Fahaman Ala PAS: Malidur Rasul Bidaah, Minum Holy Water Takpe

PENULIS tidak faham apa persoalan yang sesuai ditanya kepada PAS sekarang kerana parti itu nampaknya sudah hilang arah tuju.  Ibarat kereta hilang kawalan, payah kita nak tentukan ke kiri atau ke kanan.

Dulu PAS tidak langsung kompromi dengan apa-apa isu berkaitan Islam, kini tidak lagi.

Ada beberapa orang pemimpin PAS tertentu sudah berani mempersoalkan kewajaran menyambut maulidur rasul kerana bidaah katanya, tapi dalam masa yang sama mengunci mulut bila ada pemimpin PAS kata, Holy Water tidak akan mengubah orang Islam jadi Kristian (maka itu tidak mengapa orang Islam minum).

Dua perkara ini kalau dilihat secara berasingan, memang tak nampak berkaitan, tapi bila bercakap dua isu ini di bawah tajuk besar PAS, maka semua kaitan yang sukar lihat di awal itu, akan nampak lebih jelas.

Penulis hampir pasti bahawa PAS mula jadi pro Kristian sejak Anwar Ibrahim ajak bergabung di dalam Pakatan Rakyat. yang penulis tak pasti ialah sejak bila PAS mula menerima amalan Kristian demi untuk mewajarkan perjuangan politiknya di dalam pakatan haram tersebut?

Termasuk dalam soal boleh minum Holy Water?

Memang betul kata Mujahid Rawa bahawa minum Holy Water tidak akan mengubah sesiapa jadi Kristian, tapi, itu amalan orang Kristian, orang kafir – sejak bila kita orang Islam dibenar meniru amalan orang kafir?

Pulak tu bukan sebarang amalan, tapi minum Holy Water adalah sebahagian proses menerima pengikut Kristian yang baru!!

Alangkah melagakan cawan sebelum minum pun para ulama sepakat mengatakan haram kerana meniru perbuatan orang kafir nak minum arak, sekarang nak kata minum Holy Water boleh pulak dah sebab tak akan tukar sesiapa jadi Kristian?

Mungkin selepas ini bila Mujahid Rawa mendapat anak, dia boleh meminta sesiapa, atau dia sendiri merendam anaknya di dalam sungai sebagai tanda penyucian diri (baptis).

Ada berani ke?

Justeru, sementara PAS selesaikan hala tuju parti itu yang sekarang semakin parah, elok berhenti mempersoalkan sambutan Maulidur Rasul yang diamalkan di negara ini dan majoriti besar negara Islam yang lain, sebab nampak sangat PAS tak layak.

Nanti Harun Taib buka mulut, cerita lain, Harun Din buka mulut, cerita lain, Nik Aziz buka mulut pun cerita lain juga – tak pernahnya yang sama.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *