Harta Anak Tiri PM, Mengapa Tidak Minta Campur Tangan Amerika Syarikat?

Share


Semalam portal Malaysiakini.com melaporkan anak tiri Perdana Menteri (anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun) telah membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Malaysiakini, memetik Serawak Report, yang memetik, laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November 2012.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Mengapa pembelian dan laporan akhbar pada tahun lalu dibawa menjelang Demontrasi bantah kenaikan harga barang pada 31 Disember 2013 ini sangat mudah dibaca. Tujuannya, untuk menghasut sentimen benci kerajaan, benci Perdana Menteri.

Biarpun Riza Aziz ini bukan bin Mohd Najib bin Tun Abdul Razak atau pernah tinggal sebumbung dengan Perdana Menteri ia tetap dijadikan alasan untuk membuat tuduhan baharu bahawa kerajaan ini korup, jahat dan menyeleweng duit.

Hari ini Naib Presiden PKR, Tian Chua mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sumber kewangan Riza.

“Dengan segala bukti ini – sangat jelas bahawa keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan mereka.

“Dari mana mereka mendapat wang dan pendapatan yang besar ini?” soal Tian Chua kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika kita mengalu-alukan siasatan SPRM, kita tertanya-tanya mengapa Tian Chua dan Anwar Ibrahim tidak sahaja meminta kerajaan Amerika Syarikat menyiasat pembelian ini sama ada ia berbentuk penggubahan wang haram (money laundering) atau tidak?

Pembelian ini berlaku di Amerika Syarikat menerusi syarikat yang didaftarkan di Amerika Syarikat. Justeru pihak yang paling wajar menyiasat isu ini ialah Amerika Syarikat – negara yang dianggap dewa demokrasi oleh PKR.

Apakah kerana Tian Chua telah mengetahui bahawa tiada sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Riza dan khuatir jika Ameri Syarikat mengesahkan demikian maka habislah modal politik untuk memburukkan Perdana Menteri dan Kerajaan?

Dengan segala kekuatan rangkaian Anwar Ibrahim di Amerika Syarikat, ia mudah sahaja untuk meminta Washington menjalankan siasatan terperinci ke atas Riza. Malangnya, sejak setahun lalu ia tidak diendahkan oleh Anwar Ibrahim dan Malaysiakini, sehinggalah ada usaha mengguling kerajaan melalui demontrasi turun harga barang pada malam tahun baru ini.

Hakikatnya, mereka bukan mahu kebenaran, mereka hanya mahu membakar sentimen rakyat dengan membina persespsi buruk ke atas Perdana Menteri.

Dengan meminta SPRM menyiasat satu transaksi sebuah syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat dan menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat ia jelas bertujuan untuk mengkambinghitamkan SPRM sebagai melindungi keluarga Perdana Menteri.

Sudah-sudahlah tu memperbodohkan rakyat Malaysia!

 

 



12 thoughts on “Harta Anak Tiri PM, Mengapa Tidak Minta Campur Tangan Amerika Syarikat?

  • December 28, 2013 at 6:39 pm
    Permalink

    Apa yg penting negara mesti dihuruhara. Kalau boleh semua jadi tunggang terbalik sebelum menjelang February kes Anwar raja liwat didengar kembali.

    Alangkah bodohnya jadi manusia.

    Reply
  • December 28, 2013 at 7:05 pm
    Permalink

    Hati kaudu , isi perut hijau, semoga Allah melindungi yang benar.

    Reply
  • December 28, 2013 at 7:20 pm
    Permalink

    Inilah cara pkr yang biasalah lakukan…memburukkan individu walaupun tiada bukti yang dilampirkan…hanya membina presepsi buruk bg menarik perhatian rakyat…

    Reply
  • December 28, 2013 at 7:39 pm
    Permalink

    Tian Chua suruh SPRM siasat ??? cina bukit tu buat lawak ke apa ?? adalah lebih mustahak untuk SPRM siasat sumber kewangan anwar ibrahim, kerana ianya mempunyai kepentingan negara kerana anwar adalah ketua pembanggang.

    Reply
    • December 28, 2013 at 8:34 pm
      Permalink

      Cina bukit tu bodoh banggang, muka pun ada iras-iras sindrom down…

      Reply
      • December 28, 2013 at 8:39 pm
        Permalink

        Cina tu bodoh ke ape.. ke mana note 500 & 1000 di bawah lari semasa anwar disabit bersalah dulu.. tu je la cukup..

        Reply
    • December 28, 2013 at 9:32 pm
      Permalink

      Teringat aku, si Tian Chua bagi bukti palsu gambar Najib dinner dgn Altantuya (sebenarnya gambar perempuan tu gambar U;Nee, artis Korea)

      Kali ni apa bukti si Tian Chua nak bagi???

      Hehehehehe…

      Reply
      • December 28, 2013 at 10:24 pm
        Permalink

        kenapa tak siasat akaun anak beranak al-juburi di luar negara..

        Reply
      • December 28, 2013 at 10:32 pm
        Permalink

        tu pun cai pembanggang dok jaja gambar tu merata alam.

        Reply
        • December 29, 2013 at 12:49 am
          Permalink

          Bagi org2 FUCKUTAN, gambar palsu yg Tian Chua sebarkan adalah bukti bertaraf “GRED A” mengaitkan Najib dgn kes pembunuhan Altantuya

          Hehehe…

          Reply
    • December 28, 2013 at 11:24 pm
      Permalink

      bisa bro apek dap mana suka tengok orang melayu maju

      Reply
  • December 28, 2013 at 10:29 pm
    Permalink

    aku harap Cina lahanat tu mendapat ‘hadiah besar’ menjelang tahun baru 2014. kasi ajar dia cukup-cukup.
    kepada puak bahalol yg tak ada modal untuk burukkan kerajaan mengapa kes Anuar mencuri wang kerajaan 3billion hingga sekarang mereka tak persoalkan..bagaimana Anuar Ibrahim boleh bermewah selepas pencen kerajaan 15 tahun lebih..mana punca wang, Anuar boleh gerakkan kegiatan politik songsangnya!
    kalau berniaga diMalaysia boleh beli harta 20, 30 juta rm, apa nak dihairan seorang usahawan diAmerika beli hartanah bernilai 30juta usd?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *