Pemborong Sedang Naikkan Harga Barangan Makanan, Kerajaan Juga Yang Dipersalahkan

Share


Bagi mereka yang kerap ke pasar untuk membeli makanan basah, perubahan harga pasti dapat dirasakan secara ketara. Biarpun Menteri KPDNKK menyatakan bahawa harga tidak banyak berubah, tetapi hakikatnya pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih dengan nilai wang semakin kecil.

Secara mudah, pengguna boleh menyalahkan kerajaan kerana masalah berkenaan.

Namun bagi mereka yang berfikiran waras dan sedar bahawa kerajaan bukannya penguasa atau penentu harga di Malaysia, pasti akan melihat masalah sebenar kenaikan harga di Malaysia berakar umbi kepada golongan pemborong. Golongan pemborong yang merupakan antara golongan yang tidak tersentuh dek undang-undang, telah lama menjadi begitu berkuasa dalam penentuan harga dan melakukan tekanan serta desakan terhadap rakyat namun tidak pernah dipersalahkan dan terjejas.

Kenaikan Harga Barang

Beberapa bulan kebelakangan ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana persatuan-persatuan pemborong, termasuklah persatuan-persatuan yang memberikan perkhidmatan seperti persatuan pengusaha bas sekolah, melakukan tekanan dan desakan kepada pihak kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran. Sekalipun kerajaan memberikan amaran akan bertindak tegas terhadap kenaikan kadar bayaran yang tidak dibenarkan, mereka langsung tidak takut. Malah secara sinis, mewujudkan persepsi yang diterima ramai bahawa kerajaan tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan hanya memberi amaran kosong.

Persatuan-persatuan perniagaan yang berasaskan makanan juga turut menggunakan alasan pertambahan kos untuk menaikkan harga barangan makanan. Malah antara alasan yang digunakan ialah, negeri China sedang dilanda banjir dan negara berkenaan telah mengurangkan eksport gandum. Semuanya semata-mata untuk mewajarkan kenaikan harga dilakukan oleh persatuan-persatuan pemborong itu.

Sekalipun di Malaysia, industri perikanan berada di bawah kuasa LKIM namun kegiatan pemborong pula seolah-olah tidak tertakluk di bawah Kementerian Pertanian, LKIM dan KPDNKK. Seringkali kegiatan menaikkan harga dilakukan oleh pemborong-pemborong yang berlindung di belakang persatuan dengan menggunakan alasan-alasan yang ada kalanya tidak masuk akal seperti penggunaan kotak bercip.

Kenaikan Harga Barang (1)Penghujung 2013 menyaksikan pemborong terus menaikkan harga berasaskan makanan tanpa sebarang rasa bersalah. Yang menjadi mangsa adalah rpengguna. Apabila ditanya, para pekedai dan peruncit menyatakan pemborong telah menaikkan harga. Dan menariknya, apabila ditanya kepada pemborong, mereka segera menuding kepada kerajaan. Kononnya, kerajaan yang menaikkan harga dan ramai yang sangat percaya dengan tohmahan pemborong yang kebanyakannya bermata sepet.

Kerajaan dipersalahkan kerana membuat keputusan berhubung tarif elektrik, harga diesel dan petrol bersubsidi selain membuat penentuan harga terhadap barangan kawalan seperti beras, gula dan beberapa barangan lain. Seringkali keputusan kerajaan pula, amat tertakluk kepada tekanan daripada para pemborong ini. Bagi mengelakkan kekurangan barangan di pasaran, kerajaan akhirnya terpaksa berlembut hati dan menaikkan harga. Selain itu terdapat juga faktor perjanjian seperti dalam kes tarif elektrik yang menyebabkan kerajaan terpaksa akur.

Dan kesemua itu mempunyai alasannya yang tersendiri… alasan yang seringkali membabitkan faktor kos luaran menyebabkan kerajaan gagal mengekang kenaikan harga. Namun masalah paling utama kepada kerajaan adalah pemborong. Pemborong menentukan tekanan dan akhirnya kerajaan terpaksa akur bagi memastikan rakyat tidak kekurangan bekalan makanan.

Kebanyakan rakyat, khususnya yang terpengaruh dengan perangkap pemborong yang berselindung di belakang parti-parti politik pembangkang terutama sekali DAP, akan segera menyalahkan kerajaan bagi sebarang kenaikan harga. Mereka melihat Kerajaan Malaysia seperti kerajaan komunis dan kerajaan sosialis yang membuat penentuan bagi segala harga, kawalan bekalan dan pengedaran. Kekurangan barangan segera dipersalahkan kepada kerajaan walaupun pemborong sebenarnya yang menyorok barangan bagi membolehkan tekanan kepada permintaan dan harga dinaikkan.

Itu yang sedang berlaku di Malaysia. Kuasa sebenar di Malaysia bukanlah kerajaan sebaliknya pemborong. Pemborong melakukan tekanan  dan pemborong membiayai sekumpulan orang untuk mempercepatkan tekanan menerusi demonstrasi dan kerja huru-hara yang lain, tetapi sebahagian rakyat tetap melihat Kerajaan yang bersalah. Pemborong mencetuskan krisis harga, tetapi kerajaan yang dituduh dan dipersalahkan.

sembako-naik

Ramai yang berkata, pemecahan monopoli merupakan satu-satunya jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Namun pemecahan monopoli seperti yang dilakukan oleh kerajaan dalam industri gula dan tepung serta minyak masak, tetap tidak menyelesaikan masalah, bahkan keadaan pasaran terus huru-hara apabila pihak yang monopolinya telah dipecahkan, bertindak membiayai pembangkang dan menyalahkan kerajaan selain mengurangkan bekalan bagi meningkatkan harga.

Amat malang bagi sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya seringkali berfikiran secara singkat dan gagal mempraktikkan ilmu pengetahuan asas yang mereka pelajari dari bangku persekolahan, sebaliknya menganggap jalan termudah untuk mengatasi segala masalah kenaikan harga di dalam negara adalah dengan menukar kerajaan atau berdemonstrasi di jalanraya.

Yang pasti, semua yang dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu menunjuk-nunjuk tentangan mereka kepada kerajaan, tidak akan mencapai matlamat menurunkan harga seperti yang diuar-uarkan, bahkan para pemborong akan terus menaikkan harga secara tidak terkawal kerana kerajaan pastinya tidak mahu negara kucar-kacir dan pada masa yang sama, tidak mahu pula bekalan makanan serta keperluan asas lain terjejas kerana permainan politik para pemborong.



28 thoughts on “Pemborong Sedang Naikkan Harga Barangan Makanan, Kerajaan Juga Yang Dipersalahkan

  • December 28, 2013 at 3:58 pm
    Permalink

    kalau cakap dengan macai Pakatan mana dorang faham semua ni !!!

    Reply
  • December 28, 2013 at 5:28 pm
    Permalink

    pecah apa kejadah kalau semua dia orang berpakat baik punya .Memang kerajaan membiarkan merika ini menghisap darah penguna .Kerajaan banyak aginsi dibawahnya ….Sepatutnya FAMA menjadi pemborong dan menjadi kuasa pengimbang ……Kalau kita lihat fama macam tak berfungsi ..malas dan tidur lena .Kat Malaysia nilah peniaga boleh bertindak sesuka hati menaikan harga barang dan harga perhidmatan .Baru baru ini kawan aku hantar motor FZ ganti tayar depan belakang ganti minyak engin,ganti bearing 3 tayar belakang ,2 tayar depan,ganti brake belakang ,ganti barke depan dan service brake servo.serta ganti betri semuakena RM780 wau.

    Reply
    • December 29, 2013 at 1:44 am
      Permalink

      kita dah lama bagi muka pada apek dap ini sepatut lembaga ikan malaysia jadi pengimbang, pemborong dan export dan inport ikan untuk kawal harga ikan, bukan bagi apek2 buat jahat macam sewa bot pada orang vietnam untuk menangkap ikan jual pada apek dap, dengan harga murah dah dapat subsidi minyak dari apek dap, ketika musim tenkujung apek dap ambil kesempatan bawa masuk ikan murah dari luar negara untuk dijual dengan 3kali ganda sepatut kerajaan dan lembaga ikan malaysia memantau perkara ini jangan bagi apek dap ini monopolinya lagi

      Reply
    • December 29, 2013 at 6:07 pm
      Permalink

      FAMA tak berfungsi?. Entahlah,yg aku nampak banyak benda yg telah FAMA buat utk membantu,hanya bilangan yg berani mengambil peluang saja yg tak seberapa,kerana ramai yg lebih suka makan gaji dari memajukan bidang berkaitan pertanian.Jangan pula lupa fokus FAMA hanya bidang berkaitan pertanian.

      Reply
      • January 2, 2014 at 10:13 pm
        Permalink

        Apa yang fama buat hanya jual kotak .Memang FAMA tidak berfungsi pun kerja ala kadar aja .Ramai petani penanam sayur jadi mangsa orang tengah…..dan FAMA mungkin bersubahat.Dah lama aku perhatikan FAMA ni sampai aku pegi tengok pusat latihan dan rumah rihat FAMA kat PD tu…….ha ha ha buang duit betul ajensi kerajaan ni …..

        Reply
    • December 30, 2013 at 4:55 pm
      Permalink

      yang kawan ko bodoh g bayar watpe?
      tu bukan salah kerajaan, tu salah kawan ko yg bodoh salah pilih bengkel…
      bodoh sungguh..

      Reply
  • December 28, 2013 at 7:47 pm
    Permalink

    Kita ada menteri perdagangan dalam negeri…menteri ni kerja dia asyik dok pi rasmi boutiq baju…sesekali dia pi TESCO check harga barang, pegang ayam, pegang ikan…tu la saja kerja dia.

    Cina-cina musibat ni semua dok penaik harga barang suka hati bapak depa…menteri ni tak peduli pun.

    Reply
    • December 28, 2013 at 9:14 pm
      Permalink

      Aku ada terbaca dalam satu blog, Menteri ni pernah hadir menonton Maharaja Lawak!!!

      Nak berhibur tu boleh, tak salah bagi aku. Tapi adalah lebih baik Menteri dan kakitangan Kementerian luangkan masa turun padang dan siasat punca kenaikan harga2 barangan di Malaysia.

      Jika didapati ada pihak2 yg mengambil keuntungan berlebihan, sila ambil tindakan.

      Reply
  • December 28, 2013 at 10:49 pm
    Permalink

    dari dulu aku dah cakap, peniaga kecil ni macam ‘anak ku sazali’ manja sangat, dah dibagi muka..mentang2 mentang namanya peniga kecil, orang kesian, mudah2 saja diaorang naikkan harga barang. mereka ni sama 2×5 dgn pemborong, mana dulu telur mana dulu ayam ,2×5.
    kerajaan pun lemah PENGUATKUASAAN longlai, harga ditangan pemborong dan peruncit..akhirnya kelemahan itu tersepok balik kemuka kerajaan. kalau pengedar dadah boleh dihukum gantung..peniaga yg cekik darah rakyat dgn sesuka hati naikkan harga tak boleh dipenjara ke?
    peniaga ni macam budak kecil ,makin dibagi muka semakin kurang ajar..tapi pandai tunjuk muka kesian dan belas kesihan!

    Reply
    • December 29, 2013 at 1:51 am
      Permalink

      aku dulu pemborong ayam dan pertani ayam naik harga kerajaan lawan balik dengan membeli ayam dari luar negara dengan harga murah ketika itu baru kelamkabut pemborong ayam turun harga ayam, sekarang aku lihat kita bagi muka pada apek2 dap ini jadi nya

      Reply
  • December 29, 2013 at 5:19 am
    Permalink

    cina kapir lah yang buat duit duk penaik rega barangan

    Reply
    • January 7, 2014 at 11:34 pm
      Permalink

      Habis tu menteri cap maharaja lawak dok makan gaji buta je ke?

      Reply
  • December 29, 2013 at 7:51 am
    Permalink

    Kpdnkk, bertindak lah lebih aktif. Tindakan hanya bermusim saja yg dilakukan selama ini. Penguatkuasaan perlu lebih proaktif kerana isu barang jual beli, peniaga, pemborong adalah isu yang semakin menonjol. Janganlah bersikap lewa serta jadual dipenuhi dgn meeting dan show. Sila lakukan kerja dgn penuh amanah bertunjangkan ‘untuk rakyat’.

    Reply
  • December 29, 2013 at 8:29 am
    Permalink

    Angkara lemahnya pihak kerajaan…ada pulak pemborong yg disalahkan……salah satu sebab utama adalah naiknya rega minyak…ini le padahnya…amikkau rakyat !!!!!

    Reply
    • December 29, 2013 at 9:44 am
      Permalink

      Kalau minyak subsidi tu dijadikan air, pasti kau mmekk nak teguk air selahap lahapnya-itulah ibarat laungan ko skrang ni….dahle selama ni taktau bersyukur pastu salah kan kerajaan sebab ko dah puas togok. Ni agaknya nganga lagi mulot ko nak lagi……

      Reply
      • December 29, 2013 at 11:03 am
        Permalink

        hehehehehe….mek akan teguk minyak tu, kemudian dia nyalakan bontot dia…pusssssh, dia terbang macam green lantern….

        Reply
        • December 29, 2013 at 7:28 pm
          Permalink

          Hehehehehe…Green Lantern…warna HIJAU, bendera PAS!!!

          HAHAHAHAHAHA

          Reply
    • December 29, 2013 at 7:34 pm
      Permalink

      Sila baca argument ahli FUCKUTAN ini sbg RENUNGAN:

      Mek esah says:

      Hang tak belajar sains ke masa kecik2 dulu…masih ingat cikgu ajar ” rantaian makanan”…haaa tu le dia……ini semua angkara yg BN buat ….kesannya habis makhluk di atas mukabumi msia terkena….

      9:47 PM on December 28, 2013

      Hebat betul budak FUCKUTAN tu Mek…, sampai teori “rantaian makanan” pun boleh jadi argument kenaikan harga barangan di Malaysia

      http://memedsakri.blogspot.sg/2009/12/rantai-dan-rangkaian-makanan.html

      MUEH4444

      Reply
      • January 4, 2014 at 2:50 pm
        Permalink

        Org yang otak bebal saja buat2 bodo dlm hal ini……kes minyak punya pasal le ni……hai letih nak cakap puak penjilat ni……apek tu tunggu peluang je….BN selalu bagi peluang kat cina…lepas tu pura2 buat tak tau….kelentong dan BN ibarat irama dan lagu…..

        Reply
        • January 7, 2014 at 11:36 pm
          Permalink

          HAHAHA…MEROYAN jugak budak “rantaian makanan” ni

          WAKAKAKAKA!!!!

          Reply
  • December 29, 2013 at 8:42 am
    Permalink

    Kalau sesiapa pernah pergi kepasar borong selangor kat serdang tu kita boleh nampak macam mana dia orang mainkan harga ikan dan udang ……..merika menikan harga sesuka hati mak bapak dia orang aja ……sepanjang ini tak pernah aku jumpa penguat kuasa bertindak keatas merika …mahupun membuat pemeriksaan mengejut ……dalam kementrian itu ada yang pecah lobang beri tahu peniaga kat mana ada operasi .Sama juga pihak majlis biarkan saja peniaga myanmar bermaharajalela dipasar borong tu ……Memang haram jadah pihak berkuasa termasuklah pihak yang bertangungjawab terhadap perkerja saing ni …….sebab itulah orang asing berlambak kat negara kita .
    Aku tak tahulah apa nak cakap pada penjawat awam sekarang ini ….kerajaan dah bagi yang terbaik dalam segalanya walaupun perkara itu tidak termasuk didalam syarat perhidmatan .Contohnya macam penyediaan rumah kaki tangan ……setahu aku kerajaan cuma terikat untuk menyediakan perumahan untuk angkatan tentera saja …….kerana itu sudah termasuk dalam tangungjawab kerajaan .
    kenaikan harga barangan yang sebenarnya boleh dikawal oleh kerajaan ….walaupun ada orang tengah ….apa yang kerajaan perlu dibuat oleh kerajaan keluarkan senarai harga barangan …..dan letakan penguat kuasa .Banyakan kedai FAMA.diseluruh bandar dan kawasan perumahan ………Gerakan LKIM dan persatuan nelayan kebangsaan ……

    Reply
    • December 29, 2013 at 11:10 am
      Permalink

      Tu pun CUEPACS / MTUC dok gesa kerajaan tambah macam-macam elaun untuk penjawat awam, aloooo…70% penjawat awam kita kalau kerja dengan swasta akan lari malam, sebab tak sanggup hadapi stress dan pressure.

      Penjawat awam nak marah kat aku…marah la, i dont have any inner respect on them, dari ketua setiausaha negara hinggalah yang bawah-bawah ni, anyway aku tak kata semua, ada jugak yang bagus tapi tak cukup untuk mencipta impact yang besar dalam perkhidmatan awam.

      Reply
      • December 29, 2013 at 2:23 pm
        Permalink

        Kebanyakan penjawat awam sekarang ini tidak amanah didalam menjalankan tangungjawab yang diamanahkan .Amanah ini bukan hanya dikira tidak makan Rasuah akan tetapi lebih dari itu …menyimpan rasia dan segalanya .Kesetiaan kepada pemerintah atau kerajaan .Tidak kiralah siapa yang menjadi kerajaan dan memerintah negara ini .Saya suka memerhati gelagat pegawai dan penjawat awam dipejabat dan dijabatan diseluruh negara ……saya suka berjalan keseluruh pelusuk negara bila berada diMalaysia .Segalnya boleh saya lihat dengan jelas .Penjawat awam kena berubah dan setiausaha negara kena lebih membuka mata dan minda.Cuepacs Harus bertangungjawab untuk meningkat mutu kerja dan displin penjawat awam ….jangan hanya meminta itu dan ini saja …….Kerajaan mesti lebih cerdik dizaman teknologi …..harus peka macam mana rasia negara boleh bocor dan terlepas ketangan orang lain melalui cakra keras didalam komputer yang rosak .Yang sebenarnya kerajaan tidak peka akan perkara ini.Kadang kadang kita berasa hairan macam mana maklumat penting dan rasia boleh terlepas …..ada diantara komputer dijabatan kerajaan sudah kena bug ……

        Reply
        • December 30, 2013 at 12:28 pm
          Permalink

          Sebab apa tak dak tdkn???

          Reply
  • December 29, 2013 at 10:43 pm
    Permalink

    Pokoknya skrg kerajaan perlu laksanakan undang2 yg ada secara bersungguh. Seperti batalkan lesen pemborong atau peniaga yg sewenangnya menaikkan harga.

    Reply
    • January 1, 2014 at 8:46 am
      Permalink

      Pemborong memberi bermacam sebab antaranya kenaikan kos penghantaran sebab kenaikan harga minyak …….akhirnya kerajaan juga dipersalahkan ….sekarang ni cuba kerajaan turunkan harga minyak ….kita tengok adakah harga barang keperluan dan perhidmatan turun juga?.Lepas tu kerajaan boleh bertindak .Janganlah setiap kali ada komplen pihak berkuasa jawab kekurangan angota …….inilah penyakit ajensi kerajaan…..dari dulu lagi ….aku tak hairan kenapa pendatang tampa izin berlambak kat Malaysia ni .Macam macam boleh dijual kat Malaysia ni ……..Sekali air bah tapi pantai tak berubah juga itulah perangai penjawat awam …….Masuk penjawat awam yang baru …mula mula bersemangat tapi akhirnya terikut perangai orang lama ….setiauaha negarapun sentap ,,,tak tentu arah…Tansri Ahmad sarji adalah diantara yang terbaik .lepas tu semuanya hancur ……

      Reply
  • January 1, 2014 at 7:43 pm
    Permalink

    Kat kelantan harga ayam antara 5.50 ke 6.50

    Reply
    • January 4, 2014 at 2:56 pm
      Permalink

      Kelantan kan negeri miskin…mestilah kena murah sikit reganya….kalau tidak tak makan ayam le org kelantan….cuba hang pi tanya rega ayam kat Besut sempadan kelantan…reganya lebih 7 ringgit kan?…… Biasa le depa tu kan kaya2…..hidup BN

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *