GST Elektrik Tol: Pemimpin BN Tidak Serius?

Share


Fitnah pembangkang kononnya  perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan terus-menerus menambah penderitaan  rakyat perlu diperbetulkan. Mereka mengibaratkan kononnya GST sebagai  ‘Gasak Sampai Tulang’ rakyat. Semua  pemimpin Barisan Nasional perlu tahu kedudukan sebenar dan terangkan kepada rakyat hingga ke akar umbi dan secara berterusan.  Jangan biarkan kebathilan yang tersusun mengalahkan kebenaran.

 
GST yang dijangka dilaksanakan pada 2015 seperti di kebanyakan negara lain adalah yang telah dipinda dengan peruntukan kadar cukai sifar atau pengecualian daripada cukai. Ianya akan digunapakai oleh Malaysia dengan menyenaraikan 40 barangan keperluan makanan asas dengan kadar cukai sifar. Ini merupakan perkara yang cuba disorokkan oleh pembangkang yang bercakap berdasarkan pembohongan dan manipulasi isu sekadar untuk memburukkan kerajaan.

 

Barangan yang kadar cukai sifar itu termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung sementara perkhidmatan yang penting seperti penjagaan kesihatan mungkin juga dikecualikan cukai. Oleh itu ianya banyak memberi keuntungan secara individu kerana menerusi GST yang dipinda maka orang ramai boleh membuat keputusan sama ada untuk membayar cukai penggunaan apabila makan di luar atau mengelakkan cukai dengan menyediakan makanan sendiri dengan barangan yang sudah dikecualikan cukai GST.

 

Kita perlu terangkan secara berterusan bahawa GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16% yang pada masa ini dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu, seperti makanan dan minuman dalam perkhidmatan restoran serta hotel. Rakyat perlu sedar bahawa selama ini mereka masih membayar cukai jualan dan perkhidmatan di bawah SST. Cukai itu telah diserapkan dalam harga barangan dan perkhidmatan yang dijual peruncit.

 

Kebanyakan barangan sudah dikenakan cukai di bawah SST. Oleh itu  perpindahan daripada SST ke GST akan meringkan beban golongan miskin kerana sesetengah barangan yang mereka beli adalah barangan sifar cukai. Namun tuduhan retorik pembangkang masih menjurus kepada  GST dikatakan sebagai cukai regresif memandangkan ia dikenakan terhadap semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di negara ini dan juga yang diimport.

 

Kerajaan Barisan Nasional amat bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat. Oleh itu cara yang bijak digunakan untuk meringankan beban yang ditanggung kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana serta perniagaan kecil. Bekalan barangan penting melebihi 40 jenis akan menjadi sifar cukai atau dikecualikan cukai. Oleh itu sebahagian besar masyarakat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah akan mendapat manafaat.

 

Oleh itu sebenarnya  paras dan kecenderungan perbelanjaan penggunaan oleh isi rumah terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan, dapatan menunjukkan GST adalah amat progresif. Namun fitnah pembangkang war-warkan sebaliknya. Pembangkang sebenarnya memang perosak Negara dengan agenda yang cukup kotor dan menjahanamkan. Tambahan pula sesetengah penganalisis meramalkan cukai baru itu berkemungkinan bermula pada kadar 4% dan kemudiannya akan meningkat kepada 6%.

 

Usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit dan mencapai belanjawan seimbang pada 2020 dengan menggunakan model GST ini cuba digagalkan oleh pembangkang. Dengan perlaksanaan GST, sudah pasti rakyat Malaysia akan lebih berhemah dalam perbelanjaan mereka. Sebelum ini mereka tidak faham memandangkan cukai yang lebih besar itu dalam bentuk “hidden” yang amat sukar untuk mereka kira.

 

Pembangkang terus meracun rakyat dengan berfitnahkan bahawa Pelaksanaan GST akan gasak rakyat sampai ke tulang, GST akan menyebabkan barang-barang akan naik harga. Kononnya rakyat yang terpaksa tanggung beban, padahal kerajaan yang gagal urus kewangan negara. Kononnya rakyat akan bangkit menentang kerajaan dalam lima tahun lagi.

 

Persoalan utama di sini pula, apakah tindakan pemimpin Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat? Anda perlu bantu kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat akan situasi sebenar. Sikap berpeluk tubuh dan berkhidmat sekadar melepas batuk di tangga sudah tidak dapat diterima. Pihak Perdana Menteri harus memantau kesemua pemimpin yang dipilih untuk memastikan segala dasar dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar. Para pemimpin yang tidak berminat  untuk berkhidmat dan berjuang perlu dipantau supaya mereka tidak membazirkan wang rakyat.



12 thoughts on “GST Elektrik Tol: Pemimpin BN Tidak Serius?

  • December 21, 2013 at 5:16 pm
    Permalink

    lepas pru,semua barang naik!
    BN=barang naik!

    Reply
    • December 22, 2013 at 12:19 am
      Permalink

      ya lah selepas PRU kerajaan Selangor dan Pulau Pinang semua naikkan barang, cukailah, airlah sampai parking caj pun diaorang bagi naik
      betullah tony BN=BARANG NAIK.. BARANG LU TAK NAIKKAH.. kesian , lu masuk BN lah nanti gua bagi ajar apamacam mahu bagi barang lu naik!

      Reply
  • December 21, 2013 at 8:03 pm
    Permalink

    Ya betul…tariff air di Pulau Pinang dan kelantan naik, cukai pintu di kelantan, Pulau Pinang dan Selangor naik, parking fees pun naik di selangor dan pulau pinang, sewa permis pun naik di Selangor dan Pulau Pinang..naik..naik..naik.

    sapa yang undi pembangkang…kat selangor, kelantan dan pulau pinang…padan muka hangpa !!

    Reply
  • December 22, 2013 at 8:55 am
    Permalink

    harap2 kenaikan yang berlaku adalah untuk memajukan negara….bukan masuk poket sendiri…..walaupon aku x suka…aku rela berkorban demi negara aku….. mintak tolong laa bn jaga amanah rakyat…

    Reply
    • December 22, 2013 at 1:10 pm
      Permalink

      aku pun brfikiran positif.harap harap pengurangan subsidi akan dapat menjadikan negara maju dan negara berpendapatan tinggi.akhirnya akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang rakyat menambah rezki dan pendapatan lebih besar.klu asyik nak bfikir negatif jgnlah pula bercita cita untuk maju,negara maju mcm negara barat.

      Reply
  • December 22, 2013 at 12:51 pm
    Permalink

    dari dulu umno bn tak amanah, rasuah pecah amanah billion dollar. umno pengkhianat. rakyat dah tak percaya pada umno bn

    Reply
    • December 22, 2013 at 10:37 pm
      Permalink

      itu fitnah kau jer.kepala pakatan bukan amanah sangat pun.habis hutan kelantan,habis pasir selangor.perintah kedah tapi hutah kedah habis.ko tak tau ker.rakyat pun tak percaya pakatan haram nilah.

      Reply
    • December 22, 2013 at 11:29 pm
      Permalink

      ehh…kalo bukan umno bn memerintah malaysia x macam ni laa…dihormati dan disanjungi oleh negara islam lain…. kalo betul rasuah ngan pecah amanah jek.. aku rase malaysia nih macam kemboja kott..

      Reply
      • December 24, 2013 at 9:45 am
        Permalink

        Betul, rasuah & pecah amanah tu hanya sandiwara pembangkang utk alih perhatian. BN adalah kerajaan terhebat sebenarnya rakyat pun semua tau… cuma pembangkang je yg buta. Kalau bandingkan prestasi pencapaian antara negeri.. mana ada negeri pembangkang yg kalahkan negeri-negeri di bawah pentadbiran BN kan kalau tak silap…semua pun corot.

        Reply
  • December 23, 2013 at 11:08 am
    Permalink

    Kini kerajaan nak tubuhkan pula makmal untuk kaji kos sara hidup rakyat bawah PEMANDU. Rakyat dah terbeban dengan bermacam kos sara hidup, baru nak tubuh makmal? Heh! Rakyat pasti skeptikal bila PEMANDU dipertanggungjawabkan untuk kaji masalah rakyat. Sebab PEMANDU akan lantik entah KONSETAN mana, buat research dalam bilik saja, takde perkongsian pintar dengan Bank Negara dan KPDNKK macamsebelum ni, tak buat pun soal selidik langsung dengan rakyat – dah kompom la hasil kajian makmal tu tah apa-apa!! Pasti segala hasil kajian PEMANDU tidak akan bantu rakyat pun. Silap-silap lagi banyak subsidi kena tarik.

    Reply
    • December 24, 2013 at 9:41 am
      Permalink

      Sebenarnya rakyat semua setuju kenaikan harga kot… cuma pembangkang je ni yg meroyan. Kenaikan harga adalah baik utk rakyat kan menteri dah bagitau, mo lagi tanya ka…

      Reply
  • April 1, 2015 at 12:40 am
    Permalink

    dh ade PEMANDUL hebatlah..1MDB BRIM Teksi 1malaysia, lesen 1malaysia dan mcm2 1lglah .pokoknye najib mmg hebat…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *