dari parti sendiri kata aku tak bercakap benar(bohong)

    Reply
  • January 27, 2014 at 10:55 PM
    Permalink

    hahaha cakap berbelit-belit pemimpin Pakatan ni oiii !!!

    Reply
  • January 28, 2014 at 7:18 AM
    Permalink

    Memang tanda-tanda orang munafik ni menipu dan cakap berbelit-belit macam Sipuding Nasutoing ni. Tanda-tanda orang munafik semua ada pada orang pakatan komunis.

    Reply
  • January 31, 2014 at 12:30 PM
    Permalink

    Oi commenters sekalian,, hangpa tak tau apa2. Dok dengaq ka org kata ja. Nolah masalah melayu skarang. Org buat jahat, tuduh org macam( tuduh saifuddin nasution) fitnah, korang sokong. Tapi bila org buat baik, korang pi hina plak. Ni lah sikap org munafik.
    Sila ambik nota ya wahai hamba2 Allah. Satu lagi, sebenarnya tkleh tuduh org munafik senang2 gtu je. Yg aku tu untuk tunjuk cket. Harap paham ya SONGKOK, GAMBUS, BADROLE AMIN, SYSTEM BARU, BABA, RAPLAHJINGGA,

    Reply
    • February 24, 2014 at 11:27 AM
      Permalink

      Ni budak MAKSUM mana lak ni!!!

      Are you from PRIESTHOOD CASTE dari Mazhab PGAyR???

      MUEH4444

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.