Syi’ah: Tak Perlu Cabar Mat Sabu Mengaku

Share


Sejak Menteri KDN mendakwa pemimpin nombor dua PAS diyakini berfahaman Syiah pada Perhimpunan Agung UMNO tempohari, isu Syiah makin hangat diperkatakan. Mat Sabu yang terasa dirinya sebagai pemimpin nombor dua PAS tampil mengugut mahu menyaman Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ekoran itu, Zahid melalui KDN telah mendedahkan 10 perkara yang dikatakan mampu mengaitkan Mat Sabu sebagai pengamal fahaman Syiah yang diisytiharkan sesat oleh seluruh ulama muktabar negara dan antarabangsa.

Namun pendedahan itu dianggap remeh dan 10 perkara tersebut juga disifatkan sebagai lemah serta begitu mudah dipatahkan. Mat Sabu pula selamba menegaskan bahawa dia berfahaman Sunni dan enggan memberikan sebarang komen lain dengan alasan kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah.

Rentetan dari penafian Mat Sabu itu, beberapa pihak tampil mencabar supaya Mat Sabu bersumpah laknat dan menafikan dirinya berfahaman Syiah.

Selain itu, tokoh agama seperti bekas Mufti Perlis, Dr. MAZA, menggesa supaya Mat Sabu mengiktiraf Sayyidina Abu Bakr As-Siddiq, Sayyidina Umar Al-Farouk dan Sayyidina Uthman ibnu Affan sebagai sahabat Rasulullah SAW yang mulia dan dijamin syurga.

Saya tertanya-tanya, apakah cara terbaik untuk membuktikan bahawa Mat Sabu itu berfahaman Syiah? Betulkah dia berfahaman Syiah? Dan apakah tanda-tanda yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman yang jelas mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman radhiAllahu’anhum?

Kalau benar pun Mat Sabu itu berfahaman Syiah, apakah dia akan mengaku dirinya berfahaman Syiah? Bukankah di dalam Syiah itu penganutnya dibenarkan untuk bertaqiyyah?

Misalnya, solat Jumaat sebenarnya tidak ada di dalam amalan fahaman tersebut. Namun imam besar Syiah, Ayattollah Khomeini telah memperkenalkan solat Jumaat di Iran ketika dia diangkat sebagai pemimpin tertinggi Iran. Tindakan itu telah dikecam oleh ramai ulama Syiah di Iran dan luar Iran.

Nak tahu apa yang Khomeini jawab? Kata Khomeini, solat Jumaat tersebut hanya diamalkan bagi tujuan POLITIK. Dalam ertikata lain, Khomeini memfatwakan solat Jumaat itu wajib bagi penganut Syiah bagi mengaburi mata dunia supaya mengiktiraf Syiah sebagai salah satu fahaman yang tidak menyeleweng dari Islam.

Padahal, ianya adalah sekadar “lakonan” semata-mata. Memang mereka yang berfahaman Syiah bijak bertaqiyyah, bukan?

Menurut ulama Sunni, penganut Syiah dibenarkan untuk bertaqiyyah demi menjaga kepentingan hidup mereka. Kalau mereka digesa, didesak atau disoal, mereka dibolehkan menipu fahaman mereka. Itu memang menjadi kelaziman amalan dalam hidup mereka.

Justeru itu pada saya, cabaran untuk mereka bersumpah laknat atau bersumpah di dalam mahkamah secara tidak langsung akan membawa padah kepada mana-mana pihak yang mencabar identiti puak Syiah. Cabaran itu akan dijadikan “senjata” terbaik dan akuan palsu mereka pula akan menjadi “perisai” paling kebal bagi mereka menyembunyikan identiti.

Misalnya, sekiranya benar Mat Sabu itu berfahaman Syiah, dia dibolehkan berlakon menafikan dirinya berfahaman Syiah dan mengaku berfahaman Sunni. Dia dibolehkan bersumpah laknat menafikan dirinya Syiah dan dibenarkan untuk menipu di mahkamah.

Selepas itu, dia akan dilihat sebagai “suci bersih” dari sebarang tuduhan berfahaman Syiah, manakala Zahid Hamidi dan KDN akan dilihat sebagai “tukang fitnah”, bukan? Maka ketika itu Mat Sabu akan tersenyum riang bila dirinya “bersih” dan orang lain pula yang “kotor”…

Dr. MAZA mahu Mat Sabu mengaku ketiga-tiga sahabat utama Rasulullah SAW itu sebagai mulia dan muktabar? Boleh! Bila-bila masa pun Mat Sabu boleh buat begitu kerana Syiah membenarkan mereka menipu bagi menyembunyikan identiti mereka. Jadi, tak payahlah Dr. MAZA buang masa suruh Mat Sabu buat itu dan ini. Memang dia dibolehkan buat begitu pun…

Ada beberapa rakan yang bertanya pada saya, mengapa perlu Mat Sabu menyembunyikan identiti Syiah (jika benar dia Syiah) sedangkan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hasan selamba saja mengaku terus terang tentang fahamannya secara terbuka.

Pada saya, Mat Sabu dan Abdullah Hasan adalah dua personaliti yang berbeza. Abdullah tidak punya sebarang kepentingan dan kedudukannya di dalam jemaah Syiah yang agak ramai di Kedah memberanikan dirinya untuk mendedahkan identiti sesatnya itu.

Berbanding Mat Sabu, dia merupakan Timbalan Presiden PAS dan baru-baru ini dilantik pula sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Dia ahli politik dan dia perlu mementingkan imejnya bagi menarik sokongan bagi mempengaruhi rakyat. Sama seperti Khomeini, Mat Sabu bertaqiyyahkan politik demi menyembunyikan aqidahnya, bukan?

Justeru itu, saya mengesyorkan agar tak payahlah sesiapa pun mencabar Mat Sabu untuk bersumpah laknat atau berbai’ah kepada ketiga-tiga sahabat utama Rasulullah. Gesaan dan cabaran itu akan memakan diri sekaligus mengharumkan lagi nama Mat Sabu, bukan? Lagipun puak Syiah memang bijak dan licik dalam soal taqiyyah. Macam-macam kaedah mereka boleh buat…

Biarlah mahkamah saja yang tentukan nanti. Kalau benar Mat Sabu itu Syiah dan terlepas dari dihukum mahkamah, saya yakin mahkamah Allah takkan melepaskan Mat Sabu nanti.

Lagipun, menetapkan seseorang itu berfahaman Syiah bukannya seperti menghukum seseorang itu membunuh, merompak, mencuri atau berzina. Ianya terlalu subjektif ekoran kebijaksanaan pencipta ajaran Syiah mewujudkan hukum bertaqiyyah di dalam ajaran sesat itu.

Apa yang penting, kita perlu merapatkan saf antara Sunni bagi mencegah fahaman Syiah dari terus mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia. Pada saya, Syiah itu kufur sebagaimana Kristian dan lain-lain agama. Mereka menyembah Allah sebagaimana kita umat Islam, tapi mereka munafik bila menolak ajaran Rasulullah, mengubah rukun iman dan menambah-nambah kalamullah… Wallahu’alam…

 



8 thoughts on “Syi’ah: Tak Perlu Cabar Mat Sabu Mengaku

  • December 21, 2013 at 7:25 am
    Permalink

    takda siapa yg nak mengaku dah buat salah.sama la mcm mat sabu.mcm mcm alasan la dia bagi.tapi sbb itulah pas ni selalu klh pada umno,sbb sebenarnya pas lebih buruk,sgt buruk.perkataan islam pada pas itu hanyalah alat untuk mengaburi mata melayu.konon kononnya dialah saja islam.tapi rupa rupanya dialah syiah. ya allah ya tuhan,hendaknya kebenaran itu selamanya akan menang mengatasi penipuan dan kebatilan di muka bumi malaysia ini.aminn.

    Reply
  • December 21, 2013 at 11:06 am
    Permalink

    Mat Sabu tak kan mengaku apa-apa pun kecuali dia ialah pejuang Islam yang sebenarnya…mencintai komunis dan sanggup makan babi dengan DAP daripada makan ayam dengan orang Islam UMNO.

    Reply
  • December 21, 2013 at 9:28 pm
    Permalink

    Islam membenarkan sumpah laknat digunakan dalam membuktikan sesuatu. Walau pun sumpah laknat tidak terlalu digalakkan untuk diguna sewenang2 sehingga merendah nilai sumpah Wallahi, wabillahi dan watallahi yang mulia itu.

    Manusia akan senang menafi apa saja tuduhan bagi mempertahankan diri dan dibabit, terbabit atau dijatuhkan.

    Tetapi dalam hal yang subjectif begini, kerana syiah atau sunni tidak dapat dikesan didahi penganut, maka apa salahnya individu yang menafi mereka begitu ambil cara pembuktian secara bersumpah. Kenapa tidak Mat Sabu.

    Reply
    • December 23, 2013 at 4:14 pm
      Permalink

      Membuat akuan sumpah laknat tak menyelesai kan kekusutan sesuatu masaalah. Pembuat sumpah lakanat memang begitu nekad buat pemuhungan demi mengelak kan diri nya di babit kan ngan sesuatu isu….soal dosa itu bukan masaalah pada puak puak munafikun tu…janji maktlamat tercapai tanpa mengira pahala dan dosa untuyk kenimmatan duniawi… pada depa akhirat belum pasti lagi kenyataan benar nya….!!!

      Reply
  • December 22, 2013 at 1:04 pm
    Permalink

    Syiah ada la suatu ideologi sama macam komunisme dll isme…jadi sukaq kita nak bukti kan segala kepercayaan nya yang leh mendatang kan kemudaratan pada keharmonian manusia. Kecuali jika tindak tanduk hasil dari ideologisme menampak kan kebahayaan pada keselamatan & perpaduan manusia lain.Rumusan nya tak usah la p;ihak wewenanag nak ambil tindakan untuk menghapus kan nya. Cuma pemantauan secagha perintipan rapi oleh agensi perisikan dalam mengumpul kan maklumat tang aktiviti terhadap ancaman keselamatan rakyat & negagha secaggha politis,ekonomis & diplomatis oleh kelompok ekstrem yang menganut sesuatu ideologi.

    Reply
  • December 22, 2013 at 4:22 pm
    Permalink

    Moralnya.. jangan cepat sangat menuduh tampa bukti. Kemudian guna perisai TAQIYAH untuk lindung diri. Macam tu sapa2 boleh tuduh Zahid Syiah.. apa amalan ASWJ yg. dia buat selama ni semuanya TAQIYAH, boleh camtu?

    Reply
  • December 22, 2013 at 6:43 pm
    Permalink

    Macam aku tuduh hang munafik ke bujuk ?? hang memang munafik !! syarat jatuh munafik cukup lengkap pada diri hang !!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *