Malam 31 Disember: Majoriti VS Minoriti

Share


Sorotan bagi tahun 2013 diwarnai dengan pelbagai kisah suka duka di negara kita. Masing-masing punya cerita gembira dan sedih pada 2013. Dalam dunia politik, antara kenangan terbaik ialah apabila Allah SWT memenangkan BN pada PRU ke-13 yang lalu, sebuah kemenangan untuk rakyat Malaysia khususnya.

Selain itu, kemenangan BN Kedah merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari terus dijajah PAS seolah-olah menyerikan lagi kepercayaan rakyat pada BN. Meskipun menang dengan majoriti mudah, menang tetap menang dan Allah SWT tetap memberikan kuasanya pada kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Justeru itu, saya menjangkakan sambutan dan kemeriahan malam tahun baru pada malam esok akan berlangsung dengan lebih bermakna di seluruh negara.

Bagi sesetengah golongan, mereka lebih gemar menyambut malam tahun baru dengan bacaan surah Yaa Siiin beramai-ramai di masjid dan disusuli dengan solat hajat serta ceramah atau forum agama. Alhamdulillah, semoga keberkatan itu menyemarakkan rahmatNya di bumi bertuah ini…

Bagi sesetengah rakyat Malaysia pula, mereka memilih untuk sama-sama meraikan kemeriahan malam tahun baru dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan, konsert malam tahun baru dan sebagainya. Biasanya orang muda lebih memilih sambutan begini.

Apa yang penting, kedua-dua sambutan itu perlulah disesuaikan dengan batas-batas Islam dan adat ketimuran. Yang pasti, sambutan malam tahun baru pada malam esok tetap dijangka lebih meriah berbanding sebelumnya…

Namun apa yang dimusykilkan ialah tentang sabotaj segelintir anak muda yang mengaku kononnya mereka “mewakili” anak muda, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia. Mereka nak gulingkan kerajaan? Mereka gunakan alasan “kenaikan kos sara hidup” untuk buat kecoh nanti…

Bersih Kereta Polis3

Antara puak yang nak buat kacau pada malam esok yang telah dikenal pasti pihak PDRM ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Turun, “Jinggay” 13, SAMM dan SMM itu fikir mereka siapa agaknya yang tidak perlu patuh pada undang-undang? Pohon permit berhimpun pun tidak, tiba-tiba ajak orang ramai berhimpun buat kecoh ditengah kemeriahan sambutan malam tahun baru? Mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang, kah?

Apakah mereka-mereka yang bercadang nak buat onar itu merupakan golongan majoriti rakyat Malaysia? Berapa peratus yang bersama mereka agaknya? Wakili anak muda dan mahasiswa? Saya pernah bertemu dengan majoriti anak muda mahasiswa yang menolak cara demonstrasi, keganasan, politik murahan dan propaganda jijik “segelintir” rakan mereka itu.

“Pilihanraya kampus pun depa kalah teruk, lepas tu nak mengaku mereka wakil kami? Buat malu kami (mahasiswa) saja. Mahasiswa sebenar tak berperangai macam depa..” kata mereka yang setuju dengan ungkapan “matlamat tidak menghalalkan cara”…

Justeru itu, saya tidak pernah menganggap puak-puak yang nak buat kecoh itu mewakili suara majoriti rakyat. Suara majoriti rakyat berpihak memilih BN pada PRU ke-13 tempohari. Membanggakan, suara majoriti dari seluruh negara tampil membuat laporan polis terhadap pihak minoriti yang cuba menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat sebenar.

Bila disebut perkataan “gulingkan”, maka saya teringat tentang nasib Morsi yang menang pilihanraya melalui saluran demokrasi pilihanraya. Beliau digulingkan tentera dan segelintir minoriti rakyat yang kecewa akibat tewas pilihanraya. Hasilnya, majoriti rakyat yang memilih Morsi bangkit membantah “coup de tat” tersebut.

Saya yakin, sekiranya Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya digulingkan puak-puak minoriti itu secara kekerasan bermula dengan gerakan malam ini, seluruh majoriti rakyat yang memilih BN akan bangkit sebagaimana rakyat Mesir yang berjuang demi pemimpin dan parti yang mereka pilih.

Pun begitu, saya juga yakin bahawa pihak berkuasa di negara kita, sama ada pihak PDRM mahupun ATM, yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak akan memeluk tubuh membiarkan kekecohan “coup de tat” jijik mencemarkan negara. Saya cukup lega dengan status ini…

Dengan amaran pihak PDRM semalam, saya tertunggu-tunggu detik malam esok. Apakah mereka akan “turun” tunjuk perangai buruk mereka di jalanan? Siapa yang akan disumbat ke lokap malam esok? Cubalah “turun” buat kecoh kalau mahu bertemu “buku dengan ruas”. Kalau ada yang masuk ke “dalam” atau bengkak sana sini, jangan salahkan pihak berkuasa pula ya…


25 thoughts on “Malam 31 Disember: Majoriti VS Minoriti

  • December 30, 2013 at 11:17 am
    Permalink

    UMNO kata patut sambut dgn batas2 ketimuran????

    Ikut batas Islam la , pesal batas timur lak? Sendiri yg anjur konsert, sendiri yg suruh org pilih…

    Cap Ayam!

    Reply
    • December 30, 2013 at 4:34 pm
      Permalink

      yang bukan ketimuran ialah sokongan puak LGBT yang banyak didokong oleh pakatan moo lembu oii !

      Reply
    • December 30, 2013 at 4:41 pm
      Permalink

      Bukankah Mooh sudah diberi pilihan, pergi berhimpun di kawasan2 yg ditetapkan seperti berikut:

      1) SOGO: Traffic Junction
      2) Puduraya, Traffic Junction
      3) KTM, Roundabout (near Masjid Negara)
      4) LRT, Masjid Jamek
      5) Komuter, Bank Negara

      Kalau Mooh berhimpun di kawasan2 selain daripada yg dinyatakan di atas, maka itu tidak dikira berhimpun untuk “membantah kenaikan harga barang”, sebaliknya dikira sbg menyambut Tahun Baru 2014 dan tengok K-Pop.

      Jangan lupa bawak anak bini dan selamat BERJIHAD ya Mooh!!!

      Reply
    • December 30, 2013 at 10:16 pm
      Permalink

      Weiii Mooo serba biol lagi bebal…tolong sengap leh tak…? Timur tu bukan ka menunjuk kan sikap moral ala islam…? Pasai apa di univesiti barat di tubuh kan unit kajian ketimuran ato lebih di kenali sebagai oreintal study…? Bidang kajian ada la terhadap negagha negagha majoriti rakyat nya menganuti islam seperti negagha Arab,Pakistan,India,Malaysia,Indonesia,Brunai & negagha Afrika tu.

      Kalo dah bangang tu…bangang jugak la…!!!

      Reply
  • December 30, 2013 at 12:21 pm
    Permalink

    TURUN!!!!!!!

    Reply
    • December 30, 2013 at 10:45 pm
      Permalink

      Saya setuju dgn saudara Najibulghunna,

      Jangan lupa pergi berhimpun di kawasan2 yg ditetapkan seperti berikut:

      1) SOGO: Traffic Junction
      2) Puduraya, Traffic Junction
      3) KTM, Roundabout (near Masjid Negara)
      4) LRT, Masjid Jamek
      5) Komuter, Bank Negara

      Kalau lu berhimpun di kawasan2 selain daripada yg dinyatakan di atas, maka itu tidak dikira berhimpun untuk “membantah kenaikan harga barang”, sebaliknya dikira sbg menyambut Tahun Baru 2014 dan tengok K-Pop.

      Jangan lupa bawak anak bini dan selamat BERJIHAD ya Najibulghunnah!!!

      Reply
  • December 30, 2013 at 1:39 pm
    Permalink

    Anak Pemimpin Isle No 1, jadi producer filem Hollywood. tahniah!. konsep wassatiyyah!:
    .
    Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

    “Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan,” kata badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.

    Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.

    Reply
    • December 30, 2013 at 3:10 pm
      Permalink

      apa harta anak pr ada hanya menhabis harta rakyat aje macam ini tak kau nak anak anwar duduk dirumah flat kot, orang usaha kerja bikin filem untung berjuta-juta, nak pr hanya harap tin milo aje malu oh…………..

      Reply
    • December 30, 2013 at 4:06 pm
      Permalink

      Mooh, tidak mengenal jerih…Bila dendam kesumat menguasai, Adakah dengan mendedahkan cerita dan keaiban orang lain yang tidak sependapat dianggap sebagai perjuangan? Untuk apa ? agar seluruh rakyat mempersoalkan kemewahan tersebut ? Kami tidak sebodoh itu.. Berbagai pendedahan di cuba, hasilnya ? adakah kau berpuas hati dengan setiap posting yg di buat ? Atau sekadar cubaan melempiaskan kegagalan sendiri ? Adakah perbuatan kau ini dapat memperbaiki keadaan diri kau ? Atau kau memang suka melihat orang yang seagama dengan kau menerima nasib buruk ? Adakah kau akan puas hati apabila melihat semua orang UMNO susah dan melarat, mengemis ? Subhaallah.. Aku lebih menyerahkan pada Allah secara total atas apa jua keadaan, kerana hanya Dialah sebaik-baik pembalas..Letih…kan lebih baik kalau platform ini kita gunakan untuk mencari jalan penyelesaian dalam berbagai isu ?

      Reply
    • December 30, 2013 at 4:37 pm
      Permalink

      bila orang Melayu kaya mula laa perasaan hasad dengki timbul !!!

      inilah contoh lembu PAS !

      Reply
    • December 31, 2013 at 11:45 am
      Permalink

      Apa kena mengena beli kondo dengan himpunan tahun baru? Erkk… konpius aku dibuatnya.

      Reply
  • December 30, 2013 at 2:26 pm
    Permalink

    Kebebalan,kezaliman dan kebodohan pembangkang diMalaysia ini makin terserlah apabila tidak membenarkan untuk rakyat menjadi kaya raya dan berjaya dalam perniagaan atau hasil bakat kerjaya mereka. Kepada rakyat negara ini sedarlah jika Pakatan Rakyat memerintah, rakyat yg kelihatan tidak berupaya tetapi memiliki harta akan disiasat dan harta mereka akan diselongkar puncanya. Kehidupan tidak akan menjadi aman kerana pergerakan akan sentiasa diintip oleh polis Pakatan Rakyat. Yg boleh hidup senang dan kaya raya adalah Pemimpin Pakatan Rakyat, mereka boleh sewa jet peribadi untuk bergerak, mereka boleh ambil komisyen jual beli tanah spt pemimpin mereka diPulau Pinang, mereka boleh jadi kaya dgn jual hasil alam spt pasir di Selangor…sebaliknya rakyat dilarang jadi kaya raya..orang miskin mesti kekal miskin..pada mereka menjadi kaya dan jutawan adalah perkara mustahil dan tidak patut terjadi kepada rakyat..oleh itu pastikan pada PRU14 kita semua tolak Pakatan Rakyat yg memerintah ala komunis dimana semua orang msti seragam”hidup cukup2 makan sahaja kecuali pemimpin negara!kalau kamu kaya kamu akan disiasat hingga dalam lubang cacing!

    Reply
  • December 30, 2013 at 3:12 pm
    Permalink

    selalunya minoriti menganggap diri mereka terlalu hebat. kita harap kdn bertindak dgn segala undang2 yg ada agar mereka faham.

    Reply
    • December 30, 2013 at 4:03 pm
      Permalink

      Jangan risau saudara baba,

      Asalkan puak2 FUCKUTAN mengikut “arahan” berhimpun di kawasan2 yg ditetapkan oleh Rahim Goose, maka PDRM tak perlu bertindak terhadap puak2 FUCKUTAN.

      Tapi, sekiranya puak2 FUCKUTAN berhimpun di kawasan2 lain yg ditetapkan oleh Rahim Goose, maka itu tidak dikira berhimpun untuk “membantah kenaikan harga barang”, sebaliknya dikira sbg menyambut Tahun Baru 2014.

      Dan di kawasan2 selain daripada yg disebut oleh Rahim Goose perlu kawalan PDRM kerana majority rakyat Malaysia menyambut tahun baru 2014 di kawasan2 yg tidak disebut oleh Rahim Ghouse.

      Aku ucapkan selamat BERJIHAD puak2 Fuckutan’s!!!

      Reply
  • December 30, 2013 at 9:38 pm
    Permalink

    Perhimpunan ni taktik lama golongan opportunis buat di tempat khalayak ramai. Senag-senang jangan pergi sambut tahun baru aja. kerajaanpun boleh umumkan tiada sambutan. senang sikit nak ambil tindakan.

    Tapi dalam pada itu, jangan lupa dengan majoriti senyap. Apakah mereka gembira dengan dasar kerajaan semasa?

    Reply
    • December 30, 2013 at 10:49 pm
      Permalink

      Majoriti rakyat juga tidak gembira dgn situasi sekarang di Malaysia.

      Golongan minoriti, macam biasa ambik kesempatan atas situasi sekarang di Malaysia sebab depa dah tak laku lagi.

      Diharap Najib jagalah suara majoriti, jgn dengar sangat penasihat2 tak guna tu.

      Reply
    • December 30, 2013 at 11:39 pm
      Permalink

      Tak adanya majoriti senyap….majoriti senyap yg tak berapa cerdik banyak terdapat kat kampung2 dan tak kurang juga yg merempat kat pinggir2 bandar….bila time nak pru….huluq sekupang dua…nanar le set depa tu…..” Jangan lupa undi umno ye”…… Sesungguhnya umno beruntung bertapak di negara ini yg mana majoriti rakyat nya hidup miskin….mudah digula2kan

      Reply
      • December 30, 2013 at 11:45 pm
        Permalink

        Jagn lupa pergi berhimpun Mek malam esok

        Pergi ke lokasi2 yg diberitahu oleh Rahim Goose!!!

        Bolehlah Mek, suami Mek dan anak4 Mek tengok “firework”

        Selamat BERJIHAD ya Mek!!!

        Reply
      • December 31, 2013 at 12:56 am
        Permalink

        bila dah takde apa-apa mulalaa nak cakap orang kampung tu bodoh laa dan orang miskin kat bandar pun bodoh .. inilaa kau mekk , kau sendiri yang tak cerdik mana dan kaki penipu ada hati nak bodohkan orang !!!

        inila contoh macai bodoh Pakatan

        Reply
        • December 31, 2013 at 9:09 am
          Permalink

          Dia tak sedar, dia dok hina keluarga dia kat kampung kurang cerdik….

          Reply
        • December 31, 2013 at 10:16 am
          Permalink

          Org yang cerdik tak akan terus mengundi umno kerana terbukti ianya menyusahkan kehidupan….Bukti adalah penting…sekarang ianya sudah terbukti…..habis apa lagi mau ?????

          Reply
          • December 31, 2013 at 10:21 am
            Permalink

            Bukti apa hang bawak ni Mek???

            Bukti “rantaian makanan” ka???

            http://www.mykmu.net/?p=38425

            Mueh4444

            BTW, jangan lupa turun berhimpun malam ni di lokasi2 yg disebut oleh Rahim Goose.

            Rahim Goose dan Rafizi Lembu ada surprise “firework” untuk hangpa semua.

            Selamat BERJIHAD ya Mek!!!

          • December 31, 2013 at 11:41 am
            Permalink

            Tapi Mek, Mooh dulu ada kata “orang bodoh je yang tak sokong UMNO”. Macammana pulak tu?

            BTW Mek, sabar je la. Lagi 5 tahun kita ada PRU dan semua rakyat Malaysia boleh memilih kerajaan yang baru. Tak payah lah nak berguling2 atas jalan untuk gulingkan kerajaan. Itu kerja orang tak bertamadun.

          • December 31, 2013 at 8:16 pm
            Permalink

            Tu kata hang mek esah..pendapat & tindakan oghang yang berpikiran rasional & logik lain la mek esah oiii. Cuma puak puak serba dungu jerrr yang sentiasa kena kelentong oleh pemimpin Penipu Rakyat ni…termasuk la hang tu.

      • December 31, 2013 at 8:13 pm
        Permalink

        Oiii mek esah…orang kampung yang puak puak bengap haprak PR anggap jahil tu la yang mengencing habih oleh pemimpin biol Penipu Rakyat ni sampai ada oghang bebai dok sakan ternganga melele ayaq lioq bila dengaq gebang depa tu. Tapi bila depa dah menang besaq mola nak lupa jasa jasa oghang oghang kat kampung/luaq bandaq tu ngan tuduhan sebagai penjilat UMNO la…pada hal depa la yang sanggup berkorban masa,wang & marwah untuk kemenangan PR tu.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *