Ditangkap Bersama Bom Buatan Sendiri, Polis Tingkatkan Kawalan

Share


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Polis telah meningkatkan rondaan dan menjalankan pemantauan ketat di beberapa lokasi di ibu kota ekoran penahanan seorang individu yang memiliki bom buatan sendiri dan terdapat desas-desus rancangan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan.

SHAH ALAM 31 Dis. – Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.

“Suspek melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan polis apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah kenderaan di Taman Halaman, Ampang.

“Pemeriksaan yang dibuat ke atas beg silang suspek, polis menjumpai sebutir bom buatan sendiri berupa paip PVC yang mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan.

“Siasatan mendapati suspek yang dalam keadaan khayal ketika ditahan memberitahu beliau belajar membuat bom menerusi Internet,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai peralatan sembahyang di Serdang hendak meletupkan bom itu pada sambutan ambang tahun baharu dan polis masih siasat sasaran tempat bom itu hendak diletupkan.

Beliau berkata, pihaknya turut menyiasat kemungkinan sama ada bom itu akan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

“Polis bimbang dengan isi kandungan bom itu yang dimampatkan dengan belerang, paku dan kaca yang boleh mendatangkan kecederaan serius dan berkemungkinan kematian apabila diletupkan,” katanya.

Abd. Rahim berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan samun.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainulddin Ahmad ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, pihaknya memberikan tumpuan di kawasan pusat beli belah Sogo, Masjid Jamek, dan Pasar Seni kerana kawasan tersebut dipercayai menjadi lokasi berkumpul awal.

“Polis telah membuat segala persiapan dan kita juga menempatkan anggota polis untuk menangani perhimpunan tersebut,” katanya.

Katanya, polis meningkatkan rondaan di sekitar kawasan ibu kota bagi menjamin keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam.

Tinjauan Bernama mendapati anggota polis yang lengkap berpakaian operasi turut melakukan rondaan di sekitar Dataran Merdeka



6 thoughts on “Ditangkap Bersama Bom Buatan Sendiri, Polis Tingkatkan Kawalan

  • December 31, 2013 at 3:11 pm
    Permalink

    masihkah pihak kdn mahu berlembut dgn mereka yg nak buat demo mlm ni?

    Reply
  • December 31, 2013 at 5:35 pm
    Permalink

    Realiti ataupun fantasi ?????

    Reply
    • December 31, 2013 at 8:20 pm
      Permalink

      Hang tu yang asyik berfantasi mek esah oiiii…kunun rakyat an memilih PR tapi sampai la ni BN jugak yang pegang kuasa memerentah Putrajya,maka semakin sewel la Anuaq de fascto PM tu…asyik meghoyan sakan jerrr… tu la realiti nya….!!!

      Reply
  • December 31, 2013 at 5:57 pm
    Permalink

    pesta bom pvc nampaknye….selamat berguling guling yek…puak2 pakatan… jangan sampai terbom pengikut sendiri sudah….

    Reply
  • December 31, 2013 at 7:19 pm
    Permalink

    Bab buat bom / mercun sendiri ni…hangpa serahlah kat orang kampung mek…yang tu depa cekap, tapi bab nak majukan diri sendiri depa lemah…selagi kerajaan dok bagi subsidi macam-macam kat depa selagi tu la depa hidup, bila kerajaan tarik subsidi maka tersungkur la depa di tepi jalan mati tak makan.

    Reply
  • December 31, 2013 at 11:07 pm
    Permalink

    Kelakar la… polis ni, dulu masa bersih camni jugak tapi tiada tangkapan. Ni pun sama… patut dedahkan nama dan muka dia, jadi orang kenal siapa malaun ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *